Showing posts with label [ s.a.y.a.n.g.s.e.m.u.a ]. Show all posts
Showing posts with label [ s.a.y.a.n.g.s.e.m.u.a ]. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

[ 6 bulan dan jakarta ]

lamanya belog terbiar, nak dekat sebulan dah pun. sedih menengok tapi bila momentum dah lari susah nak kejar hehe. hari-hari buka pun memang langsung tak takde perasaan. haish.

mak buyong sangat sihat walafiat. baru je balik dari trip jakarta-bandung minggu lepas. seronok! kemain jauh berjalan ye. alhamdulillah, baby baik-baik je sepanjang perjalanan cuma sekarang baby dah pandai mengeras. sakit mama dia ni tetiba, rasa macam kejang perut hehe.


ni la kawan baik aku, tuan masittah yang menumpangkan rumah dan mempermudahkan perjalanan mak buyong ni di jakarta. dulu suruh buat belog, up entry sikit terus dia peram sampai sekarang hehe. ikutkan dah lebih 8tahun kami kawan. masa belajar dulu dia la orang paling rapat dan paling melalaikan sebab seronok sakan borak dengan dia. menangis bersama dah perkara biasa. sayang sangat kat dia. hehe. seingat aku last kami bergambar sebelum dia terbang ke jakarta dan baru mengandung beberapa bulan, sekarang turn aku pulak. cepat betul masa berlalu.

dulu lepas kawin dia asik sebut je bila nak sampai ke jakarta melawat dia tapi aku beri alasan aku takut tetiba aku mengandung dan kesihatan tak mengizinkan untuk aku jalan jauh. tapi lepas mengandung ni aku yakin aku ok dan tetiba teringin nak ke sana. spontan ajak ncik M. ncik M beri green light lagi la aku beria kan. :D

ok. cukup sini. aku rajin lagi aku update. apa-apa pun pada puan tuan masittah yang sedang membaca, terima kasih tak terhingga. terharu atas layanan awak. tujuan utama ke jakarta sebab nak melawat awak dan adif, shopping dan jenjalan 2 kira bonus untuk saya. disebabkan awak bagi saya makan sedap-sedap berharap berat badan tak naik banyak. esok check up ni. hehe. :P

Tuesday, October 11, 2011

[ 9.10.11 ]


'birthday girl' basi pun potong kek lagi. hikhikhik. :P



Friday, August 12, 2011

[ bakal-bakal ibu kesayangan ]

entry khas untuk bakal-bakal ibu kesayangan aku. kawan-kawan yang rapat dengan aku. kawan-kawan yang selalu aku kongsi cerita sedih, gembira. kawan-kawan yang kebetulan bakal-bakal ibu untuk tahun ni. puan masittah, gambar awak tak dapat masuk la sebab awak dah lepas walaupun tahun ni jugak. hihi. kebetulan semuanya tahun ni. aku je tak, impian untuk sama-sama anak sebaya tidak tercapai. :(



puan leen. bekas classmate, bekas housemate untuk 3 buah rumah. bakal ibu ni cakap duedate bersalin dia dah lepas. baby takmoh lagi keluar, seronok sangat duduk dalam perut. ni senyap je tak tahu la dah bersalin ke belum. rasa macam baru je lagi tengok dia nangis-nangis lepas keguguran anak pertama, ni nak bersalin dah. kawan-kawan yang kenal dia ni memang tahu dia cepat nangis. hihi. sekejap sangat masa berlalu. seronok dapat jumpa dia sebelum dia bersalin nanti dah naik-naik cuti sibuk belajar pulak.



puan wan. bekas housemate aku untuk 2 buah rumah. kira junior same course tapi lain-lain tempat belajar hihi. kawin sebulan sebelum majlis aku. teringat lagi masa dia datang majlis kawin aku dia bisik cakap dah pregnant. menjerit aku kat situ jugak. hahaha. lihat gambar dia, tarikh duedate dia sama dengan birthday aku. kalau perempuan mesti comel macam mak angkat dia. aku la. heeee. tak perlukan comel aku, mak dia pun comel aje. geram. haha.



dan terakhir. puan aishah, kawan rapat aku yang paling lama. sejak zaman sekolah rendah lagi. satu-satu kawan yang bila bercakap 'kau aku'. hehe. gambar bakal ibu terbaru takde, dia suruh tunggu raya jadi aku masukkan gambar kawin aku. gambar dia jadi pengapit aku, aku boleh tumpang glamer dalam entry ni haha. dia kawin selang sehari je dengan puan masittah. nasib baik bukan sama hari kalau tidak takboleh pergi! hehe. disebabkan rezeki dapat baby pun lambat sikit jadi dapatlah dia jadi pengapit aku. ingat senang ke nak dapat pengapit isteri orang ni? haha.

setiap bakal-bakal ibu lain-lain ceritanya. sama jugak cerita cinta atau cerita perkahwinan. masing-masing akan melalui lain-lain pengalaman dan jugak selepas-selepas 2. semoga bakal-bakal ibu dipermudahkan bersalin, ibu dan anak sihat dan sila vouge kembali. haha. termasuk la jugak puan mimie kita dan sebenarnya ramai sangat kawan sebaya yang dapat anak tahun ni. pakat-pakat semua ni. hehe.

aku gembira untuk kawan-kawan aku. doakan giliran aku pulak. :)

Wednesday, August 11, 2010

[ 1 ramadhan 10 ]

mak kita ada kat sini sejak sabtu lepas. kita jemput dia dari kampung. motip? sebab kita sesaje ajak dia duduk rumah kita sehari dua. kita pun duk sorang je. boleh puasa sama-sama. tahun ni tahun terakhir kita bujang lagi, tahun depan insyaAllah dah kahwin. jadi, takut xde peluang macam ni lagi dengan mak. lagipun kita ada mak je kan.

bila mak dekat sini, kita sibuk sikit. layan dia je. layan dia cakap, layan dia makan, layan dia jenjalan. layan dia tido. walau dia banyak cakap, banyak tanya. tapi kita xkisah pun sebab kita tahun orang tua memang macam 2, dia sayang kita kan. kita pun sayang sangat kat dia. :)

ni la mak kita. posing dengan spek dia baru beli. 'spek beli kat kl 2....' ayat 2 mak kita yang cakap. hikhikhik.

1st ramadhan. sahur & berbuka mak masak. hoyeh!! selamat berpuasa semua. :)


"sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosa yang terdahulu"

Monday, August 9, 2010

[ im gonna miss u ]

dia la. classmate. roomate. housemate. blokmate.

selamat jalan kawan baik ku. 3tahun bakal berkhidmat d pejabat penyelidikan malaysia d jakarta. sanggup berjauhan dari suami dengan kandungan baru berapa bulan. semoga kamu selamat menjalani kehidupan d perantauan. mungkin dekat tapi aku tetap akan rindukan kamu. akan rindu sangat-sangat. :(

Wednesday, June 16, 2010

[ kenangan hanya untuk d kenang ]

aku lahir dari keluarga yang besar, ramai adik beradik. tinggal d kampung yang sejak kecik makan dengan lauk hasil jerih perit mak dengan arwah abah d kebun getah. iyee mak dan abah hanya seorang penoreh getah. itu la pekerjaan mak dan arwah abah yang aku tulis d setiap borang sampai sekarang. kami sekeluarga serba sederhana tapi cukup makan, cukup pakai dan cukup cukup bahagia.

sejak aku kecil lagi, ke mana-mana arwah abah bawak aku dengan motor vespa dia. dia hanya ada motor vespa. momen yang paling aku ingat, naik motor vespa aku kena berdiri depan. mungkin mase 2 aku kecik lagi. menangis guling-guling semata-mata nak ikut mak dan arwah abah ke kebun getah. cukup gembira dapat naik motor vespa sambil berdiri pegang handle motor. hahaha. kadang-kadang lepas balik kebun arwah abah terus ke rumah nenek d kampung sebelah. gembira lagi sebab macam-macam dah bermain d kepala. sebenarnya, setiap kali balik dari rumah nenek kami akan jumpa simpang tiga. setiap kali 2 aku akan tutup mata dan berdoa dalam hati yang arwah abah akan ke simpang kanan bukan kiri. ada apa d simpang kanan?? simpang kanan maknanya arwah abah akan ke kedai. jadi aku boleh minta arwah abah belikan gula-gula. kalau ke simpang kiri maknanya kami akan terus balik rumah. walaupun arwah abah ke simpang kiri, aku xkan menangis atau menjerit minta ke kanan. minta gula-gula. sebab kakak-kakak dan abang aku xpenah buat macam 2. hakikatnya, ada rase sedih dalam hati.

aku ingat lagi dulu mase sekolah rendah, bila time hujan atau aku dah lambat ke sekolah arwah abah akan hantar dengan motor vespa dia. terus terang aku sangat-sangat malu dengan kengkawan lain. lebih-lebih lagi bila aku kena duduk mencangkung atas motor vespa biru kesayangan arwah abah sebab kak chik yang akan duduk belakang. kadang-kadang terdengar orang menjerit 'vespa kunci'. aku xtahu ape maksud ayat 2 tapi yang pasti aku memang sangat malu. tunduk sebab xtahu nak letak muka dekat mana. walau malu aku xpenah malu nak salam abah sebelum pergi. hakikatnya, tiap-tiap hari aku berharap hujan xkan turun sebab aku lebih rela berjalan kaki ke sekolah dari naik motor vespa abah.

20sen hari-hari mak bagi untuk buat belanja makan sampai petang. dari darjah 1 sampai 6, seingat-ingat aku 4tahun aku dapat program rmt atau lebih terangnya rancangan makanan tambahan. hahaha. macam xcukup makan dekat rumah sampai dekat sekolah kena bagi makanan tambahan. mm nama 2 yang xsesuai. kalau dapat rmt kadang-kadang mak xkan bagi duit, aku pun xkan minta melainkan cikgu minta bawak duit untuk beli buku atau ada apa-apa aktiviti dekat sekolah. tiap-tiap tahun aku berdoa arwah abah akan belikan kasut sekolah baru untuk aku tapi selalunya kasut yang sama aku akan pakai untuk 2, 3 tahun. bukan kasut sekolah je. beg sekolah pun sama. aku xpernah minta sebab aku tahu bukan senang nak dapat duit walaupun kadang-kadang aku ade juga berbunyi dengan mak dengan angan kosong. hakikatnya, aku sangat cemburu pada kengkawan yang asyik silih berganti kasut baru.

aku sedar aku bukan orang senang sebab mak selalu cakap nak dapat duit susah. mak dan arwah abah kena keja dalam hutan. bernyamuk. banyak binatang. berpanas. menahan bau busuk getah skrap. kalau hujan lagi la xdapat ke kebun. kalau xdapat ke kebun, xdapat la duit. aku cukup sedar diri sebab 2 sejak kecil aku memang pendiam, pemalu, cepat menangis. orang buli pun aku diamkan je sebab aku sedar diri aku ni siapa nak melawan. aku xde apa-apa. aku perasan. sejak aku belajar, bekerja. aku mula berubah. aku x pendiam macam dulu. aku x senang-senang kena buli macam dulu. aku xcepat terasa dan terus menangis macam dulu. aku xterus-terus boleh berubah, semuanya perlukan masa. kita toleh ke belakang untuk tengok masa silam kita tapi jangan berundur ke belakang untuk jadi seperti masa silam dulu.

aku terlalu kerap ingatkan mak. ingatkan arwah abah. dah 3 tahun arwah tinggalkan kami sekeluarga. walaupun xhenti aku menangis dari tadi tapi aku habiskan juga menaip entry ni, aku biarkan keja aku yang berlambak ni duk je atas meja. sekarang. aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah. al-fatihah. semoga roh nya sentiasa d cucuri rahmat Allah s.w.t. amin.

Friday, February 12, 2010

[ kampung! tunggu saya ]

perasaan aku sekarang sedang sangat excited menunggu petang ni. nak balik kampung. hip hip horey! last aku balik kampung bulan12 ari 2. selalunya tiap bulan aku balik kampung. kampung dekat la katakan. mak pun dah berbunyi 'nak balik bila?' 'kuya asik bertarikh je mak' kata aku dalam hati. hahaha. cuti 4hari akan aku hargai dengan sebaik-baiknya. dah macam2 plan dalam kepala ni. tambah plan kak chik lagi. insyaAllah, semua adik-beradik ade. xkira macamane sekali pun semua mesti ade. balik kampung petang ni pun aku berteman. bukan ncik M ok. hehe. tapi adik perempuan aku yang d terengganu 2. aku jemput dia d hentian kajang malam tadi. ncik M temankan. adik perempuan aku ni adalah orang pertama yang jumpa dia. tiba-tiba macam blur nak kenalkan ncik M pada adik, 'noni, ni abang faisal'. hahaha. kelakar betul. belum jumpa adik beradik lain lagi ni. hehe. 4hari juga la aku xkan jumpa ncik M. eleh baru 4hari. 2pun nak kecoh. hehe. dia siap pesan, 'ingat abang kat sini'. mesti dia akan rindukan aku. hahaha giler perasan. :P

sejak akhir2 ni aku rasa macam hari2 aku sibuk. jarang nak lekat rumah. sibuk sangat ke aku ni? sedangkan sibuk 'bertarikh' je pun. hehe. 2pun kejap2 aku curi juga masa nak temankan lin edar kad kawin dia. kesian dia. kadang2 tinggal sorang2 la dia lebih2 lagi osmet sorang lagi memang sibuk keluar dengan bakal tunang dia. aku ni. almaklum la, sejak dengan ncik M hidup single aku dah berubah. pernah aku katakan pada dia, 'su dulu tunggu setahun nak tunggu abang ajak su keluar tapi sekarang? hari2 ajak jumpa.' dia sekadar gelak dengan penyataan aku 2. memang hakikatnya macam 2. walaupun dia kerja, makan tengahari minta d temankan. lepas kerja minta d temankan makan malam pulak. hingga arini hampir hari2 aku jumpa dia. dasat kan?hahaha. yela 15minit je antara cyberjaya-putrajaya. alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Dia permudahkan perjalanan kami. Dia pertemukan kami yang dekat. aku akui, dugaan pasangan kekasih berjauhan lebih besar dari yang dekat ni. cinta pertama aku dulu pun putus tengah jalan sebab kami berjauhan. ape2 pun atas diri masing2, lagi pun mungkin masa 2 aku muda lagi. asik nak memberontak je, sensitip memang xhingat la, ego tinggi menggunung. huhu. dah2 xmoh kenang dah kisah lama. lama dah tutup buku. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami seterusnya. amin.

mulai saat ni aku mengira detik nak balik kampung. sangat besh perasaan ini!. doakan aku selamat dalam perjalanan. doa pada kawan2 juga yang cuti panjang balik kampung. jaga diri semua. ^_^



:: baru dapat beg beli online. comel. ::

Thursday, January 28, 2010

[ marissa & facebook ]

kak chik dah bape kali asik tanya bila nak jumpa marissa. aku tahu dia rindu nak bergosip dengan aku. aku pula memang rindu kat marissa. lebih2 lagi bila kak chik cakap marissa dah pandai merangkak. cepatnye dia besar.

kalau dah lepak umah kak chik. aku sedia tahu. memang dia akan minta lappy nak berfacebooking. aku jangan mimp
i la nak dapat pegang lappy. keja aku layan marissa. kata dia, 'aku dah hari2 buka facebook.' baik. mama leka kejap, laju je tangan marissa. abis d pukul2nye lappy mak uteh dengan tangan dia yang mulus 2. marissa pun nak berfacebooking ye. semakin pandai buat ekspresi muka. budak2 sekarang memang cepat bijak. eeee geram mak uteh dengan marissa tau. nasib baik comel macam mak uteh. ngeh2.


**gambar kurang kualiti. henpon cap ayam
.

:: setiap kali dengan ncik M mesti kak chik cal. kebetulan. ::

Sunday, January 17, 2010

[ lahirnya dia sebagai rahmat Tuhan ]

aku, baby comel & kak cda

Justify Full kak cda, my best ofismate ever. dia la orang pertama yang menegur aku bila aku mula2 kerja dulu. orang yang paling rapat, orang yang paling aku percaya. banyak benda aku kongsi dengan dia sejak hampir 4 tahun aku mengenali dia. apa2 pun dia memang la ofismate, kakak, cikgu & sahabat yang paling best. banyak benda aku belajar dari dia.

dia telah selamat melahirkan baby lelaki yang sangat comel khamis lepas. geram aku d buatnya. rambut lebat, hidung mancung, mata sangat galak. ensem kalau besar ni. hehe. ikutkan ini adalah anak ke2 dia tapi Tuhan lebih sayang kan yang sulong. meninggal dalam perut masa usia 5 bulan. dugaan besar la buat kak cda n keluarga. baby ni sangat2 d nantikan kan tau sebab ni kira cucu sulong la buat kedua2 belah keluarga.

aku percaya. walau besar macamane pun dugaan yang Tuhan uji pada kita. ade hikmah d sebalik semua 2. jangan anggap Tuhan 2 xadil sebab kita sebagai hamba nya yang lemah kena redha, berdoa & berusaha untuk baiki kesilapan. aku doakan kak cda & newborn baby nye sihat je. seronoknye dapat pegang & bau baby. ^_^

:: suka anak sulong adalah lelaki. ::

Friday, December 4, 2009

[ mak uteh as babysitter ]

rutin seharian aku dah banyak berubah sekarang. aku balik tepat pada masenye sebab pas keja aku ade keja partime. ni la keja nye. ^_^


menjadi babysitter xbertauliah & xbergaji pada anak kak chik aku, putri marissa. hehe. tah ape yang d bebel kan 2. sejak sebulan kak chik aku pindah putrajaya, dia hantar anak dia kat taska area umah sewa aku. sejak sebulan juga la rutin aku berubah. kak chik keja klinik bangsar, g keja balik keja semua b'gantung pada abg ipar aku. jadi klau lewat keja abg ipar aku, lewat juga la kak chik aku sampai putrajaya. aku sebagai adik merangkap mak sedara yang comey & baik, dah jadi tanggungjawab aku la nak ambik berat pasal marissa.

sampai umah, ciap2 mandi, solat & kadang2 klau rajin ckit aku masak dulu baru aku jemput marissa kat taska yang selang beberapa rumah je dari rumah sewa aku. paling lewat kak chik aku sampai umah dalam kul8 lebih. jadi keja aku layan marissa, bagi dia susu (susu botol ok), basuh cebok berak dia, dodoikan dia sampai tido. dah aku rase mcm aku ambik kursus membina rumahtangga yang ciap ade praktikal menjaga anak. hehe. 'senang la mokteh nanti kalau dah kawin & ade anak sendiri marissa oii'. hehe. sampaikan housemate aku cakap, 'ni dah nak kena kawin ni'. ade ke patut? kalau bukan sebab marissa pun bukan nye aku xbiase ngan semua ni. ade 6orang adik & 6orang anak buah dah buat aku celik serba sedikit pasal teknik2 yang ade. hehe.

sampai sekarang kak chik aku berusaha memujuk aku untuk tinggal sekali ngan dia. alasan dia, dia boleh hantar marissa kat taska bawah rumah dia & memudahkan aku untuk ambik dia. aku pun kononnye boleh la jimat bujet kalau dah tinggal sekali. aku seboleh2nye tanak. mak pun pernah bagitahu dia memang tanak aku duk sekali. orang tua ni lebih memandang ke depan. huhu. bak kata ncik M plak 'saya cenderung suria xtinggal sekali, igat pesan mak. xpun suria tinggal je rumah saya'. hish2, 2 dah lari dari tajuk 2. aku bukan nye nak b'fikiran negatif cume nak beringat sebelum kena. aku memang nak sentiasa berada dekat ngan kak chik, marissa tapi bukan tinggal sekali. aku xtahu nak cakap mcmane asalkan kak chik aku paham & xberkecil ati. huhu. bingung.


:: selalu sangat berangan ade rumah & keluarga sendiri. ^_^ ::

Monday, November 30, 2009

[ banda hilir untuk mak ]

semalam. aku plan nak duk umah je sebab ari2 kuar. penat. tp permintaan mak nak jenjalan xsampai hati aku nak hampakan. mak, klau aku tanye nak jenjalan mane. jawapan dia mesti banda hilir. sebab kalau soalan shopink kat mane, jawapan dia mydin. hehe. banda hilir, mm dah bape x ktorng g, posing tangkap gambar pun xtau nk kire. tp dah tempat feberet mak. ikutkan jela. tp syarat nye aku xnak jd driver, aku nak bersenang lenang jd co pilot je. awal2 aku dah ckp kat adik aku amin, driver kami yang aku xpakai contact lens jadi mmg aku xleh bawak keta. hahaha. kasi kejam ckit. amin mmg adik yang baik, adik lelaki aku yang paling baik. sape jd isteri dia mmg beruntung sebab dia mmg caring tp bab membakar jantung no1. penat leter dah, xnak gak b'henti.



setiap kali aku bawak mak g jenjalan ke, shopink ke mesti mak akan cakap 'time kau bujang ni la mak dapat rase kau bawak jenjalan, beli barang dapur. kau dah kawin nanti xdapat la'. touching kat c2. kalau nak aku sentiasa ade temankan dia jangan la suh aku kawin cepat. ni, sampai2 umah je cite pasal kawin, g pasar cite pasal kawin, nak tido cite pasal kawin. fuh!. mane2 mulut mak mmg xkan lekang pasal kawin. dah aku rase mcm anak dara yang comey tp xkawin2. huhu. baru umur 24tahun, klau dah 25tahun. xtahu la. aku tahu mak aku sayang kan aku, dia tumpang senang tengok aku bahagia. sejak arwah abah aku xde mmg mak suke cakap ayat yang menyayat hati. tahan hati jela. xkan nak emo depan mak kan. huhu.

:: kalau aku banyak duit mesti leh wat mak sentiasa hepi ::


Wednesday, September 2, 2009

[ 3 brown skaf ]

aku, mak & nenek


tiada kata2 yg boleh aku gambarkn betapa aku syg kn mereka,
rindu kn mereka. tiada org lain boleh aku bandingkn utk menandingi sifat mereka. mereka la yg terbaik.


:: tika ini aku rindu kn kg :( ::

Wednesday, August 19, 2009

[ just 4 marissa ]

taraaa!! ini la hadiah utk marissa. modernize soft carrier & blanket yg sgt2 comel. aku beli lame dh kt digital mall usj 19. aku xth nk beli ape tp nk beli benda yg lain ckit. aku pilih 2 benda ni. iktkn ati nk dua2 warne merah tp blanket yg merah dh abis. xpela. ni je yg mampu mokteh belikan. yg mahal2 mokteh xmampu ok. arap marissa suke. tggu marissa besar ckit je dh boleh pkai. ^_^
pic marrisa arini. kak chik mms kn ptg td ngn msg bertaip 'hai mok uteh, kuarters marissa mcmane? boleh x mok uteh tlng cal kn? please..' bertuah pnye kakak. dia gune kn ank dia dlm meminta pertolongan. bijak2. marissa dh nmpak lain ckit. sedap betul dia tido, wat mokteh dia ni nk join tido sebelah je. hehehehe.


:: baby mmg cepat berubah muke ::

Tuesday, August 18, 2009

[ kronologi kelahiran putri marissa ]

'ok, mama dh ciap nk p hospital. baju ni baru 2x kali pakai sbb wat mama nmpak gemok hehe'
'mama dh sampai hospital. baju dh tukar, mask jgn d lupekn. mokteh cbuk je nk interprem jgk'

'mama nk cari ilham jap. mne tau senang nk bersalin nnti ke. baby rehat ye'

'akhirnye, baby mama kluar gak. mama sgt penat, xckup tenaga, sakit tp mama hepi'

'putri marissa, putri yang lemah lembut'

'mokteh, da owner of blog mesti nk interprem gak ngan ank buah baru dia. same2 comel lalala'


putri marissa selamat di lahirkan pd tepat jam 2.07ptg pd 17 ogos 2009 d HUKM secara bersalin normal. anak buah perempuan aku yg ke4 & pertama wat kak chik ku. selepas overdue lebih kurang 10 ari dr tarikh sepatutnye 070809, akhirnye baby mau jgk kluar. pttnye kak chik ku d masukkn ubat tp mgkn dsbb kn baby takutkn ubat, pintu rahim ngn sndiri nye terbuka. alhamdulillah. perjalanan yg mudah. aku doakan kak chik & baby nye sihat sentiasa. kak chik kena pantang betul2 eh, nk slim balik kn. im sooo hepi ^_^..

:: teringin nk anak kembar ::

Friday, July 31, 2009

[ pertunangan aishah ]


malas betul nk meng'update' blog ni..sebenarnya selepas ke rumah zura aku terus bergegas ke umah aishah..dia bertunang ptg 2..dia mmg rapat ngn aku, dh la dia xjemput ramai jd aku sebolehnya xnk mengecewakan dia..kisah percintaan jarak jauh hampir 5 tahun sehingga dia bertunang pd ari 2, so sweet huhu..


baju warne pink dak aishah sbagai baju loncatan sbb baju sebetulnye salah wat..kesian dia..ape2 pn ko nampak cantik sngt shah..


siti selaku mak andam, nmpak pro sgt time make up kn dak aishah..dia pn dh offer utk make up kn aku time bertunang nnti..bila nye aku nk bertunang ni??hahaha..siti..ko pn lum bertunang lg jd jgn nk push2 su ok..

dh lame x lepak together2, dh mcm bdk2 blk rase nye masing2..hehe..


:: tahun depan mesti musim kwn2 berkawin plak ::

Tuesday, July 28, 2009

[ selamat pengantin baru azura ]

lamenye aku x post entry..almaklum la blk kg mggu lepas..server pn ala2 manje gitu jd xdela dpt aku nk update blog..ari sabtu lepas aku ke majlis kenduri kawin xscollmate, azura..aku ngn dia xla rapat sgt, lain2 kelas la kata kn..tp dh d jemput & terlanjur aku blk kg, aku pakat2 la ngn kwn aku ct utk g sesame..ramai gak la xscollmate yg mmg dh lame xjmp dtg..
sebahagian dari mereka yg dtg, time ni si zura lum bersanding lg..baru posing tukar2 baju..keja ktorg kacau dia bergambar la (masing2 nakal)..bdk llaki 2 anak salah sorg dr kwn aku ni..jmp2 dh besar anak dia, dh 5tahun umur nye..aku ni bertunang pn belum huhu..
aku ngan pengantin perempuan, pengantin lelaki xdpt nk tggu..

aku doakan hubungan kedua pengantin berkekalan hingga ke akhir hayat dan berbahagia dunia & akhirat..amin..

:: berani betul gune tema pink, kesian kan pengantin lelaki ::

Thursday, July 23, 2009

[ kwn2 ku bertunang ]


"salam, suria ko dtg umah aku 25hb 7 ni, aku tunang..
dtg tau, xde sape pn temankan aku.."

aishah dh nak bertunang?? dia kwn paling rapat time aku skola dlu..dia mmg dh lame bercinte tp xsangka dia akn bertunang thn ni, xde angin xde ape tb2 anta msg menjemput..maknanye bln ni je 3 org kwn rapat aku bertunang..ari2 citah bertunang..cedih sbb mcm rase kehilangan tp ape2 pn aku tumpang gembira dgr perkabaran kwn aku2 nk bertunang, dh ade org nk jg kte watpe tggu lame kn.. =)

tuan masittah, kwn paling rapat mase aku kt poli dulu..dia bertunang bln4 ari 2..xsangke lepas dia putus kasih ngn bf dia, dia terima je tunangan pilihan family..(lebih ensem dr yg dulu.. =P)


shahnurhazlim, exclassmate aku time poli dulu..skag masih menjadi housemate aku..dia bertunang 12hb7 ari 2..dia la org yg paling aku respek sbb dia jenis setia..bercinta dgn tunang dia dh lebih 5 tahun, walaupn bercinta jarak jauh akhirnya ikat jgk..(idea ku deko pelamin dia..)

rossilawati, exclassmate n exroomate time kt poli dlu..pas abis poli lebih kurang 3tahun gak la lost contact..jmp2 je dh tukar bf tp elok la yg dulu panas baran..yg ni nampak dorg srupe plak hehe..dia bertunang 18hb7 baru2 ni..tb2 dpt email gmbar2 bertunang dia..(ross dh nmpak kurus la)


ape2 pn aku betul2 hepi tgk gambar2 korang sbb xdpt nk pergi la katekn, aku doakan hubungan korang perpanjangan hingga ke jinjang pelamin & berkekalan hingga ke akhir hayat..amin..


:: skag bertunang mmg tema putih ke?? ::

Monday, July 13, 2009

[ acik mama wanna be ]




smlm sbelum blk putrajaya smpat ambil bberapa pic ngn acik..dia menunggu ari je ni, 2pn dia dh rse sakit2 pinggang..ksian kt dia..sebenarnye kak chik aku ni tua setahun je dr aku..aku rapat sgt2 ngn dia..klau dlu time skola ktorg ni dh mcm kwn baik, mne2 berkepit..org ckp ktorng ni xserupe jd klau org lain tgk dorg assume ktorng kwn bknnye adk beradik..bnyak benda ktorng share sme2, dh mcm kembar pn ade..klau nk bergaduh ngn dia jela..bab2 tarik rambut mmg perkara biase,kejar mengejar keliling umah..bila igat2 blk kelakar pn ade..arini baru sehari xjmp dia dh rse rindu..sedih plak rse huhu..k,la nk tayang la pic ngn dia..


baby dh xsabar nk keluar la..


posing paling cun dr mama vogue hehe..



:: mlm ni aku tukar template baru, hamster pn dh ilang huhu.. ::


Saturday, July 11, 2009

[ kuah gula durian ]

mlm ni aku menaip blog dr umah kak chik di tmn keramat, kl..
aku g umah dia mlm smlm..
aku malas nk abiskn mse hujung mggu aku kt putrjaya..
bosan..
aku mmg nk anta kuah gula durian yg mak aku kirim kt kak chik..
kcian plak kak chik kempunan plak dia nnti..
lgpun rindu sgt2 kt ank buah aku yg masih dlm perut..
smlm ptg kak chik msg ckp ade kuar darah ckit..
dia dh nk bersalin dh ke?
sempat ke aku anta kuah gula durian kt dia?
risau plak aku..
anak sulung la katakn..
aku plak yg risau lelebih..
aku sentiasa doakan keselamatan kak chik ngn anak dia..
anak lelaki ke perempuan?
masih tanda tanye..
nk bg name ape pn masih memilih...
xsabar rasenye..
=)



:: ade banyak perkara yg masih berlegar2 kt kepala aku ni.. ::


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...