Sunday, January 17, 2010

[ lahirnya dia sebagai rahmat Tuhan ]

aku, baby comel & kak cda

Justify Full kak cda, my best ofismate ever. dia la orang pertama yang menegur aku bila aku mula2 kerja dulu. orang yang paling rapat, orang yang paling aku percaya. banyak benda aku kongsi dengan dia sejak hampir 4 tahun aku mengenali dia. apa2 pun dia memang la ofismate, kakak, cikgu & sahabat yang paling best. banyak benda aku belajar dari dia.

dia telah selamat melahirkan baby lelaki yang sangat comel khamis lepas. geram aku d buatnya. rambut lebat, hidung mancung, mata sangat galak. ensem kalau besar ni. hehe. ikutkan ini adalah anak ke2 dia tapi Tuhan lebih sayang kan yang sulong. meninggal dalam perut masa usia 5 bulan. dugaan besar la buat kak cda n keluarga. baby ni sangat2 d nantikan kan tau sebab ni kira cucu sulong la buat kedua2 belah keluarga.

aku percaya. walau besar macamane pun dugaan yang Tuhan uji pada kita. ade hikmah d sebalik semua 2. jangan anggap Tuhan 2 xadil sebab kita sebagai hamba nya yang lemah kena redha, berdoa & berusaha untuk baiki kesilapan. aku doakan kak cda & newborn baby nye sihat je. seronoknye dapat pegang & bau baby. ^_^

:: suka anak sulong adalah lelaki. ::

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...