Sunday, January 30, 2011

[ our first honeymoon at colmar tropicale bukit tinggi and hope for next ]

wah entry kedua hari ni. hehe. hujan seharian. baju pun anginkan dalam bilik je. memang best duduk rumah seharian tapi sorang-sorang 2 yang tak best. ncik M keja, balik makan tengahari je. dia tak de ni nak ngadap blog kejap. hehe.

saja nak upload gambar honeymoon kita orang. 6hari selepas majlis. sepatutnya first honeymoon kita orang di sabah. minggu ni la tapi sengaja nak burn kan tiket sebab takut nak pergi sana sebab dikhabarkan sedang musim hujan. takut nak naik kapal terbang. aku la 2. huhu.

colmar tropicale bukit tinggi, pahang. kira ni last minute kita orang punya plan. selepas melihat gambar-gambar orang berjalan ke sana dan nampak macam best so kita orang pilih tempat ni. sempat booking 30hari sebelum check in so dapat la 25% diskaun. berbaloi-baloi. bilik best. tempat best. makanan best. sejuk. boleh datang lagi sebab tak sampai 2jam pun dari putrajaya.

ni gambar hari terakhir sebab hari lain kita orang duduk bilik je dan keluar untuk makan sahaja. hahaha. ok. ok. sila layan. :P


dan gambar terakhir kami. di depan pintu restoran ryo zan tei di perkampungan jepun. ncik M suka la. sanggup naik bukit semata-mata untuk restoran ni sebenarnya. haha. makanan sedapppp sangat. mm nanti la upload gambar makan. :P


best sangat tau. kebetulan kita orang pergi memang sejuk sangat-sangat. :P

ok. cukup la ni mengadap. nak mengosok baju keja. nasib baik 2hari je berkerja minggu depan. tapi sama je sebab nak gosok baju ncik M juga. oh bercintenyeeee nak mengosok baju. takpe-takpe malam ni dapat upah tengok tengok wayang. yeah! :P


**sedikit info. 3d2n colmar tropicale bukit tinggi just rm302 for 2 including breakfast. :)

2 comments:

kakngah said...

tak pernah lagi pergi colmar tropicale bukit tinggi. hhmm.. rm302 4 3d2n.. mmg berpatutan rasanya.. sampai bila yer promosi rate ni??

[s.u.r.i.a] said...

kak ngah, rasanye harga ni promo untuk yang booking 30hari sebelum check in tapi hanya booking melalui online web. by phone tak dapat harga ni. 1 lagi, ni harga untuk superior room. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...