Wednesday, December 14, 2011

[ the day, i know i'm pregnant ]

aku nak kongsi cerita bagaimana mula-mula aku dapat tahu aku mengandung tapi macam panjang sangat la pulak ceritanya. gigih ni aku ingat balik. haha. seronok nak kongsi. pengalaman masing-masing lain-lain kan.

aku mula tak datang bulan sejak bulan8, aku ingat lagi masa 2 beberapa hari lagi nak raya. sebelum balik raya 2 kan aku sempat balik berbuka puasa kampung melaka. aku ada cakap dengan mak, sejak akhir-akhir ni aku ada sakit-sakit perut dan pinggang. sebenarnya memang dah lama aku sakit-sakit ni tapi aku tak suka ke klinik. pernah sekali ncik M bawak aku ke klinik tapi tengok nama doktor lelaki je aku ajak ncik M balik. hahaha. aku cakap jugak dengan mak yang aku dah seminggu lewat datang bulan tapi pernah ada keluar darah kecoklatan sikit-sikit je jadi aku rasa memang tak la kan. mak cakap mungkin bunting pelanduk. ok aku tak tahu apa maksud bunting pelanduk 2 mak terangkan pun aku tak paham haha. mak suruh beli pregnacy test, aku beli dan hasilnya negatif.

memang sebulan aku tak datang bulan, aku ni jenis datang bulan tak menentu. pernah je awal tahun dulu tak datang sebulan jugak. jadi memang yakin tak mengandung sampai la masuk bulan9, aku masih lewat tapi aku tak pernah ambik peduli pun. aku ada mengadu demam, masa 2 dah seminggu aku lewat datang bulan untuk bulan9 la. terdetik lagi aku mengandung. aku dapat rasa demam aku yang ni lain sikit sebab rasa sesak nafas, sampai muntah walaupun sekali dan berlarutan hingga 3hari. lagipun aku jenis susah demam. tapi kebetulan aku ada baca satu entry dari seorang blogger, hazlyndakushairi terus mematikan apa yang aku rasa.  ncik M ajak spend weekend kat rumah PIL dan ahad masih rasa demam. isnin ncik M tak bagi pergi kerja, dia suruh ambik MC dan minta SIL temankan aku ke klinik.

tarikh 26 september 2011 pertama kali jumpa doktor sebab nak minta MC. rasa dah 2tahun aku tak ambik MC aku suka ambik EL je. tido, makan ubat, tido dan bangun balik nanti demam dah kebah. tapi ni sebab dah lama sangat demam ncik M suruh jugak pergi klinik area rumah PIL. masa jumpa doktor, aku cuma maklum apa yang berlaku pada aku la. demam 3hari, badan seram sejuk, sesak nafas dan berharap doktor akan bagi MC. doktor check suhu badan, anak tekak semua dan sebelum doktor nak bagi sebarang ubat, doktor ada tanya samada aku mengandung atau tidak. dan jawapan aku, belum datang bulan lagi sejak bulan8 dan pernah buat pregnancy test seminggu selepas lewat tapi negatif. 

doktor minta buat pregnancy test sekali lagi. huish berdebar pulak dibuatnya aku. hahaha. aku nak MC je tetiba kena pergi kencing pulak. hahaha. suspen dibuatnya dan doktor cakap ada 2line means aku positif pregnant. masa 2 aku tak tahu apa aku rasa macam tak percaya, macam tengah tengok doktor 2 tipu aku. dah la muka doktor perempuan ni relax je tak macam dalam drama. haha. so my SIL la orang pertama yang tahu aku pregnant dahla dia memang yakin aku pregnant. dia yang excited call kan ncik M suruh aku bagitahu terus. haha. happy sangat masa 2 Tuhan je tahu. :D

betul cakap mak aku, mungkin aku ikut sama macam dia. kakak-kakak aku. anak pertama memang lambat sikit lepas 2 berderet je hahaha. alhamdulillah. positif 2 penting. bukan pregnancy test je perlu positif tapi kena rasa sentiasa positif dengan apa juga yang berlaku sekeliling kita dan apa jua dugaan untuk kita. kadang-kadang 2 mungkin kita akan rasa tetiba down tapi syukur ada orang-orang kesayangan untuk positifkan kita balik. :)

macam-macam nak cerita tapi ibu mengandung ni serba serbi slow sikit. haha. nanti aku gigih lagi ye. 




2 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

gogo ..kna lebih gigih o.k...best jugak nak bace pengalaman orang mengandung ni ...huhuhu :P nak tunggu saya ? lambat lagi lah gamaknya :( :(

ak yuyunz said...

semoga selamat semuanya. fikir yg baik-baik saja ok :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...