minggu lepas mengadu sejuk, semalam sejuk dan harini pun sejuk. adoyai ni kemalasanyangamattaksabarnakbercutiraya dalam ofis ni!
sebab tak tahu nak cerita apa, meh nak cerita apa aku buat wiken lepas. nak cerita sikit-sikit tak best, sesekali cerita sekali harung. haha. wiken super penat!
jumaat lepas balik kerja terus gerak jusco balakong, plan nak cari bekas kuih raya dan boleh layan teppanyaki sekali. ni kira firstime keluar putrajaya lepas waktu kerja dibulan puasa. ohmakaiii sesak! nasib baik la rumah dekat tak perlu hadap traffic jam macamni hari-hari. dalam sesak-sesak boleh sampai accicent, depan mata pulak 2. budak perempuan bawak myvi, mungkin terlebih tekan minyak sampai langgar bumper kereta depan. kesian dia nak berbuka lagi.
sampai jusco dapat apa yang nak. bekas kuih raya yang simple-simple, kecik-kecik dan murah! bekas ni dah macam abang kepada bekas kaca ikea pulak aku tengok. jadi aku pilih yang ni. hehe.
ni yang aku malas nak tangkap gambar, jadi macamni gambar aku. almaklum la kamera henpon je. disebabkan aku ni membela eh sebab tak puas makan teppanyaki ajak pulak ncik M pergi ali bistro presint diplomatik. kononnya dah lama tak layan teh tarik. sedangkan aku ada menu sampingan, roti canai. hihi. sini la satu-satu nya tempat ferebet roti canai aku dari zaman dating lagi. dappp!
sabtu pulak, pepagi kemas dapur sebab dah lama terbiar. dah setel semua kami mula-mula pergi pasar malam bangi sebab nak cari tudung baju raya pertama aku. sangat seronok sebab jumpa yang berkenan. kalau aku tahu tudung pasar malam lagi cantik tak la aku pergi jalan TAR sampai dua kali. grrr. dari bangi kami terus ke amcorp mall nak pergi butik yang sama. jangan tanya sebab apa. hehe. tapi sekali kedai tutup masa kita orang sampai sudah nak jam7. kecewa. huuu. lepas 2 singgah ikea jap kononnya nak ambik katalog ikea 2012 tapi sekali dorang cakap awal bulan september baru keluar. kecewa lagi. huuu.
dari ikea kami terus ke restoran selera idaman mutiara damansara sebab ncik M ada temujanji dengan schoolmate RMC dia dulu. kawan dia drebarkapalterbangpalinglambatkawin nak edar kad kawin. kami lepak kejap je sebab ncik M sorang je bawak bini. hehe. lepas 2 kami pergi makan area damansara jugak tapi lupa nama, nama ada padang kota lebih kurang. lagipun berbuka kami makan murtabak dengan kuih je. macam biasa la aku lapar nasi, mana boleh tak jumpa nasi satu hari. heee.
dan ahad, sekali lagi kami pergi amcorp mall mau pergi butik yang sama. awal sikit jadi kedai masih buka, rupanya aku lewat beberapa minit je hari sabtu. masa ontheway balik, ncik M ajak jenjalan masuk UM kejap. aku kan tak pernah masuk jadi dah kebetulan lalu 2. ncik M tunjuk la kelas dia dulu, kolej kediaman dia. seronok gak. hehe. lepas 2 terus singgah bazaar ramadhan presint 2, wiken mesti tak ramai orang. sekali hujan habis kami basah luncun.
balik rumah terus mandi dan siap-siap nak berbuka. lepas selesai makan nasiberianiayammasakmerah terus gigih gosok baju seminggu pulak err baju ncik M je aku punya 2hari je macam malas nak gosok baju kurung ni hehe. kemudian setelkan lipat baju yang dah setinggi gunung kinabalu. bercinta lipat baju! hahaha. jam12 baru aku tido. super penat! tapi ralat sikit sebab tak sempat jahit manik kat baju baru. huuu.
sebagai balasan semalam jam930 aku dah tido dengan jayanya. :D
No comments:
Post a Comment