Showing posts with label [ s.h.o.p.p.i.n.g t.i.m.e ]. Show all posts
Showing posts with label [ s.h.o.p.p.i.n.g t.i.m.e ]. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

[ mak buyong mengidam fareeda ]


konon nak insaf kejap nak fokus barang baby. kalau jual online boleh tahan godaan lagi, butik fareeda pun tak singgah dah tapi bila ada orang jual depan mata? siyes mata tak boleh tahan godaan. time-time tu jugak la kenapa cantik sangat? asyik teringat-ingat. menci ok. nasib baik ncik M tak marah. huahuahua. 

eh kenapa tudung fareeda ni best? bagi aku sebab kualiti kain memang terbaik, awning dia pun best sangat-sangat dan semestinya cantikkkk!! tapi nak buat koleksi bebanyak tak dapat la. mahal kan kalau tak jelita gak tak tahu la. hahaha. ok bai. 


psst : puan mimie, kalau dapat stok fareeda soft pink memang su nak. dah lama mengidam. :P




Wednesday, October 12, 2011

[ ada apa big bad wolf books sale? ]

semua orang sudah pergi big bad wolf books sale. sebab dekat harus tidak dilepaskan peluang. murah pulak 2, tak main puluh-puluh ringgit. tak ke giler pergi sana. hehe. ada siap cakap beli 30 kilo buku bukan 30 buah. dasat betul. hehe. majoriti tak pergi kali ke dua memang tak sah. tapi ncik M pergi dengan adik-adik dia je la. mak mertua aku join kali pertama pergi. aku tak pergi sebab tak larat. mengada! eh memang tak larat. hehe. 



ncik M seronok dapat buku, aku seronok petang balik kerja mak mertua dah bagi makanan. i lap u la mama. :D

cepat-cepat sampai ahad ni. 


Thursday, August 18, 2011

[ baju kurung cotton siap cantik-cantik buat raya ]

wiken baru ni bermalam di rumah PIL dan sabtu siang sesaja ikut mereka ke amcorp mall pj nak tempah blazer untuk adik bongsu ncik M. dorang ajak aku ikut je boleh cuci-cuci mata dan mana tahu boleh jumpa baju raya aku yang tak dapat-dapat lagi. kesian. hehe.

ni kira kali kedua aku sampai amcorp mall pj ni, kali pertama puan ross yang bawak. puan ross ingat lagi tak kita berdua masa zaman anak dara pergi dating naik lrt train siap sedondon pakai baju merah? hahaha. ok. cukup. :P sampai amcorp mall je kami berpecah dua sebab aku mengajak ncik M jenjalan cari baju raya. jalan jalan, masuk kedai keluar kedai dan kedai satu ni terus aku sangkut dekat sejam lebih. haha. ncik M siap pergi kedai buku sebab bosan tunggu aku. hehe.

cantik-cantik tak? bagi mata aku cantik. hanya baju cotton sahaja dijual dengan design kurung moden dan kurung pahang. kira sangat berbaloi bagi aku sebab pernah survey kalau harga kain cotton saja harga rm120-150. harga lebih kurang untuk baju siap kat sini. kain sejuk dan baju siap dia pun cantik terletak. bila tengok baju-baju ni boleh buat aku meleleh air liur, ingat kuih tepung pelita je ke boleh buat aku meleleh air liur. haha. lebih-lebih lagi kalau baju cotton corak paisley, aku boleh jadi tak keruan menelek satu-satu. sangat rambang mata sampai tak boleh nak fokus memilih. haha. baju depan sekali ni aku berkenan gak tapi sekali takde saiz, keciwa.

tapi dalam keciwa-keciwa 2 sempat rembat 3 pasang baju. tak pernah lagi aku beli baju sampai 3 pasang sekaligus. kemain habiskan duit eh. nafsu betul tapi bagi aku ni jenis susah nak berkenan corak baju jadi ni kira kategori terpilih la dan tak sanggup nak lepaskan peluang. baju-baju ni untuk raya ke 2, ke 3 (macam raya je aku ni) lepas-lepas 2 selesa boleh bawak g kerja. aku siap rebut-rebut tau dengan sorang akak 2 sebab nak saiz kecik. haha. kira aci la sebab akak 2 kat tangan dia je dah lebih 4 pasang. :P

ni kedainya. lepas beli beria-ria cakap dengan ncik M nak jahit manik tapi sampai sekarang tak sentuh manik lagi. haha. tahun lepas sepasang baju raya pun takde, tahun ni berpasang-pasang la pulak. haha.


malam 2 dengan senang hati pergi majlis berbuka di rumah mak sedara ncik M. baru meleleh tengok kuih tepung pelita pulak. :P




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...