tajuk tak agak-agak kan? haha.
lewat mengandung. ikutkan kak long pernah nasihatkan aku dapatkan nasihat terus daripada pakar tapi kami sepakat mungkin selepas lebih setahun baru kami fikirkan ke arah 2. pergi mengurut pun aku tak bersedia, dahla aku ni jenis pengeli huahuahua. setahun pun belum kan jadi mungkin memang belum rezeki kami. kami pun bukan dah terdesak sangat dan menunggu lama bertahun-tahun. mungkin Allah SWT dah tentukan tahun pertama perkahwinan kami hanya berdua.
alhamdulillah. 8 bulan. penantian cuma 8 bulan. :)
so, macam-macam petua orang berpengalaman terdekat turun pada aku. tapi disebabkan cuma jaga bab makan jadi ikutkan jela. antaranya:-
- minum susu tepung. ni petua pak cik ncik M. dia cakap susu tepung nespray, kami ikutkan jela. kononya khas untuk suami tapi kami suami isteri minum hahaha. rasanya lepas raya baru kami mula minum. :)
- jangan makan makanan segera. semua jenis mee segera seperti mee maggi, makanan fast food seperti McD, KFC atau makanan segera bergoreng. rasanya sampai sekarang dah lebih setahun kami tak makan. kadang-kadang je kalau teringin sangat tapi boleh bilang dengan jari. mee maggi kari memang dah lama teringin. huhu. nanti la minta kebenaran ncik M makan sekali sebelum bersalin. hehe.
- asid folik. vitamin teman setia aku. ni kak long aku yang pesan makan, rasanya masuk 2 bulan aku kawin baru mula makan. asid folik pun memang elok untuk orang yang merancang untuk mengandung. sehari sebiji, 7 bulan tak pernah tinggal makan lebih-lebih lagi bila pikir nak baby. cuma asid folik ni buat selera makan aku bertambah, berat badan pun senang bertambah haha. mungkin ikut orang jugak.
- selain 2 kurangkan makan makanan sejuk termasuk minuman berais. sekali sekala takpe jangan selalu. cara aku senang je, dekat rumah jangan sesekali buat minuman berais termasuk di ofis sebab kalau makan luar mungkin kita akan tak sengaja terorder dan terminum minuman sedap-sedap hehe.
lain orang lain badan lain cara. aku sekadar berkongsi pengalaman, mungkin boleh cuba mungkin akan ada yang serasi. :)
dan kenapa tetiba aku nak update pasal ni? sebab dengan hanya petua amalkan makan asid folic, ofismate yang berkawin lebih 2 tahun terima berita gembira hari ni walaupun mula-mula dia takut nak makan hehe. tumpang happy sangat-sangat untuk dia. syukur alhamdulillah. kuasa Allah SWT, kita berusaha DIA penentu segalanya. :)
4 comments:
asid folic 2 beli kt mne? boleh ke bli sendiri@ jumpa doc?
asid folic 2 boleh dapat kat farmasi. guardian, watson ada je. nak senang beli brand appeton, satu kotak untuk 3bulan. kalau habis pun beli yang sama je. satu kotak rm30++ jugak kalau tak silap.
Salam,
Untuk masa mengandung and masa pantang, saya syorkan mengambil complete nutrition untuk kesihatan Ibu dan Anak.
Saya ada share di blog saya tentang pantang larang dan cara hidup sihat
http://www.coachfahmi.blogspot.com
Nk tnya, asid folic tu x kisah ke sukatannya berapa? Takut x sesuai pula...ke mmg dia standard sama je? Tq...
Post a Comment