Thursday, December 31, 2009

[ entri terakhir 2009 ]

beberapa jam je tinggal masa untuk 2009 sebelum melangkah ke tahun baru, 2010. syukur alhamdulillah tak henti2 aku panjat kan pada Allah swt kerana dengan izinNya jua aku masih mampu bernafas d bumiNya yang indah ini. tahun 2009 akan aku tinggalkan dengan penuh kenangan pahit, manis. tahun yang menjadikan aku insan yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih matang, lebih menghargai, lebih memahami & tentunya lebih bahagia. menutup tirai 2009 dengan pertemuan dengan satu2 orang paling lama aku admirer, ncik M & keputusan pengupgradedan jawatan yang aku tunggu2. kebahagian tak terhingga yang tak terungkap dengan kata2 biasa. Tuhan masih sayang aku walaupun aku selalu lupakan dia. insyaAllah, dengan hadirnya tahun 2010 ni. aku tekad menjadi insan lebih baik dari semua aspek. aku hanya manusia biasa yang mudah alpa, leka dengan dunia. sekurang2nya aku beri ruang pada diri untuk sentiasa belajar & baiki diri dari pengalaman. pengalaman yang tak ternilai harganya.

selamat tinggal 2009 yang penuh harapan &
selamat datang 2010 yang penuh dengan pelaksanaan. ^_^

:: melangkah ke umur 25 tahun ::

[ aku suka dia ]

kenapa aku suka ncik M? aku suka dia sebab..

  • kalau orang lain baru nak berkenalan. 2, 3 msg dah minta nombor hp. minta email untuk add ym tapi dia tidak. kelainan dia buat aku tertarik. aku ni kalau orang kejar2 aku lagi aku nak lari.

  • dia sangat sopan. bila dia bersms. dia akan guna kata nama saya, dia panggil aku dengan nama suria . setiap kali sms. tulisan penuh. skema. hehe.

  • aku jadi terpikat dengan ayat dia, "Mm, kalau nak ikutkan skarang pun org dah tanya bila nak kahwin. Tp saya lak tak jumpa sape2, asyik keje je. Agaknya saya ni jenis kahwin dulu baru dating ke bermesra ke. Which is bagus la mcm tu, tp tak ikut zaman yg byk terbuka ni..Perkahwinan ni ertinya org tu mencukupkan apa yg kita kurang. Diri kita pun mencukupkan kekurangan dia." ^_^

  • dia memang pendengar & pemerhati yang setia. kalau time aku bercerita, dia biarkan aku je bercerita. cerita yang aku taip la. kami kan hanya d alam maya je.

  • bila dia bercerita plak terutama pasal isu semasa@ buku2 yang dia baca. dia sangat serius. bersama-sama fakta yang panjang berjelar dia cuba juga terangkan pada aku. nampak dia matang dengan usia dia.
  • seorang yang caring. walaupun aku bagi tahu lama dah pasal budak umah kan berpindah untuk berkawin, dia sentiasa igat. selalu bertanyakan perkembangan. risau aku tinggal sorang2 nanti.
  • kami sama2 minat warna merah. banyak barang dia warna merah. termasuk la keta dia.

  • mata dia yang macam mata anak jepun buat hati aku rasa tenang. sejuk je.

  • dia sangat suka kucing, tandanya dia memang penyayang.

  • kampung dia pun sama dengan aku, ape lagi melaka la. senang ckit nak balik raya. hehehe.

  • dia banyak bercerita soal keagaamaan. sekurang2nya aku yakin dia adalah seorang lelaki yang baik. boleh bimbing aku & anak-anak aku ke jalan Allah swt. insyaAllah.
  • dia seorang yang ade visi & misi. dia ade target untuk dia capai dalam 10 ke depan. kerja, bisnes. means, ekonomi dia insyaAllah dah terjamin.

:: orang kalau dah suka, sepanjang2nya nak bagi tahu. ^_^ ::

Wednesday, December 30, 2009

[ kisah unik kami kini setahun ]

bismillah. hari ini adalah genap setahun aku mengenali ncik M. kami bukan 1 ofis, bukan kenalan kawan2. kami berkenalan melalui friendster. 30 disember 2008 adalah hari pertama ncik M bagi msg perkenalan pada aku. masa 2 hati aku dah terusik, boleh tahan gak mamat sorang ni. sedang kan 2 gambar lama dia. biasa la perempuan, dah kenal melalui social network ni tgk muka dulu la. hehe. hakikat ok. macam xboleh percaya kan kenalan macam ni? awal2 perkenalan je kami berhubung hanya melalui msg d friendster. bukan hari2. rindu tau menanti msg dari dia. cewah. :P

pertengahan bulan 1, kami kemudian beralih chat melalui email ofis. boleh bayangkan kami berhubung hanya melalui email ofis sebab dia keja pun xmenentu shift. 2pn jarang juga la sebab bila dia shift dia 4hari keja, 4hari cuti. bayangkan la klau dia keja 2hari pada hujung minggu, maknanya 2hari jela hari keja aku. 2jela masa kami nak tanya diri masing2 sihat ke x, keja ok ke x, wat ape hari2. komitmen keja dia lebih lagi dari aku, jadi dia sangat sibuk masa keja. sehari paling banyak hanya 15 email je dari dia. xcukup tau, rindu lagi. huhu.

bulan 4, bila aku suarakan nak beli laptop, dia ajak sama2 survey. tapi aku betul2 segan nak jumpa dia. aku xtahu kenapa. aku cuma katakan yang aku wat keputusan nak laptop macam dia. rase macam dah berkenan. last2, dia sekadar tolong survey kan je. dia bagi alamat kedai, map semua. aku sekadar g kedai 2 untuk beli. macam pelik kan?hehe.

bulan 6, pada tarikh 17hb dia hantar nombor hp dia melalui msg friendster sebab kami plan nak berjumpa tengahari 2 d alamanda. yela, xkan nak msg2 pakai friendster lg kn. huhu. tapi akhirnye kami xjadi juga berjumpa. dia ade hal masa 2. sejak dari 2 aku pun xsebut2 pasal nak jumpa ke. walaupun tempat kerja dia dekat je, cyberjaya. ke 2 taktik dia nak dapatkan nombor aku? lama betul baru dia minta. hehe. sejak 2 juga kami mula sms tp jarang2. bertambah unik nya kisah kami ni. walaupun dia dah dah ade nombor hp aku, kami hanya berhubung melalui sms. dia xpernah call aku, aku pun xpernah nak call dia. sampai la tarikh aku taip entri ni. aku xnak mulakan dulu. aku nak dia selesa dengan perhubungan kami. aku hanya ikut rentak dia. sejak2 aku ade laptop sendiri jugak la kami kerap berhubung melalui ym. yela dia keja xmenentu shift. jadi klau dia cuti memang dia jarang menghubungi aku. klau dia keja mlm baru dia akan bagi tahu dia online ym. aku memang xpernah minta dia online ym untuk temankan aku.

bulan 7, aku ada mengenali seseorang. itu pun hanya melalui hp. aku seboleh2nya xnak jumpa ncik A ni. aku macam xnak buka hati aku pada siapa2 sebab hati aku pada ncik M. aku hampir2 mengalah. admirer kan ncik M rase mcm xberpenghujung. aku rasa macam buai perasaan sorang2. lara hati xsiapa tahu. huhu. aku berjumpa ncik A pun tanpa dirancang tapi mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu agar aku kuatkan hati aku dengan ncik M. sejak bulan 8 aku dah xberhubung langsung dengan ncik A lagi.

bulan 8, pada tarikh birthday aku. ncik M sekadar wish melalui sms. 2pun dah hampir petang. mula2 2 terasa gak tapi bila pikir2 balik, sekurang2nya dia ingat.

bulan 9, bulan ni kami makin rapat. lebih2 lagi semasa bulan Ramadhan. ncik M makin kerap sms aku. aku just follow the flow. dia mula rancak bertanya kan soalan2 peribadi.

bulan 11, dia maklumkan hampir setengah bulan dia akan ada training tapi masih keja seperti biasa. kira nya training 2 dah curi hari2 cuti dia. masa ni dia suarakan niat dia nak jumpa aku lepas abis training. berbunga2 je rasa tapi jiwa kacau gak sebab dia sangat2 cbuk. rindu lagi. huhu.

aku jenis suka simpan kenangan dengan dia. aku xtahu la aku ni macam orang lain ke x. setiap sms2, email2 & chat ym dengan dia semua aku simpan. aku rasa macam benda tu terlalu berharga untuk aku buang. bayangkan dari hujung tahun 2008 sampai la sekarang. kami berkongsi cerita pasal keja, keluarga, isu semasa, impian, dan macam2 la. ikut hati macam nak copy&paste semua je tapi melampau la plak. hahaha. cuma aku sedih sebab acc friendster d hack oleh makhluk Tuhan 2. banyak kenangan aku dalam 2. first msg dia. huhu. kalau aku rindukan dia, aku akan baca balik semua2 2. kalau dari email ofis, aku siap print ubat rindu kat umah nanti. huhu. bila sekarang kalau aku baca2 balik baru aku perasan walaupun hanya melalui email, dia dah tunjukkan rasa ambik berat dia. ia hanya email. ianya xbersuara, xnampak perbuatan tapi aku yakin dengan hati aku. aku yakin dengan dia. malam tadi dia baru bagi tahu yang sebenarnya dia pun ade buat folder khas email2 aku 2. aku sungguh terharu. huhu.

pada entri 'tumbuh bunga dalam hati', buat kali pertama dia menyatakan perkataan sayang kat aku. rasanya Tuhan je tahu. pada entri '10bulan 22hari', buat pertama kali dia cakap dia rindu kat aku. macam berada d awan-awangan. hehe. bahagia sangat2 aku rasa sebab lama tau aku tunggu. huhu. last but least, entri 'dua puluh tujuh.disember.kosong sembilan' adalah tarikh kami berjumpa wat pertama kalinya. setelah hampir setahun woo. huhu. aku xtahu la, walaupun dari segi fizikal dia bukan la ciri2 lelaki idaman aku tapi aku boleh terima dia seadanya dan aku yakin dia adalah calon pasangan yang terbaik. aku memilih pasangan bukan untuk hidup sehari dua tapi untuk hidup sehingga akhir hayat. dia tetap sempurna pada mata aku. kini, aku cuba memerlihara perhubungan kami. kalau memang dah tertulis jodoh kami bersama aku bersyukur dengan ketentuan Tuhan. doakan aku bahagia ye. amin.


:: panjang plak entri ni kan?mm.. ^_^ ::

Monday, December 28, 2009

[ dia buat aku menangis ]

malam tadi. tepat 11.48mlm. dia hantar 'greeting card' melalui email aku. aku hanya boleh paste kata2 dia. dia betul2 buat aku terharu. terharu kerana kata2 dia. siap ade background music 2. huhu.

You made my world beautiful place to live in
Never knew how it happened or when..
You just came into my life and made it yours!

You only place on the whole wide world
Where I would live to be is... Beside you!

You are in my thoughts,
You are in my dreams..
And you are the reason for every smile I smile.

I love this feeling of love
and I live you for all that you are and all that you do..

I Love U !

Suria..

Terima kasih kerana kenangan hari ini, tak mungkin akan saya lupa sampai bila-bila. Ketika saya menulis ni pun, masih teringat kali pertama pandang Suria depan kedai sushi tadi. :) Rasa mcm masa tak bergerak sekejap. Saya minta maaf kalau ada kata2 saya yg tak berapa lancar, saya pun tak rancang atau sangka akan rasa mcm tu bila pertama kali teman Suria.

Mm.. Suria nampak cantik pakai spek tadi.


27/12/2009
Malek Faisal

:: sayu je tengok dia bila dalam keta nak balik ::

[ dua puluh tujuh.disember.kosong sembilan ]


lokasi : jaya jusco equine park@ depan sushi king
masa : 2.30 ptg


anak mata berlari2 mencari kelibat si dia. tiba2 dua pasang mata bertemu buat pertama kali nya setelah hampir setahun. tika 2 rasa nya jantung aku berdegup lebih laju dari biasa. sesungguhnya saat itu Tuhan beri aku kekuatan. kekuatan untuk merasai betapa indahnya perasaan kala dua hati asing yang memendam rasa dipertemukan. terima kasih Tuhan.


"it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye"


:: dalam dunia ni, apa2 pun xmustahil ::

Saturday, December 26, 2009

[ hati ku tak keruan ]

aku sedang mengira setiap detik & saat tibanya hari esok.
rasa berdebar-debar. takut. speechless.
ape aku nak wat. ape aku nak cakap. ape aku nak pakai. arrghh !
bertenang ye suria. fuh!
doakan semuanya berjalan lancar. amin.


:: dia tenang je. jeles. ::

Thursday, December 24, 2009

[ my vision board ]

ia adalah vision board aku. sejak aku tengok video the secret aku terus wat vision board ni. hampir setahun dah tertampal dekat kaki katil aku. setiap malam sebelum tido aku mesti tengok. vision board aku ni xla penuh sangat sebab sejak aku wat aku xpenah update2. xrajin nak tampal2 benda baru. kalau nak penuhkan dengan impian2 aku pun, rase nye xcukup la 1board. hehe.

"The Secret reveals the most powerful law in the universe. The knowledge of this law has run like a golden thread through the lives and the teachings of all the prophets, seers, sages and saviors in the world's history, and through the lives of all truly great men and women. All that they have ever accomplished or attained has been done in full accordance with this most powerful law. Without exception, every human being has the ability to transform any weakness or suffering into strength, power, perfect peace, health, and abundance. The Secret reveals the natural law that is governing all lives. By applying the knowledge of this law, you can change every aspect of your life.This is the secret to prosperity, health, relationships and happiness. This is the secret to life."

  • aku nak kan sebuah rumah yang agak luas laman nye. xperlu besar tapi selesa. dipenuhi dengan perabot yang simple je tapi cantik. tema hitam merah adalah wajib. xkisah la tema 2 hanya pada bilik@ dapur@ ruang tamu. angan ncik M, dia nak wat 1 pondok kecik depan rumah, kata dia petang2 boleh duduk2 ambil angin@ malam boleh kira bintang. aku wat cekodok dengan air kopi O ye. :P
  • time aku wat vision board ni aku suka sangat dengan laptop vaio merah tapi sekarang aku dah dapat pink lappy comey ni. aku lebih suka kan nye sebab ncik M yang tolong survey kan dan paling penting same dengan ncik M cuma dia warne putih. ^_^.
  • aku nak kan wang simpanan xkire la dalam bentuk mcmane pun jadi kuasa membeli aku xterhad. im shopaholic. hehe.
  • aku ade tampal pic siti nurhaliza. kononnye aku ni peminat fanatik la. haha. aku nak jumpa dia secara live. xla penting sangat. kebetulan aku jumpa pic dia. hehe.
  • bmw putih. kecik hati si comot merah kalau dia baca ni. aku suka kereta warne putih tapi ape2 pun aku mesti ada kereta warne merah dulu. boleh plak mcm 2 yek?
  • aku ni kuat makan jadi aku jumpa pic ceasar salad yang nampak sangat sedap & aku tampal kat vision board. ia mewakili makanan2 sedap sedunia. aku nak makan semua jenis makanan tanpa had. baru puas hati. kan kan kan. hehe. :P
  • aku teringin sesangat memanjakan diri aku kat spa bertaraf banyak bintang. xmoh la tahi bintang. barangan kosmetik yang terbaik. bak kata iklan Loreal, because im worth it. hehe.
  • majlis perkahwinan yang meriah dengan orang aku sayang. impian yang paling kerap lalu kat kepala aku sekarang. asik lalu je kan, bila nak jengah pun aku xtahu. huhu.
  • kalau aku dah kawin, aku nak cepat2 ade baby. hish2 anak sapa la gatai sangat ni. hehe. special nye kan, aku teringin sangat nak anak kembar seiras. mak cik ade dah yang kembar. so, potensi nak dapat kembar 2 ade. aku suke, aku suke. :P
  • and last but not least, aku nak mengerjakan umrah dan haji. Tuhan dah bagi aku macam2 rezeki, kebahagian. DIA xpenah lupakan aku. tanda aku bersyukur, aku nak sentiasa dekat dengan DIA. aku xnak lupakan DIA hingga akhir hayat aku. insyaAllah. amin.
'law of attraction'. aku percaya pada petikan 'what we think is what we get'. sebenarnya aku sedar banyak benda yang aku angan2 kan aku dah dapat. ada yang aku xtampal dalam vision board pun tapi aku selalu 'attract' benda 2 pada aku. aku dah set dalam otak aku. mungkin bukan dalam bentuk sama tapi serupa. 10tahun akan datang aku harap semua perkara & benda dalam vision board ni dah dapat aku penuhi. aku xkan putus asa dan sentiasa tawakal pada Tuhan. hanya Tuhan yang boleh penuhi permintaan aku. ^_^

:: marissa kalau tengok vision board aku xberkelip mata ::


Tuesday, December 22, 2009

[ mengarut yang indah ]

cbuk ke arini?

arini tak sibuk, tp system slow.
nak create user account pun website hang..

meh cni nak pegang mouse plak. hehe.

uik, tu tangan saya ye. mouse kat sini..

opss sengaje. lalalala.. :P

huhu.. tak lepas lak tu.

hehe. sy acah je.
sy dah pegang2 mouse td, system dh ok x? hehe.

suria pegang tangan saya tu, bkn mouse. :P

pelik. ia hanya melalui email. ia xbersuara. xnampak perbuatan tapi aku tak henti2 tersenyum sebabkan dia. naik merah dah rase nye muka ni. sape2 nampak pun boleh cakap aku giler. giler sebab seseorang. dia memang selalu mcm 2. suka membayangkan keadaan. berangan kan 'crazy stuff' sampai aku terikut. hehe.

time keja. time makan. time driving. walaupun kami saling xnampak tapi dia suka bayangkan seperti kami saling berada d sebelah. saling berada d depan mata. kononnye, same2 membace buku, tengok pc tapi aku tengok dia. kononnye, berkongsi 1 mug milo panas, saling suap menyuap tapi aku nak lebih. kononnye, dia tido dulu & aku hanya melihat dia tido. haha. memang mengarut yang indah. orang bunga2 memang macam ni kot. :P

suria pun buat hidup saya berbunga2.
sayang dia..

bunga ape la ek? hehe. :P

:: membilang hari.. ::

Monday, December 21, 2009

[ ia indah ]

' ia indah bila saya pejam mata, saya sedar ade seseorang sebelah saya. temankan saya, berkongsi cerita, peduli ape yang saya buat & dia boleh rase ape yang saya rasa '


:: semalam rase bunga2 je tapi masuk ofis arini stress! ::

Thursday, December 17, 2009

[ aku & meja ofis ]

saje. pic aku konon nye sedang khusyuk ngadap pc. nak tunjuk meja kerja aku. ckup la tunjuk separuh je. tunjuk penuh kag pengsan plak. bilik aku xdeco ape2 sebab aku xde mase untuk wat semua 2. aku xkuasa nak ambik waktu cuti nak menghias bilik. meja aku sentiasa penuh dengan surat. surat kat bahagian aku ni macam xtahu berhenti. tika aku menaip post ni pun surat setinggi pc menunggu untuk d rekod. sebab bos outstation, aku sedang bermalas-malasan. dah mood nak balik kampung petang ni. hip hip horey!! 3 hari bercuti akan d penuhi dengan majlis kenduri kawin. adoii!. alangkah besh nye klau d penuhi dengan majlis kenduri kawin aku ke. lalalala. sungguh berangan. huhu. dah 2tahun lebih aku duduk meja ni sebab lebih setengah tahun aku jadi PA pool. aish, tetibe teringat yang LNPT aku xbertaip lagi. bila plak aku nak wat ni?mm..nanti2 la. bos aku memang sangat baik tapi agak low profile. kadang2 aku xtau bila time marah dia sebab aku xpandai nak jangka emosi dia. nampak cool je dia. arap2 markah aku tahun ni memberangsangkan. huish, seram sejuk plak keluar perkataan 'berangsang' ni. hikhikhik. :P

aku xtahu sampai bila aku akan berada d tempat ni. paling lame mungkin 5tahun sebab aku dah berangan nak posting obersea la. terbayang macam2 negara yang ade 4 musim. salji, sejuk, bunga warna warni. bergambar sakan. sangat besh. ^_^ xsalah kan aku berangan. kalau jodoh aku kuat dengan ncik M, dia dah beri green light untuk posting obersea. bumi jepun dia dah jelajah. bila kah peluang aku? mm kalau posting jepun pun ok gak. aku dah ade translater. :P

:: minggu ni d ofis aku d ganggu jantan gatal. huh! ::

Tuesday, December 15, 2009

[ ingatan sendiri ]

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariannya adalah panduan kita ikut. Dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.

“Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir malam untuk melaksanakan sholat” (HR. Muttafqu’alaih)

Intropeksi diri menjelang tidur. Seorang muslim hendaknya selalu berintropeksi diri menjelang tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat. segera tidur tidak bergadang disunahkan berwudhu terlebih dulu sebelum tidur serta mengiring ke kanan ketika tidur. Menjelang tidur, disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan. “Jika engkau hendak menggunakan tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam riwayat lain, “tiga kali”. (HR. Muttaqun’alaih)dimakruhkan tidur dengan tertelungkup, ” Tidur terlungkup itu merupakan kebiasaan penghuni neraka”. (HR. Ibnu Majah)membaca ayat kursi dan akhir surat Al-Baqarah serta surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas. Membaca do’a-do’a yang dicontohkan Rasul.

  • Jika anda bermimpi gagal dalam cinta, bertanda akan bisa mengatasi apa yang dibutuhkan kekasih anda.

  • Jika anda bermimpi menemui atau ditemui oleh kekasih anda menandakan anda akan dikurniai pekerjaan mulia dan tinggi.

aku gugel, ni sahaja yang aku jumpa. adakah ia saling berkaitan dengan makna mimpi aku? dalam setiap doa aku, aku harapkan ia memberi petunjuk yang baik. amin. insyaAllah.


:: dah xmimpi lagi.. ::

[ apa ya tandanya? ]

"aku tergesa2 meluru beratur untuk membeli tiket,
mungkin tiket d stesen lrt. terkejut sebab rupenye yang beratur depan aku adalah fahiya.
xsemena2 fahiya bertanyekan pasal ncik M. tiba2 ncik M capai tangan aku dari belakang.
macam tahu2 je name dia d sebut2.
dia perkenalkan 2 kawan dia pada aku & fahiya.
mase 2 aku rase bunga2 je tengok dia pegang tangan aku.
sekelip mate je kami dah berada kat kem.
aku x pasti kem ape.
aku yang kuat makan ni terus turun berlari ke kantin beratur untuk ambil makanan. ade nasi beriyani.
eh beratur depan aku ofismate aku la, kak fuziah.
terpikir sekejap, teruk betul aku.
aku kejar makanan tapi aku tinggalkan dia sorang2 kat atas.
aku lihat dia turun tangga sambil senyum je pada aku.
aku jadi cair. aku terus aku tunggu dia d bawah tangga.
tiba2 muncul seseorang yang aku kenal. mirza noraisyah.
aku lihat dia meliuk lentuk mengoda ncik M terus dia tarik tangan ncik M d bawa entah ke mana.."

sebelum 2 aku minta maaf atas watak2 yang ade. tapi hakikatnye watak 2 la yang muncul dalam mimpi yang aku alami pada pagi sabtu lepas. aku ni jenis susah sangat nak mimpi. lebih2 lagi mimpi seseorang yang aku rapat. aku xtahu la kenape aku bermimpi kan ncik M atas sebab asik ingat kan dia@ aku kepenatan seharian perjalanan dari putrajaya ke kedah. mimpi aku tamat sampai c2 selepas aku terkejut & terus tersedar dari tido. xkan nak tido balik kan, mane leh nak sambung2 mimpi. aku igat lagi mase aku sedar 2, jam tepat masuk waktu subuh. aku gembira mimpikan ncik M tapi aku turut rase terkejut & sedih. ape ye maksud mimpi 2? adakah ia nye tanda yang baik?@ buruk? sampai kini masih tanda tanya.

bila aku ceritakan pada ncik M, kata nye 'siapa la kawan suria yang bawak lari saya tu. kalau suria pejam mata sikit lagi sempat tengok saya datang balik kat suria'. pesan dia lagi, 'saya tengok hati, x semesti luaran. pejam mata pun boleh rasa' selepas aku menyatakan yang mirza noraisyah 2 adalah perempuan cantik. sampai sekarang aku masih rase xsenang ati walaupun dia sentiasa cube nak sedapkan ati aku. emosi agak terganggu. takut. takut kehilangan dia. teruk ke perasaan aku? mm.. :(

:: aku hanya menghitung waktu selagi terdaya.. ::

Sunday, December 13, 2009

[ dari melaka ke kedah ]

ari jumaat lepas aku ambik cuti utk ke kedah bukan sebab nak cuti2 mesia. sebab aku yang bujang ni d kehendaki ikut rombongan belah lelaki sepupu aku. perjalanan yang agak jauh. bergerak dari putrajya tengahari sebab abg aku dari melaka yang jemput. kita orang singgah sungai buloh dulu umah maklong aku. siap2 mkn, jam2 juga baru gerak ke utara. sebelum maghrib kami singgah ke umah atok sepupu aku kat taiping dulu. rezeki kita orang sebab masih musim buah. giler banyak aku makan buah. durian, dokong, cempedak, nangka, manggis, rambutan, pulasan. peh! banyak betul sampaikan aku yang kuat makan ni mengalah. hahaha. pic makan buah xde sebab terlalu excited. hehe. klau kita orang sampai awal ckit compom leh mandi sungai sebelah dusun. aiii ni nak cuti2 mesia sambil makan buah2an tempatan ke nak g kenduri kawin ni. terlupa sudah. hehe. mlm 2 juga kita orang sampai kat pekan lunas, kulim, kedah dalam jam1030. giler letih tapi seronok. ^_^

posing ckit depan batu tanda masjid. pepagi dah ciap2 g masjid kulim untuk majlis akad nikah. jam8.30 dah tercongok depan masjid.

agak terkejut orang melaka ni sebab 1st time la tgk majlis akad nikah himpunkan 5orang pengantin sekali gus. letih aku menunggu sorang2 akad. mungkin tok kadi cni, lain ckit kot.

mokteh yang penat memantau danish yang asik mengekor ayah nye menangkap gambau. ala2 malu gitu duk d sebalik tabir. ahaks. :P

selesai akhirnye majlis akad nikah jam12 lebih. kematu montot menunggu lelame. huhu. ape2pun alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan sekali lafaz. sepupu lelaki aku ni muda setaun dari aku. kawin sudah. aku yang perempuan ni?? xpe2. jodoh lambat ckit je. (sedapkan ati huhu).

kami yang sentiasa comey. lalalala. :P


abang pengantin selaku pengapit sedang menurun kan ilmu sedangkan majlis dia minggu depan. hehe. aku maintain comel walaupun d sebalik panas terik & terpaksa wat mesyuarat bawah pokok dulu sementara pengantin perempuan bersiap.


show peace 2 my bodyguard. hehe.

tema hijau. sepupu aku, jurutera d air asia & isterinye pensyarah d uitm p.pinang. semoga berbahagia sentiasa & jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. amin. pic2 yang lebih cantik kali ni. kredit 2 da photographer, abg aku la.

ari 2 juga ncik M g kenduri kawin kawan dia. jodoh dengan orang brunei. kata dia, 'sorang2 kawan dah kawin. rase janggal datang sorang2. saya cube fikir optimistik. yang paling kita nak, itu yang susah nak dapat. yang terbaik untuk kita mesti datang lambat & x d sangka2. masanya pasti akan sampai juga'. xtahu nape. ayat2 dia dah cukup tenangkan aku. ^_^


:: banyak sangat majlis kawin yang bertindih ::

Thursday, December 10, 2009

[ dia penyebabnye!! ]

arini aku rase jiwa aku lebih giler dari semalam. aku xsedar ape yang sedang berlaku. berbalik pada post aku sebelum ni, aku igat makhluk Tuhan 2 sekadar boleh trace aku nye blog rupe2nye dia dah hack aku nye email acc. automatik la dia tahu aku nye blog baru. sebenarnye malam selasa ari 2 sedang aku on9 email & facebook tiba2 je pop up kat skrin yang aku dah sign out. xpenah2 plak mcmni. pelik. aku plak bujet ade technical problem la, time2 2 jugak aku terus reset password email & facebook. on9 mcm biase. seminit dua lepas 2 aku dapat sms kutuk post dalam blog dari makhluk Tuhan ni. seyes, aku xbujet pun ia nye saling berkaitan aku cume bujet dia mmg giler teror je trace blog aku dari blogger.

nak d jadi cerita kejadian same berlaku lagi tengahari tadi. kebetulan plak aku mmg sedang menghadap pc. tiba2 pop up lagi kat skrin yang aku dah sign out dari email acc & automatik la facebook aku pun sign out. aku masuk password xlepas. jadi aku terus la reset balik password, rupe2nye mmg ade email lain dah hack aku nye acc. time 2 mmg rase nye semua darah yang ade ni dah naik ke muka sebab aku rase mcm kenal je alamat email yang hack aku. akhirnye baru la aku tersedar yang makhluk Tuhan ni penyebab kejadian2 pelik ini berlaku. tapi dah terlewat dah cik suria oii sebab dia berjaye delete friendster acc. aku mmg dah lame xbuka acc ni. kebetulan password email aku same dengan password friendster. dari selasa malam sampai la tenghari tadi. mase yang panjang untuk dia godam aku nye friendster acc. yela, dah aku xsedar dia hack jadi aku cume reset password email dengan facebook jela. selepas 2 juga aku terima sms yang menyakitkan dari makhluk Tuhan ni sekadar nak bagitahu yang betapa bijaknye dia kerana berjaya hack aku nye email acc. kejam kan dia?? betapa angkuhnye. aku xtahu la kenape la ade spesis manusia yang Tuhan dah bagi akal yang sempurna, perasaan ade belas kasihan boleh wat tindakan mcmni. sifat dengki, balas dendam je kot yang ade dalam hati dia. hitam betul hati dia. huh!.

aku kira bernasib baik sebab mase kejadian kebetulan aku mmg sedang on9. klau time aku xsedar sah2 dia delete semua acc yang aku ade. dia dajal kan ape2 aje asalkan boleh puaskan hati dia. seram memikirkan kemungkinan yang ade. rasenya mcm aku nak wat report polis time2 juga. arrrrghh!!! mmm mungkin silap pada aku sebab gune password yang lemah. makhluk Tuhan yang bijak cerdik ni boleh terpikir untuk gune password 2. fuh!. benda dah jadi xguna mengeluh. semua jadi pengajaran wat aku. aku xnak dah emosi menguasai diri aku sekarang. aku sedang banyak2 bersabar, beristighfar semoga Allah sentiasa melindungi orang2 yang teraniaya mcm aku ni. amin.


:: sekarang, aku berdiam dengan ape dia wat.. ::

[ tension. sori ]

tension. bengang. perasaan yang menyakitkan bila dapat sms dari sorang makhluk Tuhan ni mengutuk post dalam blog aku. arrghhh!!! dia masih boleh jumpa blog aku. eeeeee geram sangat2. giler bijak dia boleh trace blog aku ke aku yang dungu pasal dunia blogger ni???. aku memang xpenah kisah sape2 pun yang nak bace blog aku walaupun aku tahu xde yang menarik dalam blog aku ni. aku akui mmg aku penah mengenali makhluk Tuhan ni tapi dia dah xde kena mengena dengan aku. yang lepas biar la lepas. kenapa dia masih xhenti2 menganggu hidup aku?? aku xpenah benci dia sebab dia penah baik dengan aku. cuma aku dah xnak ade kaitan ape2 lagi dengan dia. dia masih xleh terima ke?? kenape perlu paksa2 aku?. menganggu aku d semua sudut yang dia boleh guna untuk menyakitkan hati aku. :(

semalam. seharian aku betul2 xde mood. takut. emosi terganggu. aku rase mcm makhluk Tuhan ni ade je kat sekeliling aku. korang tahu kan blog aku, cite hidup aku. dia dah bace diari hidup aku. aku rase mcm dia sedang memerhati aku. semalam seharian juga aku langsung xrespon apa2 pada ncik M. dia anggap aku marah dia, dia anggap aku sedang sedih sebab dia. mungkin luar je nampak ok tapi emosi aku betul2 ko. aku xnak d sebabkan emosi aku ni leh wat hubungan kami yang baru gigih nak membina tangga ni rosak dalam pembinaan. malam tadi aku tahan gak emosi aku sebab kesian kan dia. dia masih ade exam semalam. aku xnak sebab sikap aku leh wat dia 'down'. aku sentiasa nak berada d cc dia walaupun kami saling xnampak.

aku minta maaf pada kawan2 yang setia dengan blog aku. aku memang xbijak dengan dunia blogger ni. aku xtahu cara lain yang leh wat kawan2 aku selesa bblogger dengan aku. aku still nak keep in touch dengan blog masing2. ni nak kena private2 la. aku cube bertahan dengan ape yang ade selagi aku boleh bertahan. semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi aku dari segala kata & perbuatan buruk. amin.

:: baiki mood arini dengan baju batik baru.. ::

Tuesday, December 8, 2009

[ hp o hp ]

bos outstation, aku curi waktu keja utk update blog. hish2, PA sape la ni kan. biar la asalkan aku xkacau orang. kan kan kan. sebenarnye aku nak ngadu ni. hp kesayangan ku dah makin cacat, huhu. penutup belakang dah xleh tutup. terngaga je mcm pic kat bwh ni hah. kadang2 kerap terbuka sampai nampak bateri dia. huhu. ni bahana nye klau asik buka katup utk tukar simcard, asik jatuh katil berpuluh2 kali. 2pun sejak akhir2 ni sahaja ok.

kali ni aku upload pic besar ckit, bagi nampak. ngeri kan tengok hp aku. dah 3taun ooo aku pakai hp ni. aku mmg cukup sayang, cukup jaga tp akhirnye dia nak cacat gak. luar je nampak buruk tp isi dalam semua ok. xpnah ade masalah dari bateri ke, data2, system2 dia ke. brand sony ericsson ni mmg tip top la. sangat bagus. :)

sebenarnye hp ni mmg ade sentimental value pada aku. aku beli hp ni same2 ngan cinta pertama aku, farhan. bulan 12 tahun 2006, aku mmg ingat. aku beli beberapa bulan lepas aku dapat keja putrajaya. aku beli ngan bonus + duit gaji aku yang xseberape. susah nak dapat jadi ofcos la aku sangat menghargai nye. walaupun ni bukan hp aku yang pertame tapi aku mmg cukup sayang. sejak 2 aku mmg dah xde hati & perasaan pada hp baru2 yang lagi canggih. ckit pun xcair. tapi skag sedih, segan pun ade klau orang tengok hp aku ni. patut ke aku tukar hp baru@ tambah hp?? mesti hp sony pink ni akan merajuk. 'cian kamu kan..' :(

*sila abaikan comot2 yang ade pada hp, ni bukan keja aku. ni keja orang yang pinjam hp aku dulu. huh!.

:: aku memang setia ngan satu2 barang. ::

Monday, December 7, 2009

[ bunga2 kian subur ]

'saya bersyukur dengan ape yang Tuhan dah bagi pada saya, kadang2 mcm2 sy minta ngan Dia tp saya sedar , saya patut malu.. ape yang saya minta kadang2 terlalu tinggi untuk Dia tunaikan.'

'insyaAllah.. selalunya yang best datang dalam keadaan x d sangka. mm saya pun rindu suria..'

'terima kasih wak.. saya sentiasa pujuk hati saya untuk bersabar tapi kadang2 hati perempuan yang lemah ni terguris gak huhuhu.'

'suria sabar ye. kadang2 saya pun pernah rase sedih dan cari hikmah sebaliknya.'

'awk..awk sentiasa ade ye sebelah saya..'

'saya selalu sebelah suria.. xmo sedih2 ye.'

'xnampak pun..hehe. ok,xmo sedih dah. sori ye..'

'hehe, kalau dah sampai nampak, bukan kata duk sebelah je. saya belai tenangkan suria. ops..'

'mm..awk jangan wat saya malu.'

'mm acah je. suria..'

'ye sy.. awk nak tido dah ye.'

'mm belum lg. saje saya nak panggil nama suria.'

'hehe. nasib baik betul spell suria, klau jadi sukia lagi xtahu la. sangat jeles tau hehe.'

'hehe. ala saya tersilap taip je ari 2.. syg suria.'

'K ngan R jauh tau. saya pun syg awk jugak hehe.' :P

hari2 rasenye nak update blog, nak cite pasal dia sebab hari2 & setiap mase hati & otak pikir kan dia. aku hanya wanita biasa. ape2pun aku makin bahagia. ^_^

:: arini kebetulan kami same2 pakai kemeja belang kelabu. ::

[ 5 years ago ]

salam perantauan 2004. maknenye umur dia mase ni 22tahun. comel giler, skema je tgk. mesti sebelum capture pic ni dia sedang serabut ngan paper engineering dia. hahaha. nasib baik la dia xbace blog ni klau x mesti dia kecik ati. hehe. 'ape2 pun awk mmg sentiasa comel d hati sy'. :P

:: pagi2 dia dah cbuk ngan keja sampai nescafe jadi sejuk ::

Friday, December 4, 2009

[ mak uteh as babysitter ]

rutin seharian aku dah banyak berubah sekarang. aku balik tepat pada masenye sebab pas keja aku ade keja partime. ni la keja nye. ^_^

video


menjadi babysitter xbertauliah & xbergaji pada anak kak chik aku, putri marissa. hehe. tah ape yang d bebel kan 2. sejak sebulan kak chik aku pindah putrajaya, dia hantar anak dia kat taska area umah sewa aku. sejak sebulan juga la rutin aku berubah. kak chik keja klinik bangsar, g keja balik keja semua b'gantung pada abg ipar aku. jadi klau lewat keja abg ipar aku, lewat juga la kak chik aku sampai putrajaya. aku sebagai adik merangkap mak sedara yang comey & baik, dah jadi tanggungjawab aku la nak ambik berat pasal marissa.

sampai umah, ciap2 mandi, solat & kadang2 klau rajin ckit aku masak dulu baru aku jemput marissa kat taska yang selang beberapa rumah je dari rumah sewa aku. paling lewat kak chik aku sampai umah dalam kul8 lebih. jadi keja aku layan marissa, bagi dia susu (susu botol ok), basuh cebok berak dia, dodoikan dia sampai tido. dah aku rase mcm aku ambik kursus membina rumahtangga yang ciap ade praktikal menjaga anak. hehe. 'senang la mokteh nanti kalau dah kawin & ade anak sendiri marissa oii'. hehe. sampaikan housemate aku cakap, 'ni dah nak kena kawin ni'. ade ke patut? kalau bukan sebab marissa pun bukan nye aku xbiase ngan semua ni. ade 6orang adik & 6orang anak buah dah buat aku celik serba sedikit pasal teknik2 yang ade. hehe.

sampai sekarang kak chik aku berusaha memujuk aku untuk tinggal sekali ngan dia. alasan dia, dia boleh hantar marissa kat taska bawah rumah dia & memudahkan aku untuk ambik dia. aku pun kononnye boleh la jimat bujet kalau dah tinggal sekali. aku seboleh2nye tanak. mak pun pernah bagitahu dia memang tanak aku duk sekali. orang tua ni lebih memandang ke depan. huhu. bak kata ncik M plak 'saya cenderung suria xtinggal sekali, igat pesan mak. xpun suria tinggal je rumah saya'. hish2, 2 dah lari dari tajuk 2. aku bukan nye nak b'fikiran negatif cume nak beringat sebelum kena. aku memang nak sentiasa berada dekat ngan kak chik, marissa tapi bukan tinggal sekali. aku xtahu nak cakap mcmane asalkan kak chik aku paham & xberkecil ati. huhu. bingung.


:: selalu sangat berangan ade rumah & keluarga sendiri. ^_^ ::

Thursday, December 3, 2009

[ tiga.dua belas.lapan puluh dua. ]

selamat hari lahir yang ke27, Ncik M. Faisal.
semoga awak panjang umur, dikurniakan kesihatan baik b'panjangan. dimurahkan lagi rezeki, hidup sentiasa dberkati & drahmati oleh Allah s.w.t. amin..

'terima kasih sudi hadir dalam hidup saya. kalaulah dtakdirkan ia hanya untuk sementara waktu sahaja, saya sangat2 menghargai setiap detik mengenali awak'.


:: tumpang gembira atas keputusan training exam dia semalam ::

Tuesday, December 1, 2009

[ rezeki jangan d tolak ]

baju batik latest yg masih panas aku ambik dari tailor. kain berharga rm250 aku dapat FREE je. yang penting free 2, sape la yang nak bg kan. nak kata birthday dah lame lepas. nak kata kena risik dalam mimpi je la huhu. kain ni sebenarnye officer aku yang bagi sebab konon nye supplier yg supply kain batik untuk program dia bagi ambik selai 2. special nye aku ciap leh pilih lagi & aku sorg je dapat secara senyap2. hehe. aku pilih yang ini pun sebab aku xde lagi batik kaler ni. officer aku ni lelaki. rupe2nye ade udang d sebalik mee. kononnye bagi aku kain batik ni leh la wat aku cair terima pelawaan dia tgk wayang. berterus terang ade hati nak jadi kan aku bini no2. gile seram aku d watnye. igat aku ni xlaku sangat ke? sampai nak jadi kan aku bini no2. 2la lelaki ni klau dah ade duit lebih ckit je, bujet ade rupe lagi mula la nak jual minyak. tapi nasib baik aku dah cakap awal2, bagi2 hadiah ni xmoh ade niat lain. aku mmg xpeduli la niat dia 2, aku cakap je terus terang. aku mmg tolak mentah2 jadi bini no2. gile ape? huh!. xkisah la asalkan dia xminta pun balik kain ni. haha. lagipun dia bukan nye dia rugi ape sebab bukan dia kuar duit pun. orang nak bagi kite ambik. rezeki jangan d tolak. kan kan kan.

:: plan minggu ni nak jahit manik kat baju ni. ^_^ ::


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...