Showing posts with label [ a.l.l.a.b.o.u.t.w.o.r.k ]. Show all posts
Showing posts with label [ a.l.l.a.b.o.u.t.w.o.r.k ]. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

[ salah satu nikmat perlu di syukuri ]

betul orang cakap apa saja yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmah tersendiri. 

satu contoh. bagi aku ada hikmah aku bertukar bos dan ofis walaupun sayangkan ofis lama. kebetulan naik-naik cuti kawin terus dengan bos baru. tapi rasanya sekarang lebih tenang, tempat kerja tak stress langsung samada dari bos atau kawan sekerja. kerja jadi PA ni mana-mana kerja sama je samada sibuk atau tidak dan bos ok atau ko. ofis lama aku dapat belajar macam-macam tapi sibuk yang amat, lebih-lebih lagi ofis besar dan staf pun ramai. tahu la bila dah ramai orang macam-macam la perangai yang kadang-kadang memang banyak sangat tekanan. elok sangatkan ofis baru takde sebarang tekanan, ditakdirkan aku ada rezeki mengandung jadi sangat-sangat bagus untuk baby. :) 

syukur dengan apa yang aku ada sekarang. aku dikategori bertuah sebab setakat ni dapat bos-bos baik aje. tak perlu bos tabur duit atas kita pun tapi sekurang-kurangnya memahami dan cukup baik dengan kita. aku nak ke klinik check up ke, tetiba EL ke, nampak aku macam letih sikit pun dia suruh rehat, kadang-kadang print minit mesyuarat pun dia tak kisah print sendiri.  aku pun bukan suka nak ambik kesempatan dengan kebaikan bos. bos sekarang pun mungkin sambung lagi umur bersara dia. lega sikit hati, rasa-rasanya dia pun takkan bertukar tempat lain. berharap la supaya nanti senang bila baby dah keluar lagi macam-macam hal kan. kalau ditakdirkan dapat bos garang pun tunggu la anak dah besar sikit hahaha. :P

saje nak membebel petang-petang ni. dah lama tak cerita pasal kerja. nak update cerita bergambar takde pulak gambar heee.


Wednesday, August 10, 2011

[ 5S, saya sayang sangat semua sekali ]


2 yang sayang nak buang sebenarnya. Hihi.

adeh! Ofis aku baru nak buat 5S. Harini baru nak buat sesi sisih menyisih ni. Takde nak sisih apanya, buang je semua. Orang kerja gomen tahu la 5S apa. Ya Allah, bulan-bulan puasa ni tak cukup oksigen aku rasa. Rasa nak pitam aku duduk kejap.


Korang tengok la tempat aku. Korang nampak kosong ke bersepah? Hehe. Banyak sorok sebenarnya. Hahaha. Nampak tak bawah 2 ada kotak coklat? isinya barang-barang dari pejabat lama nak kena bawak balik rumah. Ada macam-macam benda dalam 2, cenderamata bagai la sijil-sijil aku semua dalam 2. Belah kanan ada kabinet besi dan kayu, penuh minit mesyuarat dari orang lama lagi. Buka laci nampak kertas, buka laci nampak kertas. Memang nak kena lempor je semua. Ni belum bilik bos lagi, takde orang lain nak tolong buat. -.-"

3bulan je dorang bagi masa, bulan ni dah kena abis sisih. Adoyai! Kawan-kawan yang dah buat 5S sila bagi tips. Kasihani la kawan kamu yang comel lagi sedang puasa ni.


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Thursday, December 23, 2010

[ hati walang saat tiba 8 hari lagi ]

xtahu nak mula macamane. aku xtahu perasaan aku sekarang apa.

hari ni mungkin hari yang kurang bernasib baik untuk aku. hari ni aku buka surat pertukaran bos. akhirnya permohonan pertukaran bos ke kuala lumpur diluluskan. berkuat kuasa 3januari2011.

aku call memaklumkan berita baik ni untuk dia tapi mungkin buruk untuk aku. bos masih di hospital, dia memang ada sejarah minor strok. jantung dia pun bermasalah. niat dia bertukar ke kuala lumpur pun sebab rumah dia di sana dan dekat untuk buat temujanji pakar di hkl.

terus terang. aku sedih dia bertukar.

sebab dia baik sangat. :(

surat pengganti bos pun aku buka. kuatkuasa pada hari yang sama. kebetulan naik nama pegawai di sini juga. aku di tingkat 5, bos baru pulak di tingkat 6.

pegawai 2 memang dah ada PA dia sendiri. boleh pikir logik la kan. mesti dia akan bawak PA dia sekali.

aku ? mungkin kena pindah tingkat atas.

sedih.

kemudian dia sms.


bos : salam. baru dapat line. dah berapa hari dok godek rupanya sim card rejected sebab longgar. awak start cuti minggu depan kan. sementara tu boleh bincang dengan encik ** dan encik ** untuk dapatkan maklumat serah tugas saya. bila tarikh sebenar saya lapor diri tak pasti lagi. ikut kata doktor saya dijangka discaj paling awal pada 25hb disember untuk rujukan ke IJN. mungkin lepas honeymoon awak boleh tolong sedia nota serah tugas saya.

aku : ha'ah minggu depan saya akan start cuti. saya akan bincang dengan encik **. naik cuti 10hb saya akan buat nota serah tugas bos. barang-barang bos ada apa-apa nak saya kemas ke?

bos : hai. macam dah tak nak tengok lagi je. pengganti dah ada nak masuk ke. barang/buku/dokumen di atas bla bla bla bla.... hai berapa banyak punya barang da.

aku : huhu. kenapa cakap macam 2, sedih saya. pengganti bos dekat je. silap-silap saya pun kena kemas barang.huhu. encik ** pun kuatkuasa 3jan juga. 2yang tanya awal-awal esok last day saya.

bos : maaf la. saje nak gurau dengan bakal pengantin. macam tu kalau saya kena la datang untuk clearkan bilik sebelum 3hb walaupun sedang cuti sakit kan.

aku : tempat saya pun kena kemas juga bos, kena pindah juga.huhu. bos ok ke nak datang kemas, saya boleh je minta tolong sapa-sapa kemas.

bos : ok le kot. saya bawak anak saya tolong nanti. yang penting saya akan cuba sedaya upaya untuk datang majlis awak. tolong doakan saya sihat le ye..


huwaaaaa aku nangis kat situ jugak. sekarang pun aku nangis. :'(

Tuesday, August 17, 2010

[ puasa d pwtc ]

aku sedang sibuk. bulan-bulan puasa ni ada conference. penat sebab kena ulang alik tapi kena pk positif. hari ni dah masuk 7ramadhan. sekejap je. 6hari sebelum ni aku sia-siakan macam 2 je. aku ni dah tergolong dalam golongan yang dalam kerugian sebab xambik peluang nak bolot semua hadiah Tuhan memang nak bagi, banyak aku sia-siakan. :(

persiapan kahwin aku kurang tapi tetap ada. penat berjalan banyak-banyak. ada masa aku update. alhamdulillah aku xtinggal sahur lagi walaupun lepas hantar mak balik kampung khamis lepas aku mula bersahur sorang-sorang. sob. sob. :(

ada yang mengembirakan aku sebab belum lagi berbuka sorang-sorang. ada je teman. suka. :)




Thursday, January 14, 2010

[ sup?? ]

*C : su, ape nama jawatan baru awak?
aku : setiausaha pejabat.
*C : jadi memang jadi setiausaha untuk semua hal la ni ye?
aku : ntahla *C.
*C : kalau yang xde diploma panggil ape?
aku : pembantu setiausaha pejabat.
*C : ooo. ape singkatan jawatan awak? SP? SUP? hahahaha.
aku : hehehe.

aku gelak tapi dalam hati? Tuhan je tahu ape aku rasa. aku xtahu la kalau orang lain terasa ke x kalau berada d tempat aku. aku memang jenis cepat terasa tapi kalau bila ayat ni keluar dari orang yang selalu perli aku. aku memang cukup terasa. aku pun xtahu kenapa. mungkin sebab dia lebih tua dari aku kot dan dia pernah jadi penyelia aku masa aku jadi PA pool dulu. aku sedang belajar untuk pujuk hati dan bersabar. aku terlalu cepat terasa. huhu. :(

:: memang susah nak puaskan hati semua orang. ::

Wednesday, January 13, 2010

[ angin bawa la daku pergi ]

rasenya macam baru je keluar pekeliling untuk upgrade jawatan N27. borang opsyen pun belum sign lagi tapi bahang nya dah mula terasa. aku rasa macam ramai staf kat bahagian aku ni xtahu pasal naik gred aku ni. malah dengan bos pun aku xcakap ape, aku rase mestila dia dah tahu. dia memang teror bab2 IT ni.

arini. mesyuarat bahagian. mesyuarat bahagian aku ni setiap bulan tapi hanya gred N22 ke atas sahaja yang akan masuk mesyuarat ni. aku telah d kehendaki masuk oleh *O aku. aku ade gak bersuara, yela lum declare secara official nye aku ni bergred N27 jadi malas la nak masuk mesyuarat. aku bukan ape. malas nak tinggalkan meja lelama. bukan nya ade orang akan ganti pun. nanti aku gak susah. orang luar telefon la, orang nak hantar surat la. leceh. mm nak xnak kena gak masuk. sebelum mesyuarat mula lagi *O aku yang selaku setiausaha mesyuarat telah menghebah2kan pada pegawai2 yang ada, aku akan menjadi setiausaha baru. 1je terlintas kat kepala aku ni. dia cakap macam 2 lepas la 1 bala dari tangan dia. aku xkisah. kalau memang dah dalam senarai tugas baru N27 tertulis 'mengambil minit mesyuarat@ menguruskan perjalanan sesebuah mesyuarat' tapi ape kuasa dia untuk menentukan tugas baru aku?. mungkin aku yang salah paham. aku ni kan cepat sangat terasa. cuma aku pikir belum ade ape2 taklimat khas lagi pasal tugas2 baru ni, xperlu la nak beria2 nak bagi aku kerja mengalahkan bos aku sendiri.

tetiba. mula la aku rasa macam nak bercuti lama ckit. jenjalan makan angin. g pantai ke@ air terjun ke@ pulau ke. nak tenang kan hati. bawa diri jauh2. kalau ade peluang aku rase macam nak tukar angin g ofis lain. kadang2 berada d golongan pegawai2 M&N ni membuat semua nya terlalu protokol.

aku rasa penat sangat arini. rasenye bukan sebab penat fizikal tapi penat mental. aku perlukan rehat.


:: selain blog, hanya pada ncik M aku mengadu. ::

Thursday, December 17, 2009

[ aku & meja ofis ]

saje. pic aku konon nye sedang khusyuk ngadap pc. nak tunjuk meja kerja aku. ckup la tunjuk separuh je. tunjuk penuh kag pengsan plak. bilik aku xdeco ape2 sebab aku xde mase untuk wat semua 2. aku xkuasa nak ambik waktu cuti nak menghias bilik. meja aku sentiasa penuh dengan surat. surat kat bahagian aku ni macam xtahu berhenti. tika aku menaip post ni pun surat setinggi pc menunggu untuk d rekod. sebab bos outstation, aku sedang bermalas-malasan. dah mood nak balik kampung petang ni. hip hip horey!! 3 hari bercuti akan d penuhi dengan majlis kenduri kawin. adoii!. alangkah besh nye klau d penuhi dengan majlis kenduri kawin aku ke. lalalala. sungguh berangan. huhu. dah 2tahun lebih aku duduk meja ni sebab lebih setengah tahun aku jadi PA pool. aish, tetibe teringat yang LNPT aku xbertaip lagi. bila plak aku nak wat ni?mm..nanti2 la. bos aku memang sangat baik tapi agak low profile. kadang2 aku xtau bila time marah dia sebab aku xpandai nak jangka emosi dia. nampak cool je dia. arap2 markah aku tahun ni memberangsangkan. huish, seram sejuk plak keluar perkataan 'berangsang' ni. hikhikhik. :P

aku xtahu sampai bila aku akan berada d tempat ni. paling lame mungkin 5tahun sebab aku dah berangan nak posting obersea la. terbayang macam2 negara yang ade 4 musim. salji, sejuk, bunga warna warni. bergambar sakan. sangat besh. ^_^ xsalah kan aku berangan. kalau jodoh aku kuat dengan ncik M, dia dah beri green light untuk posting obersea. bumi jepun dia dah jelajah. bila kah peluang aku? mm kalau posting jepun pun ok gak. aku dah ade translater. :P

:: minggu ni d ofis aku d ganggu jantan gatal. huh! ::

Saturday, August 8, 2009

[ aku jumpa sape? ]


semalam kebetulan nama aku d calonkan utk menghadiri majlis beramah mesra bersama penaung puspanita, sape lg klau bkn isteri pm datin paduka seri rosmah mansur. aku selaku ajk puspanita kementerian nk xnk kena la p. klau x, kena jwb surat tunjuk sbb plak nnti. aku rase aku la yg paling mude, almaklum la ajk puspanita ni selalunye 'org lame'. memang meriah majlis nye, tgk la sape vip nye plak kn.
dh telanjur aku dtg, aku xnk la lepas peluang tgk isteri pm ni dr dekat. tergedik2 la aku kuar kn kamera. aku berpeluang salam ngn datin paduka n terus aku capture pic kt atas ni (maaf la ade silau ckit). dia nampak lain la dr kt tv tp biar aku jela yg th ape yg lain nye.

lame rasenye menunggu waktu mkn. sbb pg 2 aku sempat minum milo je. dhla vip nye dtg pnye la lambat, d tambah ngn mcm2 tarian lg. dh bape x aku ngadu kt akk sbelah ni pn aku xkire. dh terlalu lapar. bergelas2 fresh orange dh aku teguk. makanan dh terhidang tp lum mase nye utk mkn.

ni bdk yg suke nau bergambau kate org mlk, menunjukkn muke kesian yg bosan & laparrrrrr!!!

:: sejak aktif puspanita ni, banyak betul la majlis mkn aku kena hadir ::

Tuesday, July 21, 2009

[ surat xtahu berhenti ]

penat..2jela perkataan yg ade..arini mmg aku rse sgt2 penat, mgkn sbb keja bnyk..pg2 dtg meja ku lihat penuh..2la bahana nye aku mc smlm sbbkn mate aku yg xbaik2 lg..kebetulan plak bos xde, xde la org nk tgk2 kn tempat aku ni..tgk jela surat yg nampak 2, yg xnmpak xpyah la nk cite..2pn separuh aku dh nyahkan dr meja..arini mmg xmenang tgn..ngan bos nye, peg2, staf lain nk itu nk ini..penat..tp dh keja kn..skag mmg musim surat bnyak..meja aku xpenah kosong, ade je..pas post entry ni aku nk tido, penat..


:: kdg2 elok gak aku sibuk, xla aku ade mase utk pk benda lain.. ::

Friday, July 3, 2009

[ duit kelab ]

dr pg td bnda ni la yg aku ngadap smpai keja aku
sndiri t'bengkalai..



ni ade la sbhagian dr duit kelab keluarga ofis aku..
dh menjadi tanggungjawab aku slaku pen. bendahari kelab..
aku bila bab2 mengira yg lemah tubuh bdn..
bila nk mesy tahunan, baru aku terhegeh2 nk compile semua..
gambar ni sbenarnye cme suku duit je,
lum campur yg dlm bank lg..
dh (+)(-) lebih 6ribu gak la..
bnyak kn??
jgn sape2 rompak aku dh..
x ke naye aku..


:: mlm td tido sorg2 kt umah, nasib baik aku lena smpai pg ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...