Wednesday, December 30, 2009

[ kisah unik kami kini setahun ]

bismillah. hari ini adalah genap setahun aku mengenali ncik M. kami bukan 1 ofis, bukan kenalan kawan2. kami berkenalan melalui friendster. 30 disember 2008 adalah hari pertama ncik M bagi msg perkenalan pada aku. masa 2 hati aku dah terusik, boleh tahan gak mamat sorang ni. sedang kan 2 gambar lama dia. biasa la perempuan, dah kenal melalui social network ni tgk muka dulu la. hehe. hakikat ok. macam xboleh percaya kan kenalan macam ni? awal2 perkenalan je kami berhubung hanya melalui msg d friendster. bukan hari2. rindu tau menanti msg dari dia. cewah. :P

pertengahan bulan 1, kami kemudian beralih chat melalui email ofis. boleh bayangkan kami berhubung hanya melalui email ofis sebab dia keja pun xmenentu shift. 2pn jarang juga la sebab bila dia shift dia 4hari keja, 4hari cuti. bayangkan la klau dia keja 2hari pada hujung minggu, maknanya 2hari jela hari keja aku. 2jela masa kami nak tanya diri masing2 sihat ke x, keja ok ke x, wat ape hari2. komitmen keja dia lebih lagi dari aku, jadi dia sangat sibuk masa keja. sehari paling banyak hanya 15 email je dari dia. xcukup tau, rindu lagi. huhu.

bulan 4, bila aku suarakan nak beli laptop, dia ajak sama2 survey. tapi aku betul2 segan nak jumpa dia. aku xtahu kenapa. aku cuma katakan yang aku wat keputusan nak laptop macam dia. rase macam dah berkenan. last2, dia sekadar tolong survey kan je. dia bagi alamat kedai, map semua. aku sekadar g kedai 2 untuk beli. macam pelik kan?hehe.

bulan 6, pada tarikh 17hb dia hantar nombor hp dia melalui msg friendster sebab kami plan nak berjumpa tengahari 2 d alamanda. yela, xkan nak msg2 pakai friendster lg kn. huhu. tapi akhirnye kami xjadi juga berjumpa. dia ade hal masa 2. sejak dari 2 aku pun xsebut2 pasal nak jumpa ke. walaupun tempat kerja dia dekat je, cyberjaya. ke 2 taktik dia nak dapatkan nombor aku? lama betul baru dia minta. hehe. sejak 2 juga kami mula sms tp jarang2. bertambah unik nya kisah kami ni. walaupun dia dah dah ade nombor hp aku, kami hanya berhubung melalui sms. dia xpernah call aku, aku pun xpernah nak call dia. sampai la tarikh aku taip entri ni. aku xnak mulakan dulu. aku nak dia selesa dengan perhubungan kami. aku hanya ikut rentak dia. sejak2 aku ade laptop sendiri jugak la kami kerap berhubung melalui ym. yela dia keja xmenentu shift. jadi klau dia cuti memang dia jarang menghubungi aku. klau dia keja mlm baru dia akan bagi tahu dia online ym. aku memang xpernah minta dia online ym untuk temankan aku.

bulan 7, aku ada mengenali seseorang. itu pun hanya melalui hp. aku seboleh2nya xnak jumpa ncik A ni. aku macam xnak buka hati aku pada siapa2 sebab hati aku pada ncik M. aku hampir2 mengalah. admirer kan ncik M rase mcm xberpenghujung. aku rasa macam buai perasaan sorang2. lara hati xsiapa tahu. huhu. aku berjumpa ncik A pun tanpa dirancang tapi mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu agar aku kuatkan hati aku dengan ncik M. sejak bulan 8 aku dah xberhubung langsung dengan ncik A lagi.

bulan 8, pada tarikh birthday aku. ncik M sekadar wish melalui sms. 2pun dah hampir petang. mula2 2 terasa gak tapi bila pikir2 balik, sekurang2nya dia ingat.

bulan 9, bulan ni kami makin rapat. lebih2 lagi semasa bulan Ramadhan. ncik M makin kerap sms aku. aku just follow the flow. dia mula rancak bertanya kan soalan2 peribadi.

bulan 11, dia maklumkan hampir setengah bulan dia akan ada training tapi masih keja seperti biasa. kira nya training 2 dah curi hari2 cuti dia. masa ni dia suarakan niat dia nak jumpa aku lepas abis training. berbunga2 je rasa tapi jiwa kacau gak sebab dia sangat2 cbuk. rindu lagi. huhu.

aku jenis suka simpan kenangan dengan dia. aku xtahu la aku ni macam orang lain ke x. setiap sms2, email2 & chat ym dengan dia semua aku simpan. aku rasa macam benda tu terlalu berharga untuk aku buang. bayangkan dari hujung tahun 2008 sampai la sekarang. kami berkongsi cerita pasal keja, keluarga, isu semasa, impian, dan macam2 la. ikut hati macam nak copy&paste semua je tapi melampau la plak. hahaha. cuma aku sedih sebab acc friendster d hack oleh makhluk Tuhan 2. banyak kenangan aku dalam 2. first msg dia. huhu. kalau aku rindukan dia, aku akan baca balik semua2 2. kalau dari email ofis, aku siap print ubat rindu kat umah nanti. huhu. bila sekarang kalau aku baca2 balik baru aku perasan walaupun hanya melalui email, dia dah tunjukkan rasa ambik berat dia. ia hanya email. ianya xbersuara, xnampak perbuatan tapi aku yakin dengan hati aku. aku yakin dengan dia. malam tadi dia baru bagi tahu yang sebenarnya dia pun ade buat folder khas email2 aku 2. aku sungguh terharu. huhu.

pada entri 'tumbuh bunga dalam hati', buat kali pertama dia menyatakan perkataan sayang kat aku. rasanya Tuhan je tahu. pada entri '10bulan 22hari', buat pertama kali dia cakap dia rindu kat aku. macam berada d awan-awangan. hehe. bahagia sangat2 aku rasa sebab lama tau aku tunggu. huhu. last but least, entri 'dua puluh tujuh.disember.kosong sembilan' adalah tarikh kami berjumpa wat pertama kalinya. setelah hampir setahun woo. huhu. aku xtahu la, walaupun dari segi fizikal dia bukan la ciri2 lelaki idaman aku tapi aku boleh terima dia seadanya dan aku yakin dia adalah calon pasangan yang terbaik. aku memilih pasangan bukan untuk hidup sehari dua tapi untuk hidup sehingga akhir hayat. dia tetap sempurna pada mata aku. kini, aku cuba memerlihara perhubungan kami. kalau memang dah tertulis jodoh kami bersama aku bersyukur dengan ketentuan Tuhan. doakan aku bahagia ye. amin.


:: panjang plak entri ni kan?mm.. ^_^ ::

5 comments:

Mimie Haszmiza said...

sue kadang2 kite tak pernah sangka yg ade di depan mata itulah yg terbaik..sedang kita sibuk mengejar yg lain. walaupun jarang2 berjumpa tapi at least dia tetap ambik berat pasal awak. go for it dear. best of luck to u...
haihhhh 2010 makan nasi minyak le jawabnye..

p/s : happy tgk kawan2 lain happy. ye lah utk kite yg single ni itu je lah impian kita nak cari pasangan hidup selain drpd kerja kan..

[k.u.y.a] said...

thanks mie. kata2 awk 2 doa wat sy. melalui blog sekurang2nya ada org lain akan turut doa utk kita. kebetulan kita sama2 sedang baru membina hubungan. kita sama2 saling memahami keadaan masing2. glad 2be fren wit u. dalam doa sy, xpenah sy lupakan kwn2. ape2pn dengan izin DIA juga. ^_^

Miss Layaleya said...

Speechless lg.. Hepy 4U sue.. Benda2 yg sweet cam ni la yg buat kita x leh lupa pd seseorg.. Hmmm.. tetiba aku berada diawangan~*

Thanks God coz giv My Frenz d Happiness~*

Can't wait 4 d Ending.. I'm Blushing~*

[k.u.y.a] said...

syukur tak terhingga ya. su arap ending crita kami ni berakhir bahagia. masing2 nak bahagia kan. xboleh d bayangkan jika ia berlaku sebalik. huhu.

Miss Layaleya said...

I'll pray for u..

Dh selalu sgt sedey2 ni, maybe ni la bahagia yg dicari..

Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...