Thursday, December 23, 2010

[ hati walang saat tiba 8 hari lagi ]

xtahu nak mula macamane. aku xtahu perasaan aku sekarang apa.

hari ni mungkin hari yang kurang bernasib baik untuk aku. hari ni aku buka surat pertukaran bos. akhirnya permohonan pertukaran bos ke kuala lumpur diluluskan. berkuat kuasa 3januari2011.

aku call memaklumkan berita baik ni untuk dia tapi mungkin buruk untuk aku. bos masih di hospital, dia memang ada sejarah minor strok. jantung dia pun bermasalah. niat dia bertukar ke kuala lumpur pun sebab rumah dia di sana dan dekat untuk buat temujanji pakar di hkl.

terus terang. aku sedih dia bertukar.

sebab dia baik sangat. :(

surat pengganti bos pun aku buka. kuatkuasa pada hari yang sama. kebetulan naik nama pegawai di sini juga. aku di tingkat 5, bos baru pulak di tingkat 6.

pegawai 2 memang dah ada PA dia sendiri. boleh pikir logik la kan. mesti dia akan bawak PA dia sekali.

aku ? mungkin kena pindah tingkat atas.

sedih.

kemudian dia sms.


bos : salam. baru dapat line. dah berapa hari dok godek rupanya sim card rejected sebab longgar. awak start cuti minggu depan kan. sementara tu boleh bincang dengan encik ** dan encik ** untuk dapatkan maklumat serah tugas saya. bila tarikh sebenar saya lapor diri tak pasti lagi. ikut kata doktor saya dijangka discaj paling awal pada 25hb disember untuk rujukan ke IJN. mungkin lepas honeymoon awak boleh tolong sedia nota serah tugas saya.

aku : ha'ah minggu depan saya akan start cuti. saya akan bincang dengan encik **. naik cuti 10hb saya akan buat nota serah tugas bos. barang-barang bos ada apa-apa nak saya kemas ke?

bos : hai. macam dah tak nak tengok lagi je. pengganti dah ada nak masuk ke. barang/buku/dokumen di atas bla bla bla bla.... hai berapa banyak punya barang da.

aku : huhu. kenapa cakap macam 2, sedih saya. pengganti bos dekat je. silap-silap saya pun kena kemas barang.huhu. encik ** pun kuatkuasa 3jan juga. 2yang tanya awal-awal esok last day saya.

bos : maaf la. saje nak gurau dengan bakal pengantin. macam tu kalau saya kena la datang untuk clearkan bilik sebelum 3hb walaupun sedang cuti sakit kan.

aku : tempat saya pun kena kemas juga bos, kena pindah juga.huhu. bos ok ke nak datang kemas, saya boleh je minta tolong sapa-sapa kemas.

bos : ok le kot. saya bawak anak saya tolong nanti. yang penting saya akan cuba sedaya upaya untuk datang majlis awak. tolong doakan saya sihat le ye..


huwaaaaa aku nangis kat situ jugak. sekarang pun aku nangis. :'(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...