rasa-rasanya majoriti pelajar sekarang memang tamat belajar je ada hutang dengan PTPTN termasuk la aku. dulu mungkin takde pilihan terpaksa jugak memilih PTPTN, yela bukan dari keluarga senang dan mak abah pun ramai tanggungan. huuu. atau mungkin jugak aku tak sebertuah ncik M yang 6 tahun belajar dapat biasiswa kerajaan tapi alhamdulillah masih ada tuah aku dapat kerja 4 bulan selepas habis belajar. :)
ikut syarat PTPTN, pelajar perlu bayar balik pinjaman dalam tempoh 6 bulan selepas tamat belajar tapi aku degil pergi berlengah dan rasanya setahun lepas abis belajar baru mula bayar dengan potongan gaji rm 179.95 sebulan. dan dah lama sebenarnya aku dengan ncik M sepakat, kalau ada rezeki lebih kami nak langsaikan terus baki pinjaman aku dengan PTPTN. alhamdulillah rezeki bulan ni. thankyou kesayangan. :')
kronologi prosedur penyelesaian hutang pinjaman PTPTN aku. kemain siap kronologi lagi. ngee. ok. setiap angka yang aku nyatakan semata-mata untuk menyatakan fakta tepat. :)
- 13 jun 2011, mula-mula sekali aku email kat PTPTN tanya macamane nak selesaikan baki pinjaman.
- 16 jun 2011, baru aku terima email dari PTPTN bagitahu email telah diterima. maklumbalas akan dibuat dalam tempoh 7hari bekerja dari tarikh diterima. tunggu jela.
- 21 jun 2011, aku terima email borang baki pinjaman individu. mereka suruh isi dan faks balik pada mereka.
- selain itu boleh mengisi borang permohonan baki pinjaman (individu) online. masa aku borang online tak boleh bukak. kuang asam betul.
- 22 jun 2011, borang yang dah lengkap aku faks ke unit lejar pinjaman kemudian call la karang takut tak terima pulakkan. mereka bagitahu paling lama 2 minggu hari bekerja dorang akan bagi maklumbalas balik.
- 11 julai 2011, aku ada buat follow up call dengan PTPTN almaklum la sudah lebih 2minggu. kononnya mereka sudah lamaaaaaaaa email kat aku tapi masalahnya aku memang takde terima. saja nak buat aku marah kan. dorang terpaksa la email balik. dan akhirnyaa berita gembira baki pinjaman aku sehingga 31 julai 2011 ialah rm4110.20. wuuuuu.
- 11 julai 2011 jugak, aku sesaja semak penyata baki pinjaman aku sehingga julai 2011. jumlah tertera rm3920.26. sebab tak puas hati aku call PTPTN tanya kenapa boleh berbeza di penyata dan yang diemailkan? jawapan mereka senang sebab setiap 15hb charge interest 3% akan dikenakan.
- 19 julai 2011, aku transfer baki pinjaman rm4110.20 melalui cimbclicks. kemudian isi borang permohonan pembatalan potongan gaji dan bersama salinan buku bank aku faks ke bahagian penguatkuasaan dan kutipan balik.
seperti dimaklumkan PTPTN, antara 2 hingga ke 3 bulan baru akan diberhentikan potongan gaji aku. huuu. duit refund selepas PTPTN selaraskan lebihan potongan dan aku layak ujrah 1% mulai 2008. ok. kat sini banyak benda pasal PTPTN ni kadang-kadang boleh buat aku marah. ingat senang ke nak buat aku marah.
- mereka sepatutnya ada buat follow up by email atau call aku ada terima email atau tidak. kalau aku tak call mereka memang benda 2 berlalu macam 2 je agaknya. mereka ni tak nak duit ke? ke memang dorang sesaja cari chance nak charge 3% kat aku??
- 3% interest dikenakan dari baki tertunggak iaitu rm4110.20 takkan berjumlah rm189.94 tapi sepatutnya rm117.60. takkan kos pentadbiran je rm72.34 sebulan? lemah matematik ke aku?
- aku tak faham perkiraan interest mereka. sebab aku sempat print 3bulan penyata hampir tiap bulan berbeza. ke sekali lagi aku memang lemah matematik??
- tiada surat menyurat atau email bagitahu tarikh terakhir potongan gaji aku dibuat. aku pernah call dulu tanya pun dorang tak boleh jawab !!
ok. cukup kronologi dan ketidakpuasanhatiku takat 2je. sebenarnya banyak lagi tapi cukup la. ntah berapa bulan pulak agaknya dorang ambik masa nak keluarkan surat pelepasan hutang dan pulangkan duit aku. aku nak tengok. nanti bila aku dah dapat aku kasi update lagi. bukan apa, aku nak tengok PTPTN ni betul-betul buat kerja ke tak. kos untuk dorang buat kerja bukan sikit-sikit, tiap-tiap bulan dorang ketuk. grrr.
email ptptn : webmaster@ptptn.gov.my
PTPTN hotline : 0320804455
no. faks unit lejar pinjaman : 0320934623
no. faks bahagian penguatkuasaan dan kutipan balik : 0320961072
1 comment:
hye. mekasih bagi info pasal ptptn. anda bertuah sebab dapat keja after grad. saya tak dapat keja hence mesti sambung belajar. sebab saya punya ambition pun nak jadi lecturer.. doakan saya ye..
Post a Comment