Tuesday, June 28, 2011

[ celcom broadband vs unifi tm broadband ]


apa perasaan anda bila dapat mesej seperti ini ?

'Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ'


kemudian dapat lagi. yang ini.

'Great discount when u buy additional data volume w/Celcom Broadband! Only 12.88RM for 1GB/38.88RM for 5GB. Visit celcom.com.my/onlinecustomerservice. T&C apply'


agak-agak panas hati tak? haha. buat pertama kalinya dapat mesej macamni selepas setia 2 tahun. remuk tak hati u ? sampai hati kan. hukhukhuk. menci !

ok. cukup drama.

ni mungkin gara-gara selama ni penggunanya seorang je, lepas kahwin kan pengguna dah tambah seorang. 2 yang sampai over limit haha. selama setia dengan celcom broadband rasanya tak pernah rasa nak puji kelajuan dia. maknanya memang lembap la. :P

akhirnya kami sepakat untuk daftar unifi. weeeee. hihi.


produk terbaru dari TM. daftar bulan 2, dapat bulan 5. kira 3 bulan juga la dorang nak datang rumah pasang sebab demand tengah tinggi sekarang. apa bezanya unifi dengan celcom broadband? tak pandai la nak terang sebab tak berapa pakar. haha. yang aku tahu unifi memang lajuuuu. tengok youtube tak sempat nak buffering nak banding guna celcom dulu. ngeee. tapi ncik M cakap bila download lebih lajuuuuuu daripada streamyx. kira memang laju la. kan.

kat bawah ni pakej yang kami ambik. VIP 5. rm149.00 sebulan.


kalau guna celcom mungkin boleh laju cuma kena tambah speed dia. tapi tak salah cuba provider lain, tukar angin. tak sesuai kita tukar la balik nanti. :P

ni pulak senarai tv channel yang kami dapat dalam pakej VIP 5. selainnya kena bayar la. aku suka tengok channel korea, bosan-bosan layan drama. haha. ok la bagi kami yang takde astro ni. sekurang-kurangnya gambar cantekkk je takde bintik-bintik. hihi.

sebelum 2 sila check coverage tempat anda dahulu ye. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...