Wednesday, April 20, 2011

[ jom beli saham bank rakyat 2011 ]

bank rakyat buka jualan saham rm1 billion mulai awal april 2011.

nasib baik aku belum terlambat. myFIL bagitahu kali terakhir mereka buka saham untuk orang ramai pada 10 tahun lepas, kalau betul la aku dengar maknanya bukan selalu peluang ni datang. apa untungnya beli saham bank rakyat ni dibandingkan saham lain sebab bank rakyat memberi dividen yang tinggi dan boleh dikatakan paling tinggi dibandingkan saham-saham lain. tahun 2010 je 15% dividen mereka bagi, ASN sendiri kurang dari 8% pada tahun 2010.

mudah sahaja. cuma perlu daftar sebagai ahli dengan membuka akaun sekurangnya rm20 dan kemudian baru boleh membeli saham minimum rm500 tambah RM5 untuk yuran pendaftaran. cuma perlu isi borang SKB1 bersama-sama dengan 2salinan ic tapi peluang ni sementara saham masih ada. jadi kena cepat-cepat.

bank buka jam 9 pagi. aku datang beratur bank rakyat cawangan putrajaya presint diplomatik jam 850 pagi dapat nombor yang ke30. bergantung kepada cawangan bank rakyat, paling banyak mereka cuma buka 100 nombor giliran. nombor aku, jam 11 baru kaunter panggil. proses tak sampai 3minit pun.

informasi tak entry aku yang ni. haha. sementara ingat dan sementara korang sempat. :P

2 comments:

haya said...

rm500 tu lah yg kita dagangkn ye u? mksudnya, kita xnmpkla tht amount dlm acc kita, betul x? sungguh xtahu selokbelok dunia saham nehh 0_o

[k.u.y.a] said...

saya pun tak pandai gak. ngee. sebab rm500 kira minimum, jadi rm500 jela saham kita. simpanan dan saham adalah berlainan, simpanan boleh tambah-tambah tapi saham untuk bank rakyat ni tak sebab mereka buka jualan terhad. bila kita beli saham rm500 contohnya, ia takkan masuk dalam buku simpanan tapi simpanan bank. tiap-tiap tahun kita akan dapat dividen daripada saham kita dan kadang-kadang bank bagi dalam bentuk cek. kalau mahu dividen lebih banyak, perlu buat permohonan lebih dari rm500 dengan isi borang lain. borang skb3 kalau tak silap dan tunggu panggilan daripada bank sebab kalau boleh bank nak bagi ramai dapat. almaklum la, jual 1 billion je. kag orang kaya je dah beli semua. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...