ni la feberet show yang berakhir semalam. orang yang mula2 mempengaruhi aku sehingga setiap hari selasa dari jam 8-11malam aku terpaku depan tv ialah kak chik. sebab aku kerap lepak rumah dia jadi secara langsung aku mula terjebak dengan aktiviti feberet mereka. hampir setiap hari selasa juga la aku akan tido umah dia sampai berjangkit ke hari khamis. dia akan pastikan aku datang umah dia. alasannya, lebih meriah kalau ramai2. ok2 aku terima alasan dia. bak kata abg rafiq pada marissa, 'mama nak bergosip dengan mak uteh'. hehehe. kadang2 2 kerana dah terlanjur mencintai eh eh silap terlanjur g umah dia. aku perangkut sekali bakul baju dengan niat suci nya nak suruh mesin basuh dia je yang basuh. bagus betul adik sorang ni kan? nampak dek marissa buat malu je. hehe. sekurang2nya aku boleh mengurangkan baju pada ampaian umah sewa. xde la berebut2. huhu.
tv show ni pun berakhir dengan pemenang yang sudah aku jangka. melihat mereka ni menari rasa macam patung berputar je. cantik sungguh. memang penari sehati berdansa yang dapat markah 100% pun jauh ketinggalan la. hehe. minggu depan akan mula season baru. patutkah aku meneruskan sokongan? sudah semestinya. hehehe. :P
:: lebih kerap ngadap lappy dari tv. ::
No comments:
Post a Comment