Showing posts with label [ m.a.k.a.n.t.i.m.e ]. Show all posts
Showing posts with label [ m.a.k.a.n.t.i.m.e ]. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

[ makan-makan besar CNY ]

tarikh : 22 disember 2012
tempat : home sweet home

makan besar tapi takde yee sang. makan besar la sangat kan. haha. sebelum ni buat makan-makan kecil-kecilan jadi ada yang auntie-auntie dan uncle-uncle ncik M yang tak berpeluang datang rumah. so kali ni buat sikit lagi makan-makan tapi versi potluck pulak, mungkin mereka kesian dengan mak buyong ni kot 2yang 'takpela takyah susah-susah auntie-auntie bawak makanan'.

sekarang aku tahu kenapa ncik M balik mesia terus naik berat badan mendadak sebab dikelilingi orang yang suka memasak dan suka buat makan-makan. tiap bulan mesti ada. datang bawak perut je. untuk makan besar ni aku cuma sediakan ayam goreng, sayur campur, nasi putih, buah-buahan, air minuman dan rumah hehe. tugas aku cuma memasak di dapur dan bab mengemas mengvacum mengemop satu rumah ncik M hihi. 



sekodeng kekemasan ncik M kemas rumah hihi. karpet bulus-bulus terpaksa disimpan. karpet bulus harap cantik tapi penambah habuk.


asam pedas ikan pari kaw, sambal belacan, ikan masin sepat, ulam oleh MIL.


menu wajib orang jawa. yang nampak warna warni 2. sambal goreng. ni salah sorang auntie ncik M yang bawak. sedap! aku kena belajar buat sambal goreng ni.

menu tambahan lain yang menambahkan berat badan mak buyong ni.


bread pudding with chocolate. ni SIL yang buat. sedap sangat. aku makan banyak.


ini namanya keesh apa tah, aku tak sure spelling. ni auntie bongsu ncik M yang bawak. sedap giler. makan benda ni hari-hari pun aku sanggup.


cupcake and creampuff. tengok pun tahu sedap!! kenyang-kenyang pun tangan laju je capai masuk mulut. dari SIL lagi. MIL cakap sampai lewat pagi dia siapkan. 


ni satu lagi nama aku lupa. biras aku yang bawak. creamy nyum nyum dan cantik jugak hehe. 

ada uncle ncik M lambat sikit sampai, bawak mee kari. aku makan jugak. takde makanan yang aku tak makan. siap bertambah lagi ada la. semua orang offer nak masak untuk aku, sebut je nak makan apa. wahhh susah hati la mak buyong ni kalau berat naik walaupun bab makan memang syok. hahaha


dari jam12 tengahari tetamu datang dan jam930 malam baru aku dapat duduk balik betul-betul luruskan kaki. sakit pinggang mak buyong ni bangun duduk bangun duduk siap kena marah dengan ncik M sebab tak reti duduk diam haha. malam mengadu sakit pinggang, sakit belakang la tapi alhamdulillah bangun esok hilang dah semua. :)

esoknya, firtsday CNY MIL ajak datang rumah dia masak menu western pulak. makan banyak lagi. ok. jadi logik la aku naik berat sampai 2kilo kan? hahahaha. :P

Wednesday, January 18, 2012

[ mr husband's 29th birthday ]

tarikh : 3 disember 2011
tempat : restoran saba, cyberjaya

dah lebih sebulan baru nak update. disebabkan ncik M minta merahsiakan tarikh lahir dia, aku lupa pasal ni hihi. ikutkan ni pre celebration sebab sesi potong kek rasmi lepas wedding BIL. birthday ncik M dan jugak MIL. 


BIL dan tunangan dia masa ni belum sampai lagi so gambar dorang takde. restoran saba cyberjaya ni takde siapa yang tak tahu kefemesan dan kesedapan makanan dia. tak pernah tak ramai orang. restoran arab ni tempat ferebet kami buat masa ni la, asik muka kami je. tak tahu la sebab tekak mak yong ni ke tekak suami dia hihi. sebab 2 kami pilih restoran ni, firstime untuk FIL. sekarang tempat feberet tukar tempat lain dah. :D


3 disember 2011 genap umur ncik M 29 tahun. hujung tahun baru nak cukup tahun. bila masuk tahun baru je, cakap dia dah umur 30 tahun tahun terus dia marah hahahaha. kesian, baru je jumpa 29 sukasukahati cakap umur dah 30 kan kan hahahaha.

dan hadiah yang mampu aku beri pada ncik M. taraaaaa.





nokia C203. handphone with dual sim card. itu sahaja ciri-ciri ncik M bagi pada aku gantikan henpon lama dia yang jugak dual sim card. in advanced seminggu sebelum birthday dia. ikutkan dia taknak hadiah pun tapi aku pujuk jugak kasi adil. beria tang kita minta kamera, tang dia taknak hadiah pulak. kebetulan henpon dia memang dah nazak sangat jadi dah elok sangat berganti baru. bertuah dapat suami macam ni kan, isteri minta hadiah henpon blackberry dia minta henpon nokia murah-murah je. puji suami sendiri hahaha. fuhh nasib baik, dia tahu isteri dia tak berapa nak banyak duit nanti tak pasal-pasal kena topup muahahahaha. :P

ncik M ni dia jenis simple je. semua benda dia nak simple yang boleh. asal boleh pakai dah cukup tak perlu branded atau mahal-mahal. nama je dia orang IT tapi asal ada henpon dah cukup tak perlu canggih-canggih kalah isteri PA dia ni heeee. 

happy belated birthday kesayangan. :)



Wednesday, January 11, 2012

[ simple dinner treat for our 1anniversary at delicious ]

tarikh : 31 disember 2011
tempat : delicious one utama, damansara

cuba update seringkas mungkin. aku ni bukan boleh, suka taip pepanjang. :D

ikut plan asal just simple dinner for 1anniversary kami satu tempat di The Curve tapi disebabkan ncik M terlalu lama shopping di ulang sekali lagi ncik M hehe jadi kami pilih tempat makan sekadar turun lif je dan paling penting Delicious. :)





red velvet cupcake. lambang celebrate anniversary. cewah hehe.


 wajib ada gambar kesayangan. :)


menu aku. braised lambshank. aku memang suka sangat order kambing tapi ncik M jugak habiskan. sedap!


menu ncik M. teriyaki salmon steak. salmon fish, one of feberet ncik M. ini memang sedap giler! aku siap kempunan nak makan kulit dia. dalam sekelip mata tuptup habis dalam mulut ncik M. bakal kena tuntut nanti. :(

eh aku?



mak buyong comot jadi nampak sipi-sipi jela eh hihi. beria pakai baju sedondon ok. :P

agak kecewa sikit sebab dinner ni konon niat nak belanja ncik M, suami sendiri. kira 3in1 la. sempena birthday ncik M, dinner 1anniversary dan sempena aku dapat bonus. nampak sangat isteri dia ni tak berapa nak banyak duit kena kumpul sekali tiga event huahuahua. kecewa sebab rasa macam tempat biasa untuk 3event walaupun cukup mahal dah hahaha. ncik M cakap makan sedap kira ok la. huuuu. :)

dinner birthday ncik M update nanti eh. birthday boy belanja. hadiah pun murah-murah je mampu. :P





Thursday, September 22, 2011

[ suka bubur manis tak? ]

sebelum kawin dulu pernah berniat nak belajar buat blueberry cheese tart sebab aku suka sangat, lebih-lebih lagi makan masa panas-panas. kalau pandai dan sedap boleh bagi orang makan. ofismate cakap senang je nak buat. dapat hadiah kawin oven lagi aku bersemangat tapi....



sampai sekarang tinggal niat je la. suatu masa nanti aku cuba! berharap. hahaha.



jadi buah tangan pergi beraya rumah sedara mampu buat bubur je. 2 pun nasib baik aku minat makan bubur kalau tak, tak rajinnya aku nak buat. suka sangat lebih-lebih lagi masuk dalam peti ais dan esok makan sejuk-sejuk. dappnyeee. gulp! 

dah tak sabar nak balik. 5S buat aku selsema. booooooooooooooo.





Wednesday, September 21, 2011

[ our very first makan-makan ]

baru je sebut-sebut eh bukan taip nak buat sikit makan-makan. tapi memang betul sikit. hehe. tak dirancang pun. hari khamis malam jumaat minggu lepas ncik M ajak FIL datang rumah makan-makan. sebenarnya aku tak paham ncik M cakap ape, aku ok je rupanya ajak datang rumah. haha. ikutkan FIL dah beberapa kali  datang rumah tapi datang beraya kena masak elok-elok sikit. tapi sekali yang datang bukan sekadar FIL. ramai. -.-"

hari jumaat 2 pepagi lepas breakfast roti canai dekat presint diplomatik terus beli barang sikit di mydin dan barang basah selebihnya kat pasar presint 8. menu utama aku untuk hari 2 ialah lontong. minta-minta sedap la. nak bagi orang makan ni. hahaha. aku duduk dapur je, ncik M tak bagi aku keluar dapur sebab dia yang akan mengemas. hehe.

haish segan nak upload gambar masakan sendiri. bukan pandai sangat pun. gasak la eh. hahaha. ni betul-betul lauk yang aku sediakan. selebihnya mak mertua aku yang bawak sebab aku tak tahu ramai datang. heee.

buah oren pelik dengan warna merah dia. hehe.

ayam sambal. ayam masak merah aku tak sempat dan tak pandai. haha.

serunding. jenuh buat sebelum puasa lagi. TIPU! ni dah lama mak mertua aku bagi. terus terpikir buat menu tambahan.

kuah masak lodeh atau kuah lontong. bahan yang paling lama nak sediakan tapi senang hati bila semua puji sedap. heeee. masa ni atas dapur lagi. :P

nasi impit.

meja makan. banyak menu tambahan. mee goreng, kek, roti


lepas selesai...










hadap sorang-sorang ngemas. fuhhhh. *bengkok pinggang*

penat tapi seronok sangat orang datang rumah. selalu kami berdua je, ni bila ada ramai datang borak-borak sampai nak dekat tengah malam. makan non stop. seronok! hehe. kira ok la untuk kami buat permulaan pertama, jamu family dan sedara mara dulu. cuma yang ini elok sikit daripada makan bihun bujang je sebab masa 2 betul-betul last minute. dapur pun takde ape. haha.

ni jela aku mampu masak sorang-sorang, lain la ada pembantu mungkin banyak sikit menu. eceh yeke? haha. kami kena buat post mortem dulu mana yang patut tambah, kot-kot ada yang terkurang. pinggan mangkuk pun tak cukup banyak. pisau tajam pun satu je tau. hahaha. rumah aku ni pun bukan luas mana takut nak ajak ramai-ramai. hehehe.

lainkali boleh buat lagi, chaiyok! :D






Friday, September 9, 2011

[ 26 years old me. husband. hilton pj ]

harini rasa cergas lebih biasa la. sebab dah hari jumaat. :D

ok. hari ini masih belum terlambat untuk ucap selamat ulangtahun hari lahir aku ke 26 tahun 11 hari. alhamdulillah. antara ulangtahun paling bermakna dalam hidup aku sebab aku dapat suami yang semakin hari semakin memahami aku. eceh. sayang sangat kat dia. haish rindu dah ni. hahaha.

dan juga kebetulan raya pertama kami suami isteri jatuh pada tarikh yang sama. disebabkan petang raya adalah acara bebas jadi ncik M cakap petang boleh keluar jenjalan, dia suruh pakai je baju raya sedondon kami. hehe. dia cakap mungkin celebrate birthday aku kat hotel yang dekat-dekat, samada Marriot Putrajaya atau Shangri La Putrajaya je. sebelum 2 kami jenjalan area damansara dulu sebab nak survey hadiah untuk aku. ncik M tak tanya pun nak hadiah apa tapi aku yang cakap. hahaha. sebenarnya bukan cakap apa pun cuma masih otw 2 aku cakap aku nak kan sesuatu. asyik dok teringat je. saja beri hint kan. hehe. ncik M selalu cakap 2 la ayat standard aku 'asyik dok teringat je'. kalau dia ajuk cakap macam 2 comel sangat dia. gerammm hahaha.

ok cukup! tapi hadiahnya tak beli lagi cuma survey je dulu. dan otw balik, ncik M tanya samada aku dah decide nak hotel mana? aku cakap Hilton, PJ sebab dah dekat hahaha. sebenarnya kami pernah pergi sana cuma tak masuk restaurant dia. beria cakap pada ncik M tempat dia cantik. ncik M on je, birthday girl la katakan. so layan gambar. :D



masa ni memang tak ramai orang. ada orang pun bukan melayu, kami je melayu tak pergi beraya. :P

opera cake. sedapp! ni ncik M yang pilih. kek ni aku habiskan sorang, ncik M makan sesudu je.


french bagutte. ni menu ncik M.

lamb chop. ni menu aku. sejak dah kawin baru aku pandai makan daging kambing, ncik M yang ajar. sekarang tak payah tunggu ajar dah. hehe.


my kesayangan. dunia akhirat. insyaAllah. :D



dan birthday girl. isteri orang yang sudah berumur 26tahun. sekejapan je, kalau angka 25 macam muda lagi hehehe. doakan dia jadi isteri solehah, comel-comel selalu, kurangkan perangai degil, tak malas-malas kerja dan cecepat dapat baby. amin. :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok senyuman ni tak lebauuu. :P




Wednesday, August 24, 2011

[ kuih ku @ kuih ang ku ]

aku suka kuih ni. suka sangat. sepanjang aku jelajah bazaar ramadhan kat sini susah sangat nak jumpa kuih ni. sibuk-sibuk google tadi baru tahu kuih ni asal dari peranakan melayu cina melaka. patutla kat melaka je aku selalu jumpa. hehe. aku selalu panggil kuih ku je, kuih ang ku 2 nama betul dia.

bawah ni versi original. rupa tempurung kura-kura. hehe.


yang bawah ni pulak design versi orang melayu kat melaka selalu buat. ada lagi satu design tapi aku cari tak jumpa. selalu jual inti kacang hijau. sedap! masa kawin aku dulu siap minta mak aku order kuih ni masa rewang. macam la aku boleh makan banyak je. hihi.


tak sabar nak balik melaka pergi bazaar ramadhan mau jalan-jalan cari makan. paling penting cari kuih ku ni dulu. harap-harap walaupun dah minggu terakhir masih ada orang yang berniaga. sangat berharap. gulp!





Wednesday, August 17, 2011

[ berbuka puasa di umai d' lake cafe, putrajaya ]

bercinta sebenarnya nak upload gambar ni tapi kena rajin nanti dah basi. gambar pun tak banyak tak clear pulak 2. hahaha. gasak je la eh. hehe.



isnin baru ni aku dan ncik M ajak kak chik dan suami berbuka puasa sama disini. patutnya hari jumaat lepas tapi terpaksa ditunda sebab PIL ajak berbuka di rumah dorang. cecepat book untuk isnin pulak, sesaja berbuka sama seronok ramai-ramai. aku dapat balik kampung pun minggu depan jadi tak sempat nak berbuka dengan dorang, dorang dah balik berbuka di kampung. huuu.


meja kami betul-betul hujung sekali. view paling cantik.

aku dan ncik M paling awal sampai. heee.

fokus pada putri mia elysha. hehe.

fokus pada putri marissa. :D


buffet ramadhan 2011

harga : rm35 dewasa, rm15 kanak-kanak

makanan hari itu : nasi campur dengan lauk (rendang ayam, sotong masak kicap, daging hitam, kerang rebus, pajeri terung, ikan asam pedas, sambal udang petai, ayam masak lemak cili api dan macam-macam lagi), lemang, pelbagai kuih lebih 20 jenis, lamb grill, nugget, french fries, laksa, mee goreng, mee sup, abc dan pelbagai jenis minuman.

komen : sedap. lamb grill dia sedap! hehe. harga berpatutan dengan pelbagai jenis makanan. aku memang makan banyak giler, rasanya semua aku try. hehe. tipu. dekat je dengan rumah. area putrajaya ni takde kot buffet murah macam ni. surau yang selesa disediakan. disebabkan aku pergi hari biasa jadi memang tak ramai orang. makanan memang tak luak. sorry takde gambar makanan, blogger yang masih malu-malu hahaha. so, fully recommended. :D

tempahan : 019.2140041 / 013.6067710


terlanjur 2 ni gambar tahun lepas. gambar masa berbuka dengan family mertua di picc.

satu je pun. kan seronok update belog kalau gambar cantik macamni. hehe. harga tahun lepas rm55 seorang dewasa. tahun ni pun masih ada. bagi aku tak berbaloi kot. makanan boleh la cuma orang ramai jadi makanan macam tak cukup. harga mahal mungkin untuk bayar sewa tempat sekali. hehe. berbuka secara buffet ni boleh la sesekali, bukan nak makan banyak pun kan. mahal-mahal tolak tepi. lain la ada orang nak belanja. tak payah keluar duit, nganga mulut je. :D







Thursday, August 11, 2011

[ kuih tepung pelita taknak tepung lain ]

Ni la kuih kegemaran aku untuk tahun ni. Kenapa aku cakap macam 2? Sebab hari-hari kuih ni la yang aku dok teringat, terliur-liur. Kuih lain tak pulak. Dah orang ingat aku mengidam pulak dah hahaha.

Kalau kawan-kawan yang cukup kenal aku, aku ni kalau sebut kuih mesti kuih manis. Kalau kuih tak manis macam karipap ke, burger malaysia ke, popia ke aku tak bape suka sebab baik aku makan nasi lauk asam pedas ke. Heee.

Aku sanggup p beli kuih tepung pelita ni kat bazaar err walaupun ncik M yang bawak, bazaar presint2 sekali je aku pergi lepas 2 taubat taknak pergi sebab traffic jam gilerr. Nak beli kuih tepung pelita je pun kan. Rajin-rajin sesekali pergi bazaar presint diplomatik dan paling senang pergi cyberjaya je. Kedai-kedai melayu baru buka deret tutti frutti dorang ada jual kuih. Kuih tepung pelita ni ada. Senang takyah tempuh traffic jam. :)

Setakat aku sudah makan ni kuih tepung pelita bazaar bandar seri putra paling sedap. Sebab kadang-kadang kan dorang letak sengkuang kan, ni tidak dorang letak epal hijau. Sedapp! Tapi aku makan satu je sebab malu dengan family mertua. :P

Psst kalau mana-mana dah beli sedap bagitahu la ek.

Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Friday, August 5, 2011

[ penang - part 3 : jalan-jalan cari makan ]


giler lama baru nak upload, upload makanan di bulan puasa pulak 2. hari 2 update pasal hotel je. baru rajin datang balik. ni baru pergi penang ni, kalau pergi london ke pergi perth ke pergi jepun ke (nak jugakk 2) tak tahu la aku punya rajin macamane. :P

layan gambar jela ek sambil telan air liur. :D

nasi beriani kuning dengan kambing di jalan chowrasta. banyakk. aku sorang je ni makan.


pasembor padang kota. sangat-sangat sedapp! ni buat pertama kalinya aku makan. :P

sotong kering bakar padang kota. ni ncik M je makan.

sotong kangkung padang kota. pertama kali jugak makan. sangat sedapp macam nak fengsan! haha.

ok. kerang bakar je. padang kota.

mee udang padang kota jugakk. sedappp!! nak pergi yang sungai dua telor dibasuh malas nak seberang malam-malam buta. :P

char kueh teow udang. memang sedapp macam nak fengsan buat kali kedua. udang manis dan disebabkan sangat sedap la kami order mee udang pulak dari kedai yang sama. :D


dan terakhir laksa janggus yang paling mencabar nak cari. sesat tanya orang sesat dan baru jumpa. mm bagi aku rasanya tak la sedap sangat sebab aku memang suka sangat laksa.


ni jela yang kami sempat sebab cari tempat lagi lama daripada makan. kesiann. hihi.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...