Thursday, January 27, 2011

[ pelamin moden merah hitam putih dari melaka ]


wow tajuk entry ! bajet pasni ada orang melaka akan gugel terus jumpa la. haha. untuk makluman, penulis tidak sihat. tiada pembawakan budak ye. pembawakan makanan ada. :P

ok. dari entry lepas aku, aku pilih salima. memang aku tidak memilih pakej kawin lengkap dari butik pengantin yang aku booking. ala butik pengantin yang sama untuk majlis tunang aku. nak jadi kes aku ni makin merugikan dan last minute secara tidak sengaja terberkenan dengan baju lain, butik pengantin lain pulak 2. di ulang sekali lagi TIDAK SENGAJA TERBERKENAN. haha. macam-macam betul aku ni. di sebabkan aku tak nak rugi deposit yang aku dah bayar, aku teruskan juga walaupun deposit seratus je pun. duit gak 2. :P


aku akui, butik pengantin ni pelamin dia memang cantik sebab anak tokei butik ni memang kreatif. susah nak jumpa butik di melaka dengan pelamin design moden. sangat-sangat susah untuk aku. tunjuk gambar je dia boleh realisasikan tapi lingkungan kemampuan la. bukan mahal melampau ke walaupun pelamin paling besar dalam sejarah dalam family aku. haha.


kalau nak kira, ni sahaja pelamin aku sebab belah lelaki takde pelamin dan sebolehnya yang sangat sangat puas hati. bukan pelamin gah sangat pun. bukan pakai bunga segar, kerusi besar ke apa. biasa-biasa sudah asal cantik pada mata. kan.

ni hasil nya. :)


tema merah. hitam. putih. 2la warna yang aku nak. yang penting latar belakang nak warna putih sebab baju aku kan warna merah so haruslah nampak aku. ;P

ni dari sudut gambar dari OP, gambalawa.com.


menariknya. kebetulan frame cermin warna hitam yang dorang letak pada pelamin sama dengan hiasan dinding bilik pengantin aku. frame dari ikea. bilik pengantin air tangan pengantin tau, cewahh. kasi credit la kan. kebetulan pulak 2. mungkin orang tak berapa perasan pun. :P


ok. satu lagi gambar dari OP. cantik sebab kami ada. ngee. :P



credit pelamin : artistic house(bertentangan dengan masjid bukit katil)

4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cantik btol pelamin Cik su ...Ringkas tapi menarik tertarik memang debomm...hihihihi :P

[k.u.y.a] said...

thanks cik ross. tak sabar tunggu cik ross pulak. :P

Anonymous said...

salam...nk tnya pelamin merah putih tu kt mn yek kdainye...blh bg cntact number kdai tu dan blh tau x brp hrga sewa pelamin tu..very nice...i like it... ;)

[k.u.y.a] said...

kedainya di taman iks bukit katil, bertentangan dengan masjid bukit katil. nama kedai artistic house. harga lain-lain depends pada jenis pelamin kita. apa-apa boleh call kak salina - 0123574286.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...