debaran makin terasa. arini dah selasa. cepat betul la masa ni berjalan. persiapan untuk ke langkah seterusnya masih tinggal baki. cuma urusan masa d kampung je nanti. pelamin, make up, baju tunang dah setel. cuma tinggal hantaran je belum siap sepenuhnya. terima kasih pada kak chik & abang rafiq kerana dengan susah payahnya menyiapkan hantaran 7 dulang tema putih pink. semalam baru separuh siap aku dah tengok cantik. kononnye dia orang nak suprise kan aku tapi aku ni yang xsabar. hehe.
segala persiapan bertunang hanya berjalan selepas tarikh aku dirisik. aku bukan ape, aku takut nak mulakan ape2 sebelum semuanya rasmi. bila dah ade cincin risik kat jari ni baru rase feel dia. hahaha. lebih kurang sebulan la segala pencarian baju, booking pelamin, tukang makeup, barang hantaran termasuk deko.
walaupun rase hati tika ni masih rase ade yang xpuas hati tapi 2la yang terpaksa aku terima bila semua persiapan adalah 'last minute'. walaupun persiapan 'last minute' aku harap ianya adalah yang terbaik & bermakna dalam hidup aku. bak kata orang, kalau dah jodoh dah sampai seru semua berlaku dengan tiba-tiba tanpa kita sedar. mungkin ini yang sedang aku lalui. juga orang lain sudah lalui. :)
No comments:
Post a Comment