Tuesday, June 28, 2011

[ celcom broadband vs unifi tm broadband ]


apa perasaan anda bila dapat mesej seperti ini ?

'Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ'


kemudian dapat lagi. yang ini.

'Great discount when u buy additional data volume w/Celcom Broadband! Only 12.88RM for 1GB/38.88RM for 5GB. Visit celcom.com.my/onlinecustomerservice. T&C apply'


agak-agak panas hati tak? haha. buat pertama kalinya dapat mesej macamni selepas setia 2 tahun. remuk tak hati u ? sampai hati kan. hukhukhuk. menci !

ok. cukup drama.

ni mungkin gara-gara selama ni penggunanya seorang je, lepas kahwin kan pengguna dah tambah seorang. 2 yang sampai over limit haha. selama setia dengan celcom broadband rasanya tak pernah rasa nak puji kelajuan dia. maknanya memang lembap la. :P

akhirnya kami sepakat untuk daftar unifi. weeeee. hihi.


produk terbaru dari TM. daftar bulan 2, dapat bulan 5. kira 3 bulan juga la dorang nak datang rumah pasang sebab demand tengah tinggi sekarang. apa bezanya unifi dengan celcom broadband? tak pandai la nak terang sebab tak berapa pakar. haha. yang aku tahu unifi memang lajuuuu. tengok youtube tak sempat nak buffering nak banding guna celcom dulu. ngeee. tapi ncik M cakap bila download lebih lajuuuuuu daripada streamyx. kira memang laju la. kan.

kat bawah ni pakej yang kami ambik. VIP 5. rm149.00 sebulan.


kalau guna celcom mungkin boleh laju cuma kena tambah speed dia. tapi tak salah cuba provider lain, tukar angin. tak sesuai kita tukar la balik nanti. :P

ni pulak senarai tv channel yang kami dapat dalam pakej VIP 5. selainnya kena bayar la. aku suka tengok channel korea, bosan-bosan layan drama. haha. ok la bagi kami yang takde astro ni. sekurang-kurangnya gambar cantekkk je takde bintik-bintik. hihi.

sebelum 2 sila check coverage tempat anda dahulu ye. :)

Monday, June 27, 2011

[ Apa saya buat dengan duit mas kahwin saya? ]

Dulu pening memikir apa barang la nak dibeli dengan duit mas kahwin rm40. Barang yang kalau boleh tahan lama, boleh pakai selalu. Akhirnyaaa ni la barang yang aku beli.


Set corningware.

Iye barang ni bernilai lebih dari rm40 tapi kira topup la dan menjadikan duit mas kahwin sebahagian daripada harga set. Rasa macam sesuai dah kot duit mas kahwin dengan beli pinggan mangkuk ni, tahan lama dan cantekkk. Kemain meriah siap percuma set pyrex. Masing-masing 3 beradik.

Aku beli ni masa kursus di langkawi. Aku memang nak beli sebab elok sikit jamu tetamu ececece macam rajin masak je haha dan alang-alang aku dah ke langkawi. Selamba je aku membayar keluarkan duit mas kahwin yang berlipat-lipat. Cakap kat akak cashier, masukkan duit ni untuk bayar set corningware. Hihi. Duit coklat lain-lain. Haha.

Balik shopping sambil meneman akak-akak PA senior pakar dalam corningware, corelle mengurut kaki selepas sakan berjalan sempat lagi puji aku pandai pilih design baru. Bunga sakura, wahh kembang-kembang hidung orang puji. Firstime beli corningware la katakan. Hahaha. :P

Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Wednesday, June 22, 2011

[ tanah lot banglo di melaka ]

kemain tajuk. saja nak suruh orang google. haha. salah satu lot tanah dalam ni kami punyeeee. hihi.

tarikh bayar deposit booking 25 april 2011 bersamaan 5 tahun aku genap bekerja. tarikh ingat sampai bila-bila. hihi. kebetulan pulak tarikh 2 sebab lepas balik kursus langkawi aku terus cuti balik melaka takut melepas. haha.

ikut perancangan kami memang kami nak beli tanah je sebab bila dah survey harga rumah berdekatan terlalu mahal termasuk kos masa dan kos tol minyak. masing-masing sepakat nak tinggal di putrajaya je sebab dekat dengan tempat kerja. sambil-sambil 2 kami menunggu harga rumah jatuh tergolek dok. hahaha.

sebelum ni kami pernah mohon dua tanah, masing-masing di melaka melalui yayasan melaka dan selangor tapi dua-dua melepas sebab terlambat. ada sebelum kawin lagi. jenis jualan tanah terancang macam ni laju je habis berbanding persendirian atau perseorangan. lagipun lagi murah. sedih sangat masa 2 hukhukhuk, lagi sedih bila bagitahu kat abang dia pulak yang dapat sebab dia lagi cepat haha. mungkin bukan rezeki kami kat situ, rezeki abang je. rezeki kami tanah melalui majlis agama islam melaka. 2 pun abang yang bagitahu sebab kesian kat kami tak dapat tanah. hahaha. gembira sangat. kedudukannya strategik, dekat dengan bandar, dekat dengan tapak uitm melaka yang baru, dekat dengan tol. urusan dengan peguam pun dah selesai. alhamdulillah.

perancangan seterusnya, aku serah pada ncik M. dia pakar kira-kira dan perancang bandar. hihi. kita rancang pelan-pelan, sama-sama belajar mula dari bawah. perancangan untuk masa depan, berharap untuk kebaikan jangka pendek dan panjang. berapa banyak rancang daaa. heeee. insyaAllah. :)

Tuesday, June 21, 2011

[ wadihana islamic kitchen, bandar baru bangi ]

set nasi putih dengan udang butter cheese


nasi goreng tok mah, pedas.

Ok. Kita lupakan entry lepas geram sebelum ni. Terajin sekejap. Rajin-rajin malas jugak nak transfer gambar ke lappy, letak watermark bagai. Upload dari bb senang. Kalau alignment lari nanti aku betulkan balik la eh.

Dah lama tak cerita pasal tempat makan. Kira yang first visit la, ala-ala kasi review sikit. Banyak tempat makan dalam lingkungan first visit tapi sebab takde gambar, kamera canggih takde. Tak syok la nak berceritakan. Ni pun sejak akhir-akhir nasib baik ada kamera bb. Jadilah. Hihi.

Ok. Nama, wadihana islamic kitchen. Ofismate ncik M yang cadang tempat makan ni sebab kononnya sedap dan pelbagai. Menu makanan memang banyak, rambang mata. Semua nampak sedap terutama bila jam3 baru nak makan tengahari. Hihi. Tempat selesa, servis cepat dan bak kata ncik M restoran ni membawa budaya yang berlainan. Kira tak macam standard punya restoran melayu.

Makanan sedap, honeydew juice dia sedap sangat. Boleh datang lagi, mahu try menu western pulak.

Restoran sederet dengan restoran ayam penyet wong solo cuma selang blok. Lepas traffic light depan annur ke kanan kemudian ke kiri. Ayam penyet ke kanan. Macam pening je. Haha. Senang cerita google la. :P


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

[ Berbelit-belit, nak paham pun berbelit-belit ]

Tak paham aku la. Cakap berbelit-belit. Sorry, mood aku tak berapa ok dari semalam. Macam nak marah pun ada. Harini, ada orang buat mood aku rasa teruk sangat.

Sebab aku nak lepaskan geram aku menaip ni.

Perkara biasa untuk seorang PA, bos nak travel kena la book macam-macam. Nak jadi cerita, esok bos jadi perasmi untuk satu program di kedah tapi anjuran jabatan di perak dan ambik flight turun penang. Ok, kat situ je dah pening. Tapi aku ok je, aku tak kisah la siapa-siapa pun punya program ke, buat kat mana ke tapi yang gerammmnye keurusetiaan program tak bagus. Bila tanya pasal penginapan, pemandu bos boleh pulak lepas tangan sebab semua 2 kena sendiri. Urusetia jabatan perak semua pergi sendiri takde kenderaan jabatan. Ok fine.

PA ni usaha sendiri sebab takkan nak jadi kekwat pulak wakilkan bos. Orang jemput kita, kita pepandai la ekk. Aku suka bab-bab call orang ni nama dah kerja aku kan. Book hotel. Aku call jabatan penang harap boleh hantar pemandu jemput bos di airport walaupun program jabatan perak atas alasan jabatan perak tak dapat sediakan pemandu. Jabatan penang tak jamin sebab kenderaan tinggal satu. Tetiba sorang pegawai jabatan perak call bagitahu kalau takde pemandu dari jabatan penang atau kedah dorang jemput la. Boleh pulak. 2pun kalau betul-betul dua-dua takde.

Ok. Sungguhhh aku malas nak harap dorang tapi sekali jabatan penang maklum memang tak boleh hantar pemandu. Takpela, kita minta yang dekat la. Call jabatan kedah mohon hantar pemandu untuk bos, alhamdulillah ada. Dah bagi semua flight details dah letak telefon ni dapat call balik dari pegawai jabatan perak maklum batalkanlah pemandu jabatan kedah, jabatan perak yang akan jemput. Siap cakap berulang kali.

Suara aku ok, takde reaksi terkejut, masih lemah lembut bercakap. Tak tahu nak cakap. Tak cukup siap cakap tapi siap hantar sms lagi cakap dah batal belum. Sungguhhhh berbelit-belit! Kalau dari mula sediakan pemandu kan senang. Takdela ngadap benda ni dari tadi! 30kali mendail 3 tempat berbeza. Erghhh!

Ok. Takat 2 je aku taip petang tadi time aku tengah geram. Kemain panjang. Sekarang dah ok. Balik rumah happy-happy jumpa ncik M, masak, makan banyak. Mm memang banyak.



Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Tuesday, June 14, 2011

[ Selamat pengantin baru buat puan ross aka mawarberduri ]

Akhirnya cik ross kita kawin. Alhamdulillah aku dapat sampai kenduri ross walaupun belah lelaki. Kita 0-0 la ross eh.

Aku pergi dengan ibu mengandung puan leen (tak pandai nak panggil mak buyong hihi). Thankyou leen sudi teman su pergi sama. Almaklum lah suami masing-masing kerja. Kan leen kan.

Leen, kalau awak baca post ni rasa seronok sangat dapat jumpa awak. Seronok sama-sama sesat jalan. Hahaha. Aku pernah pergi rumah ross ni dulu, tengok kad kawin dia pun tahu dewan majlis 2 dekat je dengan rumah sewa dia tapi salah aku sebab salah jalan. Yakin je ikut flyover kerinchi link sedangkan flyover kampung kerinchi. Hahaha.

Walaupun salah jalan, pusing jalan yang sama sampai dua kali dan sebenarnya kami dah lalu pun simpang nak ke dewan 2 tapi akhirnya sampai juga. Alhamdulillah kami sama-sama melalui susang senang cewahh.

Tahniah pada puan ross. Awak pengantin yang gojes, tempat cantik, doorgift sedap, makanan memang tiptop sedap kesemuanya. Kami berdua memang makan banyak! Hihi. Semoga puan ross berbahagia bersama suami hingga ke akhir hayat. Lepas kawin rajin-rajin update blog eh. Hihi. :)


Psst : leen comel kan? Su pun nak comel macam awak si ibu mengandung. :P

Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

[ sudah habis ganti puasa belum? ]

Minggu ni minggu ke dua aku berpuasa. Aku masih belum habis ganti puasa. Huuu. Dah masuk rejab orang mengejar pahala puasa rejab tapi aku baru terkial menganti. Huuu. Dulu lepas raya ada gak rajin puasa lepas 2 stop terus liat nak puasa balik.

Setiap kali sahur ncik M yang akan kejutkan aku tapi aku yang liat nak bangun. Macamane la puasa ramadhan nanti. Dulu sorang-sorang senang je nak bangun tapi ni dah ada orang kejut pun kemain liat. Mengada betul! Hahaha.

Pagi tadi, dia yang bangun lagi awal. Dia tak puasa pun. Kejutkan aku. Panaskan kuih apam balik p9 semalam dalam microwave, panaskan roti bom frozen dalam toaster oven. Aku cuma buat air milo sebab dia tak pandai buat. Hihihi. Oh dengan mee goreng sedap sebab aku kuat makan rasa macam tak cukup untuk perut. Haha. Sama-sama makan teman aku bersahur. :)

Aku pernah cakap pada ncik M mungkin 2 hikmah aku tak mengandung lagi, aku sempat bayar hutang puasa ni dulu. Takla bertangguh lama kan. Aku kena sentiasa fikir positif. Hanya pada ncik M selalu mengadu. Kadang-kadang pada mak, kakak-kakak aku, kawan-kawan rapat yang sudi nak dengar. Sekurang-kurang aku tahu mereka ada untuk aku. Sayang sangat kat korang. Huuu.

Percaya dengan qada & qadar Tuhan. Apa yang Dia aturkan sentiasa dalam lingkungan kemampuan kita. Masih ada orang lain yang kurang bernasib baik berbanding kita. Syukur dengan segala nikmat, rezeki & kebahagian yang tak pernah putus-putus Dia bagi pada hambaNya. Alhamdulillah.

Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Sunday, June 5, 2011

[ malas pergi kerja tapi rajin pergi berjalan ]

Testing. Testing.

Percubaan upload gambar dari album bb. Hihi. Teppanyaki! Feberet kami. Dah muka teppanyaki dah kami ni. Haha. Kami suka sebab benda paling kanan 2. TAUGEH! Hahaha. Sedapp sangat, banyak giler taugeh tapi kami memang suka.

Gambar kejadian di teppanyaki one utama hari khamis lepas. Aku ambik EL sebab malas nak pergi kerja. Boleh tak macam tu? Ncik M cuti, aku jeles terus malas nak pergi kerja. Siap sakan berjalan ikea, one utama. Tak boleh buat macam 2 lagi! Hahaha.

Banyak-banyak teppanyaki dah aku pergi, di one utama la paling sedapp! Tak kedekut. California roll dia pun nyumeh! Ok cukup aku dah terliur. :P


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...