Wednesday, January 25, 2012

[ monthly check up. 22 weeks ]

fuh fuh *tiup habuk kat laptop dah lama tak bukak hahaha*. ncik M kerja malam baru rajin nak buka. :P

hari ni nak cerita pasal check up baby hari ni. baru je doktor sambil-sambil nak mula scan 2 dok bercerita yang ibu sekarang suka buat belog untuk cerita perkembangan baby terus aku bersemangat nak update harini jugak haha. 

pagi tadi berazam nak sampai klinik sekurang-kurangnya jam8 tapi disebabkan aku buat air teh ncik M panas sangat jadi terlambat gerak haha sampai jam8lebih. memang dah jangka hari ni orang ramai daripada biasa, yela 2hari cuti umum kan. dapat nombor giliran nombor 7. macam biasa, klinik akan buka jam9 jadi aku pergi breakfast dulu dengan ncik M. takut berat naik walaupun beberapa gram jadi cuma beli sandwich je, susu dah minum kat rumah sambil telan air liur tengok ncik M makan nasi lemak. disebabkan tak tahan sempat pow ncik M sesudu dua nasi lemak. jadi la. 

tepat jam9 dah depan klinik. ok ramai giler orang. dulu dalam klinik pun tak pernah rasanya tengok kerusi penuh. setakat aku dah check up 5kali ni baru pertama kali klinik terasa ramai sangat orang, suami yang ikut mesti dapat duduk. harap-harap lepas ni kembali asal. rutin biasa setiap kali check up sebelum jumpa doktor. check blood pressure, air kencing dan berat badan. alhamdulillah semua ok. berat dah naik 2kilogram dari last check up. aku rasa kalau klinik gomen ni memang sah-sah kena minum air gula. 2 yang aku selalu dengar la. berat rasmi hari ni 58.8kg. makaii tak pernah seberat ni haha. bulan lepas naik 800gram je, bulan ni sampai 2kilo tapi doktor sikit pun tak tegur. kalau gomen, misi dah marah siap-siap. alhamdulillah, mula-mula dulu my gynea, doktor fatimah masuk jam10 jadi tunggu la tapi sekarang kalau hari rabu diawalkan jam9. ingatkan cepat jugak habis tapi disebabkan aku terlepas nombor giliran terpaksa tunggu 2, 3 orang yang lewat dari aku. panjang pulak cerita nanti kalau nak cerita.

masuk bilik doktor. 

soalan pertama, suria sihat? aku memang makin sihat hihi. 

soalan kedua, ada apa-apa masalah tak? alhamdulillah takde masalah yang setakat ni aku nak tanya pada doktor. 

dan sesi seterusnya paling aku menyeronokkan ialah sekodeng budak kecik dalam perut mama dia ni. weeee hehehe. hari ni samada doktor fatimah dapat mesin scan baru atau sementara tapi aku sukakannya sebab baby nampak lebih clear dari selalu. kali ni ncik M sempat rakam video, bulan lepas sebab dia terlalu excited dia lupa nak rakam video baby. hihi. sekodeng baby tengah aktif menendang sambil tangan atas kepala. banyak sangat memikir hal negara macam abah dia ni. haha. alhamdulillah, heart beat baby is normal. uri dan air ketuban semua normal. saiz baby dan berat membesar ikut umur. gender baby dah double triple comfirm, seperti ayat doktor 'tiada musykil lagi, tiada musykil lagi' hahaha. mama is sooo happy. :D

meh nak tepek salah satu gambar baby. 


keluar-keluar bilik doktor je ayat pertama pada ncik M, 'kenapa kita sekejap je, rasa macam orang lain lama je?'.

jawapan ncik M, 'sebab su takde masalah, jadi sekejap jela.

harap-harap betulla kata ncik M 2. doakan moga dipermudahkan perjalanan kami lagi 4bulan je lagi ni. tak sabar. :)



4 comments:

sayahappyslalu said...

Annur ye?

Mimie said...

apee... doc fatimah dah ade mesin scan baru.. ni yg jeles ni ;P
part menunggu saya dah habis dah.. kalau tak berjam2 nak tunggu..yg penting tak kena minum air gula kan ;P

[s.u.r.i.a] said...

kak emy : ha'ah. kak emy dulu dengan doktor mana?

mimie : suke la 2 tak kena minum air gula. hahaha.

sayahappyslalu said...

Mula2 dr. Fatimah juge.. Tp dia slalu xde, tukar dr. Khamsiah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...