Friday, March 25, 2011

[ hantaran tema merah putih ]

malas. sibuk. 2je alasan tak update apa-apa.

selalu tengahari jumaat aku balik rumah lunch sama dengan ncik M. tapi harini malas. biar dia balik sorang. petang kag nak jumpa lagi, biar rindu ni lama-lama sikit. ngadee. :P

harini langsaikan hutang pasal hantaran. ni pun otak dah blur. sebab dah lama sangat. hahaha. dulu masa majlis tunang aku dah guna kayu putih yang aku suka 2. masih simpan elok dalam bilik di rumah mertua. agak-agak kalau sewa ada orang nak tak? :P

untuk majlis kawin pulak tema merah putih. sekali lagi hasil tangan abang ipar aku. :)



ni salah satu hantaran aku pada ncik M. malas nak tepek banyak-banyak. ni nak bagi contoh je. aku bagi ncik M 9 dulang. set pakaian, wangian, kasut, briefcase, sejadah&kain pelikat, sirih junjung, buah-buahan, kek fondant & pulut kuning. memang kali ni betul-betul simple. simple asal kena tema dan paling penting murahhhh. malas aku nak abis duit kat deko hantaran lagi. semua guna bahan palsu takde fresh flower. sekejap je siap. setakat lilit pinggan dengan manik, gubah-gubah bunga letak dalam pinggan, letak barang hantaran & siapp!!

anda tidak silap baca. memang aku guna pinggan buat tapak hantaran. kasut ncik M muat-muat pinggan. penat cari pinggan besar warna putih tau. heee. :P

pandangan lebih jelas untuk melihat kebesaran pinggan. alas kertas minyak dibawah pulut kuning ni. nasib baik muat pinggan pulut kuning aku tempah. heee.

semua bahan deko aku beli di nilai 3 je termasuk pinggan. pinggan ni harga dia rm5 je siap satu. kedai aku lupa tapi kedai jual pinggan mangkuk jela. ni pinggan melamine kot. ada aku jumpa pinggan sebesar ni tapi tanah liat so berat la. pinggan ni lebih ringgan dan murahhh. jimat duit aku. masih boleh guna polisterin untuk jimat tapi kalau nak lain sikit boleh guna benda lain jugak. terpulang. :)



psst : jangan risau, kalau datang rumah aku. aku tak la guna balik pinggan-pinggan ni buat makan. :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...