Sunday, April 18, 2010

[ majlis pertunangan tema putih pink ]


[ tarikh : 17 april 2010 @ sabtu ]
[ masa : 3.00 petang ]
[ tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar ]

alhamdulillah. syukur tak terhingga pada Tuhan atas rezeki dan rahmatNya perancangan singkat antara aku dengan ncik M terlaksana. majlis pertunangan aku dengan ncik M berjalan sempurna seperti yang d rancang. majlis pertunangan yang aku impikan selama ni. :)

pelamin mini putih pink ni memang aku dah jatuh cinta sejak kali pertama aku tengok masa survey2 d butik pengantin bertemankan mak kesayangan aku sorang 2. rasanya ni butik yang ke3 aku singgah. xkire macamane sekali pun aku tekad aku nak yang ini walaupun mak kata 'mahalnye ya sampai 400 untuk pelamin je, xde orang kampung yang bertunang ada pelamin'. xkire. xkire. tangkap gambar, tunjuk pada ncik M & dia pun sukakan nye. aku tahu dia harus sehati sejiwang dengan aku. ngeee. cuma tokei butik 2 ubah ckit la dari gambar yang aku tengok. ape2 pun aku tetap sukakannya. :D

hantaran dari belah aku. tema putih pink. hasil kekreatifan abang ipar ku. aku hepi sangat sebab aku memang teringin sangat nak guna kayu putih 2 untuk letak hantaran aku. xtahu la kenapa. mungkin sedang trend kayu putih ni. aku pun dah plan. untuk hantaran tunang je buat berabis cantik & ofcos duit sekali la. adeh! mungkin untuk hantaran kawin nanti, untuk deko mungkin boleh simple2 je kan. aku mengaku memang aku xkreatif bab2 ni. baik aku siang2 bagi pada yang pakar. walaupun bukan hasil tangan aku deko hantaran tapi aku tahu barang hantaran aku sendiri yang gigih beli tanpa harapkan orang lain. orang sekeliling aku yang memudahkan sebahagiannya. :)

my E ring. cantik. sweet. simple. aku ni xpandai sangat tengok cincin. tapi aku suka. suka sangat2. sebenarnya aku pernah tunjuk pada ncik M gambar cincin yang aku tampal pada vision board aku. cincin 2 jenis eternity sebab bagi aku ia nya cukup simple untuk aku yang kureng suka pakai cincin. seperti cincin risik, mama ncik M yang pilih untuk cincin tunang tanpa aku & juga ncik M. ncik M tengok pun masa ambik cincin. aku xsangka cincin jenis solitaire ni yang mama ncik M pilih. lebih2 lagi emas putih bukan emas kuning. bertambah-tambah sayang aku kat mama ncik M sebab memahami betul aku. ngeee. selalunya jenis cincin solitaire ni ramai orang bagi masa kawin. mungkin kawin nanti aku xnak cincin lagi. cukup2la cincin yang ade. aku pun hanya akan pakai cincin ni satu je, yang lain simpan termasuk cincin risik. boleh beranak-ranak kot dok dalam kotak. :P


baju putih pink aku untuk ari indah ni aku sewa kat tokei butik yang sama. untuk pengetahuan semua. sehingga akhir saat jam5 ari jumaat baju aku adalah kurung moden berwarne purple yang aku sendiri beli kat butik zaida warta bangi. ctah yang temankan aku selepas berhari2 mencari baju tunang dari jalan TAR menbawa ke seluruh shah alam semata-mata mencari baju tunang yang berkenan. penat ctah xabis lagi tapi last minute bila dah kat kampung terpaksa tukar baju selepas hampir kesemua adik beradik cakap baju aku xkena dengan pelamin kecuali mak. aku tahu mak cakap baju aku ok sebab xnak aku abis duit lagi sewa baju. dari mula aku memang xnak sewa baju sebab mase survey dan tengok baju nye. aku terasa macam meriah sangat pulak. nak yang simple2 je la kononnye. mmm xsangka aku akan pilih jugak baju 2. buat penat je bekejar mencari pasar malam yang akhirnya tudung purple xpakai. huhu. kira aku bernasib baik la sebab baju putih pink ni xde orang pakai. sampai sekarang aku ingat ayat abang aku, 'kalau kau pakai baju ni, orang tengok pelamin je xtengok kau'. aisshhh. kejam betul ayat. mm tapi cantik x baju ni. aku suka je bila dah pakai. macam nak kawin pun ade. atleast aku dah rasa pakai baju kawin warne pink yang mungkin aku xkan pakai nanti. :P

antara banyak-banyak perkara. bab make up la yang first thing yang aku survey, aku perati dulu. aku memang dah kenan dengan make up kak erin ni. dekat dengan rumah, murah pun murah. mula-mula terkejut gak tengok muka pas siap make up. macam mak nyah pun ade hahahaha tapi bila dah siap pakai tudung bagai. cantik plak. giler perasan. ngeee. mm cantik x aku korang rasa? puji la eh kasi aku sedap hati. :P



phewittt. alahai comelnye la. perasan lagi. ngeee. credit 2 bangah, adik ncik M untuk pic ni. momen yang indah.

yes, it's priceless. :)


untuk sewaan bekas hantaran sila klik sini

2 comments:

Anonymous said...

hi awk, nk tanya baju tunang mcmni awk sewa kat butik mana yek?

[k.u.y.a] said...

hi,

ni butik artistic house bukit katil, melaka. kak salina - 0123574286

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...