Tuesday, February 22, 2011

[ bagde @ name tag untuk keluarga pengantin ]


entry kedua hari ni. sebab bos takde, aku main-main sikit. sikit je tau. kat rumah sibuk sikit la. kalau aku ada mengupdate malam 2 tandanya ncik M keja malam la 2. hahaha. :P

mm hari ni nak bagi satu idea yang menarik untuk dikongsi. sebab aku ingat satu je, so aku kongsi satu jela eh. kalau aku ingat banyak nanti aku kongsi la banyak. apa aku cakap ni. berbelit-belit. hihihi.


ok. apa yang menarik pada gambar ini ? pada senyuman comel budak ini kah ? editingnya kah ? atau watermark aku 2. hahaha. oh bukan. sebenarnya mahu berkongsi badge atau nametag yang dipakai. masa ni resepsi sebelah lelaki. tertulis 'cousin of the groom'. maksudnya budak kecik bermata sepet ni adalah sepupu pengantin lelaki. comel kan? siap ada nametag lagi. hehe.



ok kita tengok lebih dekat yang tak berapa nak dekat ni. badge yang dah siap untuk diedarkan kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki termasuk uncle-uncle, auntie-auntie, cousin-cousin yang sampai umur 4tahun pun dapat. hehe.

sebenarnya aku pernah terbaca idea ni dari satu blog yang aku sendiri tak ingat pasal penggunaan nametag ni untuk pengecaman ahli keluarga pengantin. yela selalunya orang akan buat baju sedondon ke, baju satu papan ke tapi boleh juga gunapakai idea ini. comel je. terang lagi bersuluh mana satu ayah pengantin lelaki atau mama pengantin lelaki. tak nampak gak tak tahu la. haha.

sebenar-benarnya juga aku pernah teringin nak buat dulu masa majlis resepsi sebelah aku tapi macam tak sesuai pulak. tak akan aku nak tulis 'mother of the bride' atau untuk orang kampung faham 'mak pengantin perempuan' tapi rasa dibuat gelak orang je. orang kampung aku la 2. hahaha. terus lupakan idea ni. :P

tapi tuptup resepsi ncik M adik dia buat idea ni. sesuai sikit sebab resepsi di club house nampak macam kena la tema tak la nampak gonjeng. kan. sukeeenyee. cakap-cakap dalam hati je pun ada juga yang mendengar. ngee. :P



ok. sila lihat gambar kami sekeluarga dengan nametag masing-masing. tengok 2, kemain lebau aku senyum. 2 yang kawan aku aishah pantang tengok 2. hahaha.

2 comments:

Mimie said...

hehe. suke2. tingginya perempuan sebelah awak tu..

[k.u.y.a] said...

adik ipar su. dia memang tinggi tapi sebab pakai kasut 3inci lagi bertambah-tambah tinggi. heee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...