Thursday, November 8, 2012

[ mama Adel jumpa pakar bedah? ]


mama Adel tak berapa sihat tapi pemalas nak pergi klinik. selesema baru baik tapi masih batuk. berjangkit dengan ncik M. mungkin sebab cuaca pun tak menentu sekarang. teringat kali terakhir aku demam masa dapat tahu aku mengandungkan Adel. lamakan? aku dengan ncik M memang ada antibodi kuat kot, turun kat Adel sama. Alhamdulillah sampai sekarang budak kecik tu tak pernah demam lagi. harap dia tak berjangkit dengan aku, tak boleh bayangkan baby sekecik dia rasa tak selesa badan selesema batuk bagai. 

baby Adel usha kakak misi. hehe.

sabtu baru ni aku jumpa pakar bedah uuuuu pakar bedah. kenapa jumpa pakar bedah-bedah ni? mm lainkali la aku cerita eh tapi insyaAllah aku tak apa-apa dan tak perlu bedah. seram kan? lagi seram bila melibatkan cik B! huwaaaaaaa sangat seram. huhu. alhamdulillah mungkin berkat niat nak menyusukan Adel Allah jauhkan dari penyakit teruk. walaupun proses hari sabtu tu pun dah menyakitkan. tengok tirai hospital pun dah terngiang-ngiang kejadian melahirkan Adel hahaha. tutup mata je taknak tengok apa-apa berharap semuanya berlaku dengan pantas huahuahuahua.

doakanlah aku lepas ni sihat je dan tak perlu menghadap doktor dah. :)

tak sabar nak tunggu minggu depan. cuti panjang nak golek-golek je dengan Adel. sejuk aircon ofis ni membunuh diri. brrrr!


Wednesday, October 31, 2012

[ baby Adel sleep positions ]


heeeeeee. teringat aku pernah send ni pada ncik M sebelum bersalin. sekarang tengok-tengok balik boleh buat bahan gelak sebab sudah jadi realiti hahaha. baby mama dah besar!  

buat masa ni kami sepakat tido bawah beralaskan tilam je. mencegah lebih baik. lelebih lagi akan ada malam aku tido berdua je dengan Adel kalau ncik M kerja, kot aku tido mati ke apa tahu-tahu Adel hilang je hahaha. seramm ok! hakikatnya Adel berdetik sikit aku dah tersedar, kot-kot la kan. Adel pun sekarang dah pandai meniarap dan kerja dia bergolek jeee. tahu-tahu dah atas kepala, hujung kaki kita. paling ferebet Adel sekarang ialah 'H is for the Hell' hahaha. memang sama, balik kampung tido katil mama dia kena pijak memang dah hujung-hujung katil. sipi lagi nak jatuh mama dia. belum kaki panjang lagi 2, comfirm jatuh tido bawah ekekeke.

2 3 hari ni pun Adel dah kerap angkat montot, nak merangkak dah kot. pepagi dah pratis merangkak budak kecik 2, lepas 2 sambung tido balik. lepas-lepas ni nak tengok, wujud tak 'dongkey kong' 2. :D



Monday, October 29, 2012

[ aidil adha. 3 hari baju merah ]


monday blues. 4 hari cuti. rindu Adel. bos takde. blogwalking. rindu Adel. belek gambar dia. video dia. half hour pumping session. rindu Adel lagi hahaha. ok mari letak gambar dia kat belog. :D

berderet 3 hari  baju merah hihi. anak siapa la ni kan? :P

Adel teman abah. mama jadi mem kat belakang. :P

budak paling susah tido siang.

muka mamai nak tido hihi. 


alhamdulillah. kampung dekat, tak la tempoh traffic jam sampai setengah hari. Adel pun baik je tido pergi dan balik. cuma melaka memang tersangat panas, teringat masa berpantang dulu huhu. saat paling tak best, memang menghitung hari hahaha. Adel.. Adel.. tido 2 malam pun sempat naik ruam kat badan. anak bandar betul kuikuikui. 


** sekarang tengah gigih update entry melahirkan Adel. gigih sebab banyak lupa. :P


Tuesday, October 23, 2012

[ raya 2012 pertama dengan baby Adel ]

hahaha giler berzaman nak cerita pasal raya. :P

untuk membiasakan diri kembali rajin mengupdate belog mungkin agak payah. jadi nak senang sikit, kita taip sikit dan letak gambar hihi. aci kan?




raya 2012 kami. tema ikut baju melayu abah sediada, jenuh mama cari baju sepadan hehe. masa ni Adel baru je 3 bulan. pipi tu labuh kemain sampai tak nampak leher. itu namanya pau daging hahaha. pipi Adel ke pipi mama ni? confius kejap. ekekeke *macam comel je gelak macam ni. :P



Friday, October 19, 2012

[ setelah 5 bulan ]

bismillah.

setelah 5 bulan menyepi akhirnya tertaip jua entry baru. siyes rasa gonjeng tak tahu nak taip apa. hahaha. *lama ok aku pikir ayat*

iye. aku dah selamat bersalin. alhamdulillah syukur. entry "i'm 38weeks today" rupanya hari terakhir aku bekerja. entry lainlah aku cerita panjang lebar pasal bersalin ni ye. cehh aku punya lebar 2 mesti berkurun nak buat tapi korang sudi tunggu kan. heeee. maaflah dah jadi mak-mak ni ada kekangan masa sikit, masuk ofis baru dapat ngadap pc. maaf juga sebab lama menyepi. pernah nak update sekurang-kurangnya tempek sekeping gambar ke tapi tinggal nakkkkk je buatnya tidak. rasa macam rugi tak update cerita buah hati baru tu hehe. tapi Ncik M, abah baby wahhh dah jadi abah sekarang hihi ada buat belog khas perkembangan Baby A dan memang dia je yang update. wahhh Baby A gitu hihi.

nak tengok Baby A tak? kesayangan yang selama ni 9 bulan duduk dalam perut mama dia dan sudah 5 bulan buat mama dia tak cukup tido hihi. sekejappppnye masa!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


my Adel. buah hati lemak manis santan kelapa muda masyam mama hihi. yup it's a boy! :D


**ok mahu mula update apa ye?? ceh tanya macam rajin je.



Friday, May 11, 2012

[ i'm 38 weeks today ]

mak buyong belum bersalin lagi ye. kemalasan mengupdate belog mengatasi segala-galanya hahahaha.

alhamdulillah. insyaAllah hari ni genap 38 minggu dah. bila baby nak keluar? oh kalau boleh secepatnya tapi kag cakap nak cecepat mesti hari due jugak dia nak keluar hihi. masih sihat pergi kerja. aku memang tak ambik cuti awal sebab senang cerita sayang cuti. lagipun kalau cuti pun tinggal rumah sorang-sorang, ncik M pergi kerja dan mak memang tak dapat datang teman. mak tunggu kat kampung je. 


lihat! sihat kan aku? haha. pipi 2 dah tak boleh sorok hahaha. start bulan mei aku dah tak memandu, kereta berhari-hari kena hujan panas berembun hihi. ncik M yang hantar pergi balik kerja. sepatutnya mei ncik M normal hour tapi ada ofismate dia resign jadi beralah jugak kena kerja shift. habis kerja jam 8 so minta lunch hour jadi jam 5-6 petang semata-mata nak menghantar aku. terharu tak? hehe. :P

ok sedikit update perkembangan aku dan baby lebih-lebih lagi sejak masuk 37 minggu. hiks.
  • makin kerap orang tegur perut dah turun, dah tak lama. lama tak lama kita tunggu. ntah-ntah baby punya tak lama jenuh mama dia menunggu. hihi.
  • kadang-kadang rasa baby menguit-guit kat bahagian bawah. rasa macam nak terkencing la bila kuat sangat menolak. tapi terus terang, sejak mengandung sampai sekarang aku takde pulak bangun pagi banyak kali semata-mata nak terkencing. aku cakap pun dari pembacaan, dah hujung-hujung ni makin kerap. aku je tak kot. elok je tido sampai pagi hahaha.
  • waktu tido perut dah rasa ringan sikit. mungkin sebab baby hampir ke bawah kan. kalau dulu nak pusing kiri kanan pun alahai terasa bebanan di perut ni. kus semangat ok hihi. 
  • baby kerap mengeras (braxton hicks contraction). bila dah selalu sangat rasa biasa je nak dibanding mula-mula dulu. tapi terasa la, uterus mengecutkan jadi perut-perut sekali menyenget. kejap senget kanan, kejap senget kiri, kejap tu ada lubang besar kawasan pusat sekeliling yang megelembung. dah tak tahu keadaan dalam perut ni tapi sakit ok. haha.
  • baby kerap sedu. sehari dah tak boleh bilang berapa kali dia sedu. kerap sangat. pagi, petang, dah nak tido pun sedu lagi. bergetar je rasa bahagian bawah perut ni. dah keluar nanti mesti kerap sedu ni. :P
  • takde tulang kruk krak lagi. mungkin sebab dah minum susu anmum balik atau memang dah hilang hahaha. tapi sakit pinggang duduk kerusi ofis ni masih ye. sabar jela.

ok itu saja setakat aku ingat. baru ni ada check up 36w++ dengan doktor fatimah tapi kemain malas nak update. esok nak check up lagi ni. tengok lah aku cuba rajinkan diri. :D


Thursday, April 26, 2012

[ rezeki bahagian kami ]

rezeki april.

mama dapat tunggakan kenaikan gaji baru. mama dapat balik lebihan bayaran PTPTN yang dah nak hampir setahun dah pun. dan turn abah pulak dapat bonus hasil kerja keras tahun lepas. 

syukur alhamdulillah. rezeki Allah S.W.T datang tak pernah putus. rezeki untuk baby. rezeki betul-betul sebelum dia lahir. semoga anak mama lahir dengan mudahnya dan sihat walafiat hendakNya. Amin Ya Rabbal Alamin. 

:')

Wednesday, April 25, 2012

[ my medela swing & mothercare membership card ]

rasanya breast pump la barang paling awal aku nak beli dulu. memang rancang nak beli kat jakarta, memandangkan ramai kawan kirim beli kat sana dengan harga lebih murah dan tak ada sebarang masalah. terlanjur nak ke sana pulak 2. 

tapi mungkin bukan rezeki aku. berbulan-bulan sampai ke sekarang memang takde stok breast pump yang aku nak. jadi nak tak nak kena beli jugak la sebab takut nak lengah-lengah dan kebetulan mothercare publish promotion bagi medela breast pump terus cecepat pergi beli. weeeee akhirnya hehe. 



medela swing rm 699. setakat ni mana-mana kedai yang aku pergi, rm 699 harga paling murah la tapi mothercare ada bagi free gifts 2 botol dan nipple cream. orang jual online pun ada aku jumpa jual murah sikit tapi lebih baik kita beli di kedai senang kalau ada apa-apa masalah nanti. breast pump ni memang kena beli paling lambat kot sebab warranty setahun dan sekurang-kurangnya tak terlalu lama beli baru nak guna.

harga medela swing di jakarta cuma rm 400++ dan medela freestyle rm 1200. murah kan? tapi dua-dua stok lagi kosong. kalau swing takde memang dah angkut freestyle sebab murah sangat. rm 1200 murah sangat? murah sangat dari malaysia la. hihi.

kenapa aku pilih medela swing? aku rasa breast pump la salah satu benda paling memeningkan aku. hari-hari baca post ibu-ibu kat group kumpulan ibu-ibu menyusu dekat facebook. jenama ni bagus, manual bagus, electric bagus, single pumping la, double pumping la. sangat-sangat memeningkan kepala walaupun tak pening pun hahaha. breast pump terbaik untuk sesorang ibu tak semestinya terbaik untuk ibu lain. jadi aku tekad pilih swing dengan niat ia yang terbaik untuk pengeluaran susu nanti. selebihnya doa dan tawakal. kalau memang dah rezeki baby, buat teknik marmet pun susu boleh melimpah ruah hihi. selain tu, jenama medela boleh dipercayai dan swing ringan senang bawa ke mana-mana. semoga dipermudahkan nanti. amin. :)


disebabkan berbelanja lebih dari rm 600 jadi automatik dapat mothercare membership card. selepas ni sebarang pembelian dengan mothercare akan dapat extra discount. membership untuk 3 tahun dan sepanjang 3 tahun kena berbelanja rm 1000 kalau tak silap untuk automatic renewal. itu namanya taktik 'sila la berbelanja bebanyak dengan mothercare ye' hahaha.

Monday, April 23, 2012

[ hasil borongan pureen stock clearance 2012 ]

kami pergi jua pureen stock clearance promotion hari sabtu baru ni.

bak kata ncik M "came back from hell. pureen hell. you wanna cheap prices than expect pure madness." hahahaha. boleh bayangkan tak? cukup la sekali ni kami pergi. tak pergi lagi kot. tak terkejut ramai orang tapi terkejut dengan sikap tamak orang kaut baju banyak-banyak lepas 2 relax je duduk tepi buat sesi pemilihan. selesai memilih dibiarkan macam 2 je baju-baju kena kotor. ncik M siap bayangkan, "macam ni la kita kat padang mahsyar nanti, ramai orang bersesak-sesak dengan berpanas. nak keluar pun kena beratur sebab tunggu di hitung amalan." ok takut. huhu.

nasib baik la aku ni kuat lagi. aku bab berjalan jauh, berdiri lama-lama aku ok jangan suruh aku duduk lama-lama memang aku bising sakit pinggang. hahaha.


hasil borongan kami. dah alang-alang sampai takkan nak tangan kosong je kan. banyak borong diapers, toiletries, detergent, liquid cleanser dan baju-baju baby satu bakul kecil. baju-baju baby pun dah siap basuh. malam ni boleh sesi melipat. tetiba rasa banyaknyeee baju campur dengan first batch dulu. :D

memang harga lebih murah daripada expo, retail price. nak murah kena la hadap macam-macam seksaan hahaha. nilai borongan rm500++ je. je? pengsan incik M. :P


Friday, April 20, 2012

[ monthly check up. 34 weeks ]

sila rajin untuk update pasal check up baby dan mengenangkan buffered earnings ada 3. hikhikhik.


18 april 2012.

malam sebelum hari terakhir ncik M masih kerja malam jadi aku pikir masuk ofis dulu la. hari sebelum 2 aku takde di ofis sebab kursus sehari jadi kesian pulak mengingatkan bos yang meeting pagi 2. ncik M jemput aku di ofis jam830, itu pun menunggu sebab dah setel urusan dengan bos dulu. kesian dia dalam mengantuk-mengantuk lepas kerja pun gigih jugak meneman ke klinik. 

sampai klinik jam 9.07 dapat nombor giliran 9. alhamdulillah tak la lama menunggu walaupun sampai lambat sikit. kebetulan memang tak ramai hari ni. temankan ncik M breakfast dan masuk klinik semula dalam jam 9.30 kebetulan giliran aku untuk apa lagi.. check blood pressure, normal. timbang berat badan, ngam-ngam 65 kg. so berat aku naik 2.7 kg dari check up lepas. huwaaaaaaaaa aku dah agak dah berat naik banyak sebab sebulan ni memang aku tak skip makan malam pun. takut ok berat naik banyak ni. kemudian, check air kencing nasib baik masih normal.

masuk bilik doktor fatimah je.

macam biasa, 'suria apa khabar?' 

aku memang plan nak tanya banyak soalan. hihi.

'khabar baik cuma doktor kenapa pinggang dan sakit belakang saya sakit sangat?'. memang aku perasan sejak akhir-akhir ni memang ketara sangat sakit.

jawapan doktor. 'sakit pinggang 2 memang akan dialami oleh ibu-ibu mengandung terutama bila dah baby makin besar. sambil-sambil 2 doktor fatimah tunjuk gambar bawah ni. 'bila baby makin besar akan menolak tulang belakang kita.'



siyes, aku rasa aku mengalami sakit pinggang dan sakit belakang yang sangat teruk selepas aku buat soal siasat dengan orang lain yang berpegalaman mengandung. sekadar sakit 2 ada tapi takde la sampai bunyi kruk krak dan bangun-bangun dari kerusi akan ambil masa beberapa minit sebelum berjalan. sebab kalau terus jalan aku akan rasa tulang pinggul aku ni ngilu sangat. :( so, doktor bagi ubat kurangkan sakit pinggang. ok ok sambung cerita check up.

doktor fatimah belek-belek details check up aku dengan misi tadi. semua ok kecuali berat. doktor tegur berat naik banyak sangat. hampir 3 kg. huwaaaaaaaaaa pertama kali kali ok doktor tegur. doktor cakap dah hujung-hujung kehamilan ni dah tak boleh naik banyak sangat. lagipun aku ada sejarah keluarga ada darah tinggi, risiko untuk kena darah tinggi kalau berat naik berlebihan. sedih ok. 2la mentang-mentang bulan lepas naik 1.5 kg aku balas dendam makan, malam pun belasah makan nasi. lepas ni kena kembali diet asal. :( :( 

masa untuk ultrasound baby. makin besar makin susah kita tengok dia. hampir kena himpit dengan uri dah hehe. doktor tunjuk mulut dia, tangan mesti atas kepala hehe. heart beart normal. air ketuban pun normal. position pun normal. alhamdulillah. sambil-sambil scan 2 aku tanya doktor satu soalan. 'doktor, kalau baby macam menendang tanpa henti dalam kadar masa sama je. tuk tuk tuk tuk bunyi dia. dia buat apa?' hahaha. dah lama aku confius. doktor cakap, 'baby is hiccup! atau sedu'. comelnyeee nasib baik tak dengar bunyi hic hahaha. patutla aku pelik senada je pergerakan dia. tapi baby sedu pun terasa sangat ketukan dia ni kan pulak kalau dia bergerak. hihi.

ok. ok. sambung balik. masa untuk ukur badan baby pulak. lilit kepala 34w4d, panjang tangan 34w6d, panjang kaki 33w6d. cross section body untuk tahu berat baby dan doktor cakap average normal ialah 2.3-2.4 kg. so berat baby sekarang ialah 2.39 kg. normal tapi risau jugak sebab cepatnya dia besar hahahaha. 2la tak kontrol makan lagi huahuahua. dari mula mengandung aku cuba kawal makan sebab aku paling takut baby besar sangat, aku besar takpe. baby, please keluar awal !! HAHAHAHAHA.

btw, hari ni baby 35 weeks already! weeee. next appointment jumpa doktor fatimah lagi 2 minggu. tak sabar!



[ Ubat sakit pinggang bagi ibu mengandung ]

Testing.

Ni tempek gambar ubat sapu jenis gel bagi mengurangkan sakit pinggang dan sakit belakang yang makin berleluasa menimpa mak buyong ni.

Aku sepanjang mengandung aku baik-baik je takde masalah apa pun dan ini mungkin bahagian aku dah hujung-hujung mengandung. Sakit pinggang, sakit belakang, sakit tulang pinggul. Lebih-lebih lagi bila di ofis macam suruh aku cuti awal je. Bunyi tulang tulang kruk krak makin berleluasa bukan sahaja di kawasan pinggang tapi jugak kaki malah di jari jemari pun sama ok. T_T

Minum susu tak tinggal pun boleh ada bunyi kruk krak dah macam kena osteoporosis. Tulang rapuh ke aku ni? huahuahuahu.

Selingan sebab nak update pasal check up baby baru ni tapi malas semacam. Pasal check up baby kena rajin nanti aku menyesal. Chaiyok mama!


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Thursday, April 12, 2012

[ baby shower gifts ]

jangan di tanya ke mana menghilang tak mengupdate. memang alasannya MALAS huahuahuahua. kuasa malas dah sama dengan kuasa segala sakit pinggang, belakang bagai ni. :(

k, la ni cerita 2 minggu lepas family in law buat makan-makan bagi menambahkan berat badan mak buyong ni dan tak di sangka-sangka tengah mak buyong ni menikmati kesedapan laksa johor MIL family in law bagi suprise bawak keluar hadiah. terkejut sebab birthday lambat lagi hahaha.



family cakap ala-ala baby shower gitu nak bagi-bagi hadiah ni. hehe. elok la 2 pakat-pakat dengan abah baby buat senyap. kemain tinggi hadiah. hadiah apa la ekk? :P



taraaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



weeee baby dapat hadiah merah. *baby tendang-tendang tanda seronok jugak* family in law pun dah tahu sangat aku ni giler merah, sampai baby pun kena tempias hahaha. gigih semuanya mencari warna merah terutama bath tub 2. so sweeet kan? :P 

ini dinamakan 'law of attraction'. ncik M dari dulu nak beli infant carrier cum car seat untuk baby. risau sangat memikirkan baby nak keluar hospital nanti tapi last minute tak jadi beli car seat terus. tuptup dapat hadiah pulak. sedondon pulak dengan car seat hahaha. takpe-takpe kereta ada dua satu letak kereta mama satu lagi letak kereta abah. :P



Thursday, April 5, 2012

[ sakit pinggang, sakit belakang, sakit tulang pinggul ! ]

segala sakit mak buyong ni ada. nampaknya simptom sakit pinggang, sakit belakang, sakit tulang pinggul makin menjadi-jadi. sakit tak boleh bayangkan. :'(

sejak pagi selasa memang tak boleh tahan sangat-sangat tapi kuatkan hati tak nak EL walaupun di hasut ncik M hehe sebab kesian kat bos ada meeting hari 2. siyes, kerusi ofis ni memang menghantui hidup sekarang. kadang-kadang berbisa yang amat. kerusi sekarang dah masuk yang ke tiga, semua patern lain-lain tapi sama jugak masih sakit. :(

semalam sengaja ambik cuti. tak nak jumpa kerusi ofis ni untuk sehari. huhu. itu pun dah petang baru cakap kat bos. setel rekod surat sort bagai, taip semua draf, reply email-email, maklum jadual dia semua, senangkan hati bos dulu baru cakap nak cuti. berkesan. bos memang dengan senang hati bagi aku bercuti *yela dah jam 4.30 petang baru cakap siap pejam-pejam mata lagi hahaha takut bos tanya kenapa tiba-tiba nak cuti. aku memang kenal sangat dengan bos aku ni, kalau ada banyak benda bertangguh buat dia rasa tak senang hati kalau aku tak ada boleh tengok dari riak muka dia. aku pulak jenis tak sampai hati tengok bos, jatuh kesian. sakit pun hilang tah mana hahaha. 

walaupun kerusi ofis buat aku sakit-sakit tapi bila bab berjalan tak sakit pulak. ceh yela sangat, sedangkan jalan sikit dah minta duduk haha tapi nak shopping jugak tak kireee! dan haruslah cuti sebab ncik M ada kan. macam tak biasa. kami kan selalu dating, shopping waktu orang lain kerja. waktu orang lain dating aku duduk rumah belek barang baby haha. almaklum la ncik M pun dah kerja balik wiken jadi tak ada baby shopping dah. sob. takpe abah kerja cari duit untuk baby. 

k, rajin membebel je nak update entry bergambar tunggu aku rajin balik. 



Monday, April 2, 2012

[ 8 months already ]

hari ini dah masuk april. itu tandanya bulan depan dah boleh jumpa baby. pejam celik pejam celik tuptup dah hujung bulan. yeah tak sabar! *macam dah bersedia je aku ni* :P


kus semangat. saja letak sebesar gambar eh. hehe. alhamdulillah. baby dah masuk bulan ke8, 32 minggu.
  • mula perasan sejak masuk minggu ke30 baby dah semakin aktif. pergerakan dah makin kasar. memang ketara nampak perut berombak. masa dia tengah aktif cecepat capai henpon ambik video. hehe. hari ni je pepagi tak henti-henti buat ombak sampai lepas lunch, masa menaip ni dia senyap tido barangkali. hehe.
  • mula terasa 'keberatan perut'. baby pun dah 1kilo lebih, ntah-ntah dah 2kilo. kalau duduk bawah nak bangun kemain susah. siap minta tolong ncik M tarik untuk bangun hehe *kalau dia ada kalau tak pepandai la berdikari ye sob*. lepas 2 mula la dengar bunyi kruk krak kat kawasan tulang pinggul, terasa macam nak tercabut je tulang pinggul ni. akhirnya baby berjaya buat mama dia rasa macam orang tua. hahaha.
  • sakit pinggang yang makin berleluasa lebih-lebih lagi sebelah kanan. bila sakit pinggang bergabung dengan sakit tulang pinggul laaaaaaagi la tak boleh tahan T_T. semua benda serba serbi tak boleh buat. rasa nak berbaring je. baring lama-lama pun boleh buat tambah sakit pinggang huhu.
  • baju yang masih muat dah makin berkurangan. lebih-lebih baju tido. hahaha. kadang-kadang pinjam t-shirt ncik M lepas 2 dia cakap daripada beli tudung fareeda baik beli baju tido baru. *alaaa pakai kejap je pun tak baik membazir.* :P
  • tido malam lena je cuma setiap kali rasa nak berpusing mesti akan tersedar lepas tu tido balik. belum sampai tahap mata terjaga tak boleh tido walaupun baby tak henti menendang. nampak sangat mama dia ni kuat tido. hehe.
  • masih gigih pergi ofis, memandu. alhamdulillah sakit sikit-sikit pun belum sampai tahap malasgilertaknakpergikerja. malas-malas pun aku lebih sanggup pergi ofis daripada pergi klinik minta MC atau saja-saja nak cuti. kesian kat bos kalau tetiba cuti dan kesian pada orang mengganti. baikkan aku ni? :P
  • makan masih berselera seperti selalu. masih minum susu, makan vitamin, kurma, buah, minum air putih. sejak hujung-hujung bulan7 dah rajin minum air kelapa. orang cakap bagus untuk bersalin nanti. selalu kedai mamak ada jual yang betul-betul sebiji air kelapa. tak tambah gula dan ais. makan dengan isi lembut dia mmmm sedap!

ok. gigih dan kuat semangat nak update entry ni. ikut hati malassss. baby pun dah bangun tendang-tendang, mama dah tak sabar nak balik nak jumpa abah baby yang 6hari berturut kerja. rinduuu. :D 



Thursday, March 29, 2012

[ mak buyong mengidam fareeda ]


konon nak insaf kejap nak fokus barang baby. kalau jual online boleh tahan godaan lagi, butik fareeda pun tak singgah dah tapi bila ada orang jual depan mata? siyes mata tak boleh tahan godaan. time-time tu jugak la kenapa cantik sangat? asyik teringat-ingat. menci ok. nasib baik ncik M tak marah. huahuahua. 

eh kenapa tudung fareeda ni best? bagi aku sebab kualiti kain memang terbaik, awning dia pun best sangat-sangat dan semestinya cantikkkk!! tapi nak buat koleksi bebanyak tak dapat la. mahal kan kalau tak jelita gak tak tahu la. hahaha. ok bai. 


psst : puan mimie, kalau dapat stok fareeda soft pink memang su nak. dah lama mengidam. :P




Tuesday, March 27, 2012

[ bank rakyat umum dividen 2011 ]

masih ingat entry cerita tawaran penambahan saham bank rakyat?

bank rakyat sudah umum dividen bagi tahun 2011. jadi bagi tahun 2011 dividennya sebanyak 20 %. weeee berbaloi-baloi. paras keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhan. jadi siapa-siapa yang tak nak lepaskan peluang memiliki saham bank rakyat cepat-cepat terjah bank rakyat kot-kot masih ada peluang beli.

wah aku promote ni macam ada komisen je kan. benda baik harus la dikongsikan. :D




[ baby stuff : fabulous mom cheras & twins baby balakong ]

dua-dua tempat sama tapi masing-masing outlet letak cheras & balakong hihi.

hari kejadian 2 minggu lepas. tujuan utama melengkapkan checklist, survey infant carrier dan kalau dapat berkenan angkut terus. mula-mula dulu kami plan nak beli baby infant carrier yang boleh attach dengan stroller, boleh buat car seat. kira 3in1 la. semua expo, semua kedai kami singgah asyik survey infant carrier tapi akhirnya kami tak jadi. beli car seat terus. sebab apa? pasal car seat ni entry lain la ye. heeee.


FABULOUS MOM CHERAS


fabulous mom ni ada jual online tapi aku suka pergi kedai tengok sendiri. aku pergi la outlet paling dekat, outlet cheras. aku suka datang sini sebab dekat sangat. tak perlu tol, tak perlu bayar parking. hari-hari datang pun takde hal. hihi.


sekarang fabulous mom buat sale hingga 15 april 2012. tu yang cecepat pergi grap harga diskaun.


auwww apa 2? hihi. nursing bra ni dah berapa kali teringin nak beli. kat expo memang banyak tapi dalam ramai-ramai orang 2 mana nak bertanya, mana nak memilih, mana nak mencuba kan. salesgirl sini memang baik sangat. tak ada orang pulak 2, melayan aku je la.


aku berniat memang nak fully breastfeed baby nanti. semua kelengkapan untuk breastfeed, buat stok EBM aku borong tapi benda paling utama breast pump aku tak ada lagi huhu. masih berharap stok breast pump dari jakarta, 2la salah satu barang utama aku target nak beli dulu. sana murah banyak berbanding sini. kalau sampai sudah tak ada stok memang aku beli sini jela. sob. sob.


 ikut hati cooler bag hitam nak beli terus dah. huhu. tapi kena tunggu breast pump dulu jugak.


sini ada ruang selesa menunggu untuk suami. dapat kerusi empuk 2, lama menunggu pun tak apa. tak berdetik bunyi suruh cepat seperti selalu. :P


cloth diaper aku beli dua je. aku tak tahu aku akan gunakan atau tak tapi aku tanya pada ncik M dia suruh beli, dia kata boleh je nak tolong basuh. kita tengok nanti ye. :P


masa ni kami masih survey infant carrier err ncik M je sebenarnya. dia paling rajin buat research hehe. car seat langsung tak pandang. last-last salah satu car seat kedai sini la kami beli. hehe.


lain kali boleh datang sini lagi sebab aku rasa banyak-banyak tempat kami dah pergi kat sini hampir semua barang ada dan harga kira paling murah jugak la. salesgirl juga sangat-sangat membantu. kalau-kalau ada tempat best lain yang aku tak tahu sila-sila share ye. heee.

aku attach map dia sekali.


TWINS BABY


kedai ni sama kawasan fabulous mom, selang row je. kalau dari jalan raya nampak twins baby ni. dah terlanjur dekat kami singgah cuci-cuci mata.


aku perasan memang banyak sangat dorang display barang terutama baby cot ni tapi baby cot memang tak senarai dalam check list kami. kami memang tak plan nak beli selepas mendengar nasihat dari kakak-kakak. baby tak kan tido dalam ni, nanti buat letak barang je. hehe. melainkan betul-betul perlu nanti baru kami beli kemudian.


ncik M masih gigih survey infant carrier with stroller. hehe. sini pun banyak car seat. sama 20% diskaun dengan mana-mana kedai. banyak jugak pilihan tapi disebabkan dorang wrapping plastik semuanya memang kami tak tanya la. masa ni memang tak nak beli car seat kan.


moses basket ni pun macam comel je. kalau kami tak jadi beli infant carrier, ni pilihan lain la tapi berbaloi ke? moses basket? ke baby carrier je? hmmm. masih dipikirin hehe.

last-last kami tak beli apa pun dekat twins baby. hehe. babai.


ini sahaja barang kami beli, semua dari fabulous mom. cloth diaper tak boleh tunjuk nanti kantoi. :P

lepas pergi dua tempat ni sempat lari singgah jusco cheras selatan, kebetulan satu jalan kan. cuci mata tengok infant carrier SCR tapi tak ada stok. bincang punya bincang last-last ncik M berubah fikiran beli car seat je. teringat car seat fabulous mom kami pergi patah balik tapi dah tutup. kemudian aku teringat car seat aku berkenan dekat moms care mid valley, terus kami pecut malam 2 jugak pergi sana tapi tak ada stok pulak. hampa kat situ. hehe. tapi nasib kami baik car seat... eh tadi cakap nak cerita lain. hehe. ok cerita lain entry. hari ni dah cukup panjang. :D


Monday, March 26, 2012

[ halford premier neo car seat vs halford solaris car seat ]


halford premier neo vs halford solaris


kebetulan dua-dua harga sama. kelebihan dua-dua hampir sama. newborn hingga 4 tahun (18kg). dan paling penting kebetulan dua-dua merah hihi. pening tak pening memilih 3hari berturut datang kedai sama tau hahaha. nasib baik stok ada. :D

agak-agak yang mana satu kami pilih?  :P


*update pendek sebab mak buyong tak ada mood menaip pepanjang heee. 



Friday, March 23, 2012

[ monthly check up. 30 weeks ]

tarikh : 21 mac 2012

kebetulan temujanji harini ncik M kerja so dia apply leave sehari semata-mata menemani isteri kesayangan. terharu hehe. dan nak jadi cerita cermin belakang kereta ncik M retak seribu malam sebelum 2, samada disebabkan dia park kereta dekat dengan orang mesin rumput atau kereta merajuk asik sebut pasal kereta lain. :P nasib baik memang cuti kan boleh lari kedai cermin kereta lepas check up.

ok. sampai klinik jam830, macam biasa setel breakfast masuk klinik jam9 terus check blood pressure, timbang berat, air kencing. alhamdulillah semua ok dan normal. berat naik 1.5kg, 62.3kg sudah. dapat nombor giliran 9. nombor paling lambat setakat ini hahaha tapi harini doktor fatimah pantas sekejap je tunggu.

soalan hari ni aku pada doktor.

'kenapa kadang-kadang saya rasa sakit perut. sakit macam baby mengeras. baby buat apa masa mengeras? soalan aku malas nak google aku tanya doktor terus. hahaha.

jawapan doktor.

'braxton hicks contractions. keadaan ni uterus kita sedang mengecut dan ia normal bagi ibu yang mengandung. lebih-lebih lagi bila kita kerap berjalan (memang bila sakan berjalan je mula la rasa). melainkan contraction kita rasa sakit sentiasa setiap kali duduk, bangun, di pinggang, belakang dan keluar darah dari vagina kita baru la perlu risau. (lebih kurang la jawapan doktor hihi nak details sila klink link) doktor pun ada maklum paling awal baby lahir 2minggu awal dari tarikh duedate. tapi aku rasa baby akan keluar ngam-ngam sebab ikut history mak dan kakak-kakak aku takde yang bersalin awal berminggu-minggu.

ok. masa untuk scan ultrasound baby. tunjuk perut je doktor cakap perut aku kecik. terus aku.. uik yeke doktor? hahaha.


position baby sekarang sepatutnya kepala ke bawah dan alhamdulillah normal. baby ke bawah kira belum engage, baby boleh pusing-pusing lagi kacau tido mama dia hehe. heart beat normal. jantina pun tiada musykil lagi. 2la ayat doktor fatimah. hehe. ukur saiz kepala baby normal ikut 30minggu. ukur tulang peha sama normal 30minggu. cross section body untuk tahu berat baby dan doktor cakap berat normal baby sekarang ialah 1.5kg. so doktor ukur je ngam-ngam berat baby sekarang 1.504kg. masa 2 rasa happy sangat-sangat sebab everything is normal. doktor ada cakap jugak masa 8bulan nanti berat baby around 2kg dan di malaysia baby lahir kita nak dia 3kg, malaysian standard average. kita ambik tahu jela, baby dalam perut macamane kita pantau kan. hehe. yang paling penting baby sihat. ni aku taip bulat-bulat dari rakaman video ncik M. terima kasih abah baby. 

rasa seronok tak terkira rasa macam nak lompat bintang haha. lebih-lebih lagi dengar doktor fatimah bercerita dengan suara lembut dia 2. almaklum la dah lama tak jumpa. hihi. nak tambah seronok mama baby kali ni klinik bagi free gifts. mana ada benda free tak seronok kan heee.


hari 2 dah hampir-hampir nak terbeli car seat dekat mom's care mid valley tapi takde stok. ada voucher ni boleh pergi cuci-cuci mata lagi. :P

'ok baby. kita jumpa next appointment. 18 april !' :D



Thursday, March 22, 2012

[ i'm 30 weeks ]

rindu dekat belog. huuuu. nak cerita macam-macam tapi tak sempat. barang baby berwarna merah susah bertambah weeee hehe. gambar pun tak sempat transfer. memang susah nak jadi blogger tegar ni hehe. mak buyong tengah gigih cukupkan kursus. pergi kursus sehari kat ofis ni tapi berturut hari. semalam check up baby kesayangan dan petang ni kursus lain lagi. gigih tak?? sikit je lagi ni. mak buyong sila berusaha! :D

ok. buat hilangkan rindu semua. chewah. rindu ke? muahahaha. meh tepek satu gambar mak buyong. gambar tak berapa cun sebab bukan dari kamera. kecik hati blackberry kalau dengar. hehe. :P




30 weeks


ini namanya ambil gambar syok sendiri di cermin toilet. hihi. jenuh mengcover ketembambam pipi, gambar sipi-sipi agar nampak kurus sikit hehe. selalu cakap dengan ncik M pipi nampak tembam disebabkan tudung. patut tak salahkan tudung? :P



Friday, March 16, 2012

[ pengasuh vs taska vs tok mama ]


mana-mana ibu bekerja. ni la perkara yang paling akan dirisaukan. habis je cuti bersalin dan mula bekerja, mana la nak dihantarnya baby. 

area putrajaya ni memang susah sangat nak cari pengasuh. lebih-lebih lagi pengasuh yang tak jaga ramai budak. yela orang bekerja terlalu ramai dan tak semua ofis ada taska masing-masing.

aku dengan ncik M sejak mula dah target jiran sebelah rumah kami yang kebetulan memang pengasuh untuk hantar baby nanti. konon senang sikit tak payah turun naik kereta. ncik M ada pasang niat akan jaga baby masa 4hari dia cuti. jadi kalau hantar rumah jiran sebelah kira senang banyak la. bila-bila ncik M boleh hantar dan ambik. cuma ncik M cakap kena buat-buat turun naik lif supaya baby tak tahu rumah pengasuh ialah sebelah rumah hehe *walaupun macam tak logik nak buat sampai baby besar*. ni pun berdasarkan pengalaman kak chik aku yang anak dia menangis tak nak balik rumah awal sangat. hanya masa-masa tertentu je paling sesuai sebab mereka dah puas main. kadang-kadang ada je dengar rumah sebelah ada budak menangis tak nak balik lagi. huhu. tapi pengasuh mana nak anak kita lama-lama tunggu dijemputkan.

aku dah tanya dengan kakak jiran sebelah kononnya nak book siap-siap untuk hantar baby mulai september. kami tengok kakak, family termasuk mak dia semua baik, ramah, dah bertahun-tahun jaga budak, rumah pun bersih je. selalu pergi makan-makan rumah dia. masa ni memang dia tak bagi keputusan terus sebab nak berbincang dengan husband dia. yela, cara dia pun macam tak nak ambik lagi sebab dia dah jaga 8orang termasuk sorang baby, budak dan yang transit sekolah. aku baru je terima sms bagitahu dia setuju nak menjaga baby nanti. cuma bila-bila aku war warkan di facebook. majoriti cakap ramai sangat budak. nanti kesian pada baby. aku dah mula naik risau. tapi kak chik cakap pengasuh dia lagi ramai budak, tak ada transit sekolah pun. confius ok. 

pilihan lain. taska di ofis. ikutkan taska ni betul-betul bawah bos aku, department aku. kira tahu sikit-sikit la pasal taska ni. bagi aku taska ok dan tak pernah ada kes-kes menakutkan. kalau ada pengasuh cubit-cubit macam mendera sikit memang bos bagi surat berhenti kerja je. cuma pengasuh memang tak cukup nak menampung budak-budak yang ramai dan biasa la kat taska ni ramai baby, budak-budak jadi bila ada satu penyakit je cepat la melarat ke semua budak. kalau ada penyakit berbahaya sampai seminggu taska terpaksa tutup. satu lagi, kak chik aku kan kerja klinik putrajaya dan selalu buat lawatan ke taska-taska di putrajaya ni.  taska aku pun ada kekurangan jugak. adoyai. tang bagusnya sebab dekat cuma bawah ofis, lunch hour boleh turun menyusukan baby, main-main, suap makan. 

bagi aku, aku tak la cakap pengasuh rumah lebih baik dari pengasuh di taska. masing-masing ada pro and cons. kalau kemalangan nak terjadi kat mana-mana pun boleh jadi. cuma kebetulan jiran sebelah ada jaga budak kan jadi aku pikir senang hantar situ je.

ikutkan MIL aku memang tak bekerja. aku dengan ncik M tak pernah tanya pasal boleh babysitt baby atau tidak. yela, bagi kami MIL perlukan masa sendiri, pergi kelas agama dan tak nak la melalui hari-hari pencen semata-mata untuk jaga anak kami kan. lagi satu rumah kami jauh walaupun 20minit je, nak ulang-alik nak kena ambik kira jugak. ncik M pun kerja shift bukan normal hour. sah-sah aku yang akan travel hari-hari, sampai rumah terus melepek je kalau asik ulang alik.

tetiba teringat MIL berhenti kerja semata-mata FIL aku minta dia berhenti terus untuk jaga anak-anak. kerja kerajaan pulak 2. sama situasi aku dengan ncik M. tapi kami takkan buat keputusan macam 2. aku sayang woo nak berhenti kerja walaupun sayang aku lebih pada keluarga. tu la dilema seorang ibu bekerja kan. huhu.

apa keputusan perlu kami buat?? kami kena imbal balik betul-betul semua faktor-faktor baik buruk. kami kena buat keputusan cepat dan jumpa jiran sebelah ni depan-depan. bila nak berjanji kena cakap betul-betul kan, kesian kat orang. apa-apa pun keputusan nanti tawakal je la. semoga keputusan terbaik untuk baby walaupun baby masih dalam perut. insyaAllah. 



Wednesday, March 14, 2012

[ baby stuff : 3rd maternity & children expo 2012 ]

kali ni masih di mid valley. dah cakap pada diri siap-siap beli barang yang nak di beli je. yang penting checklist setel. keperluan baru kehendak huhu.

kali ni memang teramat ramai giler umat kebetulan satu hall je dorang buat. agak sempit sikit. kaki ncik M siap kena gelek dengan roda stroller. kesian hehe. tak pernah aku pergi expo seramai ini orang, memang kami tak lama pun. zass apa yang aku target je, nak survey bagai pun tak sanggup. aku boleh pengsan. meh tengok barang aku beli, kali ni rajin sikit nak ambik gambar. baju-baju memang tak dibenarkan nanti kantoi. :P


singgah jugak booth pureen cuma mendapatkan beberapa barang yang tak ada expo klcc dan penambahan baby wipes, toiletries, maternity toothpaste.


pureen bedding set rm40.00. hari 2 beli tilam je lupa ambik sekali bantal hehe. lebih nipis dari tilam kekabu. warna tiada kaitan dengan jantina ye. satu jenis je jual. :P

bio oil skincare rm27.00. normal price rm32.00. botol kedua. kebetulan habis dan sebab lebih murah harus la dibelikan. orang cakap sebelum datangnya stretch marks dah kena rajin sapu. sampai sekarang belum ada lagi ni, kita tunggu 8 9 bulan ye. huahuahua.


mamy poko diapers rm28.00 setiap satu bagi saiz newborn & S. normal price rm34.00-rm39.00. aku survey 2nd expo lepas jual lagi murah rm25.00 tapi aku ambik jugak la. alang-alang murah sikit 2 kan. orang cakap bagus cuma mahal, takpe bagi baby cuba semua jenama dan berharap murah-murah nanti la yang serasi. nanti kena gigih minta free sample diapers. 

ada beberapa barang yang tak ada di expo kami beli di jusco je. dah alang-alang. lampin kain, cotton ball, beberapa toiletries dan baju.



world of cartoons sale. cuci mata dan mendapati ada yang lebih murah daripda jusco. so dua benda ni je kami rembat. tenderly double warmer bag rm18.00. normal price rm26.80. aku tak pasti aku akan perlukan beg ni atau tak tapi sebab murah dan berwarna merah aku ambik hihi. nappy liners rm10.00. normal price rm15.00.


bepanthen ointment nappy rash rm12.50. jenama ni recommend by kakak sepupu, kak chik aku pakai dulu dia kata sangat bagus. so kebetulan singgah guardian, terus ambik nanti takut lupa.

ok itu sahaja. setengah hari je di mid valley, sempat survey stroller dengan infant baby carrier tapi kami masih proses mencari. ncik M dah tak larat. :D



Tuesday, March 13, 2012

[ pureen stock clearance promotion april 2012 ]


agak-agak aku larat lagi tak nak pergi? belum 9 bulan larat lagi la kan. hahaha.

dua expo, dua-dua booth pureen aku borong dah. tapi teringin sangat nak pergi. mesti murah giler-giler dan orang pun ramai giler-giler huhu. ok! sila semangat borong baju stok sampai baby besar. :D



Monday, March 12, 2012

[ apa aku makan dan pantang makan untuk mengandung? ]

tajuk tak agak-agak kan? haha.

lewat mengandung. ikutkan kak long pernah nasihatkan aku dapatkan nasihat terus daripada pakar tapi kami sepakat mungkin selepas lebih setahun baru kami fikirkan ke arah 2. pergi mengurut pun aku tak bersedia, dahla aku ni jenis pengeli huahuahua. setahun pun belum kan jadi mungkin memang belum rezeki kami.  kami pun bukan dah terdesak sangat dan menunggu lama bertahun-tahun. mungkin Allah SWT dah tentukan tahun pertama perkahwinan kami hanya berdua. 

alhamdulillah. 8 bulan. penantian cuma 8 bulan. :)

so, macam-macam petua orang berpengalaman terdekat turun pada aku. tapi disebabkan cuma jaga bab makan jadi ikutkan jela. antaranya:-
  • minum susu tepung.  ni petua pak cik ncik M.  dia cakap susu tepung nespray, kami ikutkan jela. kononya khas untuk suami tapi kami suami isteri minum hahaha. rasanya lepas raya baru kami mula minum. :)
  • jangan makan makanan segera. semua jenis mee segera seperti mee maggi, makanan fast food seperti McD, KFC atau makanan segera bergoreng. rasanya sampai sekarang dah lebih setahun kami tak makan. kadang-kadang je kalau teringin sangat tapi boleh bilang dengan jari. mee maggi kari memang dah lama teringin. huhu. nanti la minta kebenaran ncik M makan sekali sebelum bersalin. hehe.
  • asid folik. vitamin teman setia aku. ni kak long aku yang pesan makan, rasanya masuk 2 bulan aku kawin baru mula makan. asid folik pun memang elok untuk orang yang merancang untuk mengandung. sehari sebiji, 7 bulan tak pernah tinggal makan lebih-lebih lagi bila pikir nak baby. cuma asid folik ni buat selera makan aku bertambah, berat badan pun senang bertambah haha. mungkin ikut orang jugak.
  • selain 2 kurangkan makan makanan sejuk termasuk minuman berais. sekali sekala takpe jangan selalu. cara aku senang je, dekat rumah jangan sesekali buat minuman berais termasuk di ofis sebab kalau makan luar mungkin kita akan tak sengaja terorder dan terminum minuman sedap-sedap hehe.

lain orang lain badan lain cara. aku sekadar berkongsi pengalaman, mungkin boleh cuba mungkin akan ada yang serasi. :)

dan kenapa tetiba aku nak update pasal ni? sebab dengan hanya petua amalkan makan asid folic, ofismate yang berkawin lebih 2 tahun terima berita gembira hari ni walaupun mula-mula dia takut nak makan hehe. tumpang happy sangat-sangat untuk dia. syukur alhamdulillah. kuasa Allah SWT, kita berusaha DIA penentu segalanya. :)




Wednesday, March 7, 2012

[ baby stuff : barut gantung kampung jawa & chilldren's world baby fair sogo ]

weekend baru ni balik melaka. niat pertama sebab dah lama tak balik kampung, kedua sebab nak jumpa mak, ketiga sebab nak makan mak masak sedap-sedap walaupun sabtu mak pergi kenduri akhirnya makan masak sendiri huahuahua dan terakhir sebab ada beberapa barang perlu di beli untuk persiapan berpantang di kampung.

salah satunya, benda alah comel ni tapi benda berpantang untuk baby. hihi


ni namanya barut gantung. barut untuk mama beli jugak, bengkung hihi tapi tak perlu tunjuk kot dalam ni. hehe. dulu-dulu, masa zaman aku mak cakap nenek sendiri yang tolong jahitkan. tapi sekarang rasanya nak masuk benang dalam jarum pun nenek dah tak nampak. so, disebabkan aku nak sangat barut ni satu-satu tempat yang aku boleh dapatkan hanya di kampung jawa melaka. kira dah bertahun-tahun dorang jual la. tanyala siapa-siapa pun orang melaka. mesti tahu punya kampung jawa ni. aku singgah satu kedai je, 4 helai rm10.

barut gantung hanya boleh di pakai selepas pusat baby habis tertanggal. kira baby dah semangat sikit la sampai sebesar yang boleh. baru lahir boleh pakai barut kecil-kecil yang shopping complex pun boleh dapat. barut penting supaya baby tak kembong perut dan menganggu tido lena mama dia ni hihi. niat nak pakaikan baby barut ni selama yang boleh. 


dapat barut, singgah makan mee rebus dan cendol dekat bukit cina. manyakk sedap oo. :D

dan isnin baru ni aku EL sebab kononnya tak berapa cukup rehat sampai lewat dari kampung dan selepas berjaya dihasut oleh ncik M supaya ambik cuti je. walhal dia sendiri kerja hari 2. kira dia pun kena cuti jugak la hehe. tuptuptup dia boleh halfday je sebab ofis tak cukup orang. 

nak tahu, kemain kita orang pergi Sogo. setengah hari pun jadi la berjalan. kononnya nak cuci mata tengok benda yang menarik di children's world baby fair Sogo sampai 11 mac ni. hari cuti mesti tak ramai orang kan. apa yang aku boleh cakap, aku takkan pergi Sogo lagi dah sebab harga tak la murah mana. contohnya benda yang sama aku beli masa kat motherhood expo lagi mahal di sini. baju-baju pun takde la menarik sangat aku yang cerewet ni.  



siyes, dah lama aku berkenan baju-baju comel trudy & teddy ni. comel sangat rasa nak pengsan. aku tengok-tengok yang discount dorang letak dekat level baby fair tak ada yang berkenan. disebabkan kononnya tak nak tangan kosong, aku ambik baju kat sini. ncik M cakap, 'ni takde discount ni?' huwaaaaaa minta maaf, su beli baju besar-besar sikit macam dah tak sabar tunggu baby besar sedangkan tak keluar pun lagi. ni namanya dulukan kehendak daripada keperluan, tak patut diamalkan huhu. baju-baju dia rasa macam geram nak tunjuk tapi kalau tunjuk sah-sah tahu baby apa. heeeee. 

lagi buat aku tak nak datang Sogo dah sebab parking fee on weekdays rm8.00 untuk 2jam 30minit. memang tak nak datang dah. baju-baju dekat Parkson Alamanda lagi best. boleh macam 2? takpe, pengalaman. :D



[ entering 3rd trimester ]

syukur alhamdulillah. rasa syukur yang tak pernah putus sepanjang 7bulan mengandung. i'm happy mama! :)
  • setakat ni masih elok tanpa alahan. bila dah masuk 5bulan aku dah kurang rasa penat. tak ada la terus melepek je lepas balik kerja. malam paling lewat aku tido pun dalam kul11-12.
  • sepanjang aku mengandung, aku dikurniakan kesihatan baik je. takde demam-demam, selesema, batuk. kejang kaki pernah sekali dua itu pun sebab aku tido hanya beralaskan comforter. tak boleh sejuk sangat kot. terus tak buat dah. 
  • orang cakap ibu mengandung mudah kena sembelit. aku pernah jugak hampir-hampir sembelit, sampai keluar darah jugak la. doktor cakap tanda-tanda nak sembelit jadi banyakkan minum air dan makan buah hari-hari alhamdulillah pembuangan sekarang lancar je hehe.
  • kadang-kadang rasa segalanya macam biasa. kadang-kadang rasa lebih segar dari sebelum mengandung. kadang-kadang aktif sangat buat kerja sampai selamber je main bongkok-bongkok lupa tengah bawak perut. :P
  • sejak masuk 6bulan, baby dah pandai mengeras. aku tak tahu baby tengah buat apa masa mengeras. tapi rasa macam kejang dan menegang je perut ni. tengok-tengok perut dah senget sebelah. usap-usap nanti baby kembali asal hehe.
  • sejak masuk 6bulan jugak baby dah menendang pelbagai sudut. dulu rasa cuit-cuit belah kanan bawah perut je, sekarang kejap kanan pinggang, kejap kiri pinggang, kejap kat pusat, kejap kat bawah dekat ari-ari. tengah borak-borak dengan ncik M lagi kerap dia menendang, nak join mama abah dia kot. hehe.
  • aku suka makan bubur manis. semua jenis bubur aku ni la. mak dengan mak mertua tahu sangat dengan aku. kalau datang rumah mesti dorang buatkan bubur. siap tapau lagi buat simpan dalam peti ais. hihi. kalau telampau teringin aku buat sendiri. boleh makan banyak-banyak. :P
  • bila cerita bab makan ni memang dah sedia tak ada masalah tapi bahaya sebab aku takut berat naik mendadak. aku cuba displin kan diri, pepagi breakfast bihun goreng rasa macam kurang karbohidrat sikit, sikit la hehe. beli kuih seketul atau buah buat alas lapar sebelum lunch. lunch, makan nasi separuh lauk kena ada sayur. dinner, selalunya hari kerja jarang makan nasi cuma kuatkan diri makan buah kadang-kadang sampai 3biji hahaha. ncik M pun memang jarang makan nasi malam. kalau lapar sangat makan berat sebelum malam. aku perasan, malam memang lagi cepat lapar jadi sebut kat mulut jela minum susu dan air banyak-banyak dan terus tido hehe. tapi kalau nak naik, naik jugak. huahuahua.
  • aku ni kategori seorang cerewet membeli barang. kawan-kawan rapat aku tahu la perangai aku ni. sejak mengandung lagi kuat cerewet aku ni, pilih barang baby dalam sakit-sakit kaki 2 aku boleh berdiri berjam-jam satu tempat memilih yang mana satu. dah tanya ncik M kejap lagi tanya balik soalan yang sama. :P
  • sakit pinggang yang makin berleluasa. kadang-kadang ok tapi aku tak boleh duduk terlalu lama memang sakit sangat pinggang ni macam nak tercabut dua hahaha.
  • kerja rumah dah ok sikit. rajin sikit la dari mula-mula mengandung dulu. memasak masih menyeronokkan cuma jarang la, cakap malam cuba jangan makan nasi kan jadi weekend je la.
  • masih memandu seperti biasa tapi sekitar putrajaya, cyberjaya tapi sejak mengandung paling tak suka isi minyak kereta, kadang-kadang biar sanggup lampu liplap berhari-hari. tunggu juga ncik M isikan lepas 2 isi penuh siap-siap. pam tayar pun sama. rasanya sejak mengandung tak pernah mengepam tayar lagi hahaha. kesian betul kereta terbiar. tahu-tahu sampai ofis, sampai rumah hehe.
  • tido masih lena walaupun perut dah berat bila pusing kiri kanan haha tapi sebelum tido kena pastikan sekurang-kurangnya 4 biji bantal bagi mengelakkan aku tido terlentang hihi. 
tinggal 12 minggu je lagi or mungkin kurang. harap baby baik-baik je duduk dalam perut mama dia sampai keluar nanti. masalah masa mengandung memang macam-macam tapi kalau boleh jangan la teruk-teruk hehe. sebelum terlupa aku nak share sesuatu. petang semalam ada town hall session bersama Tan Sri KSN, kebetulan aku duduk depan sekali. tahu tak? selesai majlis je, dia turun stage terus tegur bila duedate aku? boy or girl? anak pertama? terkejut ok. aku jawab soalan dia. dia cakap boy or girl yang pertama kita tetap akan syukurkan. dan bulan lepas, aku ada hadir kursus sehari Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj. pernah teringin nak jumpa dia. rezeki jugak. seronok sangat dapat macam-macam ilmu dari dia. dan masa habis kursus dia tegur bila duedate aku? terus rasa berdebar-debar. excited! haha.  

kenapa aku cerita sebab aku rasa happy orang-orang 'somebody' ni tegur duedate mak buyong ni. berharap baby pun dapat tempias-tempias orang-orang 'somebody' ni. seorang ibu mesti nak yang terbaik je untuk anak dia kan walaupun masih dalam perut hehe. semoga dipermudahkan perjalanan kami seterusnya. amin. :)



Wednesday, February 29, 2012

[ tawaran penambahan saham bank rakyat ]

alhamdulillah. rezeki baby, mama dapat tawaran tinggi untuk penambahan saham bank rakyat. mula beli dah hampir setahun yang lepas. ncik M dapat tawaran sikit je sama dengan myFIL. mungkin sebab aku ada buat pinjaman kenderaan kot dengan bank rakyat. ada kaitan atau tak aku tak pasti, yang pasti peluang keemasan tidak boleh dilepaskan. :)

sekarang tunggu dividen bagi tahun 2011. bank rakyat belum umum lagi. excited pulak rasa walaupun saham  cinonet hihi. 

isytihar 15% untuk tahun 2010

mengapa bank rakyat boleh beri dividen 15%? 

dividen bank rakyat tahun 2011

sekadar berkongsi kot-kot ada yang dah bosan simpan dalam ASB. :P 






Tuesday, February 28, 2012

[ baby's stuff hunting begin ]

akhirnya, baby shopping time. kira dekat malaysia la, masa di jakarta dah beli sikit. hihi. aku kira lambat kot banding orang lain. nasib baik weekend lepas ncik M cuti kalau tak duduk diam-diam la aku dalam rumah. :D

newborn check list aku ambik sini. aku print dan sama-sama tengok balik dengan kak chik kesayangan mana yang perlu mana yang tak. nasib baik ada kakak pernah bersalin kan. hehe. jadi hari sabtu pepagi aku dan ncik M dah keluar rumah ke motherhood expo 2012 di klcc. selalu aku kalau pergi klcc aku akan park kereta dekat bangunan getah asli bertentangan dengan klcc. cuma rm3.50 per entry untuk weekend. jalan kaki seberang jalan je malas nak buang duit bebanyak kat klcc carpark caj per hour. banyakkan berjalan ye mak buyong. 


ini kira expo kedua aku pergi, sebelum ni 2nd maternity and children expo 2011 di mid valley tapi tak shopping apa pun sebab memang kami dah plan beli kelengkapan baby bila kandungan dah 6bulan ke atas.



di sini aku tak shopping banyak pun tapi habis jugak la rm400++ itu pun dapat berjimat banyak dekat booth pureen. orang cakap berbaloi berbelanja masa warehouse atau clearance sale pureen tapi sebab masa pureen buat clearance sale bulan disember aku baru 4bulan jadi terlalu awal untuk membeli apa-apa. di booth ni pun kira murah dah bagi aku, memang berbaloi sangat-sangat terutama untuk newborn baby.


aku cuma beli beberapa helai baju. kak chik ada pesan beli beberapa baju lengan pendek, beberapa lengan panjang, baju atau mitten booties yang berlubang-lubang hehe. baju-baju rm10 je sepasang. selain tu cuma beli beberapa toiletries, disposable nursing pads, breast milk storage, baby wipes, liquid cleanser, liquid detergent dan satu lagi set tilam. kat booth ni tak semua benda ada. jadi senarai yang takde akan dibeli kemudian. selain tu booth lain aku cuma beli set tanam uri dan set rompers walaupun rompers dekat jakarta lagi murah. *menci*

ohh bag backpack merah yang cun ituuu, diaper bag backpack pertama baby hehe. merah saja mama ni tau. dah lama sangat teringin nak satu yang macam ni. nampak terus cakap 'nak' dekat ncik M hehe. kami beli rm49 sahaja. lepas tu terus rasmikan sebab nak sumbat banyak barang beli. bagus betul!


ncik M cakap seronok bawak bag backpack ni. ok satu yang positif walaupun warna merah. hihi.

dari klcc kami terus ke puchong, my dear warehouse sale. saja cuci mata-mata tengok mana yang berkenan. kami cuma beli beberapa barang baby dan paling aku suka ialah nursing pillow yang sememangnya cun. aku sebenarnya nak warna merah macam tak tahu warna aku kan dah macam takde warna lain hehe tapi sepanjang expo tak jumpa yang berkenan. bantal je pun. hahaha.




my dear jual paling murah setakat aku jumpa. cuma rm50 sahaja. corak aku pilih takde dalam gambar sebab corak baru tapi memang cun sebab warna warni hihi. nampak sangat mama baby yang hover kan. abah baby memang dah penat melayan. :D

my dear warehouse sale sampai 4 mac 2012. so, kalau rasa-rasa nak beli apa-apa nanti kami pergi la. malam masih awal kami sempat singgah jusco equine sekejap sebab semua jusco ada baby fair. tengok-tengok harga rasanya takde yang murah sangat pun jadi pembelian setakat itu je.

program ahad, last minute. aku cakap pada ncik M nak cari storage box untuk barang baby ncik M ajak pergi ikea. bagus gak, boleh mak buyong makan meatballs yang bakal makan lagi setahun hihi sebab bukan selalu teringin nak makan pun.

sekadar mahu berkongsi apa yang aku beli.

 clothes basket. rm19.90
 laundry bag khas untuk baby. rm8.90
baby bath tub. rm19.90 paling murah aku jumpa setakat ini la.

barang utama yang aku nak beli storage box aku cari-cari tak jumpa pulak gambar dia. hehe. tapi kebetulan semua warna putih, comelnyeee. kebetulan la sangat kan. ok sekali lagi memang mama baby yang hover. :P

insyaAllah, next event 3rd maternity and children expo 9-11 mac 2012. pureen booth pun ada nanti. weekend ni nak balik melaka, barang dekat melaka pun macam-macam perlu dibeli. tapi memang seronok shopping barang baby ni, abah baby je yang tak berapa nak seronok. hihi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...