Wednesday, March 31, 2010

[ mac yang memenatkan ]

mac 2010 memang memenatkan buat aku. penat badan. penat kepala. macam-macam pk. macam-macam nak kejar. bulan mac aku kejar persiapan tunang. bulan mac juga aku kejar untuk dapatkan kuarters. sesi pertemuan pertama dengan family ncik M pada entri the 1st step pada 4mac. then untuk entri the 2nd step @ 6mac dan entri the 3rd step @ 14mac aku balik kampung melaka berturut untuk dua minggu. sakit pinggang drive sensorang tau walaupun dekat je pun. ngee.
  • persiapan tunang
alhamdulillah. untuk deko hantaran. abang ipar, abang rafiq dah setuju nak tolong aku buatkan. aku cuma bagi tema & contoh gambar hantaran. 20mac, sabtu. abang rafiq, kak chik, marissa & aku seharian d nilai3. abang rafiq sebagai orang yang memilih. aku sebagai yang memegang bakul. kak chik sebagai pemberi idea. marissa sebagai budak yang xgeti duk diam. hehe. cantik. berkenan. terus beli. ok. genap rm300 aku abiskan untuk deko hantaran SAHAJA. fuhh! 2la nak sangat kayu putih 2. c2 je dah rm150. fuhh! fuhh! esoknya plak 21mac untuk entri shopink tunang aku dengan ncik M shopink barang hantaran je. c2 je xyah cite la abis bape. fuhhhhhh!
  • kuarters
ok. kuarters. terpaksa akhirnya aku memohon selepas budak rumah aku sorang lagi sungguh2 nak duduk kuarters selepas lin pindah akhir bulan. dia akan gunakan kabel tunang dia. aku?? kesian kan aku. kabel t*b sendiri pun xde. ni kan kabel BESAR nak dapatkan kuarters. cuba usaha sendiri. 2mac aku hantar permohonan online. 3mac aku hantar permohonan rayuan berserta surat sokongan ketua jabatan. 4mac aku dah mula call orang kuarters. lepas hampir ke bape kali aku xigat baru call aku berjawap. dan jawapan dia semua orang sedia tahu. aku kena tunggu q sebab permohonan aku baru lagi. sekarang pengisian untuk mereka yang memohon bulan10. ok2. aku nangis time 2 juga. kantoi depan akak ofis pulak 2. buruk sangat kot aku menangis sampai dia naik kesian dan dia offer minta tolong dari kawan dia yang keja kat J*M. bunga2 girang timbul. cewahhh. poyo je. sekurang2nya ade gak saluran lain untuk aku usahakan dapatkan kuarters. aku kemukakan surat rayuan ke2. kira KABEL jugak la ni kan. ngeeee. alhamdulillah. 25mac aku dapat panggil daripada ncik J*M ni cakap aku dah dapat kuarters. boleh ambik surat ari 26mac. hepi sesangat. usaha sungguh2 aku walaupun singkat kira bebaloi. 26mac, jumaat. seharian aku berkejar ke b*h. ambik surat, bayar deposit kat 3kaunter. sampai sesat-sesat kat salak tinggi masa bayar deposit t*b. sangat hepi sebab aku sempat kejar semua sampai aku boleh ambik kunci ari 2 jugak. ponat mak cik. seharian 2 aku tinggalkan meja ofis. maceh la bos sebab memahami. wiken 2 juga minta tolong kak chik & abang rafiq basuh rumah baru. aku dengan osmet basuh rumah lama sebelum pindah. buang semua harta yang sudah hancur lunyai. almaklum la ade barang yang sejak 3tahun lepas. isnin 29mac aku ambik cuti untuk pindah barang. ncik M jadi orang kuat. kuat la sangat. hahahaha. aku sangat2 terhutang budi pada mereka. maceh2 semua.

ok. cukup padat. penat kan? penat tau. :P

Tuesday, March 23, 2010

[ shopink tunang ]

[ tarikh : 21 mac 2010 ]
[ masa : 10.00 pagi - 12 malam ]
[ lokasi : sogo, jalan TAR &
umah bakal mertua d bukit mahkota ]

kepenatan. seharian. berjalan. tawaf sogo. tawaf jalan TAR. alhamdulillah. sebahagian dari barang2 hantaran untuk majlis pertunangan kami dapat yang berkenan. kami beli. cuma baju tunang aku je xjumpa2 yang berkenan. 2la sape suh nak beli, sewa kan senang. nak buat memang terang-terangan xsempat.

sebelum balik putrajaya. mama ncik M minta singgah kat rumah baru kat bukit mahkota. belum pindah lagi. siapkan cat. hampir 98% siap sebelum dorang pindah hujung bulan ni. kaki aku tawaf rumah plak. buat lawatan. alang2 penat. xpela.

Friday, March 19, 2010

[ the 3rd step ]

[ tarikh : 14 mac 2010 @ ahad ]
[ masa : 3.30 petang ]
[ tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar, melaka ]

langkah ketiga yang memang mendebarkan. rombongan merisik dari pihak keluarga ncik M seramai 6orang yang terdiri dari mama & ayah dia, mak long dia dari bangi, nenek sedara, pak cik & mak cik sedara ncik M dari melaka. rombongan sampai dengan tiba2 tanpa mama ncik M call aku. xsangka direction yang ncik M bagi cukup senang mereka ikut.

tika 2. aku rase dengupan jantung aku laju je. semua2 la laju. aku punya gabra sampai mase buka tutup tin susu aku punya kelam kabut. xpasal2 luka. darah keluar laju je. huhu. konon excited bebenau nak membancuh air untuk bakal mertua terpaksa d ambil alih oleh kak long. tukang menghidang & muka yang asik menempek kat depan sah2 la aku kan. mengangkat dulang bape kali trip pun aku xkira. almaklum la watak utama ari 2. untuk pengetahuan blog, hahaha. aku buat baju kurung khas untuk majlis merisik ni. aku beli yang ala-ala sweet warnenye, macam anak dara sunti kampung yang sangat lemah lembut. alololoo xboleh blah langsung. :P

sesi berkenalan. perbincangan 2 belah keluarga aku xnak ambik tahu langsung sebenarnye sebab mase 2 Tuhan je tahu ape yang bergelodak dalam hati aku ni. tapi maklong ncik M minta aku tunggu & dengar sekali. kira mak long dia sebagai wakil pihak lelaki. mase mak long dia hulur kotak cincin pada aku, mase 2 perasaan ku. oh speechless! kosong kata-kata. aku ingat lagi ayat mak long ncik M "kalau suria sudi sarung la cincin 2 kat jari" ketar wei seluruh badan. aku cuma menyengih je sambil sarung cincin kat jari macam kerang busuk yang semua orang sedang perati. aduh! perasaan itu. hahaha.

ini la cincin merisik aku. pilihan bakal mak mertua. aku xikut memilih pun, ncik M pun setakat pergi ambik je. cantik sangat bagi aku. :)

alhamdulillah. perjalanan majlis ari 2 berjalan lancar. mereka balik selepas selesai makan. keluarga ncik M bawa sekotak kek keju buatan khas oleh bakal mak mertua. oh sungguh sedap. terharu aku. sehelai kain pasang kaler pink purple. cantik sangat. aku rase2 kain ni jela yang aku buat untuk raye nanti. ahaks. dari belah aku hanya sebakul buah & sebekas isi kek yang bukan aku buat tapi kedai buat. xpandai buat kek la. huhu.

baju raya tahun ni. hehe. cantik pilihan mak mertua aku. kain pasang yang sangat cantik, siap dengan kain lining lagi. kek xsempat nak ambik gambar. :(

sedikit buah tangan dari belah keluarga aku. abang rafiq, abang iparku yang gubah. simple but just nice. :)


selesai semua aku terus sms ncik M. 'su rase lain la kat jari su'. ncik M membalas hanya dengan sms senyuman.

syukur alhamdulillah . :D

Tuesday, March 9, 2010

[ the 2nd step ]

[tarikh : 6 mac 2010@ sabtu]
[masa : 2.00 petang]
[tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar, melaka]

ncik M akhirnya sampai jua ke kampung halaman aku yang terchenta. bagi direction, sesat sekali & terus sampai. dia sesat pun sebab aku yang salah bagi direction. haha. mudah je katanya nak ke rumah aku ni. mak sebagai ketua chef d bantu kak long, kak chik & aku. menu masakan kampung yang pedas. hahaha. sah2 la aku orang yang paling sibuk hari 2 & hari2 sebelum 2 juga sebenarnya. ncik M nampak ensem sangat arini dengan berkemeja putih. aku je perasan dia ensem. ofcos la kan. hehe. membawa buah tangan ber'paper bag' putih. memang isi nya lebih meriah dari aku. huhu. coklat pelbagai, biskut, buah & paling special kek coklat buatan adik perempuan dia, hana. lari2 ke dapur je mak terus bisik kat aku. 'macam cina la dia ya'. ii 2 benda pertama yang terlintas kat kepala mak. huhu. ncik M ni memang pemalu yang amat ok. aku yang jadi tukang cerita. sakat2 dia. kesian menengok dia. dia bukan jenis ramah & lebih2 lagi aku adalah kekasih pertama dia. cewahh. perjumpaan singkat dengan semua ahli keluarga aku kecuali adik perempuan d terengganu. tapi ncik M dah jumpa dia mase aku jemput kat hentian kajang dulu. selepas 2 sempat la kita orang jenjalan g sebuah butik yang dekat sebelum dia balik subang jaya. saje nak cari feel macam orang nak kawin. haha. akhirnya langkah kedua selesai. alhamdulillah. syukur kepada Tuhan yang Maha Esa.


:: mula rase serabut ::

Friday, March 5, 2010

[ the 1st step ]

[tarikh : 4 mac 2010@ khamis]
[masa : 9.00 malam]
[tempat : rumah ncik M d subang jaya]

ncik M beria mengajak aku makam malam rumah dia. katanye mama dia teringin sangat nak jumpa aku. selepas aku mendapat green light dengan mak baru aku bersetuju dengan permintaan dia. dengan memakai baju kurung kotak warne biru merah aku ikut ncik M ke rumah dia. siap pakai baju kurung 2. nampak sweet la kononnye. haha. membawa buah tangan buah mangga atas nasihat cik tuan masittah. sentiasa ingat pesan sitah sebagai orang berpengalaman supaya pandai-pandai membawa diri ke rumah bakal mertua. ahaks. aku memang pandai membawa diri. terus ke dapur. berbual2 dengan bakal mak mertua. menolong mengangkat ape yang patut. xkan nak datang makan buta je kan. mencedok nasi tanpa d suruh. menambah lauk. menambah air. makan dengan sungguh-sungguh. mama ncik M kenalkan dengan semua ahli keluarga ncik M, cuma adik perempuan dia je xde sebab ade kelas malam. asik bergelak je dengan cerita tentang adik bongsu ncik M yang baru dapat lesen dan accident d carpark sunway pyramid. cerita accident keta sendiri yang memalukan aku ceritakan juga. abis berterabur gelak semua orang. selamba je aku memalukan diri sendiri. haha. aku adalah orang terakhir yang selesai makan. ini bukan sebab aku makan dengan lemah lembut ok tapi aku makan dengan banyaknye. haha.

dah makan 2 xkan xreti2 basuh cawan pinggan kan. makan dengan family sendiri pun selalunye aku juga yang basuh. cuma bezanye selalu cawan pinggan lebih 10orang tapi ni 6orang saja. lepas 2 ape la aku nak buatkan? fuhh. cepat la malam. haha. berada ruang tamu sambil berbual tentang cite hantu d tv, makan buah, minum teh. feberet bakal pak mertua cite hantu ni. aku pulak pantang tengok cite hantu ni jadi tertengok pulak. 'abang, kalau su mengigau malam2 telefon abang jangan la marah ye'. huhu.


terharu aku d buat dengan semua yang mama ncik M sedia kan. aku kan tetamu yang d nanti2 mama dia. sila la perasan. haha. jam1030 ncik M hantar aku pulang dengan hati girang. fuhh. lega. selesai langkah pertama.

:: hari khamis pun jadi kan ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...