Friday, October 7, 2011

[ bajet 2012 - my opinion ]

UCAPAN BAJET BAGI TAHUN 2012. sila klik untuk baca teks lengkap. :D

seperti dalam berita tadi, habuan untuk pejawat awam paling besar. rasanya paling besar setakat aku kerja gomen ni. alhamdulillah rezeki Allah 2, kami pinjam je. hehe.

aku perasan dekat fb tadi pun ramai orang komen macam-macam pasal bajet tahun depan ni, aku hanya sebagai pemerhati bebas je. orang gomen dapat bonus la, naik gaji la tapi tetap kerja main-main, tak produktif la. kononnya 2jela harapan orang gomen ni. hish-hish tak baiknya. siapa-siapa jadi pekerja pun nak dapat bonus dan naik gaji kan. mentang-mentang orang gomen punya bonus umum dalam tv lepas 2 nak bantai orang gomen pulak. cuba pekerja selain gomen punya bonus pun umum dalam tv, menangis agaknya kita orang ni tengok bonus bulan-bulan. walaupun mungkin bukan semua. 

lepas 2 cakap, kami ni orang gomen suka makan gaji buta sedangkan orang-orang selain pekerja gomen ni yang bayar gaji kami. bahasa lain, duit rakyat. hish-hishhh lagi la tak baik. rasa-rasanya kami sebagai gomen jugak membantu membayar gaji orang selain pekerja gomen ni. macam contoh, kami guna hotel ke, flight ke, bayar bil air, bil elektrik, bagi tender pada kontraktor buat sekolah, bagi tender buat sistem web ke dengan bayaran jumlah yang agak besar. jadi duit-duit 2 pusing-pusing antara gomen dengan bukan gomen jugak. baru boleh nak jana ekonomi negara. mungkin perkataan 'makan gaji buta' wujud sebab presepsi masyarakat sedia ada tapi percaya la bukan kesemuanya. nama pun orang gomen kan, seharusnya integriti lagi tinggi.

mungkin untuk bajet ni kita tak patut terlalu fokus pada bonus atau naik gaji yang orang gomen dapat. gaji kami orang gomen ni memang dibayar dari duit rakyat tapi sedikit peratus je. lebih baik kita fokus peruntukan bajet untuk pendidikan ke, infrastruktur ke, kesihatan ke, baru kita nampak kerajaan ni prihatin atau tidak dalam menguruskan duit rakyat 2 secara betul.

ncik M suami sendiri pun kerja bukan gomen jugak. jadi boleh tahu perasaan ketidakpuashati yang lahir dari hati pekerja bukan gomen. bulan-bulan kena cukai, kena potong gaji mestilah berharap duit 2 digunakan sebetulnya. bukan beli cincin juta-juta. opsss! satu je ayat aku boleh buat pujuk, 'duit cukai gaji abang bayar gaji su. terima kasih'. hehehe. 

ncik M kerja malam boleh la aku nak merepek-merepek malam-malam ni. hahaha. 

ok. bai. nak tido. :D



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...