smlm aku ke alamanda, menghabiskn mase berjam2 d MPH. mencari2 buku utk mengisi mase terluang aku. akhirnye aku sambar 2 buah buku & sebuah novel cinta. kitab cinta yusuf & zulaikha oleh penulis indonesia taufiqurrahman al-azizy. novel ni best lain dr yg lain.
sedikit sinopsis ~Rintihan Zulaikha merobek angkasa malam. cinta dan kerinduannya kepada Yusuf semakin mendalam. inilah kitab cinta seorg wanita muslimah kepada Yusuf-seorang pemuda muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. mungkinkah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf,sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikian berliku? cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama api kecemburuan, iri hati, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. sangat menguji imam..inilah novel spritual cinta & iman berlandaskan kisah Al-Quran yg telah dieksporasi ke dlm kehidupan, pengalaman & perilaku umat kontemporeri.
beberapa part dlm novel ni yg seronok utk aku kongsi kn :
part monolong Zulaikha ~
"mengerti la kau Yusuf, aku hanya seorang gadis. seorang gadis yg tiba2 memiliki perasaan aneh terhadapmu tatkala melihatmu buat pertama kalinya pd malam itu. jantungku sentisa berdegup kencang tatkala mendengar suaramu apatah lg bila menatap wajahmu. dengan melihat senyummu shj membuatkan diri ini seperti lemah dan lemas."
part luahan Zulaikha melalui surat ~
"aku xmampu lagi Yusuf.. aku benar2 mencintaimu, aku benar2 jatuh cinta denganmu. inilah buat pertama kalinya aku merasakan cinta. Oh, betapa memalukan kerana kau berani membuat pengakuan itu. engkau mungkin akan berkata 'zaman skarang terlalu banyak gadis yg menyatakan cinta mereka kpd lelaki', ah..dunia sudah terbalik, sepatutnya lelaki yg meluahkan dahulu sepatutnya, kumbang yg mendekati bunga, bukan bunga yg menawarkan utk dihisap madunya. ttapi, walau apa juga yg kau katakan. aku tetap menerimanya. baik buruk perkataan mu adalah yg baik utk diriku. jika engkau menolak perasaan ini, aku tetap bahagia kerana telah meluahknya."
part nasihat dari kawan baik Yusuf, Umar ~
"Suf.. sudah 3 kali dia menulis dan dia sangat berharap bahawa kau akan mebalasnya. mungkin kau masih tidak mengerti tentang perasaan seorang gadis, apabila dia berani mengungkapkan cintanya kpd lelaki yg dicintainya maka perasaan itu adalah suci, bahasanya adalah bahasa hati. nyata Zulaikha amat mengharap balasan darimu. atas nama perasaan kau balaslah.."
part nasihat dari ayah Yusuf, Ya'kub ~
"memang cinta biasanya membelenggu jiwa, keindahannya pasti membuatkan manusia leka & lena. tp, anakku cinta adalah perasaan, dan perasaan itu adalah fitrah. setiap insan akan dikurniakan perasaan ini. kau tidak dapat lari dari cinta, mungkin hari ini kau menolaknya, esok lusa kau akan mengejarnya."
surat yg d tulis Yusuf kpd Zulaikha ~
Zulaikha, pengetahuan tentang cinta hanya terdiri dr 4 kata. pertama, Allah menakdirkan bahawa setiap manusia itu berpasang-pasangan dan saling cinta mencintai. kedua, lelaki & perempuan itu merupakan asas kpd rumahtangga itu sendiri. ketiga, cinta adalah suci kerana ia hadir dari Yang Maha Esa. keempat, cinta d tanamkn dalam diri setiap makhluk agar mereka menjadi suci dan terjalin kehidupan berumahtangga.
part nasihat dr kawan baik Yusuf, Umar ~
"sudah jelas sekarang, sahabatku, mana satu gadis yg sesuai utk kau cintai, mana gadis yg mulia dan mana gadis yg berhati suci dan mana yg d penuhi nafsu semata-mata. sudah jelas bahawa Zulaikha lah yg wajar kau pilih. cintanya kpd mu bukan seperti cinta Atikah. Zulaikha menjaga cintanya dgn martabat, dan tidak mudah tunduk kpd lelaki. masih ingatkah engkau bahawa demi menjaga kemulian dan kedudukannya sbagai wanita, dia tidak mahu mengunjungi rumahmu? dan setelah hatinya dipenuhi cinta kepadamu, barulah dia memberanikan diri menulis surat untukmu."
part nasihat dr Ustaz Oqbal kerana kesedihan Zulaikha ~
"pertama, adalah harapan dan doa kpd Allah s.w.t. ketika aku merindui mereka, aku selalu teringkatkan Tuhan. Aku selalu bermohon kpdNya agar DIA menguatkan jiwaku, memberikan ku jalan yg terang. aku pasrah dan redha, ku serahkan jiwaku hanya kpdNya. aku yakin terhadap takdir dan ketentuannya. semakin kita bermohon kpd Allah, semakin dekat pertolonganNya kpd kita. semakin kita mencintaiNya. semakin besar rasa cinta manusia kpd kita. bila kita sentiasa mengingatinyaNya maka suda tentu dia akan turut sama mengingati diri kita."
part Ustaz Oqbal merungkai persoalan ayah Zulaikha, Pak Ashin~
'apakah Zulaikha berdosa merindui @ mencintai pemuda yg tiada hubungan dengannya..?'
"perbuatan itu bukan zina. sebab, apa salahnya kerinduan? zina dan bukan zina itu merupakan hukum syariah, ttapi bagaimana syariah itu memandang persoalan perasaan seseorang? Rasulullah pernah bersabda bahawa ketika seorang lelaki melihat seorang perempuan yg bukan mahramnya lalu muncul hasrat atau gelojak dlm dirinya, maka pesan Rasulullah, agar dia kembali kpd isterinya. apa maksudnya itu? maksudnya, erti cinta, rindu dan kasih sayang kpd pasangan bukan mahramnya adalah fitrah. bila syariah menghakimi fitrah, itu sama ertinya menentang hukum Tuhan. jd, syariah hanya boleh mengingati seseorang agar berhati2. syariah tidak boleh menghapuskan perasaan melainkan membataskan dan mengarahkan perasaan itu agar sesuai dgn landasan agama & kehendakNya."
part Ustaz Oqbal merungkai persoalan Zulaikha ~
"saya takut, saya tidak boleh membezakan yg mana Tuhan dan yg mana Yusuf. saya takut menyekutukan cinta saya kpd Allah dgn cinta Yusuf. saya rindu untuk dbelai dgn kasih Allah ttapi hati saya penuh kerinduan dgn cinta Yusuf. Adakah saya sudah menjadi manusia musyrik Ustaz? tolonglah saya, demi Allah saya tidak mampu untuk memilih satu antara cinta dan kerinduan ini. rindu saya kpd Allah seiring dgn rindu saya kpd Yusuf. bagaimana ini Ustaz?
"ketika Majnun mencium dinding rumah Laila, ia tidak dsebut sbagai menyekutukan Allah. Dia mencium dinding itu kerana kecintaannya ada d sebalik dinding itu. ketika seorang wanita sedang mendakap pakaian suaminya yg telah meninggalkannya dengan linangan air mata ia tidak langsung d panggil sebagai syirik. sedangkan ia hanya satu perlakuan yg dtunjukkn. begitu juga dengan rasa cinta kerinduanmu kpd Yusuf. engkau tidak menyekutukan Allah dengan cara itu. sebaliknya melalui cinta dan rindumu pd Yusuf menjadikan kerinduanmu kpd Allah semakin bertambah, tidak berkurang sedikit pn. itu menunjukkan bahawa kamu sudah melakukn perkara yg sebaik2nya dlm agama. ttapi, kamu harus waspada dan berhati2. walaupun d tengah2 kerinduan itu muncul kemuliaan kerana kamu tetap merindukan Allah, dan saya khuatir ketika kerinduan kamu semakin memuncak kpd Yusuf itu, kamu mampu menutup kerinduanmu kpd Allah. jgn sampai kamu tertelan oleh cinta dan kerinduan itu sedimikian rupa. sehingga kamu lena terhadap Tuhanmu yg satu. jgn sampai perkara itu berlaku."
rasenye cukup sampai part c2 jela. kag jd 1 novel plak aku taip. jalan cerita, olahan cerita, watak, mainan tempat. semua nye menarik bg aku. lebih2 lg part klimaks cite ni mmg mendebarkan. sampai aku berhenti jap sbb kesian kn Yusuf, takut nk terus membace hehe. cuma bila part penghabisan cite je xbape besh sbb pendek sgt. xde sesi jiwang2 antara Yusuf & Zulaikha. gatai!! hehe. acah je la. ade novel lain, aku xshare lg eh. ^_^
:: rajin betul aku menaip balik tp rasenye berbaloi ::