Showing posts with label [ j.e.n.j.a.l.a.n ]. Show all posts
Showing posts with label [ j.e.n.j.a.l.a.n ]. Show all posts

Friday, February 24, 2012

[ 2D1N water chalet avillion port dickson ]

tarikh : 5-6 Januari 2012

dah sebulan lebih pergi tapi buat muka tak malu update jugak ngeee. sekali harung nanti jadi tergantung macam pergi penang. malas update.

babymoon cum first anniversary vacation. cuma 2hari 1malam sebab kalau harga 2malam baik pergi bali hehe. tempat aku yang pilih atas persetujuan ncik M. first honeymoon dulu tempat sejuk, jadi kali ni kami pilih pantai pulak.

sila layan gambar yang super banyak ni. :P





akan hanya melihat belakang ncik M sambil menarik luggage merah kesayangan hehe.



masih belakang ncik M. :P


BILIK TIDUR




ni gambar-gambar bilik pertama, lepas 2 kami minta tukar bilik sebab mengadap bilik tak menarik. lama jugak la ncik M nego sebelum dapat tukar , lagipun weekdays bukan ramai orang pun. mesti banyak bilik kosong.


ni bilik kedua kami. sekurang-kurangnya pemandangan indah sikit. ni indah mengadap bilik orang lain, tak selesa nak lepak luar.


BILIK AIR



phewitt mak buyong 5 bulan. hehe.


tengok gambar orang boleh tahu aku masuk bath tub. :P



belakang aku 2 bilik mengadap laut sepenuhnya. selang beberapa bilik je dari bilik aku. kalau weekdays kena tambah rm200 dari harga bilik kami yang separuh view laut. baru weekdays, kalau weekend rasanya beza lagi rm100++. *pengsan*

aktiviti petang berjalan-jalan sekitar chalet. banyakkan berjalan untuk ibu mengandung. 5bulan dah banyak berjalan aku ni. hehe.




first swimming pool.



ada zoo kecil hehe.


second swimming pool. tak ramai orang pun, ada la 2 3 orang mat salleh.



jauh sampai ke pantai mak buyong ni berjalan. hehe.


malam kami cuma take away makanan dari restoran ni. bertentangan je dengan avillion. jalan kaki pun boleh. memang kami jalan kaki je pun. 


saja nak tunjuk view dari shower room kami, open roof open air. hehe. mandi ditemani bulan bintang. auwww. :P 



hari kedua. pepagi buka sliding door melihat matahari terbit diiringi bunyi hempasan air laut cewahh. nyaman sangat rasa. nikmati keindahan ciptaan Allah swt selagi masih bernafas. rasa macam nak bekukan masa lama-lama hehe. malam 2 kami dinner di anjung ni la, sampai tengah malam jugak sakan borak. seronok sangat. :D


mak buyong tengah layan perasaan konon. :P



breakfast time. 


our first round. :)


minta waiter capture moment kami. :)


our second round. orang sini tak pandai buat roti canai. kemain tebal. haha.


indahnyaaa. yang belakang 2. hehe.


third swimming pool. sesuai untuk kanak-kanak. saja mak buyong posing masuk gambar. :D


ok babymoon berakhir. sila balik. :(

bagi aku seronok dapat datang sini. luang masa berdua dengan husband paling penting walaupun alahai sekejapnye la masa berlalu. tempat menarik, bilik best, makan ok. kami sengaja pilih water chalet, pantai. sekurang-kurangnya kami merasa. kami sepakat setuju kami suka tempat sejuk-sejuk macam first honeymoon kami dulu lagi dan plan nak datang sana lagi or alang-alang tempat sejuk obersea terus? ngeee. :P


p.s.: harga bilik water chalet untuk 2D1N rm488 termasuk tax inc breakfast. cuma weekdays ye, weekend pepandai la tambah harga. :D


Tuesday, February 21, 2012

[ 6 bulan dan jakarta ]

lamanya belog terbiar, nak dekat sebulan dah pun. sedih menengok tapi bila momentum dah lari susah nak kejar hehe. hari-hari buka pun memang langsung tak takde perasaan. haish.

mak buyong sangat sihat walafiat. baru je balik dari trip jakarta-bandung minggu lepas. seronok! kemain jauh berjalan ye. alhamdulillah, baby baik-baik je sepanjang perjalanan cuma sekarang baby dah pandai mengeras. sakit mama dia ni tetiba, rasa macam kejang perut hehe.


ni la kawan baik aku, tuan masittah yang menumpangkan rumah dan mempermudahkan perjalanan mak buyong ni di jakarta. dulu suruh buat belog, up entry sikit terus dia peram sampai sekarang hehe. ikutkan dah lebih 8tahun kami kawan. masa belajar dulu dia la orang paling rapat dan paling melalaikan sebab seronok sakan borak dengan dia. menangis bersama dah perkara biasa. sayang sangat kat dia. hehe. seingat aku last kami bergambar sebelum dia terbang ke jakarta dan baru mengandung beberapa bulan, sekarang turn aku pulak. cepat betul masa berlalu.

dulu lepas kawin dia asik sebut je bila nak sampai ke jakarta melawat dia tapi aku beri alasan aku takut tetiba aku mengandung dan kesihatan tak mengizinkan untuk aku jalan jauh. tapi lepas mengandung ni aku yakin aku ok dan tetiba teringin nak ke sana. spontan ajak ncik M. ncik M beri green light lagi la aku beria kan. :D

ok. cukup sini. aku rajin lagi aku update. apa-apa pun pada puan tuan masittah yang sedang membaca, terima kasih tak terhingga. terharu atas layanan awak. tujuan utama ke jakarta sebab nak melawat awak dan adif, shopping dan jenjalan 2 kira bonus untuk saya. disebabkan awak bagi saya makan sedap-sedap berharap berat badan tak naik banyak. esok check up ni. hehe. :P

Monday, January 9, 2012

[ babymoon berakhir sila kembali ke alam nyata ]

pepagi dah buat belogwalking kat belog orang. rindu dah berapa hari tak buka pc. hehe. ingat sebelum bertolak nak update sikit sebab satu entry pun takde lagi untuk tahun baru tapi dan dan masa teringin nak update 2 la ncik M bagi syarat sepanjang cuti sampai wiken tanpa pc dan tanpa bb. maksudnya apa-apa sahaja social network dilarang berhubung sama sekali hahaha. dia cakap nama pun cuti kan, enjoy setiap masa dan saat. memang kenal sangat ncik M 2. :P

alhamdulillah. selamat dah short babymoon kami di avillion PD, seronok! mestila seronok sebab dapat luang masa dengan orang tersayang kan walaupun alahai dekat je pun hihi. lepas 2 sempat balik kampung dapat makan macam-macam mak masak sedap-sedap siap tapau lagi. ohh priceless! :D




nah satu gambar buat pengubat rindu eceh. aku suka sangat gambar ni. pepagi buka pintu bilik dapat tengok permandangan matahari terbit, tengok berkaca-kaca je air laut 2. hehe. iye memang dah nampak mok mok dalam gambar la. :P

more updates nanti la ye. sekarang ni macam-macam benda dalam kepala sebab banyak sangat tangguh update. cerita-cerita yang mesti kena tinggalkan jejak dalam belog ni. hehe. cerita birthday ncik M 3 disember lepas, review wedding adik ipar, cerita kami celebrate 1anniversary kami dengan sweet simple dinner dan short babymoon, dan terpaling penting update perkembangan baby termasuk mama dia yang dah makin kembang. hihi. semoga dikuatkan hati, tangan, mata, dan otak supaya gigih mengupdate. amin. :D




Tuesday, August 23, 2011

[ ini cerita wiken kami ]

minggu lepas mengadu sejuk, semalam sejuk dan harini pun sejuk. adoyai ni kemalasanyangamattaksabarnakbercutiraya dalam ofis ni!

sebab tak tahu nak cerita apa, meh nak cerita apa aku buat wiken lepas. nak cerita sikit-sikit tak best, sesekali cerita sekali harung. haha. wiken super penat!



jumaat lepas balik kerja terus gerak jusco balakong, plan nak cari bekas kuih raya dan boleh layan teppanyaki sekali. ni kira firstime keluar putrajaya lepas waktu kerja dibulan puasa. ohmakaiii sesak! nasib baik la rumah dekat tak perlu hadap traffic jam macamni hari-hari. dalam sesak-sesak boleh sampai accicent, depan mata pulak 2. budak perempuan bawak myvi, mungkin terlebih tekan minyak sampai langgar bumper kereta depan. kesian dia nak berbuka lagi.


sampai jusco dapat apa yang nak. bekas kuih raya yang simple-simple, kecik-kecik dan murah! bekas ni dah macam abang kepada bekas kaca ikea pulak aku tengok. jadi aku pilih yang ni. hehe.


ni yang aku malas nak tangkap gambar, jadi macamni gambar aku. almaklum la kamera henpon je. disebabkan aku ni membela eh sebab tak puas makan teppanyaki ajak pulak ncik M pergi ali bistro presint diplomatik. kononnya dah lama tak layan teh tarik. sedangkan aku ada menu sampingan, roti canai. hihi. sini la satu-satu nya tempat ferebet roti canai aku dari zaman dating lagi. dappp!

sabtu pulak, pepagi kemas dapur sebab dah lama terbiar. dah setel semua kami mula-mula pergi pasar malam bangi sebab nak cari tudung baju raya pertama aku. sangat seronok sebab jumpa yang berkenan. kalau aku tahu tudung pasar malam lagi cantik tak la aku pergi jalan TAR sampai dua kali. grrr. dari bangi kami terus ke amcorp mall nak pergi butik yang sama. jangan tanya sebab apa. hehe. tapi sekali kedai tutup masa kita orang sampai sudah nak jam7. kecewa. huuu. lepas 2 singgah ikea jap kononnya nak ambik katalog ikea 2012 tapi sekali dorang cakap awal bulan september baru keluar. kecewa lagi. huuu.



dari ikea kami terus ke restoran selera idaman mutiara damansara sebab ncik M ada temujanji dengan schoolmate RMC dia dulu. kawan dia drebarkapalterbangpalinglambatkawin nak edar kad kawin. kami lepak kejap je sebab ncik M sorang je bawak bini. hehe. lepas 2 kami pergi makan area damansara jugak tapi lupa nama, nama ada padang kota lebih kurang. lagipun berbuka kami makan murtabak dengan kuih je. macam biasa la aku lapar nasi, mana boleh tak jumpa nasi satu hari. heee.

dan ahad, sekali lagi kami pergi amcorp mall mau pergi butik yang sama. awal sikit jadi kedai masih buka, rupanya aku lewat beberapa minit je hari sabtu. masa ontheway balik, ncik M ajak jenjalan masuk UM kejap. aku kan tak pernah masuk jadi dah kebetulan lalu 2. ncik M tunjuk la kelas dia dulu, kolej kediaman dia. seronok gak. hehe. lepas 2 terus singgah bazaar ramadhan presint 2, wiken mesti tak ramai orang. sekali hujan habis kami basah luncun.

balik rumah terus mandi dan siap-siap nak berbuka. lepas selesai makan nasiberianiayammasakmerah terus gigih gosok baju seminggu pulak err baju ncik M je aku punya 2hari je macam malas nak gosok baju kurung ni hehe. kemudian setelkan lipat baju yang dah setinggi gunung kinabalu. bercinta lipat baju! hahaha. jam12 baru aku tido. super penat! tapi ralat sikit sebab tak sempat jahit manik kat baju baru. huuu.

sebagai balasan semalam jam930 aku dah tido dengan jayanya. :D




Tuesday, July 26, 2011

[ kuih raya ikea murah murah ]

harini aku cuti. cuti sebab ganti balik dating time wiken lepas yang terlepas. paham tak? haha. macam biasa cuti semata-mata sebab mahu menemani ncik M jenjalan. cuma kali ni aku baik sikit sebab apply cuti dulu, yang bulan lepas ni aku el. :P

sebenarnya kami mahu beli baju raya. kemain awal, puasa pun idak lagi. hehe. saja. bulan puasa nak duduk diam-diam dalam rumah. azam tahun ni tiap hari masak untuk berbuka. ecececeh. kita tengok azam ke azamkemano.

tapi malangnya membawa diri hingga ke kl kami pergi tapi baju pujaan aku tak dapat. ncik M juga pantas dan tuntas. takpe, sabtu ni teruskan usaha lagi. pasti dapat yang cun! :D

dan sebenar-benarnya bukan semata-mata nak bagitahu aku cuti tapi nak share sesuatu yang murah. aku ni, bila benda murah kan aku suka. ngee. masa jalan-jalan di ikea siang tadi aku ternampak staf ikea ni baru nak pasang banner hari raya dan gigih menyusun kuih raya. ikea ni memang makbapak jela dorang tak jual. aku sesaje je belek. kot-kot ada menarik. yup ada yang menarik aku sebab kuih raya ikea murah! cuma rm10 SAHAJA untuk satu kotak. setiap kotak ada 30-35 keping. errkk baru aku tahu. tak nyempat-nyempat dorang susun aku dah rempat. hihi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


almond london, sugi (feberet aku), tart nenas (feberet aku jugak) & snow almond. aku dan ncik M dah rasa. sedapp! rupa kuih menarik, kemas, packaging pun cantik dan untuk harga rm10 sekotak sangat-sangat la berbaloi. selalu tiap tahun aku beli kat akak ofis. harga standard rm22-rm35 sekotak. rasa lebih kurang je atau aku ni memang tak pandai merasa. hihi. lagipun tahun ni untuk rumah kena ada kuih raya. jadi asal tak kosong meja kopi sudah. kan. yang penting meja makan. hehe.

sabtu ni ada hati nak pergi beli lagi. harap-harap kuih sugi masih ada. :P


Saturday, July 16, 2011

[ penang - part 2 : berjaya penang hotel, penang ]

part 1, 10 hari yang lepas.

harini baru rajin datang mahu upload gambar. dah lama rasanya tak upload gambar banyak-banyak ni. almaklum la sejak takde kamera ni. haha. upload dengan wifi unifi ni memang laju giler. seronok pulak. hehe.

ok. honeymoon pertama kami dulu di colmar tropicale bukit tinggi, pahang ni salah sebuah hotel dibawah berjaya hotel & resorts. sejak 2 pihak berjaya ni selalu la email ncik M bagitahu ada buat promo ke atau senarai hotel dan resorts bawah mereka dan salah satunya ialah berjaya penang hotel, penang.

kriteria hotel yang aku cari. hot spot area samada georgetown atau batu feringgi, selesa paling kurang hotel 3 bintang dan paling paling penting sekali murah. selepas survey punya survey kami sepakat memilih berjaya penang hotel. sebabnya murahh! sama masa honeymoon pertama dulu kami hanya perlu booking secara online 30 hari sebelum check in dan akan dapat 15% diskaun. benda yang sama juga aku buat. aku kan dah dapat tarikh ncik M cuti jadi boleh la booking sebelum 30 hari kan.

harga selepas diskaun termasuk tax untuk 3hari 2 malam cuma rm276.08. tak sampai rm140 pun satu malam. kira ok la harga untuk hotel 4 bintang, hotel lain dekat penang tak dapat. cuma nak bagitahu harga ni tak termasuk breakfast tak sama macam di colmar dulu. tak kisah la nama mahu jalan-jalan cari makan penang kan. ngee.

kedudukan memang strategik sebab dekat dengan bandar. bawah bangunan pulak ada shopping complex kalau mahu cuci-cuci mata. rasanya sebahagian daripada berjaya hotel punya bangunan kot.

ok sila layan gambar hotel je. seronok pulak rasa tetiba. :P


28 tingkat ok patut la aku tengok tinggi je. bilik kami tingkat 25. weehuuu!


nampak tak sling beg ala-ala mulberry alexa 2, aku sukakkkannya. walaupun ala-ala je. :P


walaupun macam kecik je biliknya tapi selesa sangat untuk kami berdua. bukan ada budak kecik pun kan nak berlari-lari. :P


dan ini permandangan dari bilik kami. bandaraya georgetown, penang. boleh nampak bangunan komtar kat hujung 2. jalan terus je tapi ada belok-belok. hihi.

dan tidak lupa juga. puan si penangkap gambar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku memang suka bilik hotel ada cermin besar macam ni. boleh tangkap gambar syok sendiri dengan sendirinya. hahaha. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...