Wednesday, June 30, 2010

[ kami & honda civic type r ]

sejuk la 2, 3 hari ni. ke aku je yang rasa macam 2. mengantuk pun ada ni. malam je xduduk rumah, bertarikh dengan ncik M lepas office hour dia. jumpa pun rasenye 10% je cerita pasal persiapan kawin. lain-lain cerita pasal ofis dia, kereta, politik, negara dan macam-macam la. 2yang macam xbergerak-gerak je progress kawin dok takat 2 je. haishh.

penah 1 wiken ni aku temankan ncik M berjalan-jalan cuci mata hilangkan penat berkerja. yela office hour ncik M sangat-sangat sibuk, 12 jam padat xboleh tinggalkan pc dan telefon. total sejam setengah sahaja samada untuk g toilet, solat & makan. kena punch in & out setiap kali. betul-betul perah sampai kering ni. lain la aku ni yang kerja gomen, ade gak masa goyang kaki & update blog. hikhikhik. ni time bos xde je ok. :P

ok. cuci mata bagi ncik M bukan tengok kasut atau baju-baju macam aku ye kengkawan tapi pergi showroom tengok kereta. dari dulu lagi ncik M memang xlekang dari mulut dia kereta 1 ni, honda civic type R.

dia suka kereta ni sebab jenis car racing, reka bentuk body yang cantik dan ia limited edition. bagi aku, aku suka kereta ni sebab kereta ni warna putih macam aku pernah inginkan dalam vision board aku. selain 2 aku suka bucket seat dia yang berwarna merah 2. rasa bersemangat je bila duduk. merah kan cantik. ngee. aku punya excited nak tengok civic type R secara dekat tapi malangnya dah xde untuk test drive@ d showroom lagi sebab civic type R xkan ada lagi dan hanya tinggal 16 buah d seluruh dunia. lepas 2 akan stop terus yang jenis type R, model civic biasa je yang akan d pasaran. kecewa gak la. tapi nak jadi cerita ni best dan kelakar xtahu la aku ni yang pandai berlakon ke atau ncik M sendiri sebab we are so lucky on that day. salesman sorang ni sanggup minta kunci kereta dari bos dia si owner civic type R semata-mata nak bagi aku tengok. terharu betul la, salesman yang ensem 2 takut aku kempunan kot. ngee.

bucket seat merah. jatuh cinta sudah. :P

rasanya fahiya pernah post entry yang nak kereta civic type R sebab faizal tahir pun kereta ni. ye kan ya? sekarang rasanya dah tinggal beberapa buah je. sebenarnya ncik M dah sedia tahu yang honda akan hentikan model civic type R ni sebab nak fokus pada kereta hybrid yang lebih mesra alam. yela civic type R ni kan kereta racing, penggunaan minyak yang xmesra alam. berita yang agak mengecewakan la. memang nampak sangat kecewa ncik M. sampai sekarang kalau jumpa xsah xsebut pasal civic type R ni. kalau dia pentingkan kereta dulu maknanya kami xkan kawin dalam masa terdekat. ofcos la aku akan say no kan. mesti la nak kawin, xkan nak tangguh sebab kereta. kan.

atleast ade juga alternatif lain, beli civic type R terus dari jepun. ncik M cakap lebih murah cuma lebih complicated. 2yang dia sungguh-sungguh sekarang. aku agak terasa sebenarnya. terus terang je aku cakap dengan dia yang kadang-kadang dia lebih nak cerita pasal kereta daripada kawin. kecik hati kan? aku suh dia tido je dengan kereta nanti. biar. biar. bagi aku samy ncik M pun baru setahun pakai. sayang lagi kat si samy. aku rasa buat masa sekarang kami hanya perlu ikut keperluan, kalau nak ikut kehendak mungkin boleh nanti-nanti. kan.

ncik M dengan honda civic type R impian yang kepunyaan orang lain. punya semangat sampai ke belakang worksyop p tengok. :P

* samy - panggilan manja savvy merah ncik M. :P


Friday, June 25, 2010

[ sila simpan tarikh ini ]

amboi. jumaat je rajin betul mengapdet blog ye. ade keja ke xde keja ni? lalalala. :P hari jumaat banyak betul main-main. ni tadi pun sempat pergi jualan sempena sehari selepas gaji. berhabis duit lagi untuk batik crepe. bila la cik su ni nak belajar menyimpan ni. xkan nak harapkan duit syiling je nak buat kawin. isk isk. dapat jengah blog kira salah satu menangani stress. kerja kalau hari-hari stress memang xkan surut kerja. hari-hari bersusun je surat atas meja ni. bukan niat nak merungut pun. nak bagitahu je. ngeee. :P

sebenarnya teringat entry sebelum-sebelum ni bercerita pasal make up artist la, lagi nak 6bulan untuk majlis tapi aku xpernah maklum lagi bila sebenarnya tarikh majlis bakal penuh bermakna 2. ok. insyaAllah, majlis nikah berlangsung d rumah tercinta d melaka pada 31 disember 2010. majlis bersanding juga d rumah d melaka pada 1 januari 2011 dan majlis bertandang belah lelaki d bandar bukit mahkota, kajang pada 2 januari 2011. berturut je, hari keempat pengantin pengsan. bak kata cik mimie. sebab kami sama berturut tarikh xkan selang minggu. mama ncik M yang minta xselang minggu. senang sekali sedara mara balik, sekali harung penat. :)

tarikh-tarikh ni aku sendiri yang tentukan mengikut ciri-ciri yang d minta belah ncik M. dari dulu aku ingat xkan pilih hari cuti sekolah untuk majlis aku sebab takut bertembung dengan banyak majlis tapi aku terpaksa pilih juga. ikutkan majlis lebih awal dari bulan disember. bukan xsabar ye kengkawan. lebih cepat lebih baik kan. kan. kan. ini d sebabkan adik perempuan ncik M yang berkemungkinan melanjutkan pelajaran ke uk mulai bulan september 2010 jadi pemilihan tarikh 2 mestila satu-satunya adik perempuan dia 2 ada. ncik M memberi tarikh minggu krismas, minggu tahun baru dan minggu kedua bulan januari sebab minggu-minggu 2 sahaja berkemungkinan adik perempuan dia akan bercuti semester. yela, majlis pertama bagi belah ncik M selaku anak sulong semestinya d hadiri semua ahli keluarga kan.

d kampung aku ni, apa-apa majlis kalau boleh jangan bertembung sama hari. nanti susah kendarat atau kurang orang masa rewang. jadi selepas majlis merisik hari 2, aku minta adik lelaki aku semak dengan orang surau samada d antara 3minggu 2 mana yang masih kosong. tinggal 2minggu je yang tinggal. minggu krismas dah ada orang chop! sekarang ni semua kena cecepat booking kalau x melepas. kan. akhirnya, aku tekad aku memilih 1 januari 2011 sebagai majlis kenduri kami nanti. selepas pilih baru aku perasan yang tarikh 2 cantik. xterniat d hati ni pun nak pilih tarikh cecantik, takut ramai pilih. tapi xpela. insyaAllah, kalau ada rezeki kita ada la orang akan datang. xperlu kita kira samada cuti sekolah ke, lepas gaji ke. kan.

ok. 2je kot. kengkawan save le tarikh dekat appointment henpon memasing ye. tarikh kawin aku 2. insyaAllah. ngee. :P


[ manusia tetap manusia ]

kita sebagai manusia hanya merancang, berusaha, berdoa & bertawakal. Tuhan yang menentukan segalanya. setiap apa yang akan terjadi. sihat sakit atau mati. siapa jodoh kita. sesuatu hubungan berkekalan atau tidak. kita sebagai hamba yang terlalu kerdil d sisiNya xlayak untuk menidakkan ketentuanNya. anggaplah semua ujian dari DIA agar kita sentiasa muhasabah diri dan menganggap ia adalah rahmat Tuhan yang sentiasa bersebab.

alhamdulillah. setiap saat cuba mengingatkan diri supaya tidak lekang melafazkan syukur kepada Allah s.w.t atas segala rezeki dan kebahagian yang DIA beri. mohon agar kebahagian ini berkekalan. amin.

Tuesday, June 22, 2010

[ my sushi king ]

who's my sushi king??

tidak lain dan tidak bukan tahta raja sushi jatuh kepada
.
.
.
.
.
.
.

yeah! ncik M.
sedang mengunyah sushi ikan salmon sambil cuba mengempiskan pipi agar tidak kelihatan bambam. hikhikhik. :P

its mine. tori teriyaki don.
almaklum la orang melayu kan. cari nasi gak. aku xmakan sushi ye.

ncik M nye. salmon don.
memang giler salmon. dah makan sushi pun nak makan nasi lagi.
isk. isk. :P


aku sekadar menemankan ncik M melunaskan kempunan dia nak makan sushi. mm dah lame rasenye xpublish gambar kami kan. ngee.


:: ncik M dah dapat sijil kawin. wee dah boleh kawin. ::

Monday, June 21, 2010

[ kerja partime d ofis ]

kalau keja aku bertimbun-timbun atas meja. jangan salahkan siapa-siapa sebab aku yang leka dengan kerja partime aku. kalau bos xde lagi la kemain aku syok melayan kerja partime ni. partime yang hanya perlu aku menghadap pc berjam-jam, pegang mouse dan klik-klik sahaja. bukan main game ye. aku bukan hantu game, bahkan xpernah main 1game pun. partime sejak bakal b2b ni iaitu meng'google'. mencari idea dari blog b2b yang lain. letih wooo. balik rumah nanti sambung lagi. hikhikhik. :P


:: arini puasa ganti. nak makan ape ye? ::

Sunday, June 20, 2010

[ aku bertemu putera raja ]

kadang-kadang aku rasa macam aku dalam novel cinta cinderella. si gadis miskin dan yatim bertemu dengan putera raja. dapat masuk istana raja yang indah dengan berpakaian serba cantik. hanya dia putera raja ku. ncik M. putera raja yang kacak lagi baik hati. tak pernah aku sangka dia ada untuk aku. kerana dia impian dan angan-angan aku jadi nyata. terima kasih atas segalanya. moga setiap yang kami rancang, kami impikan akan berjalan elok atas landasannya. insyaAllah.



:: ia adalah novel cinta aku. ::

Wednesday, June 16, 2010

[ kenangan hanya untuk d kenang ]

aku lahir dari keluarga yang besar, ramai adik beradik. tinggal d kampung yang sejak kecik makan dengan lauk hasil jerih perit mak dengan arwah abah d kebun getah. iyee mak dan abah hanya seorang penoreh getah. itu la pekerjaan mak dan arwah abah yang aku tulis d setiap borang sampai sekarang. kami sekeluarga serba sederhana tapi cukup makan, cukup pakai dan cukup cukup bahagia.

sejak aku kecil lagi, ke mana-mana arwah abah bawak aku dengan motor vespa dia. dia hanya ada motor vespa. momen yang paling aku ingat, naik motor vespa aku kena berdiri depan. mungkin mase 2 aku kecik lagi. menangis guling-guling semata-mata nak ikut mak dan arwah abah ke kebun getah. cukup gembira dapat naik motor vespa sambil berdiri pegang handle motor. hahaha. kadang-kadang lepas balik kebun arwah abah terus ke rumah nenek d kampung sebelah. gembira lagi sebab macam-macam dah bermain d kepala. sebenarnya, setiap kali balik dari rumah nenek kami akan jumpa simpang tiga. setiap kali 2 aku akan tutup mata dan berdoa dalam hati yang arwah abah akan ke simpang kanan bukan kiri. ada apa d simpang kanan?? simpang kanan maknanya arwah abah akan ke kedai. jadi aku boleh minta arwah abah belikan gula-gula. kalau ke simpang kiri maknanya kami akan terus balik rumah. walaupun arwah abah ke simpang kiri, aku xkan menangis atau menjerit minta ke kanan. minta gula-gula. sebab kakak-kakak dan abang aku xpenah buat macam 2. hakikatnya, ada rase sedih dalam hati.

aku ingat lagi dulu mase sekolah rendah, bila time hujan atau aku dah lambat ke sekolah arwah abah akan hantar dengan motor vespa dia. terus terang aku sangat-sangat malu dengan kengkawan lain. lebih-lebih lagi bila aku kena duduk mencangkung atas motor vespa biru kesayangan arwah abah sebab kak chik yang akan duduk belakang. kadang-kadang terdengar orang menjerit 'vespa kunci'. aku xtahu ape maksud ayat 2 tapi yang pasti aku memang sangat malu. tunduk sebab xtahu nak letak muka dekat mana. walau malu aku xpenah malu nak salam abah sebelum pergi. hakikatnya, tiap-tiap hari aku berharap hujan xkan turun sebab aku lebih rela berjalan kaki ke sekolah dari naik motor vespa abah.

20sen hari-hari mak bagi untuk buat belanja makan sampai petang. dari darjah 1 sampai 6, seingat-ingat aku 4tahun aku dapat program rmt atau lebih terangnya rancangan makanan tambahan. hahaha. macam xcukup makan dekat rumah sampai dekat sekolah kena bagi makanan tambahan. mm nama 2 yang xsesuai. kalau dapat rmt kadang-kadang mak xkan bagi duit, aku pun xkan minta melainkan cikgu minta bawak duit untuk beli buku atau ada apa-apa aktiviti dekat sekolah. tiap-tiap tahun aku berdoa arwah abah akan belikan kasut sekolah baru untuk aku tapi selalunya kasut yang sama aku akan pakai untuk 2, 3 tahun. bukan kasut sekolah je. beg sekolah pun sama. aku xpernah minta sebab aku tahu bukan senang nak dapat duit walaupun kadang-kadang aku ade juga berbunyi dengan mak dengan angan kosong. hakikatnya, aku sangat cemburu pada kengkawan yang asyik silih berganti kasut baru.

aku sedar aku bukan orang senang sebab mak selalu cakap nak dapat duit susah. mak dan arwah abah kena keja dalam hutan. bernyamuk. banyak binatang. berpanas. menahan bau busuk getah skrap. kalau hujan lagi la xdapat ke kebun. kalau xdapat ke kebun, xdapat la duit. aku cukup sedar diri sebab 2 sejak kecil aku memang pendiam, pemalu, cepat menangis. orang buli pun aku diamkan je sebab aku sedar diri aku ni siapa nak melawan. aku xde apa-apa. aku perasan. sejak aku belajar, bekerja. aku mula berubah. aku x pendiam macam dulu. aku x senang-senang kena buli macam dulu. aku xcepat terasa dan terus menangis macam dulu. aku xterus-terus boleh berubah, semuanya perlukan masa. kita toleh ke belakang untuk tengok masa silam kita tapi jangan berundur ke belakang untuk jadi seperti masa silam dulu.

aku terlalu kerap ingatkan mak. ingatkan arwah abah. dah 3 tahun arwah tinggalkan kami sekeluarga. walaupun xhenti aku menangis dari tadi tapi aku habiskan juga menaip entry ni, aku biarkan keja aku yang berlambak ni duk je atas meja. sekarang. aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah. al-fatihah. semoga roh nya sentiasa d cucuri rahmat Allah s.w.t. amin.

Friday, June 11, 2010

[ aku & tema ]

hari jumaat. penghulu segala hari. hari yang indah buat aku sebab esok cuti. yeah!! rasenye ni baru berkesempatan nak buka blog, malam semalam pun balik lewat. pergi digital mall pj semata-mata nak mencari laptop dell kaler hijau. thanks la pada tunang tersayang sebab sudi temankan. ahaks. adik perempuan aku minta tolong belikan untuk dia. hari 2 dah cari dekat the mines memang dah xde model hijau ni. kemain tawaf digital mall pun xjumpa. last-last beli je warne hitam. budak-budak zaman sekarang mengade-ngade nye melampau. xkoser nak layan lelebih. kita dulu xde pun macam 2, bersyukur dengan ape yang ade. kita dah tolong belikan dah cukup baik. kan. kan.

ok. ok. cukup cite semalam. ni nak update ape yang terlintas dekat kepala sekarang ni. aku baru je lepas belek majalah pengantin & jelita keluaran jun 2010. mama ncik M kirim bagi dekat aku untuk aku bace & belek. terkejut aku. aku ni yang bakal berkahwin lagi 6bulan lebih ni pun xpernah seumur hidup beli majalah pengantin. ni bakal mak mertua yang baik lagi gorges pulak yang beli, siap kirim lagi. oh terharu sungguh. ok. ok. sebelum 2, mengikut plan kami. majlis resepsi@ bertandang nanti kami buat simple je. xkan ade pelamin. nak lebih-lebih pun buat mase majlis rumah aku nanti. insyaAllah. mama ncik M pulak akan ke indon minggu depan & mengikut plan mama dia nak cari baju pengantin dekat sana je. kot-kot la lebih cantik@ lebih reasonable price. perancangan majlis belah ncik M memang totally mama, ayah & adik perempuan dia yang buat survey dari butik pengantin, katering, dewan & etc. dari apa yang mama ncik M cakap, dia kalau boleh beli baju dari sana je sebab dah terlanjur ke sana. asalkan aku boleh beri bayang-bayang baju yang aku berkenan. siyes la. belek punya belek pun aku xtahu nak baju macamane. ncik M pesan google la sekali, kot-kot ade jumpa baju yang ala-ala berkenan dekat mata. adeh! assingmen yang susah ni.

buat masa ni kami hanya ade tema kaler je. mengikut persetujuan antara aku dengan ncik M. tema majlis rumah aku nanti adalah kaler wajib dalam hidup aku iaitu kaler merah. harusss ok. aku xkisah baju aku kaler ape tapi yang penting majlis aku ade kaler merah. majlis resepsi nanti plak tema grey@ silver. segala urusan oleh mama ncik M sebagai chief. hehehe. ok. cukup buat masa ni. nak p google baju pengantin kaler grey. harap-harap jumpa yang berkenan dan nampak macam mampu beli. jangan la baju kalah artis, kag xpasal-pasal bakal mak mertua pengsan tengok baju impian aku yang ala-ala melampau. ngeee. :P

Friday, June 4, 2010

[ aku pergi aku datang & mungkin aku pergi lagi ]

bismillahirrahmanirrahim. fuhhh. dah lame sebenarnya nak kembali berblogging secara terbuka. dari sehari ke sehari. rasenye baru arini betul-betul bersemangat. sepanjang menyepi aku kononye ade la update blog sikit-sikit. kalau rase rajin, kalau rase tarikh2 2 macam penting je untuk aku ingat. sekarang dan saat ni memang aku sangat bersemangat ni. cewah. dulu kononnye nak berblogging untuk bacaan sendiri je tapi sebab dah tahu xde orang nak baca aku naik malas nak update. pulak dah. lagipun ncik M ataupun tunangan ku. ohh sudah menjadi tunangan orang rupanya. ngee. ncik M pun dah start berblogging sekarang. dia dah create blog dia sendiri. saje-saje dia menulis. d sebabkan dia sangat rajin berblogging jadi kira hari-hari gak la aku buka blogger. aku masih bace tau cite kawan-kawan aku.

ok. sekarang mungkin xkan sekerap dulu. update benda yang aku rase nak share dengan korang. blog aku masih seperti dulu. diari hidup aku. diari untuk mengingati setiap detik yang perlu aku ingat. insyaAllah. 6bulan lebih lagi aku bakal beralih ke fasa yang bakal merubah sepenuhnya hidup aku. hidup aku xkan sama seperti 25tahun lepas. 25tahun lepas yang indah. harapan yang lagi indah, lagi besar untuk 25tahun yang akan datang. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...