Saturday, December 31, 2011

[ happy 1st anniversary to us ]

setahun yang indah. setahun yang penuh dugaan. setahun yang penuh pembelajaran, setahun yang semakin memahami. setahun yang sememangnya membahagiakan. terima kasih kesayangan kerana sudi menjadi suami, peneman, kawan baik dan pemberi kasihh sayang yang setia. sayang dia banyak-banyak. hehe.

semoga baby kesayangan yang tak berhenti mencuit cuit dalam perut mama ni selamat sihat dilahirkan dan boleh sambut 2nd anniversary sama-sama. :D




:')

syukur. terima kasih Ya Allah.


*entry diupdate sementara nak bersiap keluar dan menunggu ncik M habis vacum rumah. :P

Friday, December 30, 2011

[ hari ini 30 disember 2011 ]

cerita banyak tapi cerita tanpa gambar jadi tak best. transfer cable kamera aku lupa letak mana, sampai rumah takde masa atau boleh kata takde mood nak hadap laptop jadi cerita tertangguh sebab takde gambar.  


ni adalah satu gambar masa majlis nikah adik ipar aku minggu lepas. yang lain-lain aku cuba tepek lainkali. aku cuba hahaha. oh baju dengan tudung aku memang dah sedia ada tak jadi beli, last minute dorang tukar warna tema nikah semata-mata ncik M tanak beli lagi baju melayu. orang lain yang kena beli baju hihi. masa ni aku betul-betul dah 18minggu. perut aku tak berapa nampak sangat dalam gambar ni sedangkan membulat dah pun. :P

hari ini 30 disember 2011. tarikh yang aku takkan lupa sebab hari ni ulangtahun ke2 perkenalan aku dengan ncik M. tahun lepas, masa ni tengah sibuk-sibuk kat rumah siapkan doorgift kawin. hihi. iyee dan esok, 31 disember 2011. bakal jadi ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. sekejap je kan masa berlalu. rasanya sampai sekarang tak pernah lekang lagi dari mulut ncik M cerita dia add aku kat friendster. hihi. *sweet memory*.

bulan november dan disember boleh kira antara bulan-bulan sibuk ncik M la. memang wiken je dia kerja. melihat aku sabar memahami, ncik M janji nak bagi sedikit rewards untuk isteri kesayangan dia ni. salah satunya, honeymoon sebelum bersalin err babymoon mungkin hihi. ncik M suruh aku pikirkan tempat. mula-mula dulu teringin sangat nak ke bali, beria ncik M tanya ofismate dia tapi bila tanya kak emy sayahappyslalu dia cakap sana susah makan. susah pulak baby kesayangan tak cukup makan kag. hahaha. pikir punya pikir aku rasa macam nak ke jakarta. boleh jalan-jalan, lawat tuan masittah dan boleh shopping untuk baby *mood berangan* hahaha. bila aku bagitahu idea pada ncik M, dia cakap bulan januari kita honeymoon dalam negeri je tapi dekat-dekat dan bulan februari baru kami ke jakarta. sebarang perancangan tak boleh lebih 2bulan, takut ncik M kerja kan. 

so, airasia's flight already booked early disember hari 2 and comfirm jakarta in february yeahh!! destinasi babymoon already booked too. kali ni kami cari pantai dekat-dekat je. dah lama tak ke pantai. hihi. babymoon cum first anniversary celebration will be next week. kami sengaja tanak pergi minggu ni sebab nak bagi lepas cuti sekolah dan tahun baru dengan harapan lebih tenang dan damai hihi. tak sabar. :D

untuk esok nak buat apa masih takde idea. kami ada satu hari je, ahad ncik M kerja. sob. hehehe. 



Wednesday, December 21, 2011

[ mak buyong mula merepek ]

nak tunggu aku flashback balik momen-monen indah semasa mengandung ni memang rasanya lembab kalah kura-kura. dah lembab memang bertambah-tambah malas la nak update. sedih sebenarnya, kenapa la mood rajin tu tak datang. :(

disebabkan esok dan lusa aku bercuti. bercuti sempena bakal terima biras hihi adik ncik M la kawin jadi belog akan memang akan sunyi la. aku update merepek-merepek la eh buat penyedap hati. heeee. esok cuti ni pun bukan balik rumah PIL pun, esok kena gigih mencari baju mak buyong untuk majlis nikah. kerlasss kalah pengantin nak cari baju untuk majlis nikah. hihi. warna tema sedondon untuk family sudah ditetapkan tapi disebabkan nama pun mak buyong kan, baju pun jadi terhad. *sambil betulkan kain baju kurung yang tetiba rasa sendat kat perut ni. haish! dah separuh zip pun sendat.* gigih lagi ok pakai baju kurung baru perasan masih kurus. huahuahuahua. baju majlis bersanding dan bertandang dah ada walaupun rasa kenapa la besar sangat baju 2. huahuahuahua lagi. 

dapat jumpa ke tak ni. nak cari baju, nak cari tudung, nak cari baju, nak cari tudung. huwaaaa semua dalam masa terhad. almaklum la kena menunggu kesayangan sorang 2 berkelapangan. dia sibuk mencari rezeki. sob. sob. aku rasa sejak mengandung aku lagi cerewet memilih baju, dah la cerewet nak memahal pulak 2. bila tengok tudung si pareeda buat sales terus kecur air liur nak membeli. masa sales la nak membeli kalau tak lagi pengsan nak membayar. semangat asyik pergi sana je. lepas checkup kat klinik sempat lagi nyingah butik si pareeda yang sekangkang kera. ncik M siap cakap, kenapa tudung ni mahal sangat tudung je pun? mm macamane nak cakap jawab 2??

ok. mahu bercuti 5hari dengan tenang dan hati girang. markah prestasi yang memberangsangkan sudah dapat, cuti 15hari sudah carry forward dan selebih simpan dalam bank cuti, opsyen sudah sign so gaji baru sudah tahu, bonus lagi separuh sudah dapat walaupun sudah tahu mana duit 2 mahu di campakkan *roadtax kereta mati januari*. girang betul la hati mak buyong ni, comfirm niat untuk makan bebanyak 3hari majlis ni akan senang terlaksana. fengsan. heee 

ceh update aku ni macam cuti sampai hujung tahun sedangkan minggu depan kerja balik. :D



Wednesday, December 14, 2011

[ the day, i know i'm pregnant ]

aku nak kongsi cerita bagaimana mula-mula aku dapat tahu aku mengandung tapi macam panjang sangat la pulak ceritanya. gigih ni aku ingat balik. haha. seronok nak kongsi. pengalaman masing-masing lain-lain kan.

aku mula tak datang bulan sejak bulan8, aku ingat lagi masa 2 beberapa hari lagi nak raya. sebelum balik raya 2 kan aku sempat balik berbuka puasa kampung melaka. aku ada cakap dengan mak, sejak akhir-akhir ni aku ada sakit-sakit perut dan pinggang. sebenarnya memang dah lama aku sakit-sakit ni tapi aku tak suka ke klinik. pernah sekali ncik M bawak aku ke klinik tapi tengok nama doktor lelaki je aku ajak ncik M balik. hahaha. aku cakap jugak dengan mak yang aku dah seminggu lewat datang bulan tapi pernah ada keluar darah kecoklatan sikit-sikit je jadi aku rasa memang tak la kan. mak cakap mungkin bunting pelanduk. ok aku tak tahu apa maksud bunting pelanduk 2 mak terangkan pun aku tak paham haha. mak suruh beli pregnacy test, aku beli dan hasilnya negatif.

memang sebulan aku tak datang bulan, aku ni jenis datang bulan tak menentu. pernah je awal tahun dulu tak datang sebulan jugak. jadi memang yakin tak mengandung sampai la masuk bulan9, aku masih lewat tapi aku tak pernah ambik peduli pun. aku ada mengadu demam, masa 2 dah seminggu aku lewat datang bulan untuk bulan9 la. terdetik lagi aku mengandung. aku dapat rasa demam aku yang ni lain sikit sebab rasa sesak nafas, sampai muntah walaupun sekali dan berlarutan hingga 3hari. lagipun aku jenis susah demam. tapi kebetulan aku ada baca satu entry dari seorang blogger, hazlyndakushairi terus mematikan apa yang aku rasa.  ncik M ajak spend weekend kat rumah PIL dan ahad masih rasa demam. isnin ncik M tak bagi pergi kerja, dia suruh ambik MC dan minta SIL temankan aku ke klinik.

tarikh 26 september 2011 pertama kali jumpa doktor sebab nak minta MC. rasa dah 2tahun aku tak ambik MC aku suka ambik EL je. tido, makan ubat, tido dan bangun balik nanti demam dah kebah. tapi ni sebab dah lama sangat demam ncik M suruh jugak pergi klinik area rumah PIL. masa jumpa doktor, aku cuma maklum apa yang berlaku pada aku la. demam 3hari, badan seram sejuk, sesak nafas dan berharap doktor akan bagi MC. doktor check suhu badan, anak tekak semua dan sebelum doktor nak bagi sebarang ubat, doktor ada tanya samada aku mengandung atau tidak. dan jawapan aku, belum datang bulan lagi sejak bulan8 dan pernah buat pregnancy test seminggu selepas lewat tapi negatif. 

doktor minta buat pregnancy test sekali lagi. huish berdebar pulak dibuatnya aku. hahaha. aku nak MC je tetiba kena pergi kencing pulak. hahaha. suspen dibuatnya dan doktor cakap ada 2line means aku positif pregnant. masa 2 aku tak tahu apa aku rasa macam tak percaya, macam tengah tengok doktor 2 tipu aku. dah la muka doktor perempuan ni relax je tak macam dalam drama. haha. so my SIL la orang pertama yang tahu aku pregnant dahla dia memang yakin aku pregnant. dia yang excited call kan ncik M suruh aku bagitahu terus. haha. happy sangat masa 2 Tuhan je tahu. :D

betul cakap mak aku, mungkin aku ikut sama macam dia. kakak-kakak aku. anak pertama memang lambat sikit lepas 2 berderet je hahaha. alhamdulillah. positif 2 penting. bukan pregnancy test je perlu positif tapi kena rasa sentiasa positif dengan apa juga yang berlaku sekeliling kita dan apa jua dugaan untuk kita. kadang-kadang 2 mungkin kita akan rasa tetiba down tapi syukur ada orang-orang kesayangan untuk positifkan kita balik. :)

macam-macam nak cerita tapi ibu mengandung ni serba serbi slow sikit. haha. nanti aku gigih lagi ye. 




Monday, December 5, 2011

[ i'm officially pregnant ]

bismillah. setelah sekian lama malas mengupdate. aku cuba sedaya upaya cari aura rajin. fuhh.

mungkin pembawakan baby kot 2 yang tang update belog ni aku malas sikit, tang baca belog orang rajin pulak. hahaha. iye kali ni memang comfirm memang ada pembawakan baby. :P alhamdulillah dengan izin Allah swt akhirnya rezeki untuk aku dengan ncik M datang jugak. nikmat rezeki yang tak pernah putus dan rezeki yang paling mengembirakan selepas 8 bulan kahwin. 


insyaAllah. little kesayangan 15 weeks, 3months++, 2nd trimester. aktif sangat setiap kali tiba waktu melawat setiap bulan sampaikan mama dia ni terlebih excited. hehe first baby la katakan. mahu kongsi lama dah tapi ingat pesan orang tua, bab mengandung ni tak boleh awal-awal hebahkan takut terlebih excited jadi kongsi dengan family je. akhirnya aku dapat jugak gelaran ibu mengandung. seronok! :D doakan perjalanan aku dipermudahkan dan baby sihat je sampai lahir nanti. sangat tak sabar tunggu little kesayangan ni besar. 

macam-macam nak kongsi, berlegar-legar je dalam otak aku ni tapi bila nak taip terus takde mood. haha. nanti aku akan cuba refresh balik *harap-harap ingatla, mahu kongsi setiap saat manis pengalaman berharga ni. aku kena rajin sebab nanti mesti aku rindu, simpan dalam belog nanti boleh baca balik. :)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...