Sunday, January 30, 2011

[ my diy : bunga kendarat, wedding gift & etc ]


masih mood perantin baru ye. belum sebulan lagi kan. jadi entry pasal kawin banyak lagi. haha. bukan selalu jadi perantin. seronok mau berkongsi, kalau boleh semuanya. haha. selain mau dikenang sementara ingat. mana tahu ada yang boleh di gunapakai. tak gitu? :P

masa majlis, ada juga yang aku buat sendiri tau. ada juga air tangan pengantin. ngeee. selain bilik pengantin, tunggu la ada gambar lengkap dari OP untuk aku kongsi sebab aku lupa nak tangkap gambar. almaklum la kamera rusak kan. :(

ni sebahagian yang boleh aku kongsi.

bunga kendarat

credit pic : henpon sony aku yang sudah berusia 4tahun. seperti tertera, tarikh 27 disember 2010 jam 9.37 pagi. gigihkan aku? hihihi.


eh eh tengok-tengok ni tahu ke apa benda dalam gambar ni? hihihi.ni sebenarnya bunga untuk kendarat.

kendarat 2 apa pulak?
kendarat 2 sekumpulan orang yang bertugas untuk memastikan tetamu dilayan semasa majlis kenduri berlangsung. kemas pinggan cawan ke, tambah lauk ke, bagi gift@ bunga telur & etc. selalunya tuan rumah akan sediakan bunga kendarat untuk senang pengecaman kumpulan kendarat. hihi.

selalunya orang akan gubah bunga dengan duit tapi aku mengubah kerongsang dengan duit. sudah semestinya pemilihan kerongsang berwarna merah ye supaya sedondon dengan tema. ngee. aku pun lupa macamana aku boleh dapat idea ni. aku lebih suka idea ni sebab sekurang-kurangnya kerongsang 2 masih boleh digunakan. kira 2in1 la kan. :)

lagipun orang kampung aku ni, kalau tahu duit hantaran besar kemudian duit bunga kendarat cuma dapat singgit belakang mula la berbunyik. terukkan? macam tuan rumah tak bayar upah kendarat. kononnya letak kerongsang ni dengan harapan ada berbunga dalam hati. :P

kos bunga kendarat : kerongsang + duit = rm3


wedding gift

credit pic : kamera bangah.


ni la wedding gift aku, cuma untuk vip & vvip sahaja. :P

dan cuma vvip je yang dapat tas kecil cumel anna sui siap bling bling 2. hehe. vvip ialah rombongan lelaki dan family aku. aku suka sangat tas kecil ni, muat henpon aku. haha. disebabkan aku dan ncik M cukup berkenan masa jalan-jalan cari wedding gift dulu aku rempat la sikit, 75buah tas tangan yang semuanya berlainan corak. seronok giler aku belek, rambang mata dibuatnya. memang untuk kumpulan kecil je. kumpulan besar tak mampu la pulak. aku beli ni di plaza GM, chow kit. :)

then, no paper bag sebab mau jimat. ngee. aku cuma guna white kraft paper dan isi makanan dalam 2.

ni la makanannya. kuih bakar berempah tapi gambar ni aku dapat dari pakcik gugel sebab takde ambik gambar. cuma nak bagi tahu kuih bakar aku lagi gebu. satu lagi bekas wajik. 2 doorgift untuk orang kampung tapi mak suruh masukkan sekali.

memang aku nak bagi makanan je. senang. masuk kuih dalam plastik baru masuk dalam kraft paper. aku dah siap-siapkan awal-awal tampal tagging, reben kemudian orang lain tolong masukkan kuih je dan stapler.

kos wedding gift kecuali tas cumel:
kraft paper + tagging + reben + kuih

rm0.02 + rm0 (print jangan tanya di mana) + rm0 (balance buat hantaran) + rm1.50
= rm 1.52


terus terang bukan senang orang lain nak terima kelainan. terutama bila aku guna kraft paper sebab tak ikut kebiasaan dengan menggunakan paper bag. siap ada makcik 2 tegur aku, aku pun selamba je menjawab 'yang penting isi dalam bukan luar'. masa 2 aku rasa hati dah panas betul kot. haha. kebetulan dapat idea untuk guna kraft paper yang lebih menjimatkan. bukan jimat sikit tapi banyak. ncik M pun puji cantik dan kreatif. 2sen je, orang buang pun aku senang hati. :P

cuma niat nak berjimat pada benda yang boleh dijimatkan. :)




3 comments:

syu_hada said...

idea yg menarik...jimat pun jimat..hehehehe..suke!!!

Fiza Mohamad Nor said...

hi awk, kt mn ye nk cari craft paper murah camtu?

[k.u.y.a] said...

syuhada : menarik tapi jimat. jimat 2 yang penting.

fiza : awak boleh order di MarryMe. boleh cari di facebook. dia boleh hantar by hand lagi. :)

http://www.facebook.com/album.php?aid=184866&id=266056254201#!/photo.php?fbid=266115814201&set=a.266113574201.184866.266056254201&theater

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...