cerita banyak tapi cerita tanpa gambar jadi tak best. transfer cable kamera aku lupa letak mana, sampai rumah takde masa atau boleh kata takde mood nak hadap laptop jadi cerita tertangguh sebab takde gambar.
ni adalah satu gambar masa majlis nikah adik ipar aku minggu lepas. yang lain-lain aku cuba tepek lainkali. aku cuba hahaha. oh baju dengan tudung aku memang dah sedia ada tak jadi beli, last minute dorang tukar warna tema nikah semata-mata ncik M tanak beli lagi baju melayu. orang lain yang kena beli baju hihi. masa ni aku betul-betul dah 18minggu. perut aku tak berapa nampak sangat dalam gambar ni sedangkan membulat dah pun. :P
hari ini 30 disember 2011. tarikh yang aku takkan lupa sebab hari ni ulangtahun ke2 perkenalan aku dengan ncik M. tahun lepas, masa ni tengah sibuk-sibuk kat rumah siapkan doorgift kawin. hihi. iyee dan esok, 31 disember 2011. bakal jadi ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. sekejap je kan masa berlalu. rasanya sampai sekarang tak pernah lekang lagi dari mulut ncik M cerita dia add aku kat friendster. hihi. *sweet memory*.
bulan november dan disember boleh kira antara bulan-bulan sibuk ncik M la. memang wiken je dia kerja. melihat aku sabar memahami, ncik M janji nak bagi sedikit rewards untuk isteri kesayangan dia ni. salah satunya, honeymoon sebelum bersalin err babymoon mungkin hihi. ncik M suruh aku pikirkan tempat. mula-mula dulu teringin sangat nak ke bali, beria ncik M tanya ofismate dia tapi bila tanya kak emy sayahappyslalu dia cakap sana susah makan. susah pulak baby kesayangan tak cukup makan kag. hahaha. pikir punya pikir aku rasa macam nak ke jakarta. boleh jalan-jalan, lawat tuan masittah dan boleh shopping untuk baby *mood berangan* hahaha. bila aku bagitahu idea pada ncik M, dia cakap bulan januari kita honeymoon dalam negeri je tapi dekat-dekat dan bulan februari baru kami ke jakarta. sebarang perancangan tak boleh lebih 2bulan, takut ncik M kerja kan.
so, airasia's flight already booked early disember hari 2 and comfirm jakarta in february yeahh!! destinasi babymoon already booked too. kali ni kami cari pantai dekat-dekat je. dah lama tak ke pantai. hihi. babymoon cum first anniversary celebration will be next week. kami sengaja tanak pergi minggu ni sebab nak bagi lepas cuti sekolah dan tahun baru dengan harapan lebih tenang dan damai hihi. tak sabar. :D
untuk esok nak buat apa masih takde idea. kami ada satu hari je, ahad ncik M kerja. sob. hehehe.
1 comment:
Sweet.. Happy anniversary..
Post a Comment