Thursday, October 6, 2011

[ our white living hall ]

sekarang mahu share sepenuh ruang tamu rumah. mana tahu nanti pindah rumah boleh tengok-tengok balik rumah lama. eceh bajet ada rumah baru je. kuarters teres mungkin? berharap! rumah sekarang pun baru setahun. hahaha. dah ada kamera canggih sikit baru boleh tangkap gambar rumah dengan tenang. ngee.


set sofa ikea warna putih akhirnya baru dapat tunjuk gambar hehe. memang banyak barang cap ikea tapi yang murah-murah je mampu. siapa yang ada anak kecik memang menangis la kalau nak pilih putih. aku memang sedia tahu, minggu lepas kak long aku datang bermalam sehari je memang habis sofa aku di kejakan anak buah tapi sebab kami memang nak tema putih jadi kami pilih putih dulu. kalau kotor sikit buka dan basuh. nanti dah ada anak kami tukar sarung merah pulak. tetiba merah kan. haha.

sebelah lappy 2 port aku selalu suft tenet kat rumah. ncik M kat bilik ofis dia. dia jenis tak suka tengok tv ni. jadi aku kalau nak tengok tv tengok sorang-sorang. oh sila abaikan tv aku yang gemuk 2, dah 4 tahun setia ikut aku pindah 3 buah rumah ok tapi masih bagus lagi tak pernah buat masalah. jenama samsung. jadi sebab takde masalah memang takde tv nipis-nipis ni, ncik M pun tak galak tengok tv jadi terima seadanya tv yang ada. hehe.


haaaa nak tunjuk sikit langsir rumah. kebetulan ada dalam kamera. masa baru testing kamera baru. ngee. aku suka corak jalur-jalur ni, kami beli dan tempah dekat nagoya. kami pilih kelabu gelap sebab ruang tamu aku ni mengadap matahari terbenam jadi dari tengahari sampai petang memang cahaya matahari masuk dan rumah jadi panas. seharusnya la kena beli langsir gelap sepenuhnya.

 

meja makan pun taknak kalah. mahu jugak warna putih 2. ngee. meja makan kami beli dekat sri kembangan. kalian nampak tak lantai ruang tamu kami berwrna hijau? mungkin dalam gambar tak nampak sangat. dia punya hijau sampai sekarang tak boleh terima. haha. sebab 2 ruang tamu banyak karpet dan kalau boleh sebesar-besar alam berharap dapat menutup lantai yang kehijauan. haha. 


taraaaaa. kecik molek je ruang tamu+ruang makan. kira ok la untuk kami berdua. hasil perekanya ncik M. aku nyapuk sikit je. rumah kami memang takde gantung apa-apa frame. ikutkan macam-macam benda ada tapi tak tergantung je. yang ada satu je jam tapi membelakang gambar la pulak. hehe. 

syukur sangat dapat rumah ni sebab rumah baru dan dekat dengan ofis cuma senang sesat nak cari rumah. hehe. lagi satu rumah ni betul-betul privacy, tingkap belakang sofa panjang 2 je mengadap tingkap jiran. ampaian dan balkoni mengadap jalan besar, orang tak nampak nya dari tingkat 11. bilik master yang nampak pintu 2 pun mengadap jalan jadi malam-malam buka la sebesar mana pun dapat aircond free. hehe. tapiiiiii siap sedia dengan habuk sebab dekat dengan jalan kan. pilih perabot putih adalah langkah yang bijak. hahaha. walaupun tak dapat menghilangkan sekurangnya tak ketara nampak. :P 

lepas ni kalau bekesempatan aku upload gambar dapur pulak. firstime tengok dapur dia memang buat aku jatuh cinta. sebab apa? nanti aku bagitahu. lagipun nak buat pelepas rindu puan masittah pada dapur sebab kami bekas jiran dulu. 2la siapa suruh pindah jakarta, kalau tak boleh tukar-tukar lauk. :P



4 comments:

MRS. K said...

cantik... suker putih nampak suci gitew..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cantik rumah su :) :)

[s.u.r.i.a] said...

mrs.k : terima kasih. hehe.

ross : rumah kerajaan. tolong hiaskan je. :P

Cik Puan Mimi said...

salam.
nk tny la. meja makan tu beli kt kedai mane eh? cantik la. brape regenye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...