dua-dua tempat sama tapi masing-masing outlet letak cheras & balakong hihi.
hari kejadian 2 minggu lepas. tujuan utama melengkapkan checklist, survey infant carrier dan kalau dapat berkenan angkut terus. mula-mula dulu kami plan nak beli baby infant carrier yang boleh attach dengan stroller, boleh buat car seat. kira 3in1 la. semua expo, semua kedai kami singgah asyik survey infant carrier tapi akhirnya kami tak jadi. beli car seat terus. sebab apa? pasal car seat ni entry lain la ye. heeee.
FABULOUS MOM CHERAS
fabulous mom ni ada jual online tapi aku suka pergi kedai tengok sendiri. aku pergi la outlet paling dekat, outlet cheras. aku suka datang sini sebab dekat sangat. tak perlu tol, tak perlu bayar parking. hari-hari datang pun takde hal. hihi.
sekarang fabulous mom buat sale hingga 15 april 2012. tu yang cecepat pergi grap harga diskaun.
auwww apa 2? hihi. nursing bra ni dah berapa kali teringin nak beli. kat expo memang banyak tapi dalam ramai-ramai orang 2 mana nak bertanya, mana nak memilih, mana nak mencuba kan. salesgirl sini memang baik sangat. tak ada orang pulak 2, melayan aku je la.
aku berniat memang nak fully breastfeed baby nanti. semua kelengkapan untuk breastfeed, buat stok EBM aku borong tapi benda paling utama breast pump aku tak ada lagi huhu. masih berharap stok breast pump dari jakarta, 2la salah satu barang utama aku target nak beli dulu. sana murah banyak berbanding sini. kalau sampai sudah tak ada stok memang aku beli sini jela. sob. sob.
ikut hati cooler bag hitam nak beli terus dah. huhu. tapi kena tunggu breast pump dulu jugak.
sini ada ruang selesa menunggu untuk suami. dapat kerusi empuk 2, lama menunggu pun tak apa. tak berdetik bunyi suruh cepat seperti selalu. :P
cloth diaper aku beli dua je. aku tak tahu aku akan gunakan atau tak tapi aku tanya pada ncik M dia suruh beli, dia kata boleh je nak tolong basuh. kita tengok nanti ye. :P
masa ni kami masih survey infant carrier err ncik M je sebenarnya. dia paling rajin buat research hehe. car seat langsung tak pandang. last-last salah satu car seat kedai sini la kami beli. hehe.
lain kali boleh datang sini lagi sebab aku rasa banyak-banyak tempat kami dah pergi kat sini hampir semua barang ada dan harga kira paling murah jugak la. salesgirl juga sangat-sangat membantu. kalau-kalau ada tempat best lain yang aku tak tahu sila-sila share ye. heee.
aku attach map dia sekali.
TWINS BABY
kedai ni sama kawasan fabulous mom, selang row je. kalau dari jalan raya nampak twins baby ni. dah terlanjur dekat kami singgah cuci-cuci mata.
aku perasan memang banyak sangat dorang display barang terutama baby cot ni tapi baby cot memang tak senarai dalam check list kami. kami memang tak plan nak beli selepas mendengar nasihat dari kakak-kakak. baby tak kan tido dalam ni, nanti buat letak barang je. hehe. melainkan betul-betul perlu nanti baru kami beli kemudian.
ncik M masih gigih survey infant carrier with stroller. hehe. sini pun banyak car seat. sama 20% diskaun dengan mana-mana kedai. banyak jugak pilihan tapi disebabkan dorang wrapping plastik semuanya memang kami tak tanya la. masa ni memang tak nak beli car seat kan.
moses basket ni pun macam comel je. kalau kami tak jadi beli infant carrier, ni pilihan lain la tapi berbaloi ke? moses basket? ke baby carrier je? hmmm. masih dipikirin hehe.
last-last kami tak beli apa pun dekat twins baby. hehe. babai.
ini sahaja barang kami beli, semua dari fabulous mom. cloth diaper tak boleh tunjuk nanti kantoi. :P
lepas pergi dua tempat ni sempat lari singgah jusco cheras selatan, kebetulan satu jalan kan. cuci mata tengok infant carrier SCR tapi tak ada stok. bincang punya bincang last-last ncik M berubah fikiran beli car seat je. teringat car seat fabulous mom kami pergi patah balik tapi dah tutup. kemudian aku teringat car seat aku berkenan dekat moms care mid valley, terus kami pecut malam 2 jugak pergi sana tapi tak ada stok pulak. hampa kat situ. hehe. tapi nasib kami baik car seat... eh tadi cakap nak cerita lain. hehe. ok cerita lain entry. hari ni dah cukup panjang. :D