Wednesday, June 16, 2010

[ kenangan hanya untuk d kenang ]

aku lahir dari keluarga yang besar, ramai adik beradik. tinggal d kampung yang sejak kecik makan dengan lauk hasil jerih perit mak dengan arwah abah d kebun getah. iyee mak dan abah hanya seorang penoreh getah. itu la pekerjaan mak dan arwah abah yang aku tulis d setiap borang sampai sekarang. kami sekeluarga serba sederhana tapi cukup makan, cukup pakai dan cukup cukup bahagia.

sejak aku kecil lagi, ke mana-mana arwah abah bawak aku dengan motor vespa dia. dia hanya ada motor vespa. momen yang paling aku ingat, naik motor vespa aku kena berdiri depan. mungkin mase 2 aku kecik lagi. menangis guling-guling semata-mata nak ikut mak dan arwah abah ke kebun getah. cukup gembira dapat naik motor vespa sambil berdiri pegang handle motor. hahaha. kadang-kadang lepas balik kebun arwah abah terus ke rumah nenek d kampung sebelah. gembira lagi sebab macam-macam dah bermain d kepala. sebenarnya, setiap kali balik dari rumah nenek kami akan jumpa simpang tiga. setiap kali 2 aku akan tutup mata dan berdoa dalam hati yang arwah abah akan ke simpang kanan bukan kiri. ada apa d simpang kanan?? simpang kanan maknanya arwah abah akan ke kedai. jadi aku boleh minta arwah abah belikan gula-gula. kalau ke simpang kiri maknanya kami akan terus balik rumah. walaupun arwah abah ke simpang kiri, aku xkan menangis atau menjerit minta ke kanan. minta gula-gula. sebab kakak-kakak dan abang aku xpenah buat macam 2. hakikatnya, ada rase sedih dalam hati.

aku ingat lagi dulu mase sekolah rendah, bila time hujan atau aku dah lambat ke sekolah arwah abah akan hantar dengan motor vespa dia. terus terang aku sangat-sangat malu dengan kengkawan lain. lebih-lebih lagi bila aku kena duduk mencangkung atas motor vespa biru kesayangan arwah abah sebab kak chik yang akan duduk belakang. kadang-kadang terdengar orang menjerit 'vespa kunci'. aku xtahu ape maksud ayat 2 tapi yang pasti aku memang sangat malu. tunduk sebab xtahu nak letak muka dekat mana. walau malu aku xpenah malu nak salam abah sebelum pergi. hakikatnya, tiap-tiap hari aku berharap hujan xkan turun sebab aku lebih rela berjalan kaki ke sekolah dari naik motor vespa abah.

20sen hari-hari mak bagi untuk buat belanja makan sampai petang. dari darjah 1 sampai 6, seingat-ingat aku 4tahun aku dapat program rmt atau lebih terangnya rancangan makanan tambahan. hahaha. macam xcukup makan dekat rumah sampai dekat sekolah kena bagi makanan tambahan. mm nama 2 yang xsesuai. kalau dapat rmt kadang-kadang mak xkan bagi duit, aku pun xkan minta melainkan cikgu minta bawak duit untuk beli buku atau ada apa-apa aktiviti dekat sekolah. tiap-tiap tahun aku berdoa arwah abah akan belikan kasut sekolah baru untuk aku tapi selalunya kasut yang sama aku akan pakai untuk 2, 3 tahun. bukan kasut sekolah je. beg sekolah pun sama. aku xpernah minta sebab aku tahu bukan senang nak dapat duit walaupun kadang-kadang aku ade juga berbunyi dengan mak dengan angan kosong. hakikatnya, aku sangat cemburu pada kengkawan yang asyik silih berganti kasut baru.

aku sedar aku bukan orang senang sebab mak selalu cakap nak dapat duit susah. mak dan arwah abah kena keja dalam hutan. bernyamuk. banyak binatang. berpanas. menahan bau busuk getah skrap. kalau hujan lagi la xdapat ke kebun. kalau xdapat ke kebun, xdapat la duit. aku cukup sedar diri sebab 2 sejak kecil aku memang pendiam, pemalu, cepat menangis. orang buli pun aku diamkan je sebab aku sedar diri aku ni siapa nak melawan. aku xde apa-apa. aku perasan. sejak aku belajar, bekerja. aku mula berubah. aku x pendiam macam dulu. aku x senang-senang kena buli macam dulu. aku xcepat terasa dan terus menangis macam dulu. aku xterus-terus boleh berubah, semuanya perlukan masa. kita toleh ke belakang untuk tengok masa silam kita tapi jangan berundur ke belakang untuk jadi seperti masa silam dulu.

aku terlalu kerap ingatkan mak. ingatkan arwah abah. dah 3 tahun arwah tinggalkan kami sekeluarga. walaupun xhenti aku menangis dari tadi tapi aku habiskan juga menaip entry ni, aku biarkan keja aku yang berlambak ni duk je atas meja. sekarang. aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah. al-fatihah. semoga roh nya sentiasa d cucuri rahmat Allah s.w.t. amin.

3 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

al-fatihah,
semoga arwah ayah su tenang disana.....dia misti gembira kerana ada seorang anak yang tak pernah lupakan pengorbanan nya hingga akhir hayat .....

Miss Layaleya said...

sedihnya.. tabahkan hatimu.. Al-fatihah buat abah su..

[k.u.y.a] said...

mekasih kengkawan. walau hepi sekali pun, sedih dalam hati xsiapa tahu. huhu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...