Wednesday, November 18, 2009

[ smart solat ]

semalam aku berkesempatan utk menghadirkan diri ke kursus sehari smart solat. walaupn kursus aku dh ckup tp mmg aku b'minat nk p kursus ni. sekurang2 nye aku dpt ilmu, tambah ape yg kurang, polish ape yg sedia ade. penceramah nye Ustaz Hj Aluwi Parman dr JAIS mmg sangat2 besh. ilmu yg dia kongsi hanya Tuhan je boleh membalas nye. mungkin ade benda yg boleh aku kongsi kt cni.

RAHSIA SOLAT - ROHANIAH

permulaan solat
berdiri tegak & aturkan penafasan.
tumpukan fikiran.
buangkan segala yg berkaitan keduniaan ~ muka menghadap kiblat = hadapkan hati kpd Allah, jangan biarkan hati menerawang, hala fikiran kpd kesedaran diri bahawa diri akan berdiri d hadapan Allah pada hari penghabisan.

berdiri atas kedua kaki
hayati rasa takut & harapan, angkatkan hati dr mengingati keduniaan ini & kehidupan yg fana, tumpukan perhatian kpd Allah & yakinlah DIA tidak menolak org berharap & tidak mengecewakan org yg memohon kpdNYA.

pandangan mata
ditujukan ke tempat sujud/tanah ~ ketika kita sedang berjaya@ berada d puncak kejayaan, kita tidak boleh sombong & berbangga kerana kita akan kembali ke tanah jua.

menyebut "ALLAHUAKBAR"
ingatlah Allah tidak perlukan khidmat kita mahu pun ingatan kita kerana DIA Maha Besar & Maha Kaya, ibadah yg diwajibkan kpd kita hanyalah utk membantu kita menghampiriNYA demi keampunan & rahmatNYA serta menjauhkan kita dr kemurkaan & balasan burukNYA.

membaca doa iftitah
solat kita, ibadah kita, hidup kita & mati kita d serahkan hanya kpd Allah.

membaca ayat2 Al-Quran
mintalah perlindungan drpd syaitan yg direjam, yakinlah tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah, igatlah & hayatilah janji baik & janji buruk Allah, azamkan utk melaksana segala perintahNYA.

rukuk
rukuk/tunduklah kpd Allah dgn rukuk org yg rendah hati & serah patuhlah setiap anggota badan kita kpdNYA. sempurnakanlah rukun & lupakan segala urusan kita kerana hanya kita sendiri yg boleh menyempurnakan perintahNYA & mengharapkan keredhaan & rahmatNYA serta hanya pengampunanNYA dpt melepaskan diri kita drpd hukumNYA.

sujud
sujud d hadapan Allah sebagai hamba yg lemah yg menyedari diri kita d jadikan drpd tanah yg d pijak2 oleh semua makhlukNYA, menyedari diri d jadikan dr nutfah yg bukannya bersih, mohonlah keampunan drpdNYA & lupakanlah segala yg melalai, menggusar, menyakit & merimaskan.

tashahhud
puji & syukur kpd Allah, mohon diberikan lebih banyak kebaikan & sentiasa d limpahi dgn kemuliaan, buangkan sikap kepura-puraan & jadilah hamba yg melaksanakan segala perintahNYA melalui perbuatan & percakapan kerana sedarlah bahawa Allah mencipta kita sebagai hambaNYA d sebabkan dia adalah pencipta kita, sentiasalah selawat kpd rasulnya kerana dia mencintai sesiapa yg mencintai rasulnya.

salam
salam(sejahtera) adalah nama Allah yg d serahkan kpd kita supaya d hayati maknanya ketika berhubungan dgnNYA & juga sesama makhlukNYA, ketika memberi salam ke kanan ia menggambarkan ucapan selamat tinggal kpd kekhusyukan solat & ketika memberi salam sejahtera. semoga kita selamat dlm usaha kita meneroka kehidupan dunia.


RAHSIA SOLAT - FIZIKAL

permulaan solat
kedudukan tangan yg qiam ~ merawat sakit sendi & mengelakkan rheumatism.
berdiri tegak ~ relaksasi.
tumpuan mata ~ merangsang penumpuan/konsentrasi.

rukuk
rukuk 90% ~ melegakan sakit pinggan.
menekan tangan dilutut ~ kuatkan otot tangan, peha & betis.
sujud
~ merangsang saraf otak, mengalirkan darah ke otak bg mengembangkan sel2 otak & meransang ingatan.

duduk iftrash dgn jari kaki dilipatkan
~ menekan otot besar peha.
~ membakar lemak tepu dan menggalakkan lemak tidak tepu terbentuk.
~ mengurangkan kolestrol.
~ merangsang kelakian.
~memberi gerakan senaman pd tulang pelvis.

salam
~ memberi senaman kpd otot tengkuk/leher
mengurangkan tekanan.
~ merangsang otot & urat saraf tengkuk/leher.


'sharing is caring'. niat sekadar utk berkongsi & mengingatkan diri sendiri yg kadang2 mudah sangat lupa.


:: solat = bersenam. ^_^ ::

2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Info yang bermanfaat ni ... :) thanks Su ..

[k.u.y.a] said...

same2 cik ross. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...