Friday, January 13, 2012

[ 5months, halfway there ]

alhamdulillah. sekejap pulak rasanya masa berlalu. sekejap juga baby membesar 5bulan dalam rahim mama dia ni. ikut saiz baby harini ni dah masuk 21weeks another 19weeks to go or maybe less weeee. semoga dipermudahkan hingga bersalin nanti. tak sabar rasanya. 

aku pun tak bercerita apa lagi sepanjang aku mengandung 5bulan ni kan. macam-macam nak cerita sampai jadi tak tahu nak cerita apa. haha. saja lagi buat ayat orang confius. hehe



ni gambar jumaat minggu lepas. 5months, 20weeks. rasa macam gemok sangat haha. dulu bila tengok ibu mengandung cakap dah gemok, terdetik rasa takpela gemok sebab mengandung tapi bila sendiri rasa memang ia automatik menjadi negatif hehe.


gambar selang sehari lepas 2 rasa macam kurus sikit hahaha. mungkin faktor baju kot atau sudut gambar ditangkap :P. aku masih kurus lagi kan? hahaha. tak sedar diri dah gemok. :P

mari imbas kembali apa yang aku dah lalui sepanjang 5bulan lepas. cewah.

  • alhamdulillah sepanjang 5bulan mengandung dari 1trimester ke 2trimester memang aku takde langsung alami alahan, morning sickness, pening kepala, loya ke cuma rasa sakit perut dan sakit pinggang. doktor cakap perkara biasa untuk ibu baru mengandung sebab ruang rahim nak membesar. sakit perut hilang lebih kurang 2bulan lebih kandungan. mula-mula dulu pelik jugak sebab tak macam ibu mengandung lain takde alahan tapi mungkin ikut orang kot. kakak sulong aku memang langsung takde alahan sepanjang mengandung kelima-lima anak dia. 
  • sama macam alahan. sepanjang 5bulan ni jugak aku takde masalah dari segi makan. semua lalu je dan makan seperti biasa. setakat ni mengidam atau teringinkan apa-apa pun takde. cuma suka sangat makan seafood, aku ni alergik seafood muka sensitif tapi makan jugak hehe. tapi mula-mula je sekarang seafood aku hanya ikan, yang lain memang pantang balik. huhu. dan bila dah mengandung aku lebihkan makan sayur, buah, air putih dan susu tak boleh tinggal minum.
  • susu. aku cuma minum susu anmum materna perisa coklat, kalau susu anmum putih rasa manis. sebelum mengandung lagi memang aku dah biasakan minum susu sebab 2 petua untuk mengandung yang dibagi oleh pakcik ncik M hehe. start minggu ni aku dah tak minum susu anmum materna sebab ramai cakap minum susu 2 nanti baby besar. oh aku takut dapat baby besar jadi doktor pun cakap apa-apa susu pun boleh. so, sekarang sampai bersalin nanti aku ganti minum susu asal, dutch lady. kena buat dua cawan untuk ncik M sekali. dia lagi kuat minum susu dari aku hehe. 
  • bila bab ubat atau vitamin buat masa ni memang kawan baik la. aku jenis tak takut makan ubat lebih-lebih lagi sekadar pil je. bila pikir untuk baby lagi la taknak tinggal. 
  • sorang lagi kawan baik sepanjang mula-mula mengandung adalah rasa penat. kat ofis ok bila sampai rumah terus ko. kadang-kadang sampai rumah terus tido takpun paling lambat jam1030 aku dah tido. rumah memang terabai sikit la, aku jadi malas nak lipat baju dan membasuh jadi seminggu sekali. mengosok takyah cakap la, gigihkan jugak. bila bab masak ok pulak, kadang-kadang terlebih rajin terutama wiken. 
  • bila bab emosi, aku rasa masih seperti aku sebelum mengandung lagi. aku jenis suka happy-happy, suka ketawa dan suka bercakap. cuma satu je yang akan buat aku menangis sampai tersedu mengalahkan tengok cerita tentang dhia ialah bila ncik M kena pergi kerja. pernah sekali dia bagitahu kena kerja wiken sebab kena ganti ofismate aku tiba-tiba menangis teriak kuat dan tersedu-sedu. mungkin terlalu sedih macam tak boleh terima hakikat hahaha. bila turn ncik M kena kerja malam je hampir setiap malam aku akan menangis dulu hahaha. perkara wajib! kesian baby hehe. :P
  • setakat check up terakhir disember 2011, berat dah mencapai 56kg++. dan rasanya dah lebih 57kg dah kot sekarang. masa bujang berat 50kg pun susah. aku mengaku lepas kawin aku memang tambah berat badan, terlebih happy kot hahaha. paling tinggi pernah capai 53kg masa lepas hari raya.
  • 30 disember 2011, baby 19minggu baru sedar rasa baby mencuit-cuit. seronok sangat. dia la peneman kala ncik M takde. sebelum 2 rasanya dah rasa cuma aku tak tahu nak bezakan yang mana satu baby, mana satu bunyi perut lapar. :P
  • setakat 5bulan ni jugak aku masih belum beli apa-apa barang baby walaupun dah tahu jantina baby. iyee scan masa check up terakhir aku dah tahu jantina baby. doktor cakap 100% yakin haha. tapi rahsiaaaa la. :P bab membeli mungkin aku tunggu usia 6bulan walaupun hati dah tak sabar. hehe.

ok. ni je setakat aku ingat untuk petang ni. nanti kalau aku ingat apa-apa, aku tambah kemudian. :D




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...