Friday, July 30, 2010

[ ikhlas dari hati ini ]

semua orang ada impian. impian majlis perkahwinan yang meriah, angan-angan yang indah. begitu juga aku. tipu la xde siapa yang nak kan setiap angan-angan dia dipenuhi. kalau hendak memenuhi angan-angan. semua nak cantik-cantik, semua nak mahal-mahal, semua nak yang terbaik. aku yakin semua orang begitu tapi 2 semua hanya angan-angan kan? aku tetap manusia biasa, yang hidup secara biasa dan meneruskan semuanya secara biasa.

sentiasa mengingatkan diri siapa aku. jangan berangan terlalu tinggi. jangan berharap terlalu tinggi sebab kalau aku kecewa pasti sakit. sakit yang menyakitkan. aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan bakal ada. sentiasa mengingatkan diri yang ada orang lain diluar 2 yang mungkin kurang bernasib baik dari apa yang sudah aku miliki bukan membandingkan diri ni dengan orang yang sentiasa nampak bertuah.

sekarang. aku hanya mampu lakukan yang terbaik asalkan masih dalam lingkungan kemampuan aku. aku hanya merancang, Tuhan penentu segalanya. yakin, berusaha, tawakal & redha dengan hati terbuka dengan semua ketentuanNya. kita siapa menidakkan takdir.

alhamdulillah. aku bersyukur Tuhan atas segala rahmatMu, kemudahanMu, kesenanganMu, kebahagiaanMu yang tiada tolok bandingnya yang Kau limpahkan pada hamba mu yang sentiasa leka dengan dunia. moga Tuhan permudahkan urusan ku dan juga urusan orang yang berada di sekeliling ku. amin.

sekian. tazkirah d hari jumaat. :D

[ 3rd week of julai ]

malas yang amat. 2je alasan aku boleh bagi. malas nak mengupdate. ok. dah-dah. cite sedikit yang mungkin memang banyak. :P


kad kahwin
alhamdulillah. berkesempatan pergi promosi kerja kahwin d jalan conlay dengan ncik M. niat utama memang nak cari kad kahwin, biar banyak sikit pilihan. benda lain sekadar cuci mata, 2pun kalih mata bila nampak batik yang cantik-cantik. buat-buat xnampak. sob.

booth kad kahwin memang xbanyak tapi kami berkenan dengan kad dari gedungkadkahwin. sebijik macam kami nak. mahal juga, yang melayan kami pun macam nak xnak. kami jenjalan dulu. lepas berbincang baru kami nekad order kad dari gedungkadkahwin. kembali ke booth 2. encik rusdi, orang lain yang layan kami. layanan dia memang terbaik. harga sampai boleh kurang 15sen dari harga asal tadi. percuma 2 bunting kahwin. memang hensem la encik rusdi ni tiba-tiba. :P

siyes. mula-mula aku jatuh cinta dengan design kartun yang comel sebab ada gambar burung dalam sangkar tapi encik rusdi ni nasihatkan kena tengok jemputan. takut ada jemputan vip ke, takut family xsuka ke sebab macam greeting cards jadi kami kembali kepada design yang kami target. kehenseman encik rusdi ni bertambah-tambah sebab dia sudi offer free soft copy kad untuk facebook dengan design kartun 2. suka. suka. aku suka. suka giler. memang pandai ambik hati customer betul. :D

ok. bayar deposit dah. details card boleh send by email je. :)

sebab malas. ni je gambar yang aku rajin nak upload. baju dari butik pengantin ni selalu masuk majalah pengantin. dia tunjuk majalah yang sama mama ncik M bagi hari 2. baju dia memang cantik-cantik tapi memang mahal. baju putih ni untuk sewaan rm1800 sepasang. untuk sewa baju je ok. sila pengsan. :P


langsir bilik pengantin
kebetulan ncik M kerja hari ahad jadi ni la masanye untuk aku survey langsir dengan kak chik dengan abang rafiq. mula-mula kami ke nilai 2. cari-cari. selak-selak. tawar-menawar. cantik memang cantik tapi abang rafiq cakap mahal sangat berbanding dengan langsir d nagoy*. walaupun dah petang, dah alang-alang abang rafiq bawak g nagoy* carefour wangsa maju. tempat kak chik pernah tempah langsir dulu.

jumpa kain yang sama. memang murah lagi. upah jahit pun lagi murah. walaupun xbanyak pilihan secantik d nilai tapi murah dia berkati-kati. yela untuk bilik pengantin je bukan untuk pakai lama kan. warna merah terang memang susah sangat nak jumpa. jumpa satu. aku belek-belek. tunjuk pada kak chik, dia cakap ok. aku jalan-jalan cari lain. tapi..

tapi bukan dah rezeki aku. depan mata ada aunty cina ambik kain merah 2. buat raya cina kot. berkodi-kodi kain tapi yang sama juga jadi pilihan. kak chik dengan abang rafiq cakap lepas raya pun sempat cari, tempah. dorang betul-betul memujuk aku. ok. aku akan ambik masa sebulan ni untuk pujuk diri sendiri. depan mata kain berkenan kena rembat. sob. sob.

ok. 2je. sebelum 2 aku mengisytharkan waktu rehat hari jumaat adalah hari mengupdate blog. sebab time ni je aku rajin nak mengupdate. ngee. :D



[ fuhh fuhh kat semua ]


rajin. sila datang. fuhh. fuhh.

Friday, July 23, 2010

[ putih bersih untuk akad ]

kain untuk akad nikah. mengikut plan aku dengan ncik M dulu aku xnak beli kain. aku ingat nak sewa je, jimat sikit. agak terkejut sebab masa tunang hari 2 tiba-tiba ada dulang berisi kain. mama ncik M cakap mak long ncik M yang hadiah. dia beli dari indonesia yang kebetulan selalu ulang alik dari sana. aku terima je, orang dah bagi kan.

alhamdulillah. minggu ni dah berkesempatan ke butik dzul*decla*sique d bandar kajang. sesat sekejap sebab sitah, kawan ku memberi landmark salah. cakap bertentangan metro kajang sedangkan plaza metro kajang. nama pun lebih kurang, memang la confius. thanks sitah sayang.


pada kawan-kawan yang bertanya. aku ada attach map nak ke sana. harap-harap membantu.
*credit pada cik ross sebab ajarin aku print screen bergini. :D

dzul*decla*sique. masa aku datang kena menunggu jugak la sebab ade ramai juga orang walaupun dah malam. tutup sampai jam10 kalau weekdays. layanan baik dari belah ukuran baju perempuan cuma kureng dari belah lelaki sebab kebetulan ramai tempah baju melayu.

pada pendapat aku, butik yang dah ada nama memang sah-sah la harga nya lebih dari yang biasa. kualiti memang superb. baju kurung moden yang siap full lining aku tempah dengan harga rm2++. xtahu kenapa aku tekad nak tempah baju nikah d situ sebab xpernah aku tempah baju semahal 2. paling mahal aku tempah untuk full lining rm80. ncik M cakap tidak untuk baju bertandang. harga rm5++ untuk design seperti yang dia nak terlalu mahal buat dia. kami masih perlu mengikut bajet. mungkin boleh cari tempat lain dulu yang murah baru kembali ke sini kalau tiada pilihan.


kawan-kawan boleh la singgah. :)

Thursday, July 22, 2010

[ 2nd week of julai ]

hari ini hari khamis. ini cerita wiken lepas. lama giler baru nak update. walaupun dah hampir basi, aku nak cerita gak. masa begitu cepat berlalu la. ngeee. untuk makluman, hari ini bos xde. weee. :P

sabtu

ok. aku mulakan dengan hari sabtu. sebelum jam7 aku dah bangun. kalah hari kerja. :P siap sedia untuk mengerakkan plan hari ni. bangun awal sebab dah plan nak masak breakfast nasi putih, sambal sardin & telur dadar. rajin kan aku?? ngee. ncik M kerja malam, jadi lepas habis kerja dia jam8 dia terus jemput aku. aku rase mesti dia suka kalau aku masak nasi panas-panas untuk dia. kan.

*sila abaikan gambar kepala teleng aku 2. aku memang suka buat macam 2. :P

macam biasa, salah satu port makan kami d belakang Lanai, presint10. selalu kalau aku masak untuk pagi ke, tengahari ke sini la kami pergi. dekat dengan rumah. aku suka jambatan kat sini. sebelah tasik. mungkin boleh masuk senarai tempat untuk outdoor kawin nanti. mood berangan. mm suka. suka. :D

ok. misi utama hari ni ialah pencarian kain untuk baju bertandang d jalan tar. hari ini ncik M jadi co pilot sebab dia tido 2jam je, xmoh cari pasal minta dia jadi driver. lagipun aku lagi pakar jalan kl dari dia. kuikuikui. :P
park kereta d sogo. kami bergerak g gul*tis. siyes, aku xpenah terpk nak masuk gul*tis sebelum-sebelum ni. takut mahal. tapi akak ofis penah sebut yang kain gul*tis lagi murah dan berkualiti.

*sila abaikan ncik M yang berkepak tangan macam nak terbang. dia call mama dia. :P

d gul*tis. promoter cantik, baik. tanye kain shantong. dia tunjuk tapi xde kaler kelabu. dia cadang italian silk. tunjuk 2, 3 jenis terus berkenan yang satu 2. ncik M pun berkenan. warne macam mix kelabu silver. cantik. harga masih dalam kawalan tapi ncik M nak sedapkan hati. minta kami jenjalan dulu. takut ade lebih murah, lebih cantik. promoter 2 siap cakap gedung kain yang mana mungkin ada. baik kan?. kami pergi jak*l. dulu beli kain baju nikah ncik M pun beli sana je dulu, xsinggah tempat lain pun.

d jak*l. kami pernah reject promoter yang layan kami dulu. kami memang ingat sampai sekarang. beli kain putih untuk baju melayu. melihat kami yang masih berkira-kira nak beli dia boleh tegur 'rm20 je, murah la 2' dengan muka belagak. ayat 2 sampai bila-bila kami ingat. ncik M cakap kalau dia guna perkataan 'je' 2 dia xkerja sini sebagai promoter. dia memang cukup bengang. ok. ok. ke cerita asal. masa kami d jak*l. sorang promoter lelaki layan kami. kami tanyakan kain shantong. dia tunjuk xcantik. tunjuk kain shantong d level lain pun xcantik. aku minta dia tunjukkan italian silk. xde yang sama dengan d gul*tis. xde yang secantik dan semurah d gul*tis. ok. aku cakap elok-elok dengan promoter 2 yang kami nak jalan-jalan tempat lain dulu. dia boleh cakap 'kenapa perlu jalan-jalan tempat lain? kain ni dah cantik, murah' dengan muka xpuas hati. ade patut dia cakap dengan pelanggan macam 2. aku betah balik. 'salah ke kami nak survey-survey nak banding harga, kualiti?' eeeeeeee terus kami reject jak*l. noktah. geram !!

kami balik ke gul*tis. masa nak bayar sedang promotion free keahlian dan automatik dapat 10% diskaun lagi. kain cantik, harga ok. puas hati sangat-sangat. :D

kami balik ke sogo. kami target nak cari cadar kawin. brand akemi semua mahal-mahal dan xde yang berkenan. kami saja-saja ke tingkat atas sekali sebab ade warehouse sale. xsia-sia sebab akhirnya kami jumpa cadar windsir warna putih yang cantik dan paling penting 100% cotton dan masih murah. suka lagi. :D


ahad
sambung cerita wiken aku. ahad pulak, plan kawin tolak tepi. ncik M ade janji dengan kawan dia untuk hadir talk tentang
supplements dari jepun d pearl international hotel, jalan klang lama. ncik M minta teman. kawan dia ni melayu, berkawin dengan perempuan jepun dan menetap terus d sini. masa berkenalan ingatkan pandai cakap jepun je tapi masa nak balik baru tahu dia tahu berbahasa melayu. anak dia sangat shumeeel. sebut betul-betul. shumeeeel. hehehe.

comel kan? paling kecik 2 masa jauh bukan main suka main mata, gelak-gelak dengan kakak dia tapi masa pegang dia jadi pelik. kelakar betul. dahla xpandai cakap melayu, cakap jepun je. comel betul.

malam baru sampai umah kepenatan kegilaan melanda hujung minggu ku sampai lepas mandi aku terus tertido. kul430pagi baru tersedar, kena bangun sebab teringat baju basuh tadi xsidai lagi. kalau x reput pulak baju aku. :P

yeah! hampir separuh perancangan bulan ni berjalan. hepi. :D


:: panjang pulak entry ni, jarang update la katakan. ::


Wednesday, July 21, 2010

[ cukup 7 hari sudah ]

kesibukan melanda. melonjak-lonjak nak mengupdate blog tapi xsempat nak ngadap. kena cari masa betul-betul berkualiti. ape-ape pun, yeah! hari berkursus aku dah cukup. xpayah pk pasal kursus lagi, pk pasal kawin je. muahahahaha. :P


prof. dr ismail tambi, pakar sakit tuan. best giler kursus dengan dia. siyes, aku rase aku dah silap pergi kursus sebab cukup terang cite pasal hubungan kelamin suami isteri. siap tunjuk lelaki punya tutttttt. real punya ok. hahaha. gambar kedudukan alat kelamin masa buat hubungan. waaa xboleh terima aku. malu. aku seorang anak dara. :P aku pk positif ok. sekurang-kurangnya aku dapat ilmu baru. kira persediaan sebelum kawin la kan. kan. kan.

ok. ade mase terluang aku akan buang masa 2 dengan update persiapan kawin aku. lalalala.


*sila abaikan gambar aku yang macam mengandung 8bulan, baju kurung pahang 2 besar. :P


Thursday, July 15, 2010

[ 1st week of julai ]

rasenye macam hari-hari buka blogger tapi siyes xsempat nak update ape-ape. sedangkan macam-macam rasenya nak bercerita. rase je tapi xbuat-buat pun. ok. plan untuk julai dah berjalan hampir suku untuk minggu pertama. minggu lepas balik melaka pun sebab kenduri rumah kak long dan kenduri kawan sekolah. kawan-kawan sebaya bujang makin pupus. hehehe.

sebab masa cukup mencemburui aku yang nak kahwin ni aku hanya sempat singgah rumah vendor kanopi. rm17++ untuk pakej lengkap bagi 3khemah besar termasuk khemah pengantin, alas dan hiasan, kerusi meja, pinggan mangkuk, periuk belanga & etc. kakak 2 dah janji bulan10 ade warna merah cili jadi rasenya masa 2 akan datang balik tengok contoh dan baru bayar deposit. buat masa ni booking tarikh je. abang aku dah tolong booking kan untuk dj rm4++. biasala rumah dekat kampung ni xsah kalau xde dj. xmeriah katanya. abang yang pilih, dia cakap dj ni lain dari lain. sebab aku bertegas cakap mahal dia akan bayar separuh untuk dj. pelik kenapa abang aku cukup beria dengan dj sorang ni. ikutkan je la. malas nak pk but no karaoke please. 2benda 2 je nak dekat rm2+++. sekarang ni semua benda pakai duit banyak kan? ni kan untuk majlis kahwin. *sigh.

untuk bilik pengantin. aku dah buat ukuran. sambil-sambil adik aku mengukur. mak, abang dengan kak chik tolong beri idea. warna langsir la. design la. lampu la. abang aku paling beria sebenarnya, dia memang serba tahu. bab-bab deko rumah semua bagi dekat dia. kedai-kedai perabot, lampu yang murah-murah semua dia tahu. tapi dekat melaka je la. ok. kena deal balik dengan kak chik tarikh cari langsir. :D

ok. baru nak suku. atleast perancangan berjalan. sambung wiken ni pulak. :D

terlanjur 2. nasib baik aku xterlepas tarikh. kepada kengkawan yang nak kahwin. jom kita cuci mata g promosi kerja kahwin d jalan conlay, kuala lumpur mulai 24hb julai ni. aku baru perasan. nampak gayanye jadual bulan julai ni kena ubah sikit untuk beri laluan untuk g jalan conlay. rasenya 24hb aku dah p terjah. muahahaha. xnyempat-nyempat. aku nak cuci mata cari idea untuk gift, hiasan dan kalau boleh kad jemputan sekali. asyik gugel je, feel kureng. teringatkan dulang dan alas dulang hantaran. kalau sewa lagi murah mungkin aku sewa je. aku nak jimat pada benda-benda yang boleh jimat. untuk bertunang hari 2 aku dah berhabis untuk deko hantaran sebab nak memenuhi keinginan. mungkin aku hanya akan habiskan duit pada benda yang aku xkan dapat rase lagi lepas ni. kononnye la. :D

kalau bertembung jangan lupa tegur. cewahh. :P


Thursday, July 8, 2010

[ bila julai ]

hari ini 8 julai. dah 8 hari masuk bulan julai. cepat betul masa berjalan kan. tup tup tinggal angka 5. banyak benda xbuat lagi ni. haissh. ok. hari ni baru ade sedikit masa nak melari-larikan jari jemari ku untuk mengupdate blog. cewaah. hari-hari rasenya aku sibuk tapi xtahu la aku buat apa. mungkin sebab sibuk layan family yang datang dari melaka, berkursus, dah berapa malam sibuk kat rumah kak chik jadi xde masa betul-betul berharga.

ok. untuk bulan julai ni ncik M dah pesan banyak benda dah kena berjalan. xboleh tangguh-tangguh lagi. mmm. aku banyak bertangguh sebab nak tunggu dia bercuti. dekat-dekat pun waktu cuti xsama, dapat makan bersama pun dah cukup baik tapi nak berjalan-jalan susah sikit. bulan julai ni, target kami. aku tulis untuk ingatan aku juga. :)

kad kahwin
rata-rata kawan termasuk family yang rapat cadang tempah dekat LH creative je. cepat, mudah & murah. aku pun x terlalu cerewet bab ni cuma kalau boleh nak yang sangat-sangat simple. 1warne plain sahaja, mungkin putih atau cream. aku dah beri gambaran kad pada ncik M. dia cakap adik dia pun boleh tolong design kan. aku suka tapi takut bila tempah untuk print je harga lebih mahal daripada ikut pakej kedai. bab ni aku masih survey& buat follow up. masih dalam proses membandingkan harga tempah terus d kedai dan ikut design sedia ada atau pilih design adik ncik M dan sekadar hantar untuk print. aku akan pilih yang lebih menjimatkan. :)

baju nikah
untuk baju nikah aku dah ade tempat cuma xde masa free. dzullclassique kajang yang sitah kawan baik ku cadangkan. dia kata ok buat baju kat situ. dia ade cadangkan satu kedai lagi tapi aku xigat kat mana. seperti selalu baju nikah orang akan buat kurung moden. mungkin aku akan pilih design 2. aku akan bandingkan mana yang lebih baik.

baju bertandang
memenuhi keinginan mama ncik M yang nak kan baju bertandang d buat atau d beli sendiri. jadi untuk baju aku, aku dah pergi rumah ncik M untuk fitting baju yang mama ncik M beli d jakarta. aku suka sangat design dan warna dia. mama ncik M betul-betul pandai pilih cuma bila dah pakai korset rase macam besar sikit. mungkin aku akan alter d kedai aku tempah untuk baju nikah. veil, mama ncik M ada belikan sekali tapi kalau aku ada berkenan yang lain e2 terpulang pada aku la. selain 2, aku kena cari tudung ala-ala ariani yang sedondon.

baju tertandang ncik M pulak, dia minat jenis baju melayu kain shantung macam gambar kat bawah ni. design yang simple je. jadi kami kena cari dan beli kain yang seakan warna dengan baju aku sebelum tempah d butik yang sama. kalau ok, kain shantung yang sama akan aku gunakan untuk kain aku sebab aku ade baju je kan. untuk kain mungkin aku cuba cari d jalan tar.

mesti ensem ncik M pakai baju macam ni tapi dia kena kurus sikit la. hahaha. dia dah turun beberapa kg ok. :D

bilik pengantin
aku agak serabut untuk hiasan bilik pengantin. memang kalau boleh nak yang simple je la kan. aku dah dapat sedikit gambaran cuma belum lukis betul-betul. cadar, dah banyak kali aku pergi sogo dan tempat-tempat lain tapi susah betul nak cari warna cream plain. kak chik pesan cari yang akemi sebab 100% cotton. susah-susah aku pakai dia punya je. muahahaha. :P wiken ni dah terlanjur balik melaka, aku nak ukur keluasan bilik, tingkap untuk buat langsir. lagi awal tempah lagi baik kan. ok. bab langsir kak chik dah janji nak tolong aku cari dan tempah. cuma aku kena siapkan design bilik dulu. chaiyok2!!

bilik yang sama masa kenduri kahwin kak chik. aku rase bilik aku xkan semeriah ini. lebih simple. kena buat slow-slow. step by step. apa-apa akan aku update lagi nanti. :D

hantarans
masa tunang hari 2 dah 5-7, mungkin untuk kahwin 7-9 tapi aku dengan ncik M belum senaraikan betul-betul barang. kami pun xsurvey apa-apa lagi. bukan keutamaan untuk bulan ni. mungkin terlanjur kami jalan-jalan kami akan survey sekali. laman web, shoppingNsales adalah laman web yang paling rajin aku jengah. sebab nak xnak miss apa-apa sales. sedangkan banyak dah miss sebab xsempat nak pergi. hahaha. :P

ok. rasenye 2 je perancangan yang kami nak buat untuk bulan julai ni. aku kena duduk berdua dengan ncik M dan tentukan tarikh mana kami sama-sama free untuk jalankan apa kami plan untuk bulan julai. bukan hari-hari ke kami duduk bertarikh berdua? :P

ini plan aku. kalau dapat gerak lebih dari ni pun lagi bagus. kan. :)

Friday, July 2, 2010

[ sakit yang menyakitkan ]

xtahu nak cakap macamane sebenarnya. tension dari pagi semalam lagi. ade orang ceroboh pc aku, pc ofis. 2 yang aku terus private blog aku. nak cite banyak-banyak pun tambah sakit hati je. rasenya ni dah kali keberapa pun aku xkira tapi memang banyak kali dah kan aku tukar url. bosan betul. orang pun naik bosan kot dengan aku. asik tukar url. macam xde keja lain nak follow blog aku je. kalau xnak orang baca jangan buat blog kan. benda-benda macamni la boleh buat aku nak stop je berblogging. :(

aku xkisah kalau kawan-kawan aku baca blog ni atau siapa-siapa pun. cuma blog aku bukan blog ilmiah yang ok untuk d kongsi oleh sesetengah orang. aku pulak kadang-kadang terlalu open d sini. sebab 2 dengan ncik M sendiri pun aku xbagi baca. lebih-lebih lagi orang ceroboh pc aku memang jenis pelik. pelik yang menyakitkan! aku ok kalau dorang terjumpa blog aku sekali pun tapi jangan sampai aku tahu. aku xkisah xramai follower. atleast bila jadi benda macamni xla berat sangat aku nak tukar url. tapi xtahu kenapa comment sebelum-sebelum ni boleh hilang. sedih. sori ye kengkawan. kalau sorang je pun sudi baca aku dah cukup berterima kasih. sekurang-kurangnya xde la aku bebel sorang-sorang. :(

sedih bertambah. semalam seharian memang tension sangat-sangat. bawak ke tengah malam. krisis sikit dengan ncik M. benda kecik je pun tapi bila bab kami berdua. especially bila bab kawin aku jadi lebih sensitif. ada benda kacau plan kami. dari c2 je aku dah nampak aku xboleh terima perubahan walaupun mungkin nampak kecik, macamane la aku nak hadap benda besar. aku memang perlukan kekuatan. terus terang. aku agak down sekarang. :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...