Showing posts with label [ m.y.W.d.a.y ]. Show all posts
Showing posts with label [ m.y.W.d.a.y ]. Show all posts

Friday, August 5, 2011

[ kereta pengantin, caterer, doorgift, tagging & bunga tangan majlis resepsi lelaki ]


yeah upload gambar lagi. ni nak upload gambar kawin pulak. ni lagi giler lama. 7 bulan dah. :P

disebabkan entry baju pengantin grey silver mencatat peminat paling tinggi buat masa ni. 2 yang sampai boleh dapat BE ke 3 dalam masa sebulan ni je hah selepas pertama. puan ross siap buat surat bagai hantar nuffnang. awak update bebanyak sikit gambar kawin awak. hehe. oleh itu, dengan senang hatinya lagi aku upload beberapa gambar benda yang aku suka dan suka nak ingat masa majlis resepsi sebelah lelaki. gambar-gambar selain daripada walkway dan meja pengantin.

kereta pengantin. pinjam kereta bapak mertua ku. mula-mula berangan nak pinjam kereta paklong ncik M buat kereta pengantin. kereta 2 pintu bumbung terbuka. berangan konon pengantin boleh melambai-melambai ala-ala anak raja gitu. hahaha. tapi jadi kereta pengiring je akhirnyaa. kat bawah ni hah.


kereta pengiring pun jadi la. :P

caterer, rassdecobvent & catering. family mertua kata semua sedap, ok tapi mungkin untuk majlis kawin adik ncik M disember ni tukar caterer lain pulak. sesaja cuba baru.

doorgift. kawan-kawan dapat tak? hehe. dalam isi homemade biskut mak mertua ku. sedapp! gigih mak mertua ku menyiapkan.

tagging. letak di bunga telor dan doorgift. gambar sama untuk signage. yang ini adik ipar aku yang sama buat pre wedding video comel. aku dah dapat tengok rupa kartun aku. kemain besau senyum, tahi lalat tak tinggal ok. hahahaha.

bunga tangan. ni sepupu ncik M yang buat. time ni dah petang so dah layu. aku suke sangat, lain sikit. dah selesai majlis letak dalam bilik pengantin kemain semerbak bau bunga harum sundal malam. pulangkan. hahaha.

pernah berangan nak outdoor shot kat putrajaya tapi sangat tak sangka tercapai berangan 2. 2pun nasib baik dapat orang kajang kan, kalau orang australia? :P

dan gambar terakhir.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pengantin lelaki hilang. hahaha. :P





Friday, March 25, 2011

[ hantaran tema merah putih ]

malas. sibuk. 2je alasan tak update apa-apa.

selalu tengahari jumaat aku balik rumah lunch sama dengan ncik M. tapi harini malas. biar dia balik sorang. petang kag nak jumpa lagi, biar rindu ni lama-lama sikit. ngadee. :P

harini langsaikan hutang pasal hantaran. ni pun otak dah blur. sebab dah lama sangat. hahaha. dulu masa majlis tunang aku dah guna kayu putih yang aku suka 2. masih simpan elok dalam bilik di rumah mertua. agak-agak kalau sewa ada orang nak tak? :P

untuk majlis kawin pulak tema merah putih. sekali lagi hasil tangan abang ipar aku. :)



ni salah satu hantaran aku pada ncik M. malas nak tepek banyak-banyak. ni nak bagi contoh je. aku bagi ncik M 9 dulang. set pakaian, wangian, kasut, briefcase, sejadah&kain pelikat, sirih junjung, buah-buahan, kek fondant & pulut kuning. memang kali ni betul-betul simple. simple asal kena tema dan paling penting murahhhh. malas aku nak abis duit kat deko hantaran lagi. semua guna bahan palsu takde fresh flower. sekejap je siap. setakat lilit pinggan dengan manik, gubah-gubah bunga letak dalam pinggan, letak barang hantaran & siapp!!

anda tidak silap baca. memang aku guna pinggan buat tapak hantaran. kasut ncik M muat-muat pinggan. penat cari pinggan besar warna putih tau. heee. :P

pandangan lebih jelas untuk melihat kebesaran pinggan. alas kertas minyak dibawah pulut kuning ni. nasib baik muat pinggan pulut kuning aku tempah. heee.

semua bahan deko aku beli di nilai 3 je termasuk pinggan. pinggan ni harga dia rm5 je siap satu. kedai aku lupa tapi kedai jual pinggan mangkuk jela. ni pinggan melamine kot. ada aku jumpa pinggan sebesar ni tapi tanah liat so berat la. pinggan ni lebih ringgan dan murahhh. jimat duit aku. masih boleh guna polisterin untuk jimat tapi kalau nak lain sikit boleh guna benda lain jugak. terpulang. :)



psst : jangan risau, kalau datang rumah aku. aku tak la guna balik pinggan-pinggan ni buat makan. :P

Tuesday, March 8, 2011

[ walkway & meja pengantin ]


harap maklum. gambar sebelah kanan ni aku dah tukar. kemain besau lagi. hahaha. hati suka, suka hati la kan. :P

sejak menjak ni dalam kepala otak duk pikirkan satu hal ni je. hari-hari, tiap masa. paling ketara ncik M la. tapi mungkin bukan rezeki kami lagi untuk dapatkan. dulu terlepas sekali sebab kami lambat sangat. kali ni pulak dah siap tengok tapi kami terpaksa lepaskan. bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat. aku percaya pada ncik M, percaya dengan setiap keputusan dia. ada rezeki kami nanti mesti dapat yang lebih baik. bila peluang 2 datang lagi dan saat 2 kami dapat, baru seronok aku nak kongsi. buat masa ni biarla rahsia dulu. rahsia la sangat. kan. hahaha.

buat mengisi kekosongan selepas beberapa hari tak mengupdate belog kesayangan ni. aku cuma nak letak gambar walkway with red carpet & meja pengantin masa resepsi sebelah lelaki. tanpa pelamin pun aku tetap bahagia. cewahh! malas nak taip banyak-banyak. sekadar mahu berkongsi. :)





dah 2 bulan. agak-agak nak cerita pasal kawin lagi korang bosan tak? :P

Tuesday, March 1, 2011

[ tiada alasan untuk tidak ke dapur ]

hihihi. dah macam motto kementerian belia dan sukan pun ada. so, lepas ni aku tak boleh bagi alasan untuk tidak ke dapur walaupun untuk membuat air milo kegemaran ncik M dengan kehadiran 'mereka-mereka' ni yang sudi datang menemani dan memeriahkan dapur aku. :P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











rajinkan aku gugel setiap satu model. model yang sama ok. hahaha. saja kot-kot la ada yang hilang kat dapur aku boleh tengok-tengok balik kat sini. ngee. :P

alhamdulillah, hampir semua wishlist hadiah kawin aku dapat, terutama barang letrik untuk dapur. memang aku sengaja taknak beli sebab nak tunggu orang bagi. ngee. ni belum masuk barangan tupperware yang telah berjaya memenuhi kabinet dapur. sukeeee sangat. barangan basic-basic tak boleh la masuk wishlist, kena beli sendiri. hahaha. btw, couple tea set dari cikk ross pun cantik sangat, kotak bentuk hati lagi. aku suka sangat dapur aku. sangat-sangat suka. terima kasih kepada semua pemberi. semoga Allah swt murahkan rezeki mereka. :)

ok. pasni kena rajin-rajin gugel resepi pulak ye.



pstt : puan tuan masittah tengok-tengokkan kan la barang letrik yang takda lagi ni. bila-bila balik mesia boleh la bagi. hahaha. :P

Tuesday, February 22, 2011

[ bagde @ name tag untuk keluarga pengantin ]


entry kedua hari ni. sebab bos takde, aku main-main sikit. sikit je tau. kat rumah sibuk sikit la. kalau aku ada mengupdate malam 2 tandanya ncik M keja malam la 2. hahaha. :P

mm hari ni nak bagi satu idea yang menarik untuk dikongsi. sebab aku ingat satu je, so aku kongsi satu jela eh. kalau aku ingat banyak nanti aku kongsi la banyak. apa aku cakap ni. berbelit-belit. hihihi.


ok. apa yang menarik pada gambar ini ? pada senyuman comel budak ini kah ? editingnya kah ? atau watermark aku 2. hahaha. oh bukan. sebenarnya mahu berkongsi badge atau nametag yang dipakai. masa ni resepsi sebelah lelaki. tertulis 'cousin of the groom'. maksudnya budak kecik bermata sepet ni adalah sepupu pengantin lelaki. comel kan? siap ada nametag lagi. hehe.



ok kita tengok lebih dekat yang tak berapa nak dekat ni. badge yang dah siap untuk diedarkan kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki termasuk uncle-uncle, auntie-auntie, cousin-cousin yang sampai umur 4tahun pun dapat. hehe.

sebenarnya aku pernah terbaca idea ni dari satu blog yang aku sendiri tak ingat pasal penggunaan nametag ni untuk pengecaman ahli keluarga pengantin. yela selalunya orang akan buat baju sedondon ke, baju satu papan ke tapi boleh juga gunapakai idea ini. comel je. terang lagi bersuluh mana satu ayah pengantin lelaki atau mama pengantin lelaki. tak nampak gak tak tahu la. haha.

sebenar-benarnya juga aku pernah teringin nak buat dulu masa majlis resepsi sebelah aku tapi macam tak sesuai pulak. tak akan aku nak tulis 'mother of the bride' atau untuk orang kampung faham 'mak pengantin perempuan' tapi rasa dibuat gelak orang je. orang kampung aku la 2. hahaha. terus lupakan idea ni. :P

tapi tuptup resepsi ncik M adik dia buat idea ni. sesuai sikit sebab resepsi di club house nampak macam kena la tema tak la nampak gonjeng. kan. sukeeenyee. cakap-cakap dalam hati je pun ada juga yang mendengar. ngee. :P



ok. sila lihat gambar kami sekeluarga dengan nametag masing-masing. tengok 2, kemain lebau aku senyum. 2 yang kawan aku aishah pantang tengok 2. hahaha.

Friday, February 18, 2011

[ baju pengantin grey silver ]

disebabkan gambar tak banyak jadi tinggalkan sekejap cerita majlis sebelah perempuan. kecewa sedikit sebab masa kawin la kamera sendiri rosak. mm nak beli kamera baru tapi teringat kat si kamera pink. :(

k la. ni nak publish gambar baju pengantin semasa resepsi sebelah lelaki. seperti dimaklum dulu, niat mama ncik M nak beli baju sendiri. selain baju nikah, ni je la baju yang kami masih boleh simpan. kalau bila-bila berangan dan buang tebiat nak posing pakai baju pengantin boleh buka je almari dan pakai. hahaha. :P


design untuk baju lelaki dan kain perempuan sendiri bayangkan dan tailor buat. main hentam saja. heee. disebabkan baju siap aku tu besar sikit dan tak boleh nak alter sebab kena manik-manik so aku cadangkan kat akak tailor 2 buat tali reben. nampak cutting sikit. kononnyee la. lagipun baju aku belah melaka takde yang ada reben-reben ni. macam comel je. :P

simple je tapi tetap cantik di mata aku. disebabkan ni adalah belah pengantin lelaki so aku tak kacau apa-apa. ikut je mama ncik M nak apa. nak cerewet belah perempuan je, belah lelaki jangan nak gatal-gatal eh. hati mertua kena jaga dulu. :)

gambar lebih dekat. kemain penuh poket ncik M dengan angpow. -.-'


baju pengantin perempuan (jakarta) : rm ***
kain untuk baju lelaki & kain perempuan - italian silk 7meter (gulatis) : rm4**
tudung perempuan : rm 25
kerongsang, crown & veil : mama ncik M je tahu :P
selain 2 sewa saja :)

***tempahan***
kain perempuan ( kak fida - bandar seri putra) : rm25 (kalau butik lain rm250) -.-'
baju moden lelaki ( adagaya mydin usj) : rm150 (kalau butik lain rm300-400) -.-'


kain masih ada lebih 1meter lebih kot. ikutkan nak buat tudung khas tapi tak sempat sebab dapat tailor murah lagi cantik pun last minute. cun wooo tudung kak fida tu boleh buat. macam tudung ala hana tajima gitu. :(

ncik M cakap tahun ni baju raya ni jela. hahaha. mm kain lebih tu nak buat baju raya aku la. baju apa ekk? :P

Monday, February 14, 2011

[ dinar emas sebagai mas kahwin ]


rindu GILER kat blog. tetiba. hehe.

sibuk sangat arini. tak boleh hari-hari bermalasan. ngee. rasa nak kongsi sesuatu. entry lengkap pasal hantaran nanti la kalau rajin. sekarang nak bercerita pasal mas kawin aku bertukar menjadi hantaran. dasat je bunyi kan, boleh bertukar-tukar pulak.

untuk makluman semua, mas kawin melaka hanya rm40 sahaja. kira wajib bagi pada pengantin perempuan. hendak dijadikan cerita, pada hari aku nak fitting baju sanding ncik M maklum dia mau beli dinar emas dari dealer dinar emas di melaka. dealer dinar emas ni tak banyak di malaysia. di melaka ni, ada sorang je. 2pun hujung dunia. hehe. memang la pernah dengar pengantin beri dinar emas sebagai mas kawin. aku pun excited gak la.

ncik M bertekad nak letak dinar emas ni sebagai pengganti mas kawin rm40. aku ok je tapi apa-apa kena tanya pada tok imam dulu takut dorang tak terima. ncik M cakap takpela, dia beli juga. kira dapat tak dapat dia nak bagi juga pada aku. pada hari majlis tok imam maklum dia tak terima dinar emas ni sebagai mas kawin, dia nak rm40 ringgit juga.

mm kecewa ncik M kat situ. sebelum rombongan lelaki bergerak, family ncik M terpaksa tukar dulang mas kawin kepada duit rm40 dan letak dinar emas sebagai dulang hantaran. bertukar-tukar pun kira aku dapat gak la cuma baru berangan-berangan masa serah mas kawin aku nak posing dengan bekas dinar emas, kira unik sikit la. ada emas-emas gitu. poyo je kan. hahaha. posing dengan duit kertas pun jadi la. :P

dinar emas boleh dijadikan salah satu pelaburan dan simpanan masa depan. :)


btw, apa patut aku beli dengan mas kawin rm40 ? aku igat nak beli barang so aku ingat la 2 duit mas kawin. barang apa ye yang tahan lama bernilai rm40 ? :)

Wednesday, February 9, 2011

[ outdoor photoshoot : taman seribu bunga, melaka ]

dalam kepala macam-macam nak kongsi. bilik pengantin, hantaran, official photographer (OP), majlis bertandang. macam-macam la. tapi tetiba rasa macam malas nak mengarang. haha. penat sangat kot. ok. nak letak satu gambar outdoor di taman seribu bunga, melaka. tak boleh banyak-banyak. :P



suweettt kan kami ? hahaha. aku memang tak ada banyak gambar. album ofkos la belum siapkan. cuma cd dari dua-dua OP kami tak dapat lagi. malas nak minta. malas nak follow up. semua malaskan. haha. :P



ok la. bai.


Wednesday, February 2, 2011

[ baju pengantin melaka : ungu belacan dan merah cili ]


hari ni 2 februari. maknanya dah lebih sebulan aku kawin. fuhhh sekejapan je kan. siyes, siapa yang baca ni kalau belum kawin cecepat la kawin. best. hahaha. dah. dah. hari ni nak update gambar baju malam berinai dan majlis persandingan. baju dari butik mak andam kedua. sebenar-benarnya kedua-dua baju ni la yang aku secara tidak sengaja terberkenan. hihihi.

menyelit sekejap. makeup kedua dari kak salima untuk malam berinai. kulit aku bukan licin mulus pun harap make up je. aku suka make up malam rasa macam taknak cuci muka. haha. :P

selalunya di melaka kalau malam berinai pengantin akan pilih baju songket. songket kuning la paling glamer. yela, bak kata orang bukan selalu dapat pakai songket. takde maknanya hari lain saja-saja nak pakai songket. tapi aku degil. tetap bulat dengan keputusan tak nak pakai songket walaupun mak dah suruh. sebabnyaaa aku berkenan kat baju ni. aku suka warna dan design dia. warna ungu belacan dengan design moden. dan sekurang-kurangnya serasi dengan pelamin. alasaann. haha. memang melaka lupa diri betul aku ni. biar la. ncik M pun suka. aku lagi lagiii la suka. ngee. :P

sori la aku takde gambar berdiri. ni pun gambar dari kawan-kawan.

tang kain paling aku suka. bab kain meleret-leret memang aku kemain suka. hampir semua baju aku ada ekor kain yang meleret. weeee.

ok. sila beri laluan untuk gambar kami posing di singgahsana kami. hehe.


kemudian baju sanding pulak. weee.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ini la baju sanding aku. merah cili !! tak nak merah bata ke, merah pulasan ke, merah hati ke. penat tau cari baju kebaya merah cili. susah sangat. seingat aku sebulan sebelum majlis baru jumpa. kira memang rezeki aku la. kalau tidak hampir-hampir pakai baju sanding warna PUTIH tau. hahaha.

menurut daripada mak andam butik pengantin 2, aku adalah orang kedua yang pakai baju merah ni. tapi baju ni bukan baju baru. dia beria-beria tunjuk baju merah hitam la, merah putih la. aku cakap akak keluarkan la baju yang SEMUA MERAH. haha. giler betul aku ni. masa kak salima solek pun dia pesan pakai tudung putih je la buat kontra tapi aku guling-guling taknak. hahaha. tipu kat situ. aku cakap memang aku nak pakai semua merah. taknak warna lain. memang dorang pening kepala dengan aku. ada juga orang giler merah macam ni. :P

sebab kak salima takde upload gambar makeup sanding. ni je gambar yang nampak sikit muka aku. melihat pada gambar ni, aku rasa macam muka aku kena cucuk botox pun ada. haha. pelik dengan muka sendiri. :P

kalau dari kamera biasa nampak baju aku bling bling. kalau real memang bling bling pun. bagi aku, tak kisah la simple je pun. design kebaya je pun. yang penting MERAH ! hahaha.

sila layan 2 keping gambar ni.

baju ncik M pun merah cili. aku sukeeeeeeee. rasa mcam nak gigit-gigit je baju ni tau sebab merah betul. ngeee.


sekeping dari OP, gambalawa.com.

walaupun kes aku ni sudah melibatkan 3 pihak yang berlainan. yela, makeup orang lain. pelamin orang lain, baju orang lain dan harga lebih dari harga pakej tapi aku sangat-sangat puas hati. kadang-kadang orang cakap berpegang pada prinsip 'just follow the flow' mungkin tak mendatangkan kebaikan dan lebih banyak keburukan. tidak mengikut pada benda yang di rancang sebetulnya.

mungkin kes aku ni, kira bernasib baik. apa-apa pun yang penting ikut kata hati bukan kata orang lain. siyes, walau kita tanya pendapat ramai kita boleh imbal balik jela tapi bukan keputusan. keputusan tetap hati kita.


credit baju berinai & sanding : butik sayang creation, melaka (sama blok bangunan dengan king's hotel)

Sunday, January 30, 2011

[ my diy : bunga kendarat, wedding gift & etc ]


masih mood perantin baru ye. belum sebulan lagi kan. jadi entry pasal kawin banyak lagi. haha. bukan selalu jadi perantin. seronok mau berkongsi, kalau boleh semuanya. haha. selain mau dikenang sementara ingat. mana tahu ada yang boleh di gunapakai. tak gitu? :P

masa majlis, ada juga yang aku buat sendiri tau. ada juga air tangan pengantin. ngeee. selain bilik pengantin, tunggu la ada gambar lengkap dari OP untuk aku kongsi sebab aku lupa nak tangkap gambar. almaklum la kamera rusak kan. :(

ni sebahagian yang boleh aku kongsi.

bunga kendarat

credit pic : henpon sony aku yang sudah berusia 4tahun. seperti tertera, tarikh 27 disember 2010 jam 9.37 pagi. gigihkan aku? hihihi.


eh eh tengok-tengok ni tahu ke apa benda dalam gambar ni? hihihi.ni sebenarnya bunga untuk kendarat.

kendarat 2 apa pulak?
kendarat 2 sekumpulan orang yang bertugas untuk memastikan tetamu dilayan semasa majlis kenduri berlangsung. kemas pinggan cawan ke, tambah lauk ke, bagi gift@ bunga telur & etc. selalunya tuan rumah akan sediakan bunga kendarat untuk senang pengecaman kumpulan kendarat. hihi.

selalunya orang akan gubah bunga dengan duit tapi aku mengubah kerongsang dengan duit. sudah semestinya pemilihan kerongsang berwarna merah ye supaya sedondon dengan tema. ngee. aku pun lupa macamana aku boleh dapat idea ni. aku lebih suka idea ni sebab sekurang-kurangnya kerongsang 2 masih boleh digunakan. kira 2in1 la kan. :)

lagipun orang kampung aku ni, kalau tahu duit hantaran besar kemudian duit bunga kendarat cuma dapat singgit belakang mula la berbunyik. terukkan? macam tuan rumah tak bayar upah kendarat. kononnya letak kerongsang ni dengan harapan ada berbunga dalam hati. :P

kos bunga kendarat : kerongsang + duit = rm3


wedding gift

credit pic : kamera bangah.


ni la wedding gift aku, cuma untuk vip & vvip sahaja. :P

dan cuma vvip je yang dapat tas kecil cumel anna sui siap bling bling 2. hehe. vvip ialah rombongan lelaki dan family aku. aku suka sangat tas kecil ni, muat henpon aku. haha. disebabkan aku dan ncik M cukup berkenan masa jalan-jalan cari wedding gift dulu aku rempat la sikit, 75buah tas tangan yang semuanya berlainan corak. seronok giler aku belek, rambang mata dibuatnya. memang untuk kumpulan kecil je. kumpulan besar tak mampu la pulak. aku beli ni di plaza GM, chow kit. :)

then, no paper bag sebab mau jimat. ngee. aku cuma guna white kraft paper dan isi makanan dalam 2.

ni la makanannya. kuih bakar berempah tapi gambar ni aku dapat dari pakcik gugel sebab takde ambik gambar. cuma nak bagi tahu kuih bakar aku lagi gebu. satu lagi bekas wajik. 2 doorgift untuk orang kampung tapi mak suruh masukkan sekali.

memang aku nak bagi makanan je. senang. masuk kuih dalam plastik baru masuk dalam kraft paper. aku dah siap-siapkan awal-awal tampal tagging, reben kemudian orang lain tolong masukkan kuih je dan stapler.

kos wedding gift kecuali tas cumel:
kraft paper + tagging + reben + kuih

rm0.02 + rm0 (print jangan tanya di mana) + rm0 (balance buat hantaran) + rm1.50
= rm 1.52


terus terang bukan senang orang lain nak terima kelainan. terutama bila aku guna kraft paper sebab tak ikut kebiasaan dengan menggunakan paper bag. siap ada makcik 2 tegur aku, aku pun selamba je menjawab 'yang penting isi dalam bukan luar'. masa 2 aku rasa hati dah panas betul kot. haha. kebetulan dapat idea untuk guna kraft paper yang lebih menjimatkan. bukan jimat sikit tapi banyak. ncik M pun puji cantik dan kreatif. 2sen je, orang buang pun aku senang hati. :P

cuma niat nak berjimat pada benda yang boleh dijimatkan. :)




Thursday, January 27, 2011

[ pelamin moden merah hitam putih dari melaka ]


wow tajuk entry ! bajet pasni ada orang melaka akan gugel terus jumpa la. haha. untuk makluman, penulis tidak sihat. tiada pembawakan budak ye. pembawakan makanan ada. :P

ok. dari entry lepas aku, aku pilih salima. memang aku tidak memilih pakej kawin lengkap dari butik pengantin yang aku booking. ala butik pengantin yang sama untuk majlis tunang aku. nak jadi kes aku ni makin merugikan dan last minute secara tidak sengaja terberkenan dengan baju lain, butik pengantin lain pulak 2. di ulang sekali lagi TIDAK SENGAJA TERBERKENAN. haha. macam-macam betul aku ni. di sebabkan aku tak nak rugi deposit yang aku dah bayar, aku teruskan juga walaupun deposit seratus je pun. duit gak 2. :P


aku akui, butik pengantin ni pelamin dia memang cantik sebab anak tokei butik ni memang kreatif. susah nak jumpa butik di melaka dengan pelamin design moden. sangat-sangat susah untuk aku. tunjuk gambar je dia boleh realisasikan tapi lingkungan kemampuan la. bukan mahal melampau ke walaupun pelamin paling besar dalam sejarah dalam family aku. haha.


kalau nak kira, ni sahaja pelamin aku sebab belah lelaki takde pelamin dan sebolehnya yang sangat sangat puas hati. bukan pelamin gah sangat pun. bukan pakai bunga segar, kerusi besar ke apa. biasa-biasa sudah asal cantik pada mata. kan.

ni hasil nya. :)


tema merah. hitam. putih. 2la warna yang aku nak. yang penting latar belakang nak warna putih sebab baju aku kan warna merah so haruslah nampak aku. ;P

ni dari sudut gambar dari OP, gambalawa.com.


menariknya. kebetulan frame cermin warna hitam yang dorang letak pada pelamin sama dengan hiasan dinding bilik pengantin aku. frame dari ikea. bilik pengantin air tangan pengantin tau, cewahh. kasi credit la kan. kebetulan pulak 2. mungkin orang tak berapa perasan pun. :P


ok. satu lagi gambar dari OP. cantik sebab kami ada. ngee. :P



credit pelamin : artistic house(bertentangan dengan masjid bukit katil)

Wednesday, January 19, 2011

[ aku pilih salima ]

dulu aku penah post bagitahu aku nekad mahu memilih salima makeup artist untuk makeup aku. memang aku tekad.

di sebabkan keputusan 2 kiranya aku tidak memilih pakej kawin lengkap dari mak andam yang aku booking. dah nampak aku rugi di situ. dan sebenar-benarnya aku juga tak memilih baju berinai dan bersanding dari mak andam tersebut. abis 2 aku booking mak andam 2 untuk apa pulak? hahaha. benda-benda ni la yang buat aku serabut. 2 yang sampai tak ada bunga tangan 2. 2la sendiri cari pasal kan. adohai ! haha. ada masa aku cerita. :P

kembali ke cerita asal. aku pilih salima untuk 3kali make up. majlis nikah, berinai malam dan juga bersanding. berbaloi-baloi. haha. berbaloi la lepas kau kikis duit laki kau. :P

ni hasil make up pertama dari kak salima.
suke tak? suke tak?
sukeeeee. :P

ni dari gambar OP, gambalawa.com.

kelihatan begitu gebu dan mulus ye kulit aku. sukee. rasa berbaloi sangat pilih kak salima. bukan selalukan dapat cantik-cantik macam ni walaupun aku bukan cantik mana pun. haha. :P

cuma rasa macam mata besar sebelah. kenapa ye? ke perasaan aku je. haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...