kajian menunjukkan dengan menulis di blog dan bentuk penulisan yang lain merupakan satu cara yang baik melepaskan rasa tekanan. blog bantu cegah tekanan emosi - KOSMO, 22 Februari 2012
ok disebabkan check up baby semalam ada stress sikit so aku nak update dalam belog sebab ibu mengandung tak elok stress-stress kan. :D
22 februari 2012.
ditemani ncik M sampai ke klinik jam 830 pagi dapat nombor giliran ke 8. macam biasa kami terus breakfast dulu sebelum klinik buka jam 9 pagi. ncik M dengan nasi lemak dan aku cuma makan bihun goreng suku je, ncik M pesan nak timbang berat ni so makan suku-suku je eh hehe. jam 9 misi check blood pressure, alhamdulillah ok. timbang berat dah 60.8kg. tetiba rasa teruja sebab pertama kali berat lebih 60kg. poyo je haha. genap 2kg naik dari check up sebelum ni. nasib baik tak naik berat banyak sangat walaupun banyak dah 2 hehe. check air kencing pun alhamdulillah normal.
ikutkan harini hari rabu so my gynea, doktor fatimah masuk awal sikit jam 9 tapi jam 10.15 pagi baru naik nombor. mungkin doktor sambut orang bersalin kot 2 yang lambat sikit. giliran aku masa 2 dah jam 11 lebih kot. masuk-masuk bilik doktor tetiba terkejut sikit sebab yang duduk kerusi doktor bukan doktor fatimah tapi doktor lain. aku malas nak tanya mungkin doktor fatimah banyak emergency case. asalkan doktor perempuan aku ok je walaupun kecewa sikit.
proses seperti selalu. doktor cakap berat aku ok tak naik terlalu banyak. apa-apa yang dalam rekod semua doktor kata ok. lepas 2 terus scan ultrasound baby. alhamdulillah baby nampak masih aktif, doktor siap cakap nampak dah bibir dia bergerak-gerak. comel je rasa hehe. gender baby comfirm yang sama. air ketuban normal, nampak heart beat dia, pundi kencing, tulang temulang dia. semuanya indah. berat baby sudah 889gram dan doktor cakap ia normal. baby pun hampir 27 minggu. happy sangat sebab baby dah makin besar dan tak lama lagi boleh jumpa hehe. dan seperti selalu jumpa doktor memang sekejap je, menunggu yang lama hehe.
selesai semua, ambik ubat dan bayar bil aku terus ajak ncik M lunch sebab dah lapar sangat. dalam perjalanan balik baru la nak menelek buku pink aku. dan ada sesuatu yang mengejutkan aku. rupanya result scan ultrasound baby bukan aku punya tapi orang lain punya. ncik M drive balik ke klinik dan minta aku tanyakan pada misi. sedikit kecewa sebab lepas beberapa minit keluar masuk bilik doktor, misi-misi 2 cakap mesin ultrasound 2 ada sedikit rosak. doktor mungkin dah print tapi keluar print result ibu sebelum aku. dalam memory pun takde maknanya memang takkan ada.
mungkin ni benda kecik je bagi sesetengah orang. tapi bagi aku benda 2 bukan selalu dapat. very precious moment. kita bukan selalu mengandung, pertama kali pulak 2. aku perlu untuk baby journal. kami bayar untuk servis ultrasound, misi-misi 2 boleh cakap print result ultrasound sebenarnya tak termasuk pun. boleh pulak macam 2 kan? selalu ada je. kecewa memang kecewa tapi aku lagi kecewa sebab mereka tak cakap mungkin doktor buat silap, mereka lebih suka cakap mesin ultrasound 2 kadang-kadang bermasalah dan print result tak termasuk dalam kos bayaran.
klinik swasta pun boleh buat silap tapi aku berani nak bising-bising sebab perkhidmatan mereka dibayarkan, kita ada hak tak puas hati dengan perkhidmatan mereka. satu je ncik M minta aku positif, benda macam ni takkan jadi kalau doktor fatimah ada sebab dia selalu akan tulis nama ibu atas print result 2. dan nasib baik ncik M tak lupa rakam video baby, kami tengok balik berat baby sebetulnya dari video. doktor penganti hanya sebut average berat je tapi aku nak yang accurate. terasa teruk. dalam perjalanan balik tak henti mengalir air mata. sikit-sikit sensitif. haha. aku akan pastikan takkan terjadi lagi. :)
lepas office hour terus ajak ncik M dinner dekat SR Cyberjaya sebab tetiba teringin nak makan chocolate indulgence cake. terliur orang letak di facebook la ni hehe. ubat stress jugak hahaha. balik terus tertido, kemudian siap mengigau-gigau tanya ncik M 'esok su kerja ke cuti?' bukan sekali je tapi dua kali hahaha. ingat cuti je aku ni. :P
2 comments:
Dr. Fatimah selalu tak ada. tu yang akak tukar ke Dr. Khamsiah.. sbb takut nanti bersalin, bukan Dr. Fatimah yang sambut.. orang lain yang ganti dia sambut. bayar sama aje.. huhu.. Sbb kawan akak kena mcm tu..
alaaa yeke kak. ni yang tak best ni. mula la pikir macam-macam. kalau selalu sangat takde kena pertimbangkan untuk tukar jugak la huhu.
Post a Comment