Showing posts with label [ h.o.n.e.y.m.o.o.n ]. Show all posts
Showing posts with label [ h.o.n.e.y.m.o.o.n ]. Show all posts

Friday, February 24, 2012

[ 2D1N water chalet avillion port dickson ]

tarikh : 5-6 Januari 2012

dah sebulan lebih pergi tapi buat muka tak malu update jugak ngeee. sekali harung nanti jadi tergantung macam pergi penang. malas update.

babymoon cum first anniversary vacation. cuma 2hari 1malam sebab kalau harga 2malam baik pergi bali hehe. tempat aku yang pilih atas persetujuan ncik M. first honeymoon dulu tempat sejuk, jadi kali ni kami pilih pantai pulak.

sila layan gambar yang super banyak ni. :P





akan hanya melihat belakang ncik M sambil menarik luggage merah kesayangan hehe.



masih belakang ncik M. :P


BILIK TIDUR




ni gambar-gambar bilik pertama, lepas 2 kami minta tukar bilik sebab mengadap bilik tak menarik. lama jugak la ncik M nego sebelum dapat tukar , lagipun weekdays bukan ramai orang pun. mesti banyak bilik kosong.


ni bilik kedua kami. sekurang-kurangnya pemandangan indah sikit. ni indah mengadap bilik orang lain, tak selesa nak lepak luar.


BILIK AIR



phewitt mak buyong 5 bulan. hehe.


tengok gambar orang boleh tahu aku masuk bath tub. :P



belakang aku 2 bilik mengadap laut sepenuhnya. selang beberapa bilik je dari bilik aku. kalau weekdays kena tambah rm200 dari harga bilik kami yang separuh view laut. baru weekdays, kalau weekend rasanya beza lagi rm100++. *pengsan*

aktiviti petang berjalan-jalan sekitar chalet. banyakkan berjalan untuk ibu mengandung. 5bulan dah banyak berjalan aku ni. hehe.




first swimming pool.



ada zoo kecil hehe.


second swimming pool. tak ramai orang pun, ada la 2 3 orang mat salleh.



jauh sampai ke pantai mak buyong ni berjalan. hehe.


malam kami cuma take away makanan dari restoran ni. bertentangan je dengan avillion. jalan kaki pun boleh. memang kami jalan kaki je pun. 


saja nak tunjuk view dari shower room kami, open roof open air. hehe. mandi ditemani bulan bintang. auwww. :P 



hari kedua. pepagi buka sliding door melihat matahari terbit diiringi bunyi hempasan air laut cewahh. nyaman sangat rasa. nikmati keindahan ciptaan Allah swt selagi masih bernafas. rasa macam nak bekukan masa lama-lama hehe. malam 2 kami dinner di anjung ni la, sampai tengah malam jugak sakan borak. seronok sangat. :D


mak buyong tengah layan perasaan konon. :P



breakfast time. 


our first round. :)


minta waiter capture moment kami. :)


our second round. orang sini tak pandai buat roti canai. kemain tebal. haha.


indahnyaaa. yang belakang 2. hehe.


third swimming pool. sesuai untuk kanak-kanak. saja mak buyong posing masuk gambar. :D


ok babymoon berakhir. sila balik. :(

bagi aku seronok dapat datang sini. luang masa berdua dengan husband paling penting walaupun alahai sekejapnye la masa berlalu. tempat menarik, bilik best, makan ok. kami sengaja pilih water chalet, pantai. sekurang-kurangnya kami merasa. kami sepakat setuju kami suka tempat sejuk-sejuk macam first honeymoon kami dulu lagi dan plan nak datang sana lagi or alang-alang tempat sejuk obersea terus? ngeee. :P


p.s.: harga bilik water chalet untuk 2D1N rm488 termasuk tax inc breakfast. cuma weekdays ye, weekend pepandai la tambah harga. :D


Monday, January 9, 2012

[ babymoon berakhir sila kembali ke alam nyata ]

pepagi dah buat belogwalking kat belog orang. rindu dah berapa hari tak buka pc. hehe. ingat sebelum bertolak nak update sikit sebab satu entry pun takde lagi untuk tahun baru tapi dan dan masa teringin nak update 2 la ncik M bagi syarat sepanjang cuti sampai wiken tanpa pc dan tanpa bb. maksudnya apa-apa sahaja social network dilarang berhubung sama sekali hahaha. dia cakap nama pun cuti kan, enjoy setiap masa dan saat. memang kenal sangat ncik M 2. :P

alhamdulillah. selamat dah short babymoon kami di avillion PD, seronok! mestila seronok sebab dapat luang masa dengan orang tersayang kan walaupun alahai dekat je pun hihi. lepas 2 sempat balik kampung dapat makan macam-macam mak masak sedap-sedap siap tapau lagi. ohh priceless! :D




nah satu gambar buat pengubat rindu eceh. aku suka sangat gambar ni. pepagi buka pintu bilik dapat tengok permandangan matahari terbit, tengok berkaca-kaca je air laut 2. hehe. iye memang dah nampak mok mok dalam gambar la. :P

more updates nanti la ye. sekarang ni macam-macam benda dalam kepala sebab banyak sangat tangguh update. cerita-cerita yang mesti kena tinggalkan jejak dalam belog ni. hehe. cerita birthday ncik M 3 disember lepas, review wedding adik ipar, cerita kami celebrate 1anniversary kami dengan sweet simple dinner dan short babymoon, dan terpaling penting update perkembangan baby termasuk mama dia yang dah makin kembang. hihi. semoga dikuatkan hati, tangan, mata, dan otak supaya gigih mengupdate. amin. :D




Saturday, July 16, 2011

[ penang - part 2 : berjaya penang hotel, penang ]

part 1, 10 hari yang lepas.

harini baru rajin datang mahu upload gambar. dah lama rasanya tak upload gambar banyak-banyak ni. almaklum la sejak takde kamera ni. haha. upload dengan wifi unifi ni memang laju giler. seronok pulak. hehe.

ok. honeymoon pertama kami dulu di colmar tropicale bukit tinggi, pahang ni salah sebuah hotel dibawah berjaya hotel & resorts. sejak 2 pihak berjaya ni selalu la email ncik M bagitahu ada buat promo ke atau senarai hotel dan resorts bawah mereka dan salah satunya ialah berjaya penang hotel, penang.

kriteria hotel yang aku cari. hot spot area samada georgetown atau batu feringgi, selesa paling kurang hotel 3 bintang dan paling paling penting sekali murah. selepas survey punya survey kami sepakat memilih berjaya penang hotel. sebabnya murahh! sama masa honeymoon pertama dulu kami hanya perlu booking secara online 30 hari sebelum check in dan akan dapat 15% diskaun. benda yang sama juga aku buat. aku kan dah dapat tarikh ncik M cuti jadi boleh la booking sebelum 30 hari kan.

harga selepas diskaun termasuk tax untuk 3hari 2 malam cuma rm276.08. tak sampai rm140 pun satu malam. kira ok la harga untuk hotel 4 bintang, hotel lain dekat penang tak dapat. cuma nak bagitahu harga ni tak termasuk breakfast tak sama macam di colmar dulu. tak kisah la nama mahu jalan-jalan cari makan penang kan. ngee.

kedudukan memang strategik sebab dekat dengan bandar. bawah bangunan pulak ada shopping complex kalau mahu cuci-cuci mata. rasanya sebahagian daripada berjaya hotel punya bangunan kot.

ok sila layan gambar hotel je. seronok pulak rasa tetiba. :P


28 tingkat ok patut la aku tengok tinggi je. bilik kami tingkat 25. weehuuu!


nampak tak sling beg ala-ala mulberry alexa 2, aku sukakkkannya. walaupun ala-ala je. :P


walaupun macam kecik je biliknya tapi selesa sangat untuk kami berdua. bukan ada budak kecik pun kan nak berlari-lari. :P


dan ini permandangan dari bilik kami. bandaraya georgetown, penang. boleh nampak bangunan komtar kat hujung 2. jalan terus je tapi ada belok-belok. hihi.

dan tidak lupa juga. puan si penangkap gambar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku memang suka bilik hotel ada cermin besar macam ni. boleh tangkap gambar syok sendiri dengan sendirinya. hahaha. :P

Sunday, January 30, 2011

[ our first honeymoon at colmar tropicale bukit tinggi and hope for next ]

wah entry kedua hari ni. hehe. hujan seharian. baju pun anginkan dalam bilik je. memang best duduk rumah seharian tapi sorang-sorang 2 yang tak best. ncik M keja, balik makan tengahari je. dia tak de ni nak ngadap blog kejap. hehe.

saja nak upload gambar honeymoon kita orang. 6hari selepas majlis. sepatutnya first honeymoon kita orang di sabah. minggu ni la tapi sengaja nak burn kan tiket sebab takut nak pergi sana sebab dikhabarkan sedang musim hujan. takut nak naik kapal terbang. aku la 2. huhu.

colmar tropicale bukit tinggi, pahang. kira ni last minute kita orang punya plan. selepas melihat gambar-gambar orang berjalan ke sana dan nampak macam best so kita orang pilih tempat ni. sempat booking 30hari sebelum check in so dapat la 25% diskaun. berbaloi-baloi. bilik best. tempat best. makanan best. sejuk. boleh datang lagi sebab tak sampai 2jam pun dari putrajaya.

ni gambar hari terakhir sebab hari lain kita orang duduk bilik je dan keluar untuk makan sahaja. hahaha. ok. ok. sila layan. :P


dan gambar terakhir kami. di depan pintu restoran ryo zan tei di perkampungan jepun. ncik M suka la. sanggup naik bukit semata-mata untuk restoran ni sebenarnya. haha. makanan sedapppp sangat. mm nanti la upload gambar makan. :P


best sangat tau. kebetulan kita orang pergi memang sejuk sangat-sangat. :P

ok. cukup la ni mengadap. nak mengosok baju keja. nasib baik 2hari je berkerja minggu depan. tapi sama je sebab nak gosok baju ncik M juga. oh bercintenyeeee nak mengosok baju. takpe-takpe malam ni dapat upah tengok tengok wayang. yeah! :P


**sedikit info. 3d2n colmar tropicale bukit tinggi just rm302 for 2 including breakfast. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...