Wednesday, April 14, 2010

[ 3 days 2 go ]

arini seperti biasa. aku akan drive sorang2 balik melaka. rasenya cukup la cuti 2hari 2. macam-macam aku nak buat. aku memang kena minta cuti awal sebab aku tahu kat kampung tak ade sape yang akan buat keja untuk aku. lepas waktu keja aku terus balik, xkuasa nak tunggu lagi. memang dari pagi aku dah malas nak buat keja. keja aku kacau orang je tapi ade gak keja aku jalan, tak kan nak tinggal macam 2 bila orang ganti.

ok. sebelum aku balik melaka aku plan nak singgah pasar malam bangi sebab aku nak ambik tudung tunang aku. aku beli kat pasar tani putrajaya tapi sebab aku nak letak batu sarwosky yang ala-ala bersinar-sinar 2 jumaat lepas. adik penjual tudung 2 dah janji nak bagi balik tudung yang dah siap pada ari selasa iaitu semalam tapi dia lupa. dia suruh aku tunggu ari jumaat. aku nak balik awal kampung mane sempat aku nak ambik. 2yang budak penjual tudung 2 minta aku datang pasar malam kat sebelah shell. aku memang cukup yakin dengan pasar malam yang biasa aku pergi. pasar malam bangi.

nak d jadikan arini ari yang sangat tension buat aku ialah bila aku tiba d tempat kejadian tak ade plak pasar malam arini. musykil nye aku. pasar malam mane yang budak ni maksud kan? sebab sepanjang pengetahuan aku memang tak ade pasar malam lain selain yang ini. aku call budak penjual tudung 2. mula la sesi budak penjual tudung menerangkan pada aku lokasi sebenarnye, pasar malam kajang. kononnye memang aku silap. tapi aku blur. sebab aku memang bukannya tahu sangat pun area bangi@ kajang ni. setakat hentian kajang, warta, tempat-tempat makan yang best memang selalu la aku pergi. ni budak penjual tudung maksudkan kawasan kilang coklat. seyes aku konfius. giler la. selepas lebih kurang 10min stress d henpon aku jadi tension. terus aku menangis. yela dah jam6, jam berapa pulak aku nak gerak balik melaka. aku xbiase balik kampung malam2 keseorangan. aku usaha call ofismate-ofismate yang rase-rase macam tahu tapi hampa. semua tak tahu. memang aku redah je berdasarkan landmark yang budak penjual tudung ni bagi.

kononnye kawasan pkns bangi. aku pusing2 situ. memang tak ade ape. aku drive straight je ke kajang. mane la tahu memang betul pasar malam 2 d kajang. sedikit kecewa sebab jalan terus yang aku sedang lalui memang sangat-sangat la jam nya. time peak hour memang la jam. aku call banyak kali budak penjual tudung ni dengan harapan boleh jumpa. dia cakap d seksyen 9 bangi. aku tekad ambik u-turn sebab aku tahu yang aku dah silap.

rasenye dekat 2jam la aku pusing2 area c2 je. call budak penjual tudung 2 dia pun blur, dia bukan orang c2 katanye. berkuap dah aku duk dalam keta berjam2. tanye orang area c2 pun tunjuk arah salah. kalau x pk pasal tudung tunang 2 memang aku terus je melaka. ok. take 5. singgah petronas. beli air oren untuk menyejukkan badan yang sedia 'panas'. terlanjur 2 aku tanya la budak petronas 2, mana la pasar malam kajang yang orang kajang sendiri xtahu. huh! dia tunjuk arah yang dah dekat pun. jumpa akhirnya. eee punye la mudah. nak salahkan sape la 2?? betul kata orang, kalau sesat tanye orang keja stesen minyak. kenapa la aku terpk dari mula.

ok2. 2jam cari pasar malam. adik 2 kurangkan rm3 je. dah, dah. malas pk dah. nak balik melaka terus. hampir jam10 aku sampai melaka. the end. huh!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...