Sunday, February 28, 2010

[ wiken ku ]

aku ni nak kata angau, rasenye x tapi xtahu la macam ane aku leh buat silap. 9pagi boleh jadi 9malam. mati2 aku ingat 9malam. aku rase aku xsilap, cuma kak rekha 2je yang silap beri maklumat. huhu. kesian aku. xpasal2 xdapat g kenduri kawin lin. dengan budak2 ni aku heret sekali. kira nasib baik la kat azza ngan ayu sebab selepas dengan susah payahnye kejar bas dapat juga pergi kedah. sori la geng. memang salah aku. huhu.

thanks 2 abang sebab sudi isi masa su yang patutnye jauh jenjalan ke kedah. 'plan' kita punya la postpone kononnye su nak g kedah. sedangkan 3ari cuti tercongok je kat umah. dahla pemanasan bumi yang lebih hangat daripada biasa ni. fuhh lepas mandi pun berpeluh balik. ni dah malam2 pun rasenye macam nak p mandi balik je.


:: masa e2 sekarang sangat berharga ::

Wednesday, February 17, 2010

[ maaf & terima kasih ]

aku minta maaf pada kawan-kawan semua kalau ada salah silap sepanjang korang mengenali blog aku. ianya sukar tapi aku terpaksa. aku terpaksa stop berblogging. makhluk Tuhan 2 masih menganggu hidup aku. sukar untuk aku terangkan kat cni. dia bukan sahaja mengganggu hidup aku tapi juga ncik M. ncik M minta aku stop berblogging untuk memastikan dia xleh hidu langsung hidup aku sekarang. mencegah lebih baik walaupun mungkin dia dah xjumpa blog aku. ia demi menjaga hubungan aku dengan ncik M. aku bersyukur walaupun hubungan kami di uji dengan hasutan buruk makhluk Tuhan tapi ncik M masih dengan aku. kepercayaan dia pada aku, aku hargai tak terhingga. sedih kalau ingat2. mungkin ia hanya sedikit dugaan dari Tuhan. kami sebagai hambaNya yang lemah jangan cepat putus asa & jangan sesekali lupakan DIA.

aku akan berblogging secara private sekadar untuk bacaan aku sahaja. mungkin 1hari nanti hati aku akan terbuka untuk berblogging secara terbuka. aku akan tetap jadi pemerhati blog korang & harap2 korang masih teruskan berblogging la ye.

doakan hubungan aku dengan ncik M berbahagia hingga ke akhir hayat. amin.


:: ....... ::

Friday, February 12, 2010

[ kampung! tunggu saya ]

perasaan aku sekarang sedang sangat excited menunggu petang ni. nak balik kampung. hip hip horey! last aku balik kampung bulan12 ari 2. selalunya tiap bulan aku balik kampung. kampung dekat la katakan. mak pun dah berbunyi 'nak balik bila?' 'kuya asik bertarikh je mak' kata aku dalam hati. hahaha. cuti 4hari akan aku hargai dengan sebaik-baiknya. dah macam2 plan dalam kepala ni. tambah plan kak chik lagi. insyaAllah, semua adik-beradik ade. xkira macamane sekali pun semua mesti ade. balik kampung petang ni pun aku berteman. bukan ncik M ok. hehe. tapi adik perempuan aku yang d terengganu 2. aku jemput dia d hentian kajang malam tadi. ncik M temankan. adik perempuan aku ni adalah orang pertama yang jumpa dia. tiba-tiba macam blur nak kenalkan ncik M pada adik, 'noni, ni abang faisal'. hahaha. kelakar betul. belum jumpa adik beradik lain lagi ni. hehe. 4hari juga la aku xkan jumpa ncik M. eleh baru 4hari. 2pun nak kecoh. hehe. dia siap pesan, 'ingat abang kat sini'. mesti dia akan rindukan aku. hahaha giler perasan. :P

sejak akhir2 ni aku rasa macam hari2 aku sibuk. jarang nak lekat rumah. sibuk sangat ke aku ni? sedangkan sibuk 'bertarikh' je pun. hehe. 2pun kejap2 aku curi juga masa nak temankan lin edar kad kawin dia. kesian dia. kadang2 tinggal sorang2 la dia lebih2 lagi osmet sorang lagi memang sibuk keluar dengan bakal tunang dia. aku ni. almaklum la, sejak dengan ncik M hidup single aku dah berubah. pernah aku katakan pada dia, 'su dulu tunggu setahun nak tunggu abang ajak su keluar tapi sekarang? hari2 ajak jumpa.' dia sekadar gelak dengan penyataan aku 2. memang hakikatnya macam 2. walaupun dia kerja, makan tengahari minta d temankan. lepas kerja minta d temankan makan malam pulak. hingga arini hampir hari2 aku jumpa dia. dasat kan?hahaha. yela 15minit je antara cyberjaya-putrajaya. alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Dia permudahkan perjalanan kami. Dia pertemukan kami yang dekat. aku akui, dugaan pasangan kekasih berjauhan lebih besar dari yang dekat ni. cinta pertama aku dulu pun putus tengah jalan sebab kami berjauhan. ape2 pun atas diri masing2, lagi pun mungkin masa 2 aku muda lagi. asik nak memberontak je, sensitip memang xhingat la, ego tinggi menggunung. huhu. dah2 xmoh kenang dah kisah lama. lama dah tutup buku. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami seterusnya. amin.

mulai saat ni aku mengira detik nak balik kampung. sangat besh perasaan ini!. doakan aku selamat dalam perjalanan. doa pada kawan2 juga yang cuti panjang balik kampung. jaga diri semua. ^_^



:: baru dapat beg beli online. comel. ::

Tuesday, February 9, 2010

[ ape perasaan anda? ]


ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang dia xpernah mengenali hati seorang perempuan?

ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang dia xpernah kenal erti cinta?

ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang anda adalah perempuan pertama yang dia kenal dan dia cinta sepanjang usia dia 27tahun?

ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang seumur hidup dia xpernah sayang siapa2 macam dia sayang anda?

ape perasaan anda???


terus terang. ia bukan sesuatu perasaan yang mudah bagi aku. sukar untuk d luah dengan kata-kata.


:: belajar untuk mengerti. belajar untuk memahami. ::

Monday, February 8, 2010

[ jom! jangan lupe ye ]


tanpa aku tahu bila tarikhnya. aku dah cakap awal2 dengan ncik M supaya temankan aku untuk shopink baju batik d tempat biasa. dia terpaksa akur dengan temujanji e2. kejam kan aku?hehe. teringat nak gugel tadi. nasib baik xterlepas tarikh. fuhh! tiap2 tahun xpenah miss. jualan kraftangan sempena hari kraf kebangsaan mulai 24 Februari sehingga 8 Mac 2010 d kompleks kraf d jalan conlay, kuala lumpur. berdekatan klcc je. besh betul cuci2 mata tengok kain batik kat cni. yela nak aku cuci mata dekat kelantan@ terengganu bila tahun la aku nak g kan. huhu. baju2 batik aku memang beli kat cni je. kalau ofismate aku bawak dari kelantan@ terengganu jual dengan harga rm200-300. pk 2@ 3x dulu la nak beli. huhu. kalau hari kraf ni, aku dapat pilih yang cantik2 dengan harga betul2 murah. macam tahun lepas, time 2 aku g dengan kak chik. dia sedang mengandung masa 2. dia beli baju batik kain crepe dengan harga rm130. kain yang sama ofismate aku jual dengan harga rm250. benda cantik dapat murah dari selalu, seronok kan?hehe. promosi kerja kahwin pun ade pada tempat yang sama cuma bulan jun nanti. kot2 nak cuci mata ke kan. gatal ke ape ni?hehe.

bila aku buat entry ni secara automatik mengingatkan aku dan ape salahnye kongsi dengan kawan2 yang mungkin berminat. ayuh menghabiskan duit. ngeh2. :P

*tertakluk kepada perubahan ye. ^_^



:: sedang pk nak cari kaler ape plak. mm. ::

Saturday, February 6, 2010

[ suka kotak off ]


apekenda nye ni? berkotak2. hitam. kelabu. putih. ape maksudnye? adakah ade kena mengena dengan keja baru aku ke? nampak macam memeningkan je. sebenarnye ni jadual shif ncik M. hehe. dia bagi. pasni xde aku nak tengok kalendar ari2 semata2 nak tengok waktu cuti dia. :P


:: aku takut duk sorang2. macam ekk nanti. huhu. ::

Tuesday, February 2, 2010

[ beli - duit = perlu jimat ]


salah satu parcel yang aku tunggu2 akhirnya sampai arini. sebut pasal parcel teringat plak staf jepun dhl cyberjaya, ahaks. ade patut sama kan sayang sorang 2 dengan parcel. ngeh2. beria menunggu sedangkan baju je pun. perempuan ni. huhu. sejak akhir2 ni aku kerap beli baju secara online. semua main online je sekarang. nak kata aku xkeluar ke mane untuk bershopink, xjugak tapi aku berkenan dengan baju2 kat dalam blog dan dengan pantasnye terus beli. sesekali je kalau aku betul2 berkenan. jangan jadi habit sudah. aku kira bertuah nak beli baju online tanpa perlu cuba pakai sebab kelebihan aku kalau setakat free size memang aku akan muat. bertuah ke?hehe. kalau x pilih je saiz S. bila dapat je alhamdulillah sedang2 elok je pakai. ^_^

asik nak abiskan duit je kan. sekarang aku ada azam baru. nak mula berjimat & menyimpan. nak kawin la katakan. hahaha. sapa xnak kawin. kalau xkawin pun kena menyimpan gak kan. huhu. aku kena belajar menguruskan kewangan secara teratur. nak belajar dengan ncik M. lelaki ni pandai ckit menguruskan kewangan. selalunya aku menyimpan kalau setakat ada je. paling kurang aku penuhkan tabung syiling aku. aku xpernah berdisplin dalam menyimpan. aku betul2 tekad ni dengan azam aku. sila beri sokongan semua. go go chaiyok!


:: tabung syiling aku hampir penuh. malas plak nak p kira. ::

Monday, February 1, 2010

[ february 1st is holiday ]

perasaan indah tak terkata bila ari isnin masih ari cuti. alangkah bestnye isnin 2 masih wiken. tapi hakikatnye tidak. huhu. aku xnak duk rumah. aku nak ikut marissa jenjalan kat ikea. dah lame rasenya aku xcuci mata kat ikea. cuci mata jela marissa oii. nak beli pun mak uteh bukannye ade rumah sendiri pun. atleast, it's law of attraction. cuci mata tengok perabot merah. manyak ong maa! hehe. :P


aku ni gatal nak ikut jenjalan sedangkan aku rasa mengantuk tahap dewa. malam tadi tido lambat. ape la aku ni. semangat isnin cuti lagi la katakan. huhu. sambil2 2 aku servey set bilik tido untuk ncik M. dia nak set putih untuk bilik d rumah baru keluarga dia. dia berkenan dengan tema putih. bagi aku kat ikea ni mahal sangat. benda simple2 ok la@ barang2 yang ikea offer harga murah. kalau untuk perabot, borong untuk satu rumah rasenye baru berbaloi la asalkan ada duit. banyak kedai perabot lain yang lebih kurang sama kualitinye tapi boleh menjimatkan duit. kalau la aku banyak duit memang aku main tunjuk je barang kat ikea ni tandanya nak. boleh x?? huhu.

psstt : mimie, akhirnye kak chik su beli jugak lampu macam awk. berbaloi-baloi. hehe.


:: kalau tidak wiken aku d pulau krabi, thai tapi terpaksa cancel. ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...