masih ingat entry cerita tawaran penambahan saham bank rakyat?
bank rakyat sudah umum dividen bagi tahun 2011. jadi bagi tahun 2011 dividennya sebanyak 20 %. weeee berbaloi-baloi. paras keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhan. jadi siapa-siapa yang tak nak lepaskan peluang memiliki saham bank rakyat cepat-cepat terjah bank rakyat kot-kot masih ada peluang beli.
wah aku promote ni macam ada komisen je kan. benda baik harus la dikongsikan. :D
Showing posts with label [ s.h.a.r.i.n.g ]. Show all posts
Showing posts with label [ s.h.a.r.i.n.g ]. Show all posts
Tuesday, March 27, 2012
Tuesday, March 13, 2012
[ pureen stock clearance promotion april 2012 ]
agak-agak aku larat lagi tak nak pergi? belum 9 bulan larat lagi la kan. hahaha.
dua expo, dua-dua booth pureen aku borong dah. tapi teringin sangat nak pergi. mesti murah giler-giler dan orang pun ramai giler-giler huhu. ok! sila semangat borong baju stok sampai baby besar. :D
Monday, March 12, 2012
[ apa aku makan dan pantang makan untuk mengandung? ]
tajuk tak agak-agak kan? haha.
lewat mengandung. ikutkan kak long pernah nasihatkan aku dapatkan nasihat terus daripada pakar tapi kami sepakat mungkin selepas lebih setahun baru kami fikirkan ke arah 2. pergi mengurut pun aku tak bersedia, dahla aku ni jenis pengeli huahuahua. setahun pun belum kan jadi mungkin memang belum rezeki kami. kami pun bukan dah terdesak sangat dan menunggu lama bertahun-tahun. mungkin Allah SWT dah tentukan tahun pertama perkahwinan kami hanya berdua.
alhamdulillah. 8 bulan. penantian cuma 8 bulan. :)
so, macam-macam petua orang berpengalaman terdekat turun pada aku. tapi disebabkan cuma jaga bab makan jadi ikutkan jela. antaranya:-
- minum susu tepung. ni petua pak cik ncik M. dia cakap susu tepung nespray, kami ikutkan jela. kononya khas untuk suami tapi kami suami isteri minum hahaha. rasanya lepas raya baru kami mula minum. :)
- jangan makan makanan segera. semua jenis mee segera seperti mee maggi, makanan fast food seperti McD, KFC atau makanan segera bergoreng. rasanya sampai sekarang dah lebih setahun kami tak makan. kadang-kadang je kalau teringin sangat tapi boleh bilang dengan jari. mee maggi kari memang dah lama teringin. huhu. nanti la minta kebenaran ncik M makan sekali sebelum bersalin. hehe.
- asid folik. vitamin teman setia aku. ni kak long aku yang pesan makan, rasanya masuk 2 bulan aku kawin baru mula makan. asid folik pun memang elok untuk orang yang merancang untuk mengandung. sehari sebiji, 7 bulan tak pernah tinggal makan lebih-lebih lagi bila pikir nak baby. cuma asid folik ni buat selera makan aku bertambah, berat badan pun senang bertambah haha. mungkin ikut orang jugak.
- selain 2 kurangkan makan makanan sejuk termasuk minuman berais. sekali sekala takpe jangan selalu. cara aku senang je, dekat rumah jangan sesekali buat minuman berais termasuk di ofis sebab kalau makan luar mungkin kita akan tak sengaja terorder dan terminum minuman sedap-sedap hehe.
lain orang lain badan lain cara. aku sekadar berkongsi pengalaman, mungkin boleh cuba mungkin akan ada yang serasi. :)
dan kenapa tetiba aku nak update pasal ni? sebab dengan hanya petua amalkan makan asid folic, ofismate yang berkawin lebih 2 tahun terima berita gembira hari ni walaupun mula-mula dia takut nak makan hehe. tumpang happy sangat-sangat untuk dia. syukur alhamdulillah. kuasa Allah SWT, kita berusaha DIA penentu segalanya. :)
Wednesday, February 29, 2012
[ tawaran penambahan saham bank rakyat ]
alhamdulillah. rezeki baby, mama dapat tawaran tinggi untuk penambahan saham bank rakyat. mula beli dah hampir setahun yang lepas. ncik M dapat tawaran sikit je sama dengan myFIL. mungkin sebab aku ada buat pinjaman kenderaan kot dengan bank rakyat. ada kaitan atau tak aku tak pasti, yang pasti peluang keemasan tidak boleh dilepaskan. :)
sekarang tunggu dividen bagi tahun 2011. bank rakyat belum umum lagi. excited pulak rasa walaupun saham cinonet hihi.
isytihar 15% untuk tahun 2010
mengapa bank rakyat boleh beri dividen 15%?
dividen bank rakyat tahun 2011
sekadar berkongsi kot-kot ada yang dah bosan simpan dalam ASB. :P
Wednesday, October 12, 2011
[ ada apa big bad wolf books sale? ]
semua orang sudah pergi big bad wolf books sale. sebab dekat harus tidak dilepaskan peluang. murah pulak 2, tak main puluh-puluh ringgit. tak ke giler pergi sana. hehe. ada siap cakap beli 30 kilo buku bukan 30 buah. dasat betul. hehe. majoriti tak pergi kali ke dua memang tak sah. tapi ncik M pergi dengan adik-adik dia je la. mak mertua aku join kali pertama pergi. aku tak pergi sebab tak larat. mengada! eh memang tak larat. hehe.
ncik M seronok dapat buku, aku seronok petang balik kerja mak mertua dah bagi makanan. i lap u la mama. :D
cepat-cepat sampai ahad ni.
Friday, September 23, 2011
[ bonus atau naik gaji penjawat awam untuk bajet 2012? ]
selalunya takkan mengecewakan. semoga ada rezeki Allah walaupun sedikit. :)
kita tunggu pembentangan bajet 7 oktober ni !
Wednesday, September 21, 2011
[ air asia free seats 2012 ]
travel period : 3 may 2012 - 27 october 2012
malam tadi tido awal tak sempat terjah. ada yang menarik ke? ayuh kita!
Monday, September 12, 2011
[ jemputlah datang beraya ]
sabtu lepas ikut plan mahu berjalan raya rumah sedara dengan family abg aku dari melaka dan family kak chik. ingatkan nak terus pergi berjalan tapi sekali pepagi cakap nak singgah rumah dulu. alamatnya masak apa yang ada je la, aku buat bihun goreng bujang je. tapi sedapp tau! hehe.
so jemput la beraya rumah ye. ikutkan nak buat makan-makan sikit tapi baru dalam perancangan, ncik M dah sibuk kerja shift balik. sesiapa yang nak datang beraya bagitu la awal-awal. ataupun korang tak kisah makan biskut raya je. biskut raya memang ada je atas meja. hehe. kalau tak alamat sekali lagi memang kami la tukang habiskan. :D
Wednesday, September 7, 2011
[ i follow ]
dah macam trademark salleh yaakob pulak. heee. sedikit update untuk info khidmat masyarakat.
kawan-kawan follow la twitter aku : SuriaMF
walapun dah lama create tapi baru terhegeh nak mengaktifkan diri. heee. takut nak pegang banyak social network account ni takut leka. bank account takpe. haha. siapa-siapa saja jangan segan silu ye. thankyou so much!
sekian. :D
Thursday, August 25, 2011
[ MYEG, syoknya raya 2011! ]
syoknyeee raya lagi 4hari jeeeee. hehe.
aku baru je join MYEG, syoknya raya 2011. cuma upload gambar, isi maklumat negeri, no kad pengenalan dan letak caption. kalau bertuah dapat duit raya rm200. tak salah cubakan. pemenang akan diumumkan 4 september 2011. so cepat-cepat! mana tahu MYEG pilih aku sebab jadi pelanggan tetap dia nak renew road untuk 3tahun berturut-turut. berharap. hahaha.
ni la gambar aku. blur nak upload gambar apa sebenar. jadi aku pilih gambar ni, raya tahun lepas. pakai baju kurung masa merisik sebab aku kan takde baju raya. :P

di bawah pondok usang buatan arwah abah aku. alfatihah buat arwah abah.
bos pun dah bagi duit raya, kuih raya dan boleh kerja separuh hari esok. yahooooo syoknya raya. :D
Wednesday, July 27, 2011
[ prosedur selesaikan hutang PTPTN ]
rasa-rasanya majoriti pelajar sekarang memang tamat belajar je ada hutang dengan PTPTN termasuk la aku. dulu mungkin takde pilihan terpaksa jugak memilih PTPTN, yela bukan dari keluarga senang dan mak abah pun ramai tanggungan. huuu. atau mungkin jugak aku tak sebertuah ncik M yang 6 tahun belajar dapat biasiswa kerajaan tapi alhamdulillah masih ada tuah aku dapat kerja 4 bulan selepas habis belajar. :)
ikut syarat PTPTN, pelajar perlu bayar balik pinjaman dalam tempoh 6 bulan selepas tamat belajar tapi aku degil pergi berlengah dan rasanya setahun lepas abis belajar baru mula bayar dengan potongan gaji rm 179.95 sebulan. dan dah lama sebenarnya aku dengan ncik M sepakat, kalau ada rezeki lebih kami nak langsaikan terus baki pinjaman aku dengan PTPTN. alhamdulillah rezeki bulan ni. thankyou kesayangan. :')
kronologi prosedur penyelesaian hutang pinjaman PTPTN aku. kemain siap kronologi lagi. ngee. ok. setiap angka yang aku nyatakan semata-mata untuk menyatakan fakta tepat. :)
- 13 jun 2011, mula-mula sekali aku email kat PTPTN tanya macamane nak selesaikan baki pinjaman.
- 16 jun 2011, baru aku terima email dari PTPTN bagitahu email telah diterima. maklumbalas akan dibuat dalam tempoh 7hari bekerja dari tarikh diterima. tunggu jela.
- 21 jun 2011, aku terima email borang baki pinjaman individu. mereka suruh isi dan faks balik pada mereka.
- selain itu boleh mengisi borang permohonan baki pinjaman (individu) online. masa aku borang online tak boleh bukak. kuang asam betul.
- 22 jun 2011, borang yang dah lengkap aku faks ke unit lejar pinjaman kemudian call la karang takut tak terima pulakkan. mereka bagitahu paling lama 2 minggu hari bekerja dorang akan bagi maklumbalas balik.
- 11 julai 2011, aku ada buat follow up call dengan PTPTN almaklum la sudah lebih 2minggu. kononnya mereka sudah lamaaaaaaaa email kat aku tapi masalahnya aku memang takde terima. saja nak buat aku marah kan. dorang terpaksa la email balik. dan akhirnyaa berita gembira baki pinjaman aku sehingga 31 julai 2011 ialah rm4110.20. wuuuuu.
- 11 julai 2011 jugak, aku sesaja semak penyata baki pinjaman aku sehingga julai 2011. jumlah tertera rm3920.26. sebab tak puas hati aku call PTPTN tanya kenapa boleh berbeza di penyata dan yang diemailkan? jawapan mereka senang sebab setiap 15hb charge interest 3% akan dikenakan.
- 19 julai 2011, aku transfer baki pinjaman rm4110.20 melalui cimbclicks. kemudian isi borang permohonan pembatalan potongan gaji dan bersama salinan buku bank aku faks ke bahagian penguatkuasaan dan kutipan balik.
seperti dimaklumkan PTPTN, antara 2 hingga ke 3 bulan baru akan diberhentikan potongan gaji aku. huuu. duit refund selepas PTPTN selaraskan lebihan potongan dan aku layak ujrah 1% mulai 2008. ok. kat sini banyak benda pasal PTPTN ni kadang-kadang boleh buat aku marah. ingat senang ke nak buat aku marah.
- mereka sepatutnya ada buat follow up by email atau call aku ada terima email atau tidak. kalau aku tak call mereka memang benda 2 berlalu macam 2 je agaknya. mereka ni tak nak duit ke? ke memang dorang sesaja cari chance nak charge 3% kat aku??
- 3% interest dikenakan dari baki tertunggak iaitu rm4110.20 takkan berjumlah rm189.94 tapi sepatutnya rm117.60. takkan kos pentadbiran je rm72.34 sebulan? lemah matematik ke aku?
- aku tak faham perkiraan interest mereka. sebab aku sempat print 3bulan penyata hampir tiap bulan berbeza. ke sekali lagi aku memang lemah matematik??
- tiada surat menyurat atau email bagitahu tarikh terakhir potongan gaji aku dibuat. aku pernah call dulu tanya pun dorang tak boleh jawab !!
ok. cukup kronologi dan ketidakpuasanhatiku takat 2je. sebenarnya banyak lagi tapi cukup la. ntah berapa bulan pulak agaknya dorang ambik masa nak keluarkan surat pelepasan hutang dan pulangkan duit aku. aku nak tengok. nanti bila aku dah dapat aku kasi update lagi. bukan apa, aku nak tengok PTPTN ni betul-betul buat kerja ke tak. kos untuk dorang buat kerja bukan sikit-sikit, tiap-tiap bulan dorang ketuk. grrr.
email ptptn : webmaster@ptptn.gov.my
PTPTN hotline : 0320804455
no. faks unit lejar pinjaman : 0320934623
no. faks bahagian penguatkuasaan dan kutipan balik : 0320961072
Wednesday, July 20, 2011
[ pre wedding video yang sangat comel ]
mari-mari! siapa-siapa yang mahu kawin mesti tengok ini ! comel kan?
kenapa dulu tak sempat buat ekk? -.-'
err tapi kalau buat pun nak buat cerita cinta macamane ek?
friendster love story? haha. :P
credit to my adik ipar for this video.
siapa-siapa yang belum kahwin 2 belum terlambat lagi ni.
kalau berminat mahu buat video macam ni sila ajukan pertanyaan di email aku ye. :D
sayasayangsangatbelogsaya@yahoo.com
Monday, July 18, 2011
[ my first buffered earnings ]
aku tak ingat bila sebenarnya aku register nuffnang ni. rasanya beberapa bulan selepas buat belog. jangan tanya aku banyak-banyak pasal nuffnang sebab aku tahu register je huuu. pada aku, kita akan dapat duit kalau ada orang selalu jengah blog kita atau ada klik-klik pada iklan nuffnang 2. setakat 2 je. :P
terus terang, beria register nuffnang tapi ada la masyuk sikitt je. ngee. mm pikir logik memang la sebab masa 2 follower setakat kawan-kawan yang tak sampai 10 orang. lepas 2 siap disable google search agar orang-orang tak kan jumpa belog aku. malu-malu kucing kalau orang aku kenal baca belog aku. ngee. mulai bulan mac 2011 selepas kawin baru la ubah settings belog, kononnya aku sudah bersedia mahu berkongsi belog satu dunia. cehh poyo je. tapiii.
ada tapinya, sebab aku tengok takat 2 jugak duit dalam earnings nuffnang aku. pelik jugak la. sebulan ada 2000-3000 views dan 1000-2000 uniques. siap jeles dengan ncik M sebab dia dapat jugak duit, aku habuk pun tarak. huuu. caya atau tak, aku siap hantar email ke helpdesk nuffnang bagitahu sejak kali terakhir aku tukar url aku tak dapat apa-apa dan email mereka jawab sama macam aku baca di laman web.
akhirnya selepas aku dapat duit menjawab survey dari nuffnang mereka masukkan atas nama belog lama. terus aku terpikir untuk delete yang lama-lama. patut la tak dapat apa-apa mungkin sebab bertindih id ke apa. huuu. sejak 2 terus baru la bergerak earnings. happy sangat. dan harini lagi-lagi happy sebab baru ada BE yang pertama atau buffered earnings. selama ni baca je orang tulis. maafla ye saya budak baru belajar eh bukan baru dapat sangat teruja. :P

aku suka berblogging. aku berblogging bukan semata-mata sebab duit tapi kalau sambil taip merepek-merepek, tunjuk idea, tunjuk gambar dalam belog ni tiba-tiba aku dapat duit. aku suka la. ngeee. melihat pada belog aku yang sekadar ada 40 followers aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya ada orang sudi membaca walaupun selepas 5 ke 6 kali jugak tukar url, tukar nama belog bagai la. hihi.
terima kasih wahai pembaca, terima kasih nuffnang. walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :D
Tuesday, June 28, 2011
[ celcom broadband vs unifi tm broadband ]
apa perasaan anda bila dapat mesej seperti ini ?
'Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ'
kemudian dapat lagi. yang ini.
'Great discount when u buy additional data volume w/Celcom Broadband! Only 12.88RM for 1GB/38.88RM for 5GB. Visit celcom.com.my/onlinecustomerservice. T&C apply'
agak-agak panas hati tak? haha. buat pertama kalinya dapat mesej macamni selepas setia 2 tahun. remuk tak hati u ? sampai hati kan. hukhukhuk. menci !
ok. cukup drama.
ni mungkin gara-gara selama ni penggunanya seorang je, lepas kahwin kan pengguna dah tambah seorang. 2 yang sampai over limit haha. selama setia dengan celcom broadband rasanya tak pernah rasa nak puji kelajuan dia. maknanya memang lembap la. :P
akhirnya kami sepakat untuk daftar unifi. weeeee. hihi.

produk terbaru dari TM. daftar bulan 2, dapat bulan 5. kira 3 bulan juga la dorang nak datang rumah pasang sebab demand tengah tinggi sekarang. apa bezanya unifi dengan celcom broadband? tak pandai la nak terang sebab tak berapa pakar. haha. yang aku tahu unifi memang lajuuuu. tengok youtube tak sempat nak buffering nak banding guna celcom dulu. ngeee. tapi ncik M cakap bila download lebih lajuuuuuu daripada streamyx. kira memang laju la. kan.
kat bawah ni pakej yang kami ambik. VIP 5. rm149.00 sebulan.

kalau guna celcom mungkin boleh laju cuma kena tambah speed dia. tapi tak salah cuba provider lain, tukar angin. tak sesuai kita tukar la balik nanti. :P

ni pulak senarai tv channel yang kami dapat dalam pakej VIP 5. selainnya kena bayar la. aku suka tengok channel korea, bosan-bosan layan drama. haha. ok la bagi kami yang takde astro ni. sekurang-kurangnya gambar cantekkk je takde bintik-bintik. hihi.
Wednesday, April 20, 2011
[ jom beli saham bank rakyat 2011 ]
bank rakyat buka jualan saham rm1 billion mulai awal april 2011.
nasib baik aku belum terlambat. myFIL bagitahu kali terakhir mereka buka saham untuk orang ramai pada 10 tahun lepas, kalau betul la aku dengar maknanya bukan selalu peluang ni datang. apa untungnya beli saham bank rakyat ni dibandingkan saham lain sebab bank rakyat memberi dividen yang tinggi dan boleh dikatakan paling tinggi dibandingkan saham-saham lain. tahun 2010 je 15% dividen mereka bagi, ASN sendiri kurang dari 8% pada tahun 2010.
mudah sahaja. cuma perlu daftar sebagai ahli dengan membuka akaun sekurangnya rm20 dan kemudian baru boleh membeli saham minimum rm500 tambah RM5 untuk yuran pendaftaran. cuma perlu isi borang SKB1 bersama-sama dengan 2salinan ic tapi peluang ni sementara saham masih ada. jadi kena cepat-cepat.
bank buka jam 9 pagi. aku datang beratur bank rakyat cawangan putrajaya presint diplomatik jam 850 pagi dapat nombor yang ke30. bergantung kepada cawangan bank rakyat, paling banyak mereka cuma buka 100 nombor giliran. nombor aku, jam 11 baru kaunter panggil. proses tak sampai 3minit pun.
informasi tak entry aku yang ni. haha. sementara ingat dan sementara korang sempat. :P
Friday, April 8, 2011
[ majllis kahwin dalam taman tema purple putih ]
cite pasal majlis sendiri pun tak habis lagi nak cite pasal pengantin lain. ngee. sekadar mahu berkongsi gambar. b2b boleh dapat idea baru. :)
kredit tangkapan gambar serta edit oleh adik ipar ku.


15 khemah ok. puas aku menapak. hihi.

and last but not least. pengantinnya. baju pengantin perempuan gojes giler kena dengan tema majlis dalam taman. siyes aku rasa nak sanding lagi. haha. kredit baju butik pengantin melaka (owner sedara ncik M juga, dah tanya tapi lupa huhu) & gambar OP mereka. cantik kan? :)
Friday, February 25, 2011
[ siapa mahu tarikh lahir anak 11.11.11 ]
Those who need their child's birthday on 111111 ( 11-11-2011), This is last week to participate, As 9 months remain... Hurry up!
tadi ada orang post ayat ni di facebook. aku gelak. hahaha. yeke? hahaha. tak pandai kira. adoohai. :P
Thursday, February 10, 2011
[ bila suami susah nak paham isteri ]
ada sesuatu yang aku jumpa dalam blog seorang isteri sementara aku ingat ni. seronok nak berkongsi di sini. kelakar tapi ada betulnya. :)
> > ----------------------------------------------------------------
Laki talipon,Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...
Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
Laki talipon bini,Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba...
Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> > ----------------------------------------------------------------
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> > ----------------------------------------------------------------
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik kampung, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...
Bini dia talipon. Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> > ----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
KENAPA? KENAPA? KENAPAAAA??
> > ---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Laki talipon bini,Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba...
Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> > ----------------------------------------------------------------
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> > ----------------------------------------------------------------
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik kampung, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...
Bini dia talipon. Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> > ----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
KENAPA? KENAPA? KENAPAAAA??
> > ---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> > ----------------------------------------------------------
aku baca memang senyum sorang-sorang. yela walaupun aku baru je kawin tapi ada jugak part-part yang terasa dan ada betulnya. hahaha. bab-bab anak 2 aku tak pasti la sebab aku belum ada anak. :P
hakikatnya, lelaki dan perempuan macam 2 la. lelaki dalam percakapan atau perbuatan memang lurus je takdenya nak bengkang bengkong, cakap kias-kias ala-ala malu kucing macam perempuan. kita ni mungkin tak sedar kadang-kadang ada perbuatan atau percakapan halus kita yang dengan niat nak suruh lelaki paham tapi hakikatnya memang diaorang takan paham-paham. then diaorang buat dek je sebab dorang lebih suka pikir pasal ekonomi ke, rumah ke, kereta ke daripada susah payah nak paham hati kita yang berbelit-belit ni.
moralnya, nak apa-apa cakap terus je. tak suka cakap tak suka, suka cakap suka, nak barang tu cakap je nak barang 2. nak handbag mahal cakap je. senang. haha. hakikat yang memang tak boleh nak ubah. kan. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





