Saturday, July 16, 2011

[ penang - part 2 : berjaya penang hotel, penang ]

part 1, 10 hari yang lepas.

harini baru rajin datang mahu upload gambar. dah lama rasanya tak upload gambar banyak-banyak ni. almaklum la sejak takde kamera ni. haha. upload dengan wifi unifi ni memang laju giler. seronok pulak. hehe.

ok. honeymoon pertama kami dulu di colmar tropicale bukit tinggi, pahang ni salah sebuah hotel dibawah berjaya hotel & resorts. sejak 2 pihak berjaya ni selalu la email ncik M bagitahu ada buat promo ke atau senarai hotel dan resorts bawah mereka dan salah satunya ialah berjaya penang hotel, penang.

kriteria hotel yang aku cari. hot spot area samada georgetown atau batu feringgi, selesa paling kurang hotel 3 bintang dan paling paling penting sekali murah. selepas survey punya survey kami sepakat memilih berjaya penang hotel. sebabnya murahh! sama masa honeymoon pertama dulu kami hanya perlu booking secara online 30 hari sebelum check in dan akan dapat 15% diskaun. benda yang sama juga aku buat. aku kan dah dapat tarikh ncik M cuti jadi boleh la booking sebelum 30 hari kan.

harga selepas diskaun termasuk tax untuk 3hari 2 malam cuma rm276.08. tak sampai rm140 pun satu malam. kira ok la harga untuk hotel 4 bintang, hotel lain dekat penang tak dapat. cuma nak bagitahu harga ni tak termasuk breakfast tak sama macam di colmar dulu. tak kisah la nama mahu jalan-jalan cari makan penang kan. ngee.

kedudukan memang strategik sebab dekat dengan bandar. bawah bangunan pulak ada shopping complex kalau mahu cuci-cuci mata. rasanya sebahagian daripada berjaya hotel punya bangunan kot.

ok sila layan gambar hotel je. seronok pulak rasa tetiba. :P


28 tingkat ok patut la aku tengok tinggi je. bilik kami tingkat 25. weehuuu!


nampak tak sling beg ala-ala mulberry alexa 2, aku sukakkkannya. walaupun ala-ala je. :P


walaupun macam kecik je biliknya tapi selesa sangat untuk kami berdua. bukan ada budak kecik pun kan nak berlari-lari. :P


dan ini permandangan dari bilik kami. bandaraya georgetown, penang. boleh nampak bangunan komtar kat hujung 2. jalan terus je tapi ada belok-belok. hihi.

dan tidak lupa juga. puan si penangkap gambar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku memang suka bilik hotel ada cermin besar macam ni. boleh tangkap gambar syok sendiri dengan sendirinya. hahaha. :P

2 comments:

haya said...

wahh.. dh pregnant ke? i folo blog u sbb tgk gmbr weddg cannnnntik sgt! hepi-soon-be-mom, dear!

[k.u.y.a] said...

huwaaaa. nampak macam pregnant ye? :'( rasa macam nak delete pulak gambar last 2. tak la sayang. sob.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...