Friday, August 12, 2011

[ bakal-bakal ibu kesayangan ]

entry khas untuk bakal-bakal ibu kesayangan aku. kawan-kawan yang rapat dengan aku. kawan-kawan yang selalu aku kongsi cerita sedih, gembira. kawan-kawan yang kebetulan bakal-bakal ibu untuk tahun ni. puan masittah, gambar awak tak dapat masuk la sebab awak dah lepas walaupun tahun ni jugak. hihi. kebetulan semuanya tahun ni. aku je tak, impian untuk sama-sama anak sebaya tidak tercapai. :(



puan leen. bekas classmate, bekas housemate untuk 3 buah rumah. bakal ibu ni cakap duedate bersalin dia dah lepas. baby takmoh lagi keluar, seronok sangat duduk dalam perut. ni senyap je tak tahu la dah bersalin ke belum. rasa macam baru je lagi tengok dia nangis-nangis lepas keguguran anak pertama, ni nak bersalin dah. kawan-kawan yang kenal dia ni memang tahu dia cepat nangis. hihi. sekejap sangat masa berlalu. seronok dapat jumpa dia sebelum dia bersalin nanti dah naik-naik cuti sibuk belajar pulak.



puan wan. bekas housemate aku untuk 2 buah rumah. kira junior same course tapi lain-lain tempat belajar hihi. kawin sebulan sebelum majlis aku. teringat lagi masa dia datang majlis kawin aku dia bisik cakap dah pregnant. menjerit aku kat situ jugak. hahaha. lihat gambar dia, tarikh duedate dia sama dengan birthday aku. kalau perempuan mesti comel macam mak angkat dia. aku la. heeee. tak perlukan comel aku, mak dia pun comel aje. geram. haha.



dan terakhir. puan aishah, kawan rapat aku yang paling lama. sejak zaman sekolah rendah lagi. satu-satu kawan yang bila bercakap 'kau aku'. hehe. gambar bakal ibu terbaru takde, dia suruh tunggu raya jadi aku masukkan gambar kawin aku. gambar dia jadi pengapit aku, aku boleh tumpang glamer dalam entry ni haha. dia kawin selang sehari je dengan puan masittah. nasib baik bukan sama hari kalau tidak takboleh pergi! hehe. disebabkan rezeki dapat baby pun lambat sikit jadi dapatlah dia jadi pengapit aku. ingat senang ke nak dapat pengapit isteri orang ni? haha.

setiap bakal-bakal ibu lain-lain ceritanya. sama jugak cerita cinta atau cerita perkahwinan. masing-masing akan melalui lain-lain pengalaman dan jugak selepas-selepas 2. semoga bakal-bakal ibu dipermudahkan bersalin, ibu dan anak sihat dan sila vouge kembali. haha. termasuk la jugak puan mimie kita dan sebenarnya ramai sangat kawan sebaya yang dapat anak tahun ni. pakat-pakat semua ni. hehe.

aku gembira untuk kawan-kawan aku. doakan giliran aku pulak. :)

6 comments:

Mimie said...

ehh nama saya pun ada. tq.. ;)
saya pun sedang membilang hari ni.
takpe.. nanti sampai lah giliran awak puan sue. berusaha lagi dan lagi. kalau Allah tak bagi sekarang mungkin ada hikmahnya. sabar ye.

My nama is Mija said...

Sue..arap2 lepas nie sue pulak ye..jgn risau..jgn stress..alahai leen tu bilerlah babynya nak keluar jumpa aunty2 kat putrajaya nie...heheh

[k.u.y.a] said...

mimie : tak sabar nak tunggu giliran saya. nak bercerita pasal baby pulak. hahaha.

mija : amin. amin. jeles tengok baby orang, nak jugak buat bantal peluk dan badan ketak-ketak macam baby nuh. hehe. leen lambat lagi la balik putrajaya, lambat lagi la dapat tengok baby dia.

RayRay's Mummy said...

beb..cmne nk tag nm cmtu eh?xreti le..~

[k.u.y.a] said...

macamane ek. mm copy url belog ke web ke then masa kita edit highlight perkataan then klik icon link then paste url. agak-agak boleh paham tak? ngee.

my name is leen said...

eh, saya y xda blog pn & tumpang baca blog org ni..tetiba ada story pasal sya ek..hihi..cm kembang sekejap..tq su.insyaallah impian su y 1 tu xlama lagi Allah makbulkan.amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...