Tuesday, January 17, 2012

[ salah satu nikmat perlu di syukuri ]

betul orang cakap apa saja yang berlaku dalam hidup kita ni ada hikmah tersendiri. 

satu contoh. bagi aku ada hikmah aku bertukar bos dan ofis walaupun sayangkan ofis lama. kebetulan naik-naik cuti kawin terus dengan bos baru. tapi rasanya sekarang lebih tenang, tempat kerja tak stress langsung samada dari bos atau kawan sekerja. kerja jadi PA ni mana-mana kerja sama je samada sibuk atau tidak dan bos ok atau ko. ofis lama aku dapat belajar macam-macam tapi sibuk yang amat, lebih-lebih lagi ofis besar dan staf pun ramai. tahu la bila dah ramai orang macam-macam la perangai yang kadang-kadang memang banyak sangat tekanan. elok sangatkan ofis baru takde sebarang tekanan, ditakdirkan aku ada rezeki mengandung jadi sangat-sangat bagus untuk baby. :) 

syukur dengan apa yang aku ada sekarang. aku dikategori bertuah sebab setakat ni dapat bos-bos baik aje. tak perlu bos tabur duit atas kita pun tapi sekurang-kurangnya memahami dan cukup baik dengan kita. aku nak ke klinik check up ke, tetiba EL ke, nampak aku macam letih sikit pun dia suruh rehat, kadang-kadang print minit mesyuarat pun dia tak kisah print sendiri.  aku pun bukan suka nak ambik kesempatan dengan kebaikan bos. bos sekarang pun mungkin sambung lagi umur bersara dia. lega sikit hati, rasa-rasanya dia pun takkan bertukar tempat lain. berharap la supaya nanti senang bila baby dah keluar lagi macam-macam hal kan. kalau ditakdirkan dapat bos garang pun tunggu la anak dah besar sikit hahaha. :P

saje nak membebel petang-petang ni. dah lama tak cerita pasal kerja. nak update cerita bergambar takde pulak gambar heee.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...