Showing posts with label [ a.d.a.a.p.a.d.e.n.g.a.n.h.a.r.i.i.n.i ]. Show all posts
Showing posts with label [ a.d.a.a.p.a.d.e.n.g.a.n.h.a.r.i.i.n.i ]. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

[ manyakkk happy lagi ]


sadis je bunyinya kan. huuuu.

tapiii.

sekarang hati MANYAKKKKKKK HAPPY!

sebab...













ncik M dapat cuti hari raya pertama. YAHOOOOOOOOOO!!!

syukur alhamdulillah daripada takde kan. kebetulan dia dapat R&R untuk june 2011 yang lepas jadi dapat satu hari extra cuti istimewa. cuti yang bilabilasukahatimaucuti. jadi dia gunakan kuasa veto cuti 2 untuk cuti raya pertama. so bos tidak boleh kata tidak. 2pun ncik M cakap sepatutnya pagi raya baru cakap nak cuti sebab sekarang ada orang bising kena kerja. hehehe. aku la suruh dia apply awal-awal sebab taknak kecewa makan ketupat nanti eh makan hati. heeee.

serius. hati manyak happy sikalang. :D


p.s: thankyou again puan ross untuk header baru yang cun. buat susah-susah je. hehe.


Tuesday, August 9, 2011

[ sila dengar cakap suami ]

amaran. entry ini aku agak serius.

tak tahu la nak cakap sedih ke apa. mungkin jugak sedih, serba salah dan kecewa dengan diri sendiri. susah nak cerita kisah sebenarnya yang berlaku tapi sampai sekarang hati rasa tak senang hati. -.-"

cuba bayangkan satu situasi berlaku. lebih kurang macam aku sedang buat satu bisnes barang. ikutkan target untung aku 2% sahaja tapi sekali ekonomi dunia memang bermasalah dan demand pada barang aku melonjak. disebabkan aku takut rugi besar jadi buat keputusan untuk jualkan je barang 2 kesemuanya. ncik suami dah pesan jual separuh je dulu dan tengok ekonomi dunia balik tapi aku degil takut tiba-tiba ekonomi dunia pulih dan rugi besar jadi tekad jual kesemuanya. jual je asal masih dapat untung.

tiba-tiba lepas 2 ke 3 hari je harga barang 2 naik mendadak. boleh untung 3 kali ganda. sedihnyaaa. rasa serba salah sangat dengan ncik suami. walaupun takde rugi pun, memang dah untung lebih dari 2% tapi disebabkan aku degil dan bulat dengan keputusan sampai rasanya terlepas sesuatu yang sangat besar. huuu. ncik suami dah pesan banyak kali jual separuh je tapi aku degil! walaupun dia tak marah, perkara lepas biarkan lepas dan jadi pengajaran tapi hati tetap tak senang. mm tak boleh tengok muka ncik suami. rasa teramat bersalah. sedih. :'(

aku akui kelemahan aku. mungkin aku jenis orang tak pandai buat bisnes, tak berani tanggung risiko, lemah matematik. mungkin aku pandai buat sales je, jumpa orang, cakap-cakap. sebab 2la aku pilih bidang kerja aku sekarang sebab ikut syarat tak perlu kredit matematik. huuu.

moralnya, sila dengar cakap suami. mungkin perempuan suka buat keputusan ikut hati bukannya ikut otak. cukup la bab rumah je kita uruskan. mm mungkin jugak bukan semua perempuan tapi memang untuk aku.

Monday, August 8, 2011

[ bonus setengah bulan gaji untuk tahun 2011 ]

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
__________________________________________________________________________


syukur alhamdulillah. selepas 5 tahun bekerja ini adalah yang kali kedua dapat bonus. berita gembira untuk hari ni. sila rajin-rajin kerja! :D

Thursday, July 28, 2011

[ triple congratulations to my dear husband ]

minggu lepas, dengan serendah-rendah diri ni mohon moga Allah swt pemilik seluruh alam indah ni makbulkan impian aku. dan pagi tadi dapat berita gembira. alhamdulillah. dimakbulkan untuk ucapkan tahniah ketiga kalinya. cuma bezanya..


bukan ucapan tahniah sebab bakal menjadi ayah tapi ncik M dapat rewards and recognition winner for june 2011. kali kedua untuk tahun ni selepas januari 2011. ncik M bagitahu, kali terakhir dia dapat rewards ni tahun 2007. mungkin rezeki lepas kawin, rumah dekat, takde tol, takde traffic jam. ada isteri tunggu di rumah. kurang tekanan. 2la, patut kawin lama dah. :P

syukur sangat-sangat perjalanan tahun 2011 ni rezeki banyak DIA bagi. kadang-kadang nak nangis pun ada. huuu. DIA belum bagi rezeki baby, DIA pujuk hati ni bagi rezeki lain dulu. thankyou Allah thankyou Allah. :')

and thankyou to my dear lovely handsome husband too. ohh mungkin macam poyo asyik cakap pasal dia je. tapi dia je ada untuk aku, positifkan aku, bahagiakan aku. i'm just lucky to have him. syukur. semoga berkekalan. amin. :)



Thursday, July 21, 2011

[ selepas sekian lama, template akhirnya bertukar ]


lunch hour tak pergi makan.


kemudian.


gatal tangan pergi mengedik eh bukan mengedit di template designer.


lupa buat copy template lama.


belog bertukar.


template yang lama hilang.


sedih. T_T (tetiba boleh buat icon macamni sebab font dulu tak boleh buat)


huwaaaaaaaaaaaaaaa.


mesti rindu template lama.


T_T



masih comel ke belog aku??




Friday, March 11, 2011

[ tsunami hits japan ]


terkejut petang jumaat membaca berita jepun dilanda tsunami dan gempa bumi. buka-buka blogger je ada sorang blogger yang tinggal sana post entry dalam blog dia. nasib baik kawasan dia tak terlibat. baca-baca di internet pun di khabarkan paling teruk pernah melanda jepun. seriau membaca. tetiba takut nak balik rumah. -.-'

sejak akhir-akhir ni aku dengan ncik M kerap bercerita pasal jepun. jepun memang tak pernah lekang dari dari mulut ncik M. berborak pasal perancangan sambung belajar master di jepun. aku je lebih sebenarnya sebab boleh cuti tanpa gaji. huuu. dasat kan aku berangan. err tapi lupakan jela kot. takut pulak. -.-'

tapi kan. hari ini hari jumaat. adakah itu sebahagian petunjuk dan peringatan dari Allah swt kepada umatnya? mm sama-sama la kita muhasabah diri. semoga kita semua dijauhkan dari dugaan sebegitu hebat dari DIA. amin.

Monday, February 28, 2011

[ selamat tinggal februari 2011 ]


hari ni 28 haribulan, hari terakhir untuk bulan februari. disebabkan februari tahun ni tiada tarikh 31 jadi hari ni dianggap ulangbulan yang kedua. alhamdulillah. sekejap je sudah 2 bulan kami jadi suami isteri, rasa macam baru pakai baju pengantin. inai di jari pun masih ada lagi yang rasa macam taknak potong je. ngee. :P

rezeki januari jugak untuk ncik M dan rezeki pengantin baru walaupun bukan pertama kali. aku tumpang bangga, gembira.


Rewards and Recognition Winner for January 2011.


aku crop untuk tunjuk yang ni je. tahniah untuk satu-satunya suami yang aku sayang sangat-sangat, aku tahu dia memang rajin kerja. kerja syarikat swasta tak sama dengan kerajaan macam aku ni. lepas ni kena sama-sama sentiasa rajin kerja, sama-sama rela berkorban. aku tahu kadang-kadang aku suka bebankan dia tapi dia tak pernah kisah. syukur sangat-sangat dengan nikmat yang Allah pinjamkan ni. nikmat hidup mengenali dia.

bagi aku. sebelum capai bahagia kita jangan beranggapan yang kita mungkin tak kan dapat rasa kebahagian macam orang lain. mungkin kita dapat lambat sikit je daripada orang lain. percaya la apa yang berlaku semua ada hikmahnya. kita patut bersyukur, sedih perit yang pernah kita lalui sebenarnya mematangkan kita. ia menguatkan diri kita supaya tidak cepat melatah dan buat tindakan yang salah.

sentiasa berfikiran positif. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang sentiasa nampak bertuah sebab masing-masing ada rezeki masing-masing. mungkin bukan masa dan ketika kita, mungkin masa anak-anak kita atau mungkin masa cucu cucu kita. hanya Allah swt Maha Mengetahui. semoga Allah swt sentiasa melindungi hubungan ini. amin.

agak seyes pulak petang ni. kepada fahiya, nak sedih boleh tapi jangan lama-lama. :)


Friday, February 11, 2011

[ ini status blog bukan facebook ]


kemengantukkan yang teramat. 2 la orang dah pesan, jangan tido tengahari nanti malas nak bangun sebab rasa macam tak cukup tido. buat kerja pun memain err bukan hari-hari ke memain.

malam ni balik melaka. rumah sedara tak habis melawat lagi. fuhhh. penat ok tapi nak buat macamane, begitu la pengantin baru. ni pun kira dah lambat, mesti ada yang kecik hati. urmmm.

aku perlukan cuti lagi. mau ber'honeymoon' dengan ncik M. mau berdua dengan dia je. mau bawak dia lari dari keja.

bercuti panjang sikit, sikit pun jadi la. cuti ada lagi 34 hari kalau tidak 35 sebab tak dapat mc ari 2 terpaksa el. lepas ni taknak pergi klinik gomen. huh! sayang cuti wooo.


mmm cepat la kul5. mau jumpa drebar kesayangan yang datang menjemput. bosan dah ni !

Friday, January 14, 2011

[ 2 weeks after ]

hari ini genap 2 minggu kami sah sebagai suami isteri. sekejapan je kan. isnin minggu ni baru mula masuk ofis selepas 2 minggu bercuti.

ncik M pun sudah berpindah ke rumah tumpangan yang sudah 9bulan aku duduki. walaupun rumah tumpangan tapi permulaan yang sangat-sangat baik buat kami berdua. yela kalau nak di bandingkan orang lain. susah-susah dahulu, harapan senang-senang la kemudian. kan. kan. hehe. lepas ni, duduk rumah lelama pun tak kisah asalkan dia ada. 2 dia ayat pengantin baru. haha. :P

kadang-kadang ada buka blog, baca post kawan-kawan. aku nak update blog pun tak tahu nak mula mana. lagipun masuk kerja je sibuk menyesuaikan diri di tempat baru, bos baru. melayan bos kat rumah lagi. di sebabkan ncik M sengaja tinggalkan lappy dia di rumah mertua, lappy pink aku yang kecik molek 2 la dia guna. 2 pun siap ada bunyi kononnye screen lappy kecik sangat, xpuas melihat. haha. yang aku ni tak dapek la pegang lappy lelama, pegang kuali jela kat dapur. :P

tempat ofis lama dan baru pun tak habis mengemas lagi. itu belum nak menghadap yang kat rumah pulak. macam-macam nak mengemas kan. bukan nak merungut pun, nak bagitahu je. ngee. penat-penat pun tapi hati senang. semua perkara yang memberatkan kepala dah selesai. kita teruskan yang seterusnya pulak.

seronok. gembira. syukur. dengan kehidupan baru. berkelapangan akan update lagi. ntah bila la aku rajin lagi ni, harap-harap tak tinggalkan blog ni berbulan-bulan. :P


Friday, December 10, 2010

[ bila orang belagak kalah bos ]

di sini aku ingin membuat sedikit pengumuman. aku ingin mengumumkan yang aku sangat sangat sangat dan saNGAT STRESS hari ni !! sekian. terima kasih.

Wednesday, August 11, 2010

[ 1 ramadhan 10 ]

mak kita ada kat sini sejak sabtu lepas. kita jemput dia dari kampung. motip? sebab kita sesaje ajak dia duduk rumah kita sehari dua. kita pun duk sorang je. boleh puasa sama-sama. tahun ni tahun terakhir kita bujang lagi, tahun depan insyaAllah dah kahwin. jadi, takut xde peluang macam ni lagi dengan mak. lagipun kita ada mak je kan.

bila mak dekat sini, kita sibuk sikit. layan dia je. layan dia cakap, layan dia makan, layan dia jenjalan. layan dia tido. walau dia banyak cakap, banyak tanya. tapi kita xkisah pun sebab kita tahun orang tua memang macam 2, dia sayang kita kan. kita pun sayang sangat kat dia. :)

ni la mak kita. posing dengan spek dia baru beli. 'spek beli kat kl 2....' ayat 2 mak kita yang cakap. hikhikhik.

1st ramadhan. sahur & berbuka mak masak. hoyeh!! selamat berpuasa semua. :)


"sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosa yang terdahulu"

Monday, February 8, 2010

[ jom! jangan lupe ye ]


tanpa aku tahu bila tarikhnya. aku dah cakap awal2 dengan ncik M supaya temankan aku untuk shopink baju batik d tempat biasa. dia terpaksa akur dengan temujanji e2. kejam kan aku?hehe. teringat nak gugel tadi. nasib baik xterlepas tarikh. fuhh! tiap2 tahun xpenah miss. jualan kraftangan sempena hari kraf kebangsaan mulai 24 Februari sehingga 8 Mac 2010 d kompleks kraf d jalan conlay, kuala lumpur. berdekatan klcc je. besh betul cuci2 mata tengok kain batik kat cni. yela nak aku cuci mata dekat kelantan@ terengganu bila tahun la aku nak g kan. huhu. baju2 batik aku memang beli kat cni je. kalau ofismate aku bawak dari kelantan@ terengganu jual dengan harga rm200-300. pk 2@ 3x dulu la nak beli. huhu. kalau hari kraf ni, aku dapat pilih yang cantik2 dengan harga betul2 murah. macam tahun lepas, time 2 aku g dengan kak chik. dia sedang mengandung masa 2. dia beli baju batik kain crepe dengan harga rm130. kain yang sama ofismate aku jual dengan harga rm250. benda cantik dapat murah dari selalu, seronok kan?hehe. promosi kerja kahwin pun ade pada tempat yang sama cuma bulan jun nanti. kot2 nak cuci mata ke kan. gatal ke ape ni?hehe.

bila aku buat entry ni secara automatik mengingatkan aku dan ape salahnye kongsi dengan kawan2 yang mungkin berminat. ayuh menghabiskan duit. ngeh2. :P

*tertakluk kepada perubahan ye. ^_^



:: sedang pk nak cari kaler ape plak. mm. ::

Thursday, December 31, 2009

[ entri terakhir 2009 ]

beberapa jam je tinggal masa untuk 2009 sebelum melangkah ke tahun baru, 2010. syukur alhamdulillah tak henti2 aku panjat kan pada Allah swt kerana dengan izinNya jua aku masih mampu bernafas d bumiNya yang indah ini. tahun 2009 akan aku tinggalkan dengan penuh kenangan pahit, manis. tahun yang menjadikan aku insan yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih matang, lebih menghargai, lebih memahami & tentunya lebih bahagia. menutup tirai 2009 dengan pertemuan dengan satu2 orang paling lama aku admirer, ncik M & keputusan pengupgradedan jawatan yang aku tunggu2. kebahagian tak terhingga yang tak terungkap dengan kata2 biasa. Tuhan masih sayang aku walaupun aku selalu lupakan dia. insyaAllah, dengan hadirnya tahun 2010 ni. aku tekad menjadi insan lebih baik dari semua aspek. aku hanya manusia biasa yang mudah alpa, leka dengan dunia. sekurang2nya aku beri ruang pada diri untuk sentiasa belajar & baiki diri dari pengalaman. pengalaman yang tak ternilai harganya.

selamat tinggal 2009 yang penuh harapan &
selamat datang 2010 yang penuh dengan pelaksanaan. ^_^

:: melangkah ke umur 25 tahun ::

Monday, December 28, 2009

[ dua puluh tujuh.disember.kosong sembilan ]


lokasi : jaya jusco equine park@ depan sushi king
masa : 2.30 ptg


anak mata berlari2 mencari kelibat si dia. tiba2 dua pasang mata bertemu buat pertama kali nya setelah hampir setahun. tika 2 rasa nya jantung aku berdegup lebih laju dari biasa. sesungguhnya saat itu Tuhan beri aku kekuatan. kekuatan untuk merasai betapa indahnya perasaan kala dua hati asing yang memendam rasa dipertemukan. terima kasih Tuhan.


"it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye"


:: dalam dunia ni, apa2 pun xmustahil ::

Thursday, December 3, 2009

[ tiga.dua belas.lapan puluh dua. ]

selamat hari lahir yang ke27, Ncik M. Faisal.
semoga awak panjang umur, dikurniakan kesihatan baik b'panjangan. dimurahkan lagi rezeki, hidup sentiasa dberkati & drahmati oleh Allah s.w.t. amin..

'terima kasih sudi hadir dalam hidup saya. kalaulah dtakdirkan ia hanya untuk sementara waktu sahaja, saya sangat2 menghargai setiap detik mengenali awak'.


:: tumpang gembira atas keputusan training exam dia semalam ::

Tuesday, August 25, 2009

[ no more epf ]

arini 25hb, ari gaji. knape ekk duit gaji aku lebih bnyak dr biase. tp xde la bnyak mne pn. name pn gaji mmg dh sedia ciput. bkuatkuasa gaji bln ni, payslip aku dh xde pmotongan caruman epf @ kwsp. 2yg gaji jd bnyak ckit 2. hehehe. mksud lain aku dh bertaraf pencen jd xperlu la nk potong epf ni. waaa nk tunggu pencen bpuluh taun lg. so, aku dh boleh bwk kluar duit simpanan epf 2. ptt ke aku bwk kluar ek? klau duit dh depan mate compom aku gune wat shopping. phm jela klau dh prempuan. lalalala. tp klau simpan je kt epf 2 bkn duit 2 nk beranak ranak pn. mmm..

:: aku compom jawatan staun, dpt taraf bpencen pn staun ^_^ ::

Saturday, August 22, 2009

[ ramadhan kembali ]

alhamdulillah, syukur kpd Allah s.w.t. kerana Dia jua la aku masih bpeluang merase kehadiran ramadhan tahun ni. mungkin Dia memberi peluang pd hambaNya ini utk merebut ganjaran pahala yg terlalu bnyak dlm bulan penuh keberkatan ini. aku leka ngn dunia & kdg2 lupekn kehadiranNya wlaupn Dia xpenah lupe kn hambaNya. sesungguhnye Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. setiap detik saat yg ada, aku cube utk x sia2kn.

ari pertama bpuase, alhamdulillah aku bpeluang utk bersahur & berbuka bersama keluarga. keluarga la segala2nya bg aku.


:: minta maaf atas segala salah silap yg mgkn x d segajekn ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...