mak buyong belum bersalin lagi ye. kemalasan mengupdate belog mengatasi segala-galanya hahahaha.
alhamdulillah. insyaAllah hari ni genap 38 minggu dah. bila baby nak keluar? oh kalau boleh secepatnya tapi kag cakap nak cecepat mesti hari due jugak dia nak keluar hihi. masih sihat pergi kerja. aku memang tak ambik cuti awal sebab senang cerita sayang cuti. lagipun kalau cuti pun tinggal rumah sorang-sorang, ncik M pergi kerja dan mak memang tak dapat datang teman. mak tunggu kat kampung je.
lihat! sihat kan aku? haha. pipi 2 dah tak boleh sorok hahaha. start bulan mei aku dah tak memandu, kereta berhari-hari kena hujan panas berembun hihi. ncik M yang hantar pergi balik kerja. sepatutnya mei ncik M normal hour tapi ada ofismate dia resign jadi beralah jugak kena kerja shift. habis kerja jam 8 so minta lunch hour jadi jam 5-6 petang semata-mata nak menghantar aku. terharu tak? hehe. :P
ok sedikit update perkembangan aku dan baby lebih-lebih lagi sejak masuk 37 minggu. hiks.
- makin kerap orang tegur perut dah turun, dah tak lama. lama tak lama kita tunggu. ntah-ntah baby punya tak lama jenuh mama dia menunggu. hihi.
- kadang-kadang rasa baby menguit-guit kat bahagian bawah. rasa macam nak terkencing la bila kuat sangat menolak. tapi terus terang, sejak mengandung sampai sekarang aku takde pulak bangun pagi banyak kali semata-mata nak terkencing. aku cakap pun dari pembacaan, dah hujung-hujung ni makin kerap. aku je tak kot. elok je tido sampai pagi hahaha.
- waktu tido perut dah rasa ringan sikit. mungkin sebab baby hampir ke bawah kan. kalau dulu nak pusing kiri kanan pun alahai terasa bebanan di perut ni. kus semangat ok hihi.
- baby kerap mengeras (braxton hicks contraction). bila dah selalu sangat rasa biasa je nak dibanding mula-mula dulu. tapi terasa la, uterus mengecutkan jadi perut-perut sekali menyenget. kejap senget kanan, kejap senget kiri, kejap tu ada lubang besar kawasan pusat sekeliling yang megelembung. dah tak tahu keadaan dalam perut ni tapi sakit ok. haha.
- baby kerap sedu. sehari dah tak boleh bilang berapa kali dia sedu. kerap sangat. pagi, petang, dah nak tido pun sedu lagi. bergetar je rasa bahagian bawah perut ni. dah keluar nanti mesti kerap sedu ni. :P
- takde tulang kruk krak lagi. mungkin sebab dah minum susu anmum balik atau memang dah hilang hahaha. tapi sakit pinggang duduk kerusi ofis ni masih ye. sabar jela.
ok itu saja setakat aku ingat. baru ni ada check up 36w++ dengan doktor fatimah tapi kemain malas nak update. esok nak check up lagi ni. tengok lah aku cuba rajinkan diri. :D