sudah balik kursus.
kerinduan pada belog selepas tidak menjengah beberapa hari tapi masih tidak boleh mengatasi kerinduan selama 2 hari pada suami tersayang. hihi. :P
tasik dayang bunting, langkawi. ni kursus ke holiday? hihi. ambik flight awal semata-mata nak pergi island hopping. seronok ! dah pergi tasik dayang bunting dengan harapan cepat-cepat ....... . sila isi sendiri tempat kosong. hahaha. baju mengandung dah banyak dah ni aku beli, nak tunggu pakai je. :P
alhamdullillah, mungkin Tuhan belum nak bagi rezeki anak tapi Tuhan bagi rezeki lain. semalam aku ambik cuti balik melaka sebab ada sedikit urusan. semalam Tuhan permudahkan apa yang kami rancang dan usaha selama ni, akhirnya dapat. semalam jugak aku genap 5tahun berkerja. syukur dengan segala nikmat Tuhan yang tiada belah bagi. :)
mm tiba-tiba teringat penceramah kursus, puan murshidah. dia ada cakap, kalau kita rasa sedih atau down kita ambik buku kecil dan senaraikan apa sahaja rezeki kita dapat, kejayaan kita atau perkara-perkara yang mengembirakan kita. kita baca selalu. betapa banyak rezeki yang DIA dah bagi dan macamana pun keadaan kita, kita sepatutnya bersyukur.
k, nanti update lagi.